Follow Us @soratemplates

07/11/2018

Kurang Gula Dalam Darah atau Hypoglycemia

November 07, 2018 0 Komen

Hari nih saya dan mak ke hospital, melawat 2 nenek sedara yang sakit. Sorang baru keluar dari ICU sorang lagi masih tak sedarkan diri selepas terjatuh. Memandangkan kat SGH memang susah bangat nak dapat parking so saya dan mak decide ambik Grab. SO saya pegi ofis mak dan tinggalkan keta kat situ dan kami ambik grab dari situ.


Timing memang cun sebab kami sampai memang dah masa melawat. Mulanya kami melawat makcik yang tak sedarkan diri. Doktor dah sahkan brain dead tapi siapa tau kan ada miracle di situ. Hari ni hari ke-4 dia tak sedarkan diri. Semoga diberikan syifa untuk nenek saudara saya, Wa Ji Sah.


Ok done melawat Wa Ji Sah kami melawat Nek Su pulak. Mereka di tingkat yang sama. Alhamdulillah Nek Su dah semakin sihat cuma masih dalam pemerhatian gula. Gula masih on off, sekejap tinggi sekejap rendah. Sembang punya sembang, tetiba saya rasa mengantuk amat sangat dan menguap. Menguap sambil mata pejam rapat, macam lain jer rasa. Kepala pun terasa berat, mata dah berpinar-pinar. Adeh deh... macam rasa lepas turun bukit bulan 8 hari tu jek. Badan pun dah mula berpeluh-peluh. Pandangan makin pudar, kepala makin berat. Saya bagitau mak, rasa macam nak pitam je. Nak muntah pun ada. Terus diorang suh saya duduk di kaki Nek Su atas katil tu. Mintak gula-gula kat mak sebab tau mak mesti ada stok gula-gula dalam handbag. Ya betul, tapi nak bukak bungkusan gula-gula pun rasa tak larat. Tangan dah rasa kebas-kebas dah. Mintak tolong mak bukakkan dan barulah rasa ok sikit bila gula-gula masuk mulut.


Oh, ya.. sebenarnya saya berpuasa hari ni. Ganti puasa hari yang ke-2. Semalam berbuka tak makan banyak, tak ambik air manis jugak. Malam pulak langsung tak makan apa-apa. Sahur pulak dengan air masak je. Hmm... sebab tu saya sendiri tau saya rasa macam tu kerana kurang gula!! Tau salah sendiri. 


Nasib baik ambik grab kan. Memang masih tak selesa rasanya nak drive. Kuar je dari wad terus beli 100 Plus dan pau di Hospimart. Cukuplah dulu untuk menampung air dan glukosa dalam badan. 


Nasib tak pengsan kan?? Kalo pengsan memang menyusahkan orang lain lah pulak. Ok now kita cerita pasal hipoglisemia k.


Apakah Hipoglisemia??

Hipoglisemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi kebanyakan pesakit diabetes yang mengambil insulin juga sering mengalami masalah ini. Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa dalam darah jatuh terlalu rendah berkemungkinan kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

  • Menggunakan terlalu banyak insulin(bagi pesakit diabetes)
  • Makan terlalu sedikit, makan terlalu lewat atau kerana tidak makan langsung
  • Menggunakan tenaga untuk melakukan kerja berat melebihi tenaga yang dibekalkan oleh karbohidrat yang diambil.
Bagi kes saya, kerana saya berpuasa dan tidak bersahur.


Simptom Hipoglisemia
  • Merasa lapar
  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan dan letih lesu
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Hilang fokus
  • Berpeluh dengan banyak
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit berwarna pucat dan rasa sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas
Bagi kes saya, semalam memang saya rasa penat dan mengantuk sangat padahal duduk depan komputer je pun di ofis. Simptom lain memang ada semasa di hospital tu kecuali pertuturan kurang jelas.

Cara mudah merawat Hipoglisemia

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda awal hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Cadangan cara segera untuk menghilangkan simptom Hipoglisemia:
  • Minum air buah-buahan/ air kotak yang manis
  • Mengambil setengah tin minuman ringan
  • Mengambil dua sudu teh gula pasir
  • Makan snek yang manis
  • Menggosokkan serbuk glukos ke gusi
  • Makan gula-gula manis
*Tanda-tanda hipoglisemia akan beransur hilang setelah anda mula makan.

Lepas ni memang fobia rasanya tak ambik makanan manis. Saya memang jenis tak minum air manis sangat. Saya memang lebih ke air suam. Nak tak nak dalam sehari kena jugak ambik minuman manis selepas ni. Takut pulak tetiba datang hipo lagi. ๐Ÿ˜ญ