Bayar Hutang Masa


Rupanya last update awal bulan hari tu ya. Sekarang dah pertengahan Ogos dah. Cepat sangat masa berlalu.

Pejam celik pejam celik 2 minggu berlalu, masih tak berpeluang lagi nak celebrate birthday Alan. Kebetulan balik dari Kapit, Aydin (anak buah) warded pneumonia. So bila dah jadi macam tu memang tak syok nak beli kek tiup sama-sama macam selalu. Masa birthday pun Ibu jugak kurang sihat, biasalah lepas travelling memang selalu macam tu, pening kepala lah sakit badan lah, macam-macam. Lepas tu sibuk pulak dengan event rasmi yang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Sarawak tu. Memang takde hujung minggu. Balik kerja hujung minggu pun dah penat, dah tak sanggup dah nak keluar dari rumah. Baik tidur je rehat.

Birthday boy kami ni dah berkali-kali jugak sound. Pantun pun macam-macam-macam.

"Tahun tok sikda makan kek kah birthday kamek?"
"Sik best ada birthday kamek tahun tok sikda surprise apa-apa"
"Bila gik nak makan di luar sambut birthday kamek?"

Anak oh anak. Selalu je Ibu tapau guna Grab Food tapi dia nak feel makan kat luar tu. Yang makan kek tu memang benarlah. Surprise pulak manade pernah buat surprise 😂 hampir setiap malam dia ajak dinner kat luar tapi Ibu jenis malam sekolah tak suka dinner kat luar. So weekend ni Ibu tak kerja bilehlah janji pergi jalan-jalan di shopping mall dan makan kat luar seperti yang dia nak. Hari Jumaat lagi dah remind, hari Sabtu balik Kumon kita jalan makan kat luar Ibu. Iyalah iyalah, Ibu ingat.

Rasanya memang lama jugak tak ke shopping mall kot. 3 minggu rasanya. Kakak Iman request Nandos atau Kenny Rogers. Baiklah, Ibu lagi prefer KR. Alan setuju saja dengan idea Kakak. Balik je Kumon kol 10 pagi kami terus ke Viva City. Awal lagi, baru 11 pagi ayam KR pun tak masak lagi. So kami ronda-ronda dulu. Kakak abang nak makan chese tart, macam biasalah Alan ni lain dari yang lain, dia nak popcorn. Baiklah nak. Pergilah tapau popcorn TGV walaupun tak tengok wayang. Kah kah.

Lepak sambil makan tart sementara tunggu ayam KRR masak.

Abang-abang ni happy je jumpa cheese tart kegemaran.

Ibu Ayah dan Kakak

Ex-boyfriend Ibu

Order 3 set meal je, macam kenyang pulak makan cheese tart

Lepas tu Kakak pulak dah janji nak shopping barang-barang untuk deco kelas dengan classmatenya. Plannya sampai 5.30 petang tu nak pergi Mr DIY, Kaison dan makan-makan. Fuh, lama jugak kami ni nak menunggunya. Nak balik memang tak berbaloi pastu nak kena ambik lagi. So karaokelah jawabnya, boleh jugak lepak-lepak rilek.

Antara aktiviti Ayah Ibu juga ni masa dating dulu, pergi karok. Sekali adik-adik pun diangkut karok masa tu.

Kakak je takde. 

Otai masih berbisa. Kah kah kah.

Penyumbang suara je. Janji dapat release stress. Melalaklah semahunya semalam.

Protege Ayah si Awan dan Alan ni.

Tak perasan pulak semalam takde nyanyi lagu duet. Hahahaha!


Si Awan paling suka pegang mic

Dia lagi


Dan lagi. Dia nyanyi lagu Hutang, Sakit, lagu omputih Alan Walker tu, tak ingat pulak nama lagu. Tapi nyanyi macam budak-budak la. 

Alan ni suka lagu yang Ayah selalu dengar dan nyanyi. Boleh la tak lari tempo. 

Abang lain pulak, lebih suka dengan komik. Orang karok dia baca komik.

Abang sorang je yang tak pegang mic semalam.


Last but not least, sebelum balik dinner dulu. Nanti balik tak payahlah susah-susah lagi. Cadangan daripada Alan, Singapore Chicken Rice. Ok boleh, janji nasik.

Syukur alhamdulillah, takde pembaziran makanan dari pagi sampailah ke malam.

Awan baru belajar ambil gambar selfie. Hihihi.

Komen yang lelaki kecik 3 orang:
Puas hati keluar jalan shopping mall semalam.

Iyalah mana tak puas hati. Macam-macam dapat, komik dapat, scooter dapat, yoyo dapat, macam-macamlah. Cuma glove untuk main bola dan bola je Ibu tak layan. Hahaha. Hari tu baru beli dah masuk longkang tak boleh nak ambik. Biarkan saja dulu, tak semua yang korang nak mesti dapat ye. Bagi pengajaran sikit. 

Ibu lega dah setel hutang quality time dengan Ayah dan anak-anak semua. Lepas ni Ibu pun akan busy lagi. Hmm..




 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Happy birthday Alan. Bestnya dapat celebrate birthday & dpt bnyk hadiah hehe

    ReplyDelete
  2. Lama betul tak makan KR.
    Spent time dengan family seharian macam ni, terus lupa segala masalah..

    ReplyDelete
  3. selagi tak bawak sambut memang dia tanya jelah ya... hahahah kali ni memang puas hati lah ye siap karok lagi tu

    ReplyDelete
  4. Seronoknya spend time dengan anak-anak. Moga jadi memori untuk dikenang bila diorang dah besar nanti. Kakmim pun kaki karok ye. Jom duet. Hehe

    ReplyDelete
  5. Mula baca dialog birthday boy tu jenuh memikir tuk & sikda..
    Dah baca 4x..ok dah faham keseluruhan maksud...hihihi
    Happy belated birthday

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form