Mammy's Kitchen


Kebiasaannya kalau hari Jumaat kami semua akan balik di rumah sendiri pada sebelah tengah hari. Kalau hari biasa pulak, balik sekolah semua #theIMANs akan berkumpul di rumah nenek. So bila hari Jumaat, kalau rajin saya akan masak untuk makan tengah hari, kekadang Encik Suami tapau siap-siap sebab nak pergi solat Jumaat lagi. 

Memandangkan sekarang masuk Zohor pun lambat, Encik Suami ajak makan kat luar je sebelum balik rumah. Nanti balik rumah boleh rest. Tak perlulah rushing nak masak. Saya pun ok je lah yang penting malam kena masak sebab tekak rasa nak makan masakan homemade yang sendiri masak. Haha!

Balik je ambil semua #theIMANs kami pun jumpa di Mammy's Kitchen berhampiran area rumah kami. Awan, Alan dan Abang dengan Ayah dan kakak dengan Ibu. Asing-asing kereta ikut jantina. Haha!

Semua ahli mesyuarat hadir. Hahaha! Sementara tunggu order sampai, apalagi sesi berwefie lah dulu. Ini bukan kali pertama kami lepak makan di sini, rasanya adalah 3-4 kali tapi try makan di stall berbeza. Stall nasi kukus & nasi kak wok sebelum ni memang tak menghampakan tapi hari ni tutup pulak.


Encik Suami try order nasi ayam penyet. Tengok sambal dah menghampakan dah. Dia cakap makan untuk habiskan je. Nak repeat lagi lepas ni macam tak. Baiklah, saya pun takde mood nak merasa.


Saya pulak try mee jawa di stall yang sama dengan stall nasi ayam penyet. Nasib baiklah okay walaupun banyak giler taugeh. Mulanya macam tak berapa lapar sebab tu order mee. Sekali saya pulak yang paling kenyang sampai ngantuk terus tertidur bila sampai di rumah.


Alan pulak nak makan roti Arab. Pun not bad. 
Kuah karinya sedap dan pekat. Harga RM4.


Yang lain-lain order menu rasmi mereka, nasi goreng ayam. 
Ibu pulak rasa tak larat nak orderkan menu ni, diorang ni macam tak reti jemu je order dan makan nasi goreng ayam.

Selesai makan saya dan Iman pergi beli lauk basah di pasar tamu sebelum singgah beli donut kak R. Hihihi. Yang lelaki terus balik rumah.


Sedap donut kak R ni. Tapi cepat habis. Nasib baik hari ni tak habis awal sempatlah membeli.

 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tengok mee jawa tu menarik kak mim. Hihihihi!

    ReplyDelete
  2. Donut tu sebagai pencuci mulut ke kakmim? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plannya mcm tu lah tp sampai rumah x larat nk mkn.. ambik 2 ketul bwk bekal ke ofis utk minum ptg kt ofis 😂😂

      Delete
  3. Sempat kakmim balik waktu rehat ya, biasa berapa lama lunch break tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumaat masuk balik 2.30.. xdelah jauh sgt ofis-rumah dlm 15-20 min je kak

      Delete
  4. Hati2 makan berkuah... Baju sekolah tu...!

    ReplyDelete
  5. Ni kita suka, makan siap2 sebelum balik.. hihi.
    Nampak tak bermaya sambal ayam penyet tu.

    ReplyDelete
  6. Mesti sedap sungguh donut kak R tu, sampai cepat habis.
    Muka kakak seiris muka Mim. Mim junior..hehe

    ReplyDelete
  7. mee jawa cam sedap, nasi penyek tanga je dah out

    ReplyDelete
  8. yang sama menu nasi goreng ayam ya senang mok order.. Nasi goreng ayam 3 igek please. hehe

    ReplyDelete
  9. sy tercari2 gambar donut kak R tu...

    ReplyDelete
  10. Ala.. kenapa sambal dia macam tu.. Terus tak fee nasi ayam penyet..

    ReplyDelete
  11. set nasi gitu, sambal wajib sedap.
    if not, akan kosong la meal tu kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form