Hmm... hari ni dah 24.12.2014.
3 hari telah berlalu.
Namun kehangatan Majlis Balo Kito 2014 masih terasa.
Gambar-gambar semasa majlis berlangsung masih menjadi viral di laman sosial dan juga di grup Whatsapp Balo Kito dan Dangsanak.
Ternyata majlis ini telah meninggalkan kenangan manis bagi semua keluarga Balo Kito dari Kampung Lingga, Sri Aman, Sarawak Bumi Kenyalang dan Dangsanak dari Kampung Burong Pingai, Brunei Darussalam.
Bah, kita menjamu mata dulu.
 |
Utusan Borneo, 23.12.2014 |
|
|
 |
Borneo Post, 23.12.2014 |
|
Alhamdulillah.. majlis Pertemuan Jejak Kaseh Balo Kito & Dangsanak Pureh Burong Pingai telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21.12.2014 di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Gambar di atas adalah Dangsanak seramai 132 orang yang telah membanjiri bandaraya Kuching selama 4 hari 3 malam. Mereka datang ke Kuching menggunakan jalan darat dan jalan udara. Syukur semuanya telah dipermudahkan.
 |
Orang-orang kuat |
Yup. Majlis ini tidak akan berjaya tanpa AJK Pelaksana yang berhempas-pulas siang dan malam untuk menjadikan majlis ini sempurna. Memang.. majlis ini belum mencapai tahap sempurna 100% tetapi ianya sangat membanggakan. Dan semakin bangga kerana Kakmim juga sebahagian daripadanya. Semuanya terasa berbaloi bila melihat wajah-wajah tua gembira pada malam tersebut.
 |
Tag urusetia |
 |
Plaque cenderahati dan plaque penghargaan generasi tertua Balo Kito & Dangsanak |
|
 |
Pentas |
Dengan bangganya, persiapan pentas telah dilakukan kami adik-beradik #mfbn dan kazen-mazen #TheASAZ dan tidak lupa my dear hubby. Hehehe. Semuanya kami, daripada backdrop, deco scallop dan peralatan di atas pentas termasuk kain dan gong. Gong dan kain untuk deco dipinjam dari Kolej. Hihihi. Terima kasih Pengarah KKMG kerana tiada halangan meminjamkan kain dan gong untuk majlis kami ini.
 |
Superman pun sibuk juga membantu. Hihihi |
|
|
 |
Kami semua boleh. Chaiyok #mfbn |
 |
DIY Guest Book dari kami the #mfbn |
|
|
Seperti biasa, kalo handle majlis selalu lupa bergamba. Kalo time kerja pun macam tu jugak. Memula ingatkan boleh bergambar 1 famili sebab semua dah pakai 'uniform' tapi at last lupa jugak. Hihihi.
 |
Bersama mfbn #2 |
 |
Gambar ikhsan hp orang |
 |
Backstage ladies...pun ikhsan hp orang lain |
 |
Dari meja VIP Balo Kito & Dangsanak |
 |
Rombongan Dangsanak yang bertolak dari Brunei ke Kuching menggunakan bas |
|
|
 |
Sempat jugak mengadakan golf persahabatan yang telah dimenangi oleh Balo Kito |
|
 |
Di mana ada kemahuan, di situ jugak boleh bermain golf. |
|
Apapun, tahniah kepada semua ahli kelurga Balo Kito dan Dangsanak Pureh Burong Pingai di atas penganjuran reunion keluarga yang telah terpisah berabad-abad lamanya ini. Semoga silaturahim di antara 2 rumpun dari Kepulauan Borneo ini akan berkekalan.Amin.
Okay. Dah Disember.
Misi November hampeh... tak tercapai.
Hihihi.
Sibuk.. memang tak dan nak menaip entri di ofis.
Di rumah, otak dah letih... memang tak larat nak on laptop segala.
Hari ni 12.12.14
Kita #throwback apa yang berlaku pada 12.12.08
Iaitu 6 tahun yang lalu.
Jeng jeng jeng!!!
Ya!!! Ini yang berlaku ya...
Berlakunya malam tadi.
Siang ni berlakunya ini...
Rumah pun dah berseri macam ni
Hehehehe...
Tak sangka 6 tahun dah berlalu.
Dan hari ni Kakmim dapat jemputan majlis kawen seorang blogger.
Ya! Ertinya 6 tahun dah kenal melalui blog dan masih kontek hari ni.
Walaupun jarang berjumpa tapi selalu ada di laman sosial.
Begitulah penangan blog.
Dari tak kenal jadi kenal.
Dan rasa macam excited pulak nak ke majlis
Fieza cik adik yang gila purple ni.
Heharap dapatlah jumpa blogger yang lain.
Anyway, selamat menghitung hari untuk menukar status single kepada married ye cik adik Fieza!
Insya Allah kamek akan datang ke majlis kitak kelak.