Hari ni meredah segala folder dalam external hardisk tetapi hampa. Memang terlalu sedikit gambar si kedua itu. Sedih. Nasib dia kerana bukan yang pertama.
Saya anak pertama. Banyak sangat gambar-gambar kenangan semasa baby. Ada beberapa album. Iman Madihah juga anak pertama. Pun banyak gambar-gambar masa baby. Ada beberapa folder.
Irfan Mustaqim, sedih. Ada 1 folder jer gambar dia. Tu pun gambar boleh bilang dengan jari. Ya Allah, tak adilkah kami melayan anak-anak kami?
Masih dalam mode terkilan. Terasa nak buat photoshoot malam ni jugak!!