Pages

Dia Mengganas Lagi

Allahu! Masuk ofis bukak Telegram dapat perkhabaran sahabat kami di Semporna, Sabah telah disahkan positif Covid-19. Suami isteri pulak tu. Dah la orang Semenanjung, tinggal bertiga je dengan anak sorang di sana. Ya Allah, ya Allah... macam mana nasib anaknya. Risau pulak nasib si anak yang baru 4-5 tahun gitu so Kakmim bukak FB beliau, fuh, nasib baiklah rupa-rupanya maknya ada di sana. Semoga anak dan maknya sentiasa negatif dan takkan dijangkiti dari mereka berdua. 

Kes di Sarawak semalam.

Trend di Kuching pulak semakin menaik 2-3 hari ni. Seram.. seram! Semalam dah 15 kes sahaja di Kuching dengan kluster baharu. Ada tempat dah dibuat ACD untuk buat saringan semua kontrak rapat. Ada lagi yang belum habis disiasat lagi. Sebuah sekolah lagi ditutup minggu ni. Minggu lepas sekolah rendah, minggu ni sekolah menengah. Doakan yang kes positif di sekolah minggu lepas tak menjangkiti guru-guru dan pelajar yang lain. Risau bila dah melibatkan sekolah ni.Macam kat Seremban, berapa orang pelajar sekolah menengah yang positif.

Tapi kan abang dan kakak sekolah hari ni sebab si kakak ada ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi). Esok tak sekolah lah kot. Rasanya bulan Oktober ni lah paling banyak rekod 0 diorang 2 beradik ni. Bukan apa, sekolah tu murid dah lah ramai, kita tak tau perjalanan parents mereka. Tu yang buat perasaan was-was. Sekarang ni tak dapat dah nak percaya sesiapa. Agaknya kalau semua buat swap test entah-entah ramai sebenarnya yang dah positif sebab trend sekarang memang takde simptom.

Sekarang dah jadi macam PKP hari tu dah. Setiap petang menunggu dengan penuh debaran statistik terkini kes positif di Sarawak dan juga Malaysia. Semoga cepat-cepatlah putus rantaian Covid-19 ni. Dah dekat nak setahun dah kita hidup dibelenggu Covid-19.











Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

6 comments:

  1. Allahuakbar..kasihannyaa...moga semuanya akan segera membaik dan dunia kita bebas dari wabak Covid19 ni... rasa macam nak rewind semula ke tahun 2019 dan betulkan apa yang terjadi huwaaaaa :((

    ReplyDelete
  2. yea..dah hmpir setahun kita hidup dengan dikelilingi covid ni. moga cepat2 lah virus ni hilang dari muka bumi ni. kita nak bergerak pun dah tak bebas macam dulu. was-was dengan semua orang. macam saya sendiri, turun naik lrt nak pi keja. ni nasib baik kerajaan suruh WFH je..gilir2 masuk ke pejabat.

    ReplyDelete
  3. kurangkan untuk berada di luar jika bukan urusan yang sangat penting..

    tiada cara lain selain jaga kesihatan. SOP dan sebagainya

    ReplyDelete
  4. take care kakmim, seremban pun dah affected teruk ni..hmmm

    ReplyDelete
  5. semakin merisaukan angka angka yang keluar setiap hari. sama kak, sekarang dok menunggu update dari KKM sama macam PKP dulu. Seremban pun dah terkena tempias juga ni makin naik pulak kesnya. Semoga cepatlah menurun kes. Aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon anda. Jemput datang ke blog Kakmim lagi ye.