Kisah di suatu malam, kami anak-beranak makan di satu food court. Macam biasalah ada banyak gerai di situ yang jual menu-menu yang berlainan. Macam biasa jemaah lelaki yang belum baligh ni setia dengan menu Laksa Sarawak mereka. Malam-malam pun melaksa. Si Alan pula nak add on banana cheese. Boleh je, cuma pergi order sendiri. Dia ok jer, terus pergi ke gerai yang jual banana cheese.
Bila order sampai, semua tengah khusyuk makan. Ada yang makan laksa, kakaknya makan bakso, Ibu Ayahnya makan yang goreng-goreng. Tiba-tiba Alan bersuara:
"Ni banana cheese ni untuk pencuci muka ke?", Alan memecah suasana.
Ayah yang khusyuk makan pun angkat muka.
Ibu blur. Pencuci muka?
"Eh, eh, bukan pencuci muka, pencuci mulut," sambungnya lagi gelak-gelak. Baru tersedar agaknya.
Ayah pun tergelak. "Haa, ambiklah cheese tu buat cuci muka".
"Kamek salah tek, pencuci mulut... bukan muka, confuse indah tek," Alan membela diri.
1 Comments
banana cheese ni fav my boys
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!