Solat Tahajjud dan Cara Mengerjakannya

Salam 5 Ramadhan semua.

Pagi ni seperti biasa on the way hantar abang ke sekolah saya akan on radio Sarawak FM. Selalunya pukul 6 pagi ada berita wilayah. Wajib dengar berita di awal pagi untuk mengikuti perkembangan semasa. Selepas tu biasanya ada lagu patriotik atau lagu berunsurkan motivasi, bergantung kepada pilihan deejay. Kemudian, terus diikuti tazkirah dan perkongsian daripada ustaz/ustazah jemputan.

Pagi ni topik dari ustaz ialah mengenai solat tahajjud. Saya prefer ustaz yang bagi perkongsian sebab selalunya ringkas dan padat, dekat di hati, macam terus dapat meresap dan hadam. Berbanding ustazah yang terlalu banyak membaca berjela-jela. Hihi. 

Selalu saya dengar bila perkongsian mengenai solat tahajjud yang dikatakan solat selepas terjaganya dari tidur pada tengah malam. Kalaulah kita terjaga di tengah malam tapi tidak mengerjakan solat tahajjud, maka kita tergolong antara orang-orang yang rugi. 

Mungkin orang beranggapan solat tahajjud ni susah. Sebenarnya yang susahnya ialah ianya dikerjakan di tengah malam di saat kita sedang nyenyak diulit mimpi. Padahal solat tahajjud sangat mudah, ya sangat mudah, hanya 2 rakaat sahaja pun. Dan yang sebaiknya solat tahajjud afdal pula diikuti dengan solat taubat. Tapi, kalau berjaya menepis godaan bantal dan katil dan bangun untuk solat tahajjud pun dah terasa satu kemenangan bagi kita yang hina di sisi Allah ni.


Maksud Tahajjud

Tahajjud menurut penggunaan bahasa bermaksud berjaga malam atau meninggalkan tidur. Oleh itu, Solat Sunat Tahajjud (صلاة سنة التهجد) merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas terbangun dari tidur.

Solat itu juga disebut sebagai Qiyamullail.

Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam.

Solat Tahajjud ini seharusnya menjadi amalan lazim setiap muslim dalam usaha mendapat keredhaan dan keampunan Allah SWT.

Ini kerana melalui Solat Tahajjud ini seseorang hamba dapat bermunajat dan mengadu secara langsung kepada Allah SWT didalam suasana yang cukup hening dan sunyi di kala manusia lain sedang lena tidur.

Suasana ini menghadirkan rasa kekerdilan, keinsafan dan kelemahan diri sebagai hamba Allah yang hakikatnya tidak boleh lari daripada kebergantungan kepada Allah semata-mata.


Kelebihan Solat Tahajjud

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Cara Mengerjakan Solat Tahajjud



cara solat tahajjud


Niat Solat Tahajjud

niat solat tahajjud


Doa Selepas Solat Tahajjud


Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

doa selepas solat tahajjud



Kredit: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Semoga sedikit perkongsian ini mendatangkan manfaat buat kita bersama. Banyak juga perkongsian pada awal pagi di Sarawak FM yang best-best tapi biasalah saya selalu malas untuk menaip semula apa intipati yang telah ustaz/ustazah kongsikan. Doakan saya agar diberi rezeki masa dan buah fikiran untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah saya dengar dan bersama kita dapat istiqamah mengamalkannya.

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Terima kasih kongsi ilmu tentang solat tahajjud kak mim..

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi. mudah mudahan spnjg ramadan ni kita sama2 dpt lakukan tahajud meskipun 2 rakaat sahaja

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form