Mina Wantan, Sambal Kicap Ngesit Terpedas di Kuching

Macam biasalah hari Selasa malam Rabu, #theIMANs ada Kumon. So hari Selasa balik kerja kena prepare dinner awal. Dinner awal sebelum ke Kumon Centre. Kalau tak dinner awal, nanti ada yang komplen lapar. Malam sekolah memang jarang nak makan kat luar, kalau hari cuti dapatlah jugak lepak-lepak kedai makan selepas balik dari Kumon. Kadang-kadang saya dan Encik Suami tapau jugaklah yang ringan-ringan untuk diorang supper. So semalam decide nak tapau wantan je.

Kami pun ke Metrocity Square, mula-mula nak ke Mr DIY, beli facemask yang dah kehabisan stok. Ingatkan nak beli di Shopee tapi asik terlupa sampailah stok pun semakin licin. Terpaksalah beli offline di kedai, #theIMANs ni ke sekolah masih lagi berfacemask. Tak taulah fully pakai ke tidak tapi tetap jugak diorang berfacemask masa turun sekolah pagi-pagi.


Kedai Mina Wantan di Metrocity Square. Mina ni ialah founder kepada jenama ni. Saya memang suka wantan Mina ni sejak mereka berniaga di pasar malam lagi. Dari berniaga anak-beranak di pasar malam, sekarang Mina Wantan dah ada 3 cawangan kedai di sekitar bandaraya Kuching. Memang betul-betul bermula dari bawah.


Kalau dulu mereka beroperasi dari rumah, nak beli dari Grab pun dari rumah jugak. Sekarang dalam Grab kita dah boleh pilih nak order dari cawangan yang terdekat. Sekarang Mina Wantan ada di 3 lokasi, iaitu di Metrocity Square, Satok dan di Kampung Tunku. So, malam tadi kali pertama saya membeli direct dari kedai MW. Cantik deco kedai walaupun lot yang kecil, tapi nampak eksklusif sangat berbanding lot-lot lain yang bersebelahan.


MW juga ada jual stok wantan, siew mai dan dumpling frozen. So kalau ke kedai, kita ada option nak beli yang ready-to-eat atau yang stok sejuk-beku. 


Ini antara menu-menu yang ada di MW. Selain wantan, siewmai dan dumpling, MW juga ada jual homemade sauce untuk pencicah wantan. Kalau di pasar malam dulu mereka hanya ada kicap pedas yang betul-betul pedas. Pedas bukan sebarang pedas, memang pedas dan ngesit. Kicap pedas terbaik yang pernah saya jumpa setakat ni. Hihi. Sekarang pula MW dah ada homemade sauce dalam botol. Selain kicap pedas, empat jenis sos yang lain ialah spicy butter, salted egg, sos Thai dan larva sos. So bila beli yang ready-to-eat kita boleh pilih nak pencicah yang mana satu.



Memandangkan beli untuk supper, saya belikan yang set combo saja untuk #theIMANS. Set combo RM10 ni ada 10 pieces wantan, 2 siewmai dan 4 dumpling. Kicap pedasnya mestilah saya simpan untuk kegunaan di masa-masa akan datang. Nak cicah ikan goreng ke, sup ayam ke, fuh sedap!!






 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alaaa....masuk blog nonasani nampak sup wantan..masuk sini pun ada wantan gak...sedapnyaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... itu la tgk ni blog nona pun ceta mkn mee wantan sup

      Delete
  2. kicap pedass cicah tauhu begedel pun sedapp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nor.. lama pulak x mkn tahu bergedil

      Delete
  3. mama simpan kicap je ye, hahaaa... ku baru cicahkan tauhu goreng tadi. budak bertiga ni pun suka berface mask ke sekolah, mereka sudah biasa. jangankan dorang, saya pun ber face mask juga bila ke kedai. Tangan tu bagaikan sudah biasa mencapainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib simpan.. sbb x kacau kan.. bebudak bknnya mkn cicah kicap tu.. itu la.. sy mls dh pakai facemask skrg

      Delete
  4. lebih elok pakai face mask lagi kan. nampak sedap wantan tu. terima kasih sudi singgah blog saya, saya follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah digalakkan pakai... sy pun malas pakai kecuali x sihat je pakai.. hihi.. tq sbb follow

      Delete
  5. Syarikat kami masih mewajibkan pakai facemask.
    Tengok murid sekolah ramai tidak memakai FM, termasuk Wafi. Pakai sesekali je.
    Wantan tu nampak sedap, akak jarang jumpa yang steam. Biasa yang bergoreng tu, tak berapa gemar sebab macam keras sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #theIMANs semua masih pakai fm ke sekolah... skema.. hehehe... sini byk je jual yg steam... kalau masih suam² tu lg sedap... kalau goreng keras tu stok lama kot... mina wantan ni yg goreng pun sedap jugak tp puas lg mkn yg steam

      Delete
  6. alaa kita tengok pun terliur ni tp dkt sini susah la nak cari,nak kena ke resto

    ReplyDelete
  7. wahhh hebat tuuuu dari berniaga di rumah then pasar mlm skrg dah ada 3 cawangan👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  8. suka wantan!
    sure sedap cicah dgn kicap tu :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form