Follow Us @soratemplates

31/05/2021

Vaccination Journey - 1st Dose

May 31, 2021 15 Komen


Seminggu dah vaksin Sinovac dalam badan saya. Alhamdulillah takde side effect yang teruk hari tu. Pening sekejap tu adalah tapi bukan immediately. Masa tu saya pergi sorang. Lepas setel urusan vaksin saya pun nak balik, masa dalam kereta tu terpening sikit so saya restlah sekejap dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ni dekat je dengan rumah saya. Tempat kerja mak dulu. Sebelum ni memang setiap petang ambik mak balik kerja. Memang berubah terus layout indoor stadium ni untuk dijadikan PPV.


Semua ruang indoor stadium luar dan dalam digunakan sepenuhnya. Sampai jer memang akan jumpa infographic ni dulu.


Clear sangat infographicnya. Tapi kalau kita sampai pun memang akan ada petugas (RELA & sukarelawan) yang akan assist kita. Tak sempat nak blur semua persoalan terus terjawab.


Di sepanjang laluan nak ke area no 3 ni memang dah siap susun kerusi plastik hitam ni, dengan penjarakan fizikal sekali. Smooth jer perjalanan saya sebab takde orang, Kalau orang ramai penuh kot kerusi ni orang tunggu giliran untuk divaksin.


Ni nak ke area vaksin. Lepas tu saya simpan dah henfon, 


Masa divaksin tu pun kata orang Sarawak, mojor joros jak semua. Alhamdulillah dipermudahkan. Dapat staff nurse Melayu, siap baca Bismillah lagi.


Lepas selesai cucuk, kita kena duduk di observation area tu dulu sebelum kena panggil. Lepas dalam 15 minit macam tu nama pun dipanggil dan nurse bertugas terangkan apa yang kita perlu buat jika ada side effect lepas vaksin. Then dia bagitau bila tarikh temujanji untuk dos ke-2 pula. Ada 1 kad dan salinan consent form yang dia bagi untuk kita simpan dan kena bawak masa pergi untuk cucuk dos ke-2 pulak nanti.

Kad vaksin & consent form.


Dalam MySejahtera akan terus updated jugak. Lepas tu ada lagi 1 link pemantauan yang kita kena submit selepas 24 jam. Yang tu saya dah selesaikan pada hari Selasa yang lalu, jawapannya semuanya "Tidak". Tapi kalau ada effect tu jangan tipu kenalah letak "Ya".

Selesai je semua saya bagitau dalam whatsapp grup famili. Bapak tanya, gambar mana? Adoi, gambar takdelah pak. Sorang-sorang macam pelik pulak nak selfie. Dah lah memang takde orang langsung. So saya takdelah gambar pegang props "Saya sudah divaksin" tu. Hihihi.

Mak dan bapak saya dah selamat dos ke-2 mereka hari Sabtu yang lepas. Ya, mereka batch Pfizer, sama dengan Encik Suami. Nampak gaya ada 3 bangsa vaksin berbezalah dalam keluarga kami.

Bagi yang belum dapat temujanji untuk vaksin tu, bersabarlah ye.
Insya Allah lepas ni dapatlah temujanji tu.
Chill-chill ajer ok.


 

Terung Goreng Tepung Bestari

May 31, 2021 10 Komen

Hari tu sebelum sebelum Sarawak mula PKP saya beli jugaklah stok sayur-sayuran agak-agak untuk beberapa hari. Beli kobis, labu, terung, timun. Semua yang jenis boleh bertahan lama sikit. Kalau sayur-sayur daun paling lama pun 2 hari je simpan sebab saya tak suka sayur daun lembik. Dah simpan dalam tupperware pun takdelah sesegar mana pun. Tak taulah silapnya di mana. Ok lagi kalau saya buat cara tradisional mak-mak buat, bungkus dengan surat khabar lama baru masuk peti.

Beli terung pun sebijik sebab suka tengok segar je terung tu. Tapi tak tau nak masak apa. Nak masak kari ke sambal ke kicap ke. Last-last buat goreng tepung jer.

Dah 2 hari dah nak berkedut dah terung. Baik ditepungkan terus.

Basuh terung dan potong serong. Agak-agak jangan terlalu nipis, jangan pulak terlalu tebal.

Saya suka sangat tepung Bestari ni memang cukup rasa. Tambah air je tapi saya letak jugak tepung jagung sikit.


Tadaaa.. siap sudah terung digoreng tepungkan. Mula-mula sombong bebudak rumah ni takmo makan terung goreng ni. Pastu bila dah rasa satu terus nak lagi dan lagi dan lagi. "Rasa macam cendawan gorenglah, Bu!" Haa itulah Ibu dah cakap awal sedap tak percaya.

Kalau kat Sushi King dalam set bento ada kacang panjang tempura. Yang tu tak best, tak suka pulak rasa kacang panjang tu.

 

29/05/2021

Makan-makan PKP #day1

May 29, 2021 11 Komen

Hari ini dah bermula PKP di Sarawak. Nak follow federal untuk total lockdown pun tak pasti lagi. Belum ada khabar berita lagi dari Pak Menteri. Apapun kita tunggu besok manatau ada berita terkini. Hari ni MKN negeri baru keluarkan senarai perkhidmatan perlu yang boleh beroperasi dan tak boleh. 

Dibenarkan.

Tak dibenarkan.

Apapun saya memang dah ready mental untuk total lockdown. Kalau Sarawak tak follow pun saya akan make sure untuk total lockdown famili saya sendiri.

So apa aktiviti korang hari ni? Hari ni kat Kuching hujan sepanjang hari. Bila lepas Asar baru ada cahaya mentari sikit. Bila cuaca sendu, perasaan malas pun bertamulah ye. Haha! Kita makan jer hari ni.

Bermula dengan breakfast. Alkisahnya memang tak plan pun nak breakfast berat, ingat nak goreng karipap frozen yang seller delivery semalam. Awal pagi bila on henfon dapat Whatsapp dari jiran bagitau hari ni ada mee jawa. Kesian pulak kan kalau tak order. So orderlah untuk breakfast. Tapi mee jawa jiran ni memang sedap. Puas hati makan.


Breakfast kami pada hari pertama PKP.

Lunch pulak memang saya dah order seminggu yang lepas. Itu la gara-gara perang laksa di FB dulu sampai teringin nak makan Laksa Johor. Last makan masa masih study di UPM dulu tahun 2002. Masa tu pergi open house raya kat umah member. Itu la teringin sebab dah lama sangat kan. Kebetulan pulak tengok di FB ada member share kawan dia (orang JDT) open order Laksa Johor. Apalagi saya pun tanpa melengahkan masa terus order. So hari ni tinggal collect je kat rumah dia. Kebetulan lagi area taman seller tu berdekatan je dengan taman kami tu yang rajin self collect. Kalau tak memang tunggu jer lah runner hantar.

Sedap! Puas hati. Cuma sambalnya tak pedas. Hihi. Lain-lain perfect, cukup rasa.

Order 3 set macam ni, hantar umah mak, umah adik. 1 set ni boleh makan untuk 2-3 orang tapi kami boleh makan 6 beranak.


Orang kata kalau bangsa JDT makan laksa pakai tangan ek? Saya tak reti lah tadi makan guna sudu je. Hehehe. Jangan marah ye orang Johor.


Laksa Sarawak sudah, Laksa Penang sudah. 
Laksa Johor juga sudah.
Alhamdulillah.


 

28/05/2021

Berdebor tunggu SOP PKP di Sarawak

May 28, 2021 19 Komen

 

Semalam kerajaan negeri Sarawak melalui SDMC telah mengisytiharkan PKP di seluruh bahagian negeri Sarawak bermula esok hari. Dari malam kelmarin lagi dah rumours di group whatsapp. Tapi setakat ni belum tau lagi sama ada PKP 'separuh masak' ataupun memang totally lockdown. Itulah tak sabar tunggu SOP PKP daripada MKN negeri Sarawak.

Ini ringkasan kes di seluruh Sarawak. Highest number setakat ni sejak PKP 1.0 pada Mac 2020. Seram sangat tau 200 lebih tu di Kuching sahaja tapi tu pun cut off jam 2 petang. Hari ni tak tau lah lagi berapa sebab semalam KKM buat ACD di sebuah shopping mall yang berdekatan federal complex. Kalau yang biasa ke Kuching taulah The Spring yang berdekatan sangat dengan wisma pejabat kerajaan persekutuan. KKM tetiba buat ACD bila lebih 40 staf di shopping mall tersebut positif C19. Bila dah buat ACD, customer yang kebetulan ada di situ pun kena swab sekalilah semalam. KKM risau betul customer yang ke situ pun terjangkit sekali daripada staf di kedai-kedai yang ada di situ.

Ini pula kluster-kluster yang aktif. Dan yang merisaukan kluster no 3, 4 dan 5 tu semuanya di area saya. Huwaaaa!!!

Esok PKP harus jalan jem sana sini hari ni. Sejak semalam lagi orang dah mula panic buying. Semalam saya keja masuk ofis so memanglah tak dapat nak ke mana. Ada hati nak top up stok dapur sikit kat supermarket berdekatan ofis tapi risau pulak takut crowded dengan manusia yang panic buying.

So saya pesan je Encik Suami suh singgah top up ayam dan sedikit bahan masak. Tau tak apa yang Encik Suami berjaya beli? Dada ayam jer tinggal. Itupun tinggal 1 je lagi. Memang licin orang dah borong. Astaga.. astaga.

Memandangkan saya BDR hari ni, lunch hour lepas setel semua PDPT saya sendiri dan PDPR #theIMANs, saya keluar hantar buku-buku kakak, abang dan Alan. Awan je takde arahan daripada cikgu untuk hantar buku di sekolah. Agaknya cikgu nak buat stok untuk menyemak masa cuti sekolah minggu depan kot.


Rindu nak hantar Alan ke sekolah tapi apakan daya.

Hantar kerja rumah dapat kerja rumah lagi.

Akhirnya saya berjaya jugak top up stok bahan basah. Beli ayam, udang, ikan dan sotong. Baru senang hati. Kalau fully lockdown pun tak kisah dah sebab cukup kot stok makanan di rumah. Lagipun bukan tak boleh keluar rumah langsung, frontliner kat umah ni tak kenal apa itu BDR atau WFH, dia memang akan pegi keja setiap hari.

Agaknya bagaimanalah SOP nanti? Huhu



27/05/2021

Magiclean Kitchen Memang Magic

May 27, 2021 30 Komen

Cerita semalam. Hari general cleaning sebab sebelum raya hari tu tak sempat nak bersihkan kipas angin kat cooking area. Bila Encik Suami nak bersihkan, dia cakap debu-debu di kipas tu sekali pakej dengan minyak. Euww. Ye lah dah tempat ko bertumis bergoreng mestilah molekul minyak-minyak berterbangan. Eh, ye ke? Yo yo o je statement ni kan? Haha! Tapi memang betullah berdebu dan berminyak walaupun tempatnya tinggi dari paras kepala.

Bila Encik Suami cakap, takde efek ni nak lap macam tu je. So saya teringatkan si spray botol hijau ni. Magiclean Kitchen ni yang saya guna untuk lap dapur dan kitchen top.

Encik Suami lepas lap terus cakap "Wah dah macam baru pulak kipas ni"

Berkilat you. Dengan bilah-bilah kipas ni saya spray dengan Magiclean dan guna magic span Eco untuk gosok. Encik Suami pulak bersihkan bodynya. Memang sekejap jer setel. Tambah-tambah pulak hari panas kita jemur pulak kat luar sekejap.


Dah kering semua part yang dibasuh tu barulah pasang balik. Berbaloi Magiclean Kitchen ni mudahkan kerja-kerja lap-mengelap di dapur yang selalu berminyak. 

 

26/05/2021

Gerhana Bulan 14 Syawal

May 26, 2021 7 Komen


Lepas je maghrib saya terus keluar di hadapan rumah nak mengintai gerhana tapi malangnya tak nampak. Hampa. Nak ronda-ronda naik kereta kang kena kompaun pulak kalau dah melebihi jam 8 malam.

Tiba-tiba Encik Suami yang menghilangkan diri sebentar memanggil-manggil saya dari dalam rumah. Masa tu saya masih kat luar rumah lagi.

"Yang, Yang.. jom naik bilik Iman tengok gerhana. Kat atas baru nampak."

Gerhana bulan 14 Syawal, 7.31 malam.
Allahu akbar!

Ini je yang saya mampu capture untuk kenangan Syawal zaman pandemik ni. Hari ni kes baharu positif C19 di Malaysia dah mencecah 7K dah. Hampir setiap negeri kes melebihi 200 dah. Eh, tertaip pasal si C19 ni pulak dah.

Bulan ni pulak saya capture malam tadi, 13 Syawal. 
Subhanallah.



Nom Nom Nom

May 26, 2021 10 Komen
 Rasa hati nak jer sambung puasa 6 hari ni tapi sebab Encik Suami ada kat rumah nanti dia cakap tak best nak makan kalau saya tak makan. So saya tak puasa. Rilek sehari. Hihihi. Boleh pulak macam tu kan?

Memandangkan hari ni cuti umum, semalam lagi saya dah prepare nom nom nom untuk hari ni. Biasalah bila hari semua ada kat rumah memang makannnnn jer kerjanya. Budak-budak pulak jenis aktif dan sedang membesar memang asyik lapar jer kerjanya. 

Ni saya rajin snap-snap lepas main masak-masak sorang-sorang semalam.

Ini haaa.. kek batik yang 15 minit je nak buat tapi berbulan-bulan pemalas nak buat. Buat semalam tapi potong hari ni untuk kunyah-kunyah hari ni.

Rendang ayam nak buat peneman makan dengan ketupat. Makanan yang bernama rendang ni lepas masuk jer daun limau purut memang semerbaklah bau aroma rendang 1 rumah. Masak semalam untuk bekfes pagi ni sebab bila bermalam memang lagi lagi lagi sedap.

Ketupat lemak yang diorder masa raya hari tu. Sengaja order banyak sebab nak buat frozen. So semalam dah kukus balik untuk santapan bersama si rendang ayam.

Breakfast like a king di pagi cuti umum. Kueytiaw goreng tauge dan ketupat cicah rendang ayam.

Ini pulak lauk buka puasa semalam. Sotong kicap, sawi tumis belacan, rendang ayam, apam balik dan kurma. 

Tengah hari ni tak lunch lagi. Konyang lagi. Nanti malam baru masak, lepas ni kalau lapar makan jer apa yang ada. Rendang ada lagi, #theIMANs asyik makan kek batik. Saya pulak dari semalam tekak nak makan kek lapis raya. Dah keluarkan dari peti sejuk pasni kita beraya di rumah sendiri pulak. Hihihi.

25/05/2021

Sarawak PKPB Dengan SOP Diperketatkan

May 25, 2021 7 Komen




Salam PKP 3.0 buat sahabat blogger di Melaya sana. 
Kami di sini masih lagi PKPB tapi dengan SOP yang diperketatkan. Lebih kurang je dengan SOP PKP 3.0 kan?

Jadual BDR yang terkini pun dah keluar semalam. 
Seminggu sekali je masuk ofis, selebihnya BDR. 
Harap-harap dengan SOP terkini ni orang ramai insaflah ye.
Kes positif memang takde trend menurun sekarang.
Sana sini dengar orang positif C19.
Kluster pun bertaburan dah.
Nampak sangat hari tu beraya sakan.
Sekarang terimalah padahnya.
Masalah yang tak bestnya,
Orang yang tak beraya, yang jaga SOP pun terpalit sama.
Tak semena-mena jadi close contact, PUI atau PUS.
Hmm..

Rasanya tahun depan pun masih lagi kita hidup dengan Covid 19 ni.
Bertabahlah semua.
Kita masih belum menang.
Tapi kita mesti menang!

Jom kita self-lockdown famili masing-masing.
Kita jaga kita.
Kita jaga famili kita.

Stay safe, stay healthy, stay vigilant.





 

23/05/2021

Dine-in, Tapau atau Masak At Home?

May 23, 2021 8 Komen


Sejak minggu lepas ramai seller kat sini buat konsep dine-in dalam kereta. Order di kedai then tunggu dalam kereta nanti ada staff kedai akan hantar makanan yang diorder ke kereta. Tapi saya tak pernah try sebab saya memang tak keluar rumah pun. Nak makan makanan yang dimasak orang lain pun boleh jer order di Grab atau Ayah IMAN yang tapaukan.

Sebenarnya saya tak berapa setuju dengan konsep ni. Tapi tidaklah bermakna saya tak support seller F&B. Ni antara idea mereka jugak untuk dapatkan sale tapi cara lain masih ada. Contohnya gunakan runner atau Grab Food. 

Bila buat konsep dine-in depan kedai ni, secara tak langsung ini akan menggalakkan orang ramai keluar rumah, pi jemput kawan-kawan kat rumah then lepak-lepak sambil makan dalam kereta. Kalau dalam kereta faham-faham je lah mana nak ada penjarakan fizikal. Belum lagi dalam keadaan beraircond yang mana boleh menjadi faktor penularan C19. 

Itu satu hal. Satu hal lagi kalau kedai jenis yang pakai pinggan mangkuk yang bukan jenis pakai buang. Takut la kan cuci tak bersih, pastu ada customer yang bergejala ataupun carrier bukan ke naya? Sampai macam tu tau saya fikir.

No dine-in no problem. Boleh jer tapau, makan tanpa was-was di rumah. Ataupun masak je sendiri. Takdelah boring sangat duduk rumah. Kan? Siapa kata boring duduk rumah? Saya okay jer.

Baiklah gambar-gambar ni ialah random pics santapan kami sekeluarga sepanjang minggu ni dan minggu lepas. Kalau rajin, adalah snap snap. Kalau malas, mestilah takde gambarnya. Iye dok?

Bubur ayam dan condimen ala kadar. Mana yang ada stok je lah.

Nasi ayam express

Spagetti bolognese

Spagetti Aglio Olio

Sushi King order Grab je.

Ayam goreng & telur mata so simple.

Lauk raya yang dipanaskan semula, rendang daging & kari ayam dan ikan kembung masin juga sambal belacan.

Tahun ni 1st day raya takde nak ambik-ambik gambar. Macam malas je. Hihi.

Semoga lepas ni rajinlah sikit nak ambik gambar lepas masak. Kalau tak, memang sepilah IG ku. Kah! Kah!





 

20/05/2021

Throwback Thursday: Dine In

May 20, 2021 6 Komen


 Hanya mampu throwback saja.
Gambar 2019.
Masa ni kami baru jemput si Ayah dari airport, balik bercuti.
Zaman ni zaman PJJ lagi.
Sebelum balik rumah, lepak makan-makan dulu.
Bilalah kita dapat 'bebas' macam ni lagi ek?

19/05/2021

Kuarantin Kendiri

May 19, 2021 14 Komen

Kami sekeluarga sebenarnya sedang kuarantin kendiri sejak 2 hari lepas. Sebab tu lah IG & Whatsapp Status saya agak aktif dalam masa 2 hari ni. Hari ni hari ke-3 kami 'berkurung' di rumah sendiri. 

Kenapa self-quarantine ni?

2 orang adik saya jadi PUI sebab colleague diorang disahkan positive Covid 19 Ahad lepas. Budak ni pun 1 hal. Dia dah diberi QO sehari sebelum hari raya hari tu lagi tapi tak dimaklumkan kepada kontak rapat yang lain. Tup tup bila dah positive baru dimaklumkan dengan semua kontak rapat. Apa kejadahnyalah budak ni. Kalau dia bagitau awal yang dia dah diberi QO sebelum raya takdelah adik-adik saya nak beraya, for sure kami semua tak beraya tak bersalam-salaman tak berpeluk-pelukan. Memang nak marah jugak sebenarnya. Dah setahun lebih hidup bergelumang dengan SOP Covid pun masih ignorance hal-hal penting macam ni. Kesudahannya rumah mak semua dapat QO tapi kami yang 2 buah rumah yang berlainan ni self quarantine je. Nasib baiklah saya masih BDR, cuma semalam sepatutnya WBF saya mohon cuti rehat sebab taknak ambil risiko.

Encik Suami pulak memang agak strict SOP tempat kerjanya. Almaklumlah keja kat hospital, wajib declare kalau ada ahli keluarga yang jadi PUI atau PUS. So hari ni buat pertama kalinya sejak pandemik melanda setahun yang lalu dia merasa BDR. Pertama kali online meeting di rumah. Kah kah. 


Kali pertama WFH sebab Isnin, Selasa dia masih cuti lagi.


Kes hari ini 19.5.2021 mencecah 6K kes baharu! Semakin membimbangkan. Sarawak pun maintain je 400 lebih setiap hari. Masih takde trend menurun.


Kes Sarawak hari ni. 323 kes baharu. Jangan tertipu besok mungkin akan jadi 400 lebih balik atau kalau nasib tak bagus mencecah 500. Tinggal 1 bahagian je masih hijau. 


So apa kita patut buat sekarang? Keluar rumah bila perlu. Elakkan berjumpa dengan orang-orang yang kita tak tau history pergerakan mereka. Seram!

Last but not least, ini tindakan kita untuk 'self lockdown'. 

  • Ke pasar atau grocery untuk beli barang keperluan seminggu sekali
  • Isi minyak kenderaan tangki penuh
  • Solat berjemaah 5 waktu bersama ahli keluarga
  • Optimakan pembelian secara dalam talian 
  • Zero tetamu. 


Jaga diri, jaga SOP ya semua. Stay safe, stay vigillant, stay healthy, save lives. Salam 7 Syawal.

18/05/2021

Rezeki Dari Jiran Belakang Rumah

May 18, 2021 8 Komen

Petang tadi masa Iman angkat kain di jemuran di belakang rumah, jiran belakang rumah pass sebotol popcorn untuk Iman dan adik-adik. Ini kali kedua dah jiran yang kami tak kenali tu bagi Iman popcorn. Dulu masa bulan puasa dulu pun dia pernah bagi jugak. Kelmarin saya bagi sebakul 'buah engkalak' kat diorang. Buah engkalak yang ditanam di belakang rumah nenek, meang banyak sangat nenek bagi masa balik berziarah rumah nenek raya pertama hari tu.

Orang memberi kita merasa. Kita memberi orang pun dapat merasa.
Adat berjiran kan?

Actually jiran baharu ni baru jer start menyewa rumah di belakang kami tu awal puasa hari tu. Saya pun tak pernah lagi berkenalan cuma senyum-senyum jer dari jauh, angkat-angkat tangan. Jauh jugak kot nak bersembang. Terpaksa bukak gate belakang jugak kalau nak proper.. takkan nak terjerit-jerit bersembang.

Lepas ni nak skodeng whatsapp group lorong belakang di handphone Ayah IMAN. Ayah IMAN je ada diadd dalam group lorong belakang tu. Manalah tau kan ada info pasal jiran tu.

Iman cakap tadi kalau nak beli popcorn, auntie tu pun ada jual dia cakap. Baiklah. Nanti kita order.


Oh ya, duit raya pun dapat jugak. 
Rezeki #theIMANs kan?