Cara Mudah Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat


Assalamualaikum & salam Jumaat sahabat blogger yang diredhai Allah semua.
Lama sangat tak menjenguk blog ni, 21 hari dah kita di tahun 2022, cepat masa berlalu kan?
Banyak benda nak disimpan di sini tapi mood menaip ni masih tak kunjung tiba.
Nak menaip guna henfon pun takde mood.
Syukur alhamdulillah kami sekeluarga telah kembali menjalani kehidupan normal.
#theIMANs pun dah kembali sekolah setelah 'potong gelang' pada hari Khamis minggu lepas.
Long Covid nampak gayanya si Alan je lah yang masih batuk.
Awan & Abang alhamdulillah baik-baik saja.

Oh, ya dah baca Al-Kahfi pagi ni?
Apa kata sebelum memulakan tugas di ofis atau di rumah pagi ni kita baca Al-Kahfi sekejap.
Semoga kita dijauhi daripada fitnah dajjal.


Cara Mudah Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

WAKTU BACA
Surah Al Kahfi dibaca bermula selepas solat Maghrib hari Khamis dan tamat sebelum solat Maghrib hari Jumaat.


BAHAGI 4
Dalam surah Al Kahfi ni sebenarnya ada 4 kisah atau penceritaan yang berlainan. Jadi boleh je kita nak pecahkan kepada 4 bahagian bacaan. Insha allah bolehlah kan habis 1 surah sehari ni.


Ayat 1-31
Ayat 1-31 berkisah tentang Ashabul Kahfi. Kisah 7 pemuda ditidurkan dengan kuasa Allah dan dibangkitkan semula selepas ribuan tahun. Ayat ni boleh kita mula baca selepas solat Maghrib hari Khamis.


Ayat 32-59
Ayat ini berkisah tentang 2 pemuda dan kebunnya. Seorang beriman dan seorang kafir. Allah uji mereka dengan kesenangan rezeki dan keimanan. Ayat ini boleh mula dibaca selepas solat Isyak hari Khamis.


Ayat 60-83
Ayat ini berkisah tentang Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS. Kisah ini mengajar sikap sabar dan bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Boleh mula dibaca selepas solat Subuh pagi Jumaat.


Ayat 84-110
Ini berkisah tentang Zulkarnain. Kisah didirikan tembok untuk Yakjuj dan Makjuj. Ayat ini boleh dihabiskan selepas solat Zohor hari Jumaat.


 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Nice sharing mim. Semoga Alan cepat sembuh hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.. Sekarang dah dipraktikkan membaca Al-Kahfi pada malam Jumaat. Di masjid pun sudah buat selang seli bacaan pada malam Jumaat (Yaasin dan Al-Kahfi)

    ReplyDelete
  3. Selalu bahagi 2. Malam Jumaat dan selepas Zohor.
    Apapun tq kongsi cara.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua dah potong gelang. Semoga Alan cepat sembuh. Aaminn...

    Terima kasih share cara mudah ni :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian ni, Kakmim.
    Alhamdulillah dah potong gelang. Semoga Kakmim dan keluarga semua baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  6. Terima ksih sharing..Kadang bercinta juga nak habiskan sekali harung 110 ayat tu ....hihihi
    Alhamdulillah dah potong gelamng yer...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Terima kasih perkongsiannya kak mim..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form