Cashless & Ticketless Parking di Aeon Mall Kuching



Akhirnya!!
Aeon Mall pun dah apply cashless & ticketless parking system.
Antara mall yang terakhir yang apply sistem cashless ni di bandaraya Kuching. Mall lain di Kuching dah lama dah guna sistem ni.
Lepas ni senang je la selesai shoppimg terus je masuk ke kereta.
Bayar parking dalam kereta guna aplikasi Pay & Go & Sarawak Pay dan boleh terus balik!! No wonderlah minggu lepas masa ke Aeon dah nampak dah scanner di tempat kita ambik parking coupon sebelum masuk parking tu.


Tup tup hari Khamis lepas Aeon Mall officially announce di page FB mereka. Yahooo!!!!


Dear Valued Customers, 

We are pleased to announce that our parking will officially upgraded to Cashless & Ticketless Parking System on 6th February 2023 (Monday). 

Your License Plate Number will automatically be captured & collected in the data as you enter the parking. 

To pay for the parking, you need only to present your license plate number.

For HASSLE FREE parking experience, you are advised to download : 

1)  Pay & Go 
2)  Sarawak Pay (for payment)

Other payment options are available too :
a) Self Service kiosk 
- located at Basement Floor (next to Centre Court Escalator)
b) Cash Payment Kiosk
- located at Information Counter (next to Starbucks)

*P&G Credit - Coming Soon
*AEON E-Wallet - Coming Soon

Will the current parking rate promotion still available? YES IT IS ✨ First 4 hours free parking are still available! 

For AEON Members, you may register your Member Card Number & Car Plate Number at Information Counter & AEON Customer Service (Supermarket) from 4th February 2023 to enjoy AEON Member Parking Benefit.


Kebaikan sistem parking tanpa tunai ni semestinya menjimatkan masa. Tak perlu dah nak bersusun di mesin untuk buat payment. Kadang-kadang takde duit kecik pun satu hal. Sayalah tu, hihihi.


Tapi bagi yang bukan pengguna Sarawak Pay yang aktif, terutamanya mereka yang tak stay di Sarawak ni, merungut jugak dengan sistem ni. Takkan nak download apps tu semua semata-mata nak bayar parking masa jalan-jalan di mall, itu rungutan mereka. Benda ni selalu je viral masa musim perayaan, bila mana anak Sarawak yang bekerja luar di Sarawak balik bercuti di Sarawak. Bagi mereka ini semua menyusahkan. Haha!


Tapi kan sebenarnya boleh je bayar guna mesin bagi yang tak ada aplikasi Pay & Go dan Sarawak Pay. Ada satu lagi taktik yang bijak, call je ahli keluarga yang lain, yang tak bersama kita di mall untuk mintak tolong bayarkan guna Sarawak Pay mereka. Bukannya kita perlu tunjuk bukti pun dah bayar ke belum. Janji payment dah dibuat, scanner tu akan detect dan palang akan terbuka. Tak perlulah meroyan di medsos sebab sistem parking cashless ni. 


Kekangan sistem ni, kalau plat kereta tu tak menepati standard JPJ, scanner tak boleh detect no plat masa kenderaan kita masuk parking. Sebab pernah terjadi kereta di hadapan kami, lama betul palang takmo bukak, padahal selalunya keluar je no plat kereta kita di display scanner, palang terus terbuka. Bila tengok plat keretanya rupanya memang lain daripada yang lain. Lepas palang terbukak dia pun terus keluar, mungkin sebab tak berani tanggung risiko, nak keluar nanti lagi dah satu hal.


Begitulah, teknologi sekarang ada yang orang suka, ada yang tak suka. Macam saya, saya paling suka sistem parking cashless ni. Saya pun suka kalau kedai-kedai di tepi jalan atau di pasar malam yang terima cashless payment. Even kalau bayar yuran PIBG sekolah boleh tranfer payment lagilah saya suka. Apa yang saya tak suka? Order makan di kedai makan guna kod QR!!! Bukannya menjimatkan masa, memakan masa yang lama lagi ada. 


Nak bayar parking mudah je, bukak apps Pay & Go dan pilih lokasi kita di mana kita park kereta kita.

Semuanya ada 16 tempat letak kereta di Kuching dan Bintulu yang menggunakan cashless & ticketless system ni. Cuma saya perasan shopping mall di Miri semua masih belum menggunakan sistem ini.


Lepas tu masukkan no plat kereta kita dan sistem akan bagitau berapa jumlah yang kita perlu bayar.


Apps Pay & Go ni link dengan Sarawak Pay, bila kita klik je bayar, ia akan terus bukak apps Sarawak Pay kita dan bayarlah macam biasa. Dah selesai pembayaran, shake shakelah henfon untuk dapatkan cashback. Selesai!

 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Wah, agak canggih sistemnya. Kalau di Semenanjung ni, kami guna kad tng.

    ReplyDelete
  2. wahhh advance betul ni. kat sini aeon masih gn kad lg.. tp ada je (touch) visa kat kiosk sblm msk parking tu

    ReplyDelete
  3. Teknologi kadang2 menyenangkan..kadang2 menyusahkan... hahah

    ReplyDelete
  4. semua dah guna kalau kat Kl kbykan shopping mall teknologi canggih dan mudah skrg ni kan

    ReplyDelete
  5. Di Melaka saya guna kad debit je..

    ReplyDelete
  6. yang agak mencabar carik cash untuk cashless hehehe...lain la mun ada duit kedk daun hehehe...petik jak alu dapat

    ReplyDelete
  7. Betul kak mim order makan guna QR code tu stress pernah sekali dh submit order tp dia pusing loading x habis2 kot line internet problem sekali bila refresh x ada tulis berjaya submit order ke apa mcm kembali ke asal blk ibupun submit sekali lg baru berjaya rupanya yg memula tu dh msk sistem x pasal2 submit 2 kali. Aduhhh!

    ReplyDelete
  8. byk tempat dah buat cashless kan. memang kena standby je touch n go

    ReplyDelete
  9. wah lagi canggih kat sinun owh...pakei gambar and apps..sitok agik juak pakei kad, still mok touch2 walopun cashless..

    ReplyDelete
  10. Mudahlah.. jimat kertas dan tak akan ada isu hilang tiket..

    ReplyDelete
  11. bagus. nowadays, byk dah yg cashless.
    mudah. cepat.

    ReplyDelete
  12. uihhh.. advance betullah Sarawak ni. Mall kat area kami ni masih guna Touch n Go ataupun Debit Card. Kalau parking di bawah kelolaan Majlis, guna apps Smart Selangor Parking.

    ReplyDelete
  13. Waktu kami jalan-jalan balik Malaya bulan Disember 2022, pernah tengok Fuad dan Farid dua kali bayar cara begini tapi tak ingat di mall mana. Anak-anak muda memang banyak perkara baru mereka tahu, beza betul dengan emak bapaknya yang sesekali masuk kota hihihiii.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form