Pages

Birthday Queen


20 November birthday mak kite yang ke-61. Setahun dah mak pencen, cepat jer masa berlalu. Kakmim sepatutnya WFH semalam tapi mohon cuti jer, nak lepak umah mak lama-lama sambil makan-makan, sembang-sembang adik beradik. Ececeh.. macam jarang jumpa. Tiap hari pun pegi umah mak. 

Kakmim order surprise delivery untuk mak. Saja suka-suka. Mak suka coklat Kitkat so mendapatlah dia Kitkat pelbagai jenis packaging dan rupa. Hehe. Nanti kompom cucu-cucu pun akan tumpang sekaki.

Oleh sebab berapa kali dah makan kek sejak hujung Oktober hari tu kan? So birthday mak takde kek. Adik order donut brownies dan cheese tart je. Sila jamu mata ye. 

Sedap donut brownies ni. Mudah dimakan sebab nipis je tak macam brownies biasa yang tebal segiempat tu.

Cheese tart ni kitorang memang dah biasa order. Semuanya licin malam tadi jugak.

Untuk dinner kami adik beradik masak ala kedai seafood kat Topspot. Ye lah nak makan kat luar tak boleh, masak sendiri jer lah. Sorang masak 1 menu. Dapatlah beberapa menu.

Nasib jugak jumpa ambal ni masa misi mencari seafood di Buntal. So Kakmim masak kari kering jer.

Kerang masak kicap by #adikno4

Midin tumis belacan by #adikno3

Bawal emas stim sos tiram by #adikno2

Udang goreng kunyit by #adikno4

Kali ni adik beradik takde group photo sebab malas nak bersiap tukar baju bagai, so king & queen bergambar dengan cucu-cucu jer.



Takde lain yang Kakmim harapkan semoga mak sentiasa sihat dan dipermudahkan semua urusan mak dan bapak. Aameen.










 

Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

4 comments:

  1. Happy birthday buat mak kitak. Semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi. Nang kampung pun stail makanan la. Haha... Rinduk makan rami² gia.

    ReplyDelete
  2. happy birthday Kakmim's queen.. moga sentiasa sihat dah kuat selalu.. amin :)

    ReplyDelete
  3. Happy birthday untuk mak kak mim. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan dan berpanjangan. Aaminnn

    best tu dapat surprisekan orang yang tersayang. Walaupun tak ramai tetap meriah sambutannya :)

    ReplyDelete
  4. nampak muda maknya.. semoga sihat selalu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon anda. Jemput datang ke blog Kakmim lagi ye.