Kisah Hujung Minggu

Kisah hujung minggu saya semalam dan hari ini agak penuh terisi
Bermula dengan mesyuarat PIBG di sekolah kakak
Pertama kali menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah saya juga satu ketika dahulu
Now kakak pulak jadi super-duper junior Ibu

Nampaknya dewan sekolah tak banyak berubah
Cuma dulunya zaman 90-an tak ada skrin untuk pancar projektor di kiri kanan dewan


Kuarters guru pun masih cantik terjaga
Tapi rasanya sekarang kuarters ni dah bukan jadi kuarters guru kot 


Kolam di depan dewan pun masih ada rupanya!
24 tahun tak menjejakkan kaki di sini
Rupanya kolam hasil titik peluh batch kami masih wujud lagi
Kolam ni batch kami yang cangkul dan korek pada tahun 1996
Tapi saya tidaklah terlibat sebab saya pelajar harian
Yang terlibat pelajar asrama je

Minggu ni terpaksa mintak tolong adik hantarkan diorang ni ke Kumon
Penuh 1 Viva 😂

Balik dari sekolah bergegas terus ke rumah
Sebab wifi di rumah problem so technician TM nak repair
Sebelah petangnya pulak bawak mak, bapak ke Aeon Mall
Takde nak mencari apa pun cuma nak berjalan-jalan je

Sambil makan la
Aktivit wajib kalau keluar ke mall

Asal ke Aeon je mesti mintak ambik gambar dengan kucing ni

Dan kucing purple 

Kakak tak ikut semalam sebab homework banyak


Sebelum balik ronda-ronda dulu lalu depan India Street 
India Street ni ala-ala Jalan TAR bagi orang Kuchinf
Ingat nak lepak di Waterfront tapi hari hujan pulak

Hari ni pulak saya kerja
Sebab tu lah semlam beria bawak semua jalan-jalan
Sebab hari ni Ibu kerja

Ada kursus untuk budak tahfiz hari ni
Semuanya 21 orang.. perempuan
Semalam dah lelaki
Tapi orang lain ajar

Sebelum jam 8 pagi dah tercangok kat ofis
Bukak lab dan on pc semua

Alhamdulillah hujung minggu berakhir dengan jayanya
Esok pulak bermula perjuangan untuk 5 hari lagi
Yeehaa!!







 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sanggup Kakak tidak ikut demi kerja sekolah.

    ReplyDelete
  2. kursus utk budak² tahfiz tu free kann.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. free alhamduillah.. ditaja oleh kerajaan malaysia sepenuhnya

      Delete
  3. Oh, tadi PH pun nampak ada cerita mesyuarat PIBG. Terasa lamanya kita tak join meeting sekolah ni, hihi. Yang penting ada agenda jalan2 & makan2 utk menggembirakan anak2, kan. Mesti seronok tu keluar ramai2.

    ReplyDelete
  4. Aktiviti hujung minggu
    wahh bagus kakak ,sanggup duk.umah

    ReplyDelete
  5. wahh legend betul la kolam tu ye! hehe

    kalo sy, rela xbuat homework sbb nk ikut berjalan..
    bgsnya kakak! =)

    ReplyDelete
  6. Seronok dapat jejak kaki kembali ke sekolah yang dah berpuluh tahun ditinggalkan. Tambah seronok, bila anak pulak yang bersekolah di situ.

    ReplyDelete
  7. Hallah3. Rindu India street. Dulu sinilah port bercari barang keperluan masa belajar dedulu. Tak tahulah bila boleh ke sini lagi.
    BTW, kucing purple tu shomel lahhhhh....kak mim

    ReplyDelete
  8. seronoknya melawat sekolah lama. saya dah lama tak pergi sekolah saya, entah apalah rupanya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form