Follow Us @soratemplates

30/06/2021

Si Dia Yang Merajuk

June 30, 2021 5 Komen


Si dia? Siapa? Komputer kat ofis la ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Last masuk ofis 27 Mei yang lalu.. kemudian Sarawak lockdown awal terus tak masuk ofis dah. Hari ini baru masuk ofis lagi. Tu pun mintak surat kebenaran dari bos sebab nak uruskan hal #budakkaran ni. Almaklumlah dah nak penghujung semester dah. PdP bersemuka rasanya boleh kira dengan jari selama 7 minggu dibenarkan PdP bersemuka. Lepas minggu ke-7 semua dah online.

Ahaa.. nak cerita kisah masuk ofis tadi. Masuk je ofis memang sah lah takde orang kan? Mula-mula mestilah on pc dulu. Panjang check list nak diprint ni, malam tadi dah excited dah buat checklist. Harap-harap dapat setel awal bolehlah merayau-raya di alam blog. Tapi... on je pc, boleh pulak lupa password!!! Ah, sudah! Hari tu dah format pc so team ICT buat password mudah-mudah aje, bukan password pilihan saya. Itu lah yang terlupa!! Cuba punya cuba akhirnya dapat jugak setelah puas termenung sana termenung sini. Kalau password lain-lain memang saya ada save dalam Notes di henfon tapi password pc yang senang-senang tu tak save. Dulu yang saya create sendiri memang ada hint, ni hint nya pun jawapan salah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Okay dapat dah login, tapi saya tak puas hati. Betul ke password yang aku masuk tadi? Eh, nak try lah sekali lagi. Terus je tangan tekan restart. Ah sudah, windows update pulak!!! Stressnya lah hoi! Kena menunggu lagi dengann penuh sabar. Bayangkan sebulan tak update kan? Bertelur jugak lah menunggu.

Baik setel windows update. Tengok balik checklist. Semua nak kena print ni. Apa lagi laporan BDR tu lah yang dari 28 Mei hinggalah semalam. Laporan dah siap buat dah setiap hari tinggal nak print lagi. Printer pulak tak setting lagi aduyai. Hari tu masa awal lockdown kontrak baru mesin fotostat baru masuk so masa tu takde di ofis, memanglah Unit ICT tak setting lagi untuk print dan scan. Tunggu lagi team ICT datang untuk setting network dari pc ke mesin fotostat. Fuhh.. bayangkan dari 8 pagi sampai di ofis, 10 pagi baru dapat mula bekerja.
Nasib baiklah semua checklist dah checked!


2.00 petang.. yang ada di ofis pun balik. 5 orang je pun. Lama tak selfie dalam kereta. Lama tak pakai baju kurung. Lama berkurung di rumah, muka pun malas nak jaga. Nak simpan sini lah muka eksklusif jerawat sana sini ๐Ÿ˜‚ sampai Encik Suami pun mempersoalkan, kenak muka kitak banyak jerawat? Hahahaha!! 

Maksudnya, kenapa muka awak banyak jerawat?
Ai, nasiblah labu!! Stress tau dok rumah fikirkan kerja yang tak boleh setel selagi duduk rumah berminggu-minggu tak jumpa #budakkaran.


Rasanya kena masuk ofis lagi supaya si dia tak merajuk lagi. 
Udah-udah ler lockdown Malaysia oo!!

Tengok peta ni. Sampai hati kan yang buat macam ni? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


 

27/06/2021

PDPR PSV Tahun 6: Arca Stabil - Ikan

June 27, 2021 20 Komen

Kerja PSV si kakak.
Sekejap je dia buat.
Dia naik bilik..
Dalam setengah jam macam tu turun bawah balik.

Ibu, arca ikan dah siap!

Ibu, tolong ambik gambar nak send dengan cikgu.
Baikkk!!

Ibu ni kalau PSV ni memang lemah semangat.
Subjek paling tak suka masa di sekolah rendah & menengah!
Nasib anak daranya tak mewarisi semangat Ibu.
Hahaha!

 

26/06/2021

Sabtu Yang Lonely

June 26, 2021 14 Komen


Sunyi sangat petang-petang gini. 2 orang tido rumah nenek, 2 orang lagi main kat umah mak ngah dia lepas siap lunch. Ayah diorang pulak ada meeting pulak online. Pagi tadi pun meeting jugak. Macam gini lah. Nak on pc buat kerja ofis, takde mood. Pegang henpon jer ni. Nak tengok K-drama pun takde perasaan. Novel yang baru tu pun tak sentuh lagi. Adoi la.


Hari ni masak simple je. Kari ayam, sambal asam, bendi tumis kicap. Rumah ni dalam seminggu memang kena masak kari sekali.


Makan berempat je tadi. Sunyinya!

 

24/06/2021

Buku Order Dari Shopee Dah Sampai

June 24, 2021 30 Komen



Semalam lagi dah sampai. 
Tengah meeting online kakak cakap ada Pos Laju datang. 
Yeehaa!!

Tak sabar tunggu esok nak hello hello to weekend.
Weekend sekarang untuk layan novel.
Tapi rasa nak ambik novel lama kat umah mak pun ada.
Macam nak layan novel-novel lama je.

 

20/06/2021

Sambal Asam Cincang

June 20, 2021 13 Komen

Kazen hantar asam epal lagi.

Kita kupas.

Kita cincang.

Kita tumbuk cili.

Masuk gula sikit.

Tumbuk sikit ikan bilis.

Pilih-pilih belacan.

Bakar atas dapur.

Tumbuk dengan cili dan masukkan asam yang telah dicincang.

Tada!! Campur daun kunyit sikit.





 

19/06/2021

Review Novel: Bicara Hati

June 19, 2021 8 Komen


Sehari semalam habiskan novel ni. Normal lah kan? Tapi takde pulak sampai mengadap je novel sampai tak buat apa. Berhenti jugak untuk buat rutin-rutin ibu rumah tangga.

Bicara Hati karya Damya Hanna antara novel favourite saya zaman anak dara dulu. Selain Norhayati Berahim, saya juga suka hasil tulisan dari Damya Hanna ni. Saya pun ingat-ingat lupa dah jalan cerita Bicara Hati ni, itu yang tak sabar nak habiskan jugak.

Macam biasalah bila baca novelsaya akan 'tenggelam' bersama watak utama di dalam cerita tu. Dalam Bicara Hati, Tengku Syahran tidaklah digambarkan terlalu sempurna dan hensem namatey. Saya suka begitu. Zahlia pun digambarkan dengan cantik perlakuan dan budi bahasa, tidaklah terlalu anggun, jelita & sofistikated. Cuma matanya yang bundar berwarna hazel itu yang menarik perhatian saya sebagai pembaca.

Kisah Bicara Hati ni antara kisah rare zaman 2003-2004 dulu kerana mengisahkan mengenai kahwin kontrak. Lama dah cerita ni. Kereta Tengku Syahran (Syah) pun Honda Prelude je, Zahlia (Alia) pula Proton Wira. Alahai. Sekarang dah tak main dah Prelude & Wira ni.

Perkahwinan yang berdasarkan perjanjian antara Syah dan Alia akhirnya memerangkap mereka sendiri. Pelbagai dugaan terpaksa mereka hadapi tatkala cinta antara mereka baru bersemi. Buat saya senyum sendiri je.

Apa yang saya boleh simpulkan, nilai-nilai yang saya suka bila baca Bicara Hati ni ialah:

1. Persahabatan

-Persahabatan Syah dan Adli - Adli dan Annisa sanggung menerima amanah Syah untuk menjaga Alia sepanjang 'kehilangan' Syah selepas perjanjian kontrak mereka terbongkar

-Persahabatan Alia & Razif - Alia sanggup bersetuju dengan cadangan gila kahwin kontrak dengan Syah kerana memerlukan wang untuk membantu membiayai kos pembedahan Razif yang menghidap kanser.

-Persahabatan Tengku Badariah dan kawan-kawannya - Digambarkan sangat mementingkan hubungan dengan kawan-kawan sehingga bersedia untuk berbesan dengan kawan-kawan sendiri

2. Family Bonding

-Hubungan kekeluargaan semua ahli keluarga Tengku Ismail dan Tengku Badariah yang mesra. Semua anak duduk serumah dan selalu makan bersama tidak kira sarapan pagi, lunch atau makan malam.

-Keakraban adik dan abang di mana Fiza berkomplot dengan Syah untuk melengkapkan rumah baru Alia dan menjadi informer Syah supaya Syah sentiasa up-to-date semua tentang Alia.

3. Sifat kesukarelawan

-Alia yang memegang degree accounting tetapi sanggup bekerja di rumah anak yatim untuk membantu rumah yang pernah berjasa dengannya.

4. Islam itu indah

- Salah satu watak sampingan, Bernard yang telah lama terbuka hati dengan agama Islam dan semakin nekad untuk memeluk Islam abila melihat personaliti muslimah yang dibawa oleh Alia. Bernard akhirnya meminta bantuan Alia untuk membantunya mengucap syahadah.

5. Tanggungjawab seorang suami

-Walaupun lari membawa diri berbulan-bulan lamanya, Syah tetap memberi nafkah kepada Alia melalui wang pos yang dikirimkan kepada Adli, menyediakan rumah yang lengkap untuk didiami Alia sepanjang ketiadaannya.

Suka sangat cerita ni. Sekarang dah boleh move on dah dengan Alia dan Syah. Jom tido awal. Good night!


 

Tom Yum Day

June 19, 2021 10 Komen

Hari Sabtu beginilah. Pagi tadi bangun lewat sebab malam tadi sambung baca novel. Bangun-bangun je tengok Encik Suami dah belikan sarapan. Nasib baik.. patutlah hero 3 orang diam je. Nak keluar beli stok barang dapur dah terlajak lambat pulak sebab selalunya nak keluar ke Mydin kena pegi masa dia baru bukak kol 9 pagi untuk mengelakkan orang ramai. Besoklah kot.

So bila dah takde idea nak masak, cili bawang kisar pun belum buat, makanya kita kena cari masakan yang mudah seperti singgang, sup atau yang menggunakan pes. Apalagi tanya Alan dia nak makan tomyum ke tak. Nak! Nak meehoon tomyum. Ohoo.. bisa diatur!

Kita gunakan pes tomyum ni je. Senang. Cukup rasa.


Saya buat 3 menu sebab ada yang nak meehoon goreng tomyum, ada yang nak meehoon sup tomyum dan ada yang nak nasi putih telor dadar & tomyum. Senang je kalau buat tomyum ni. Nak makan dengan meehoon ke nak makan dengan nasik ke, terpulang. Ada yang nak makan nasik dulu lepas tu nak makan meehoon goreng tomyum. Sukahatilah nakkk.


Rezeki pemberian dari jiran-jiran. Kuih kacang dan koci. Siap sekali pakej minum petang sekali dah ni.

Hari Sabtu korang macam mana pulak?



 

17/06/2021

First Time Beli Novel Di Shopee

June 17, 2021 21 Komen

Selalunya setiap hujung bulan, rutin kami anak-beranak akan ke MPH atau Popular untuk cuci mata belek-belek buku. Masuk bulan ni dah 2 bulan tak menjenguk MPH atau Popular. Gian pulak nak koyakkan plastik novel, pastu nak cium bau buku baru. Bau buku yang baru ni lain macam tau! Nasiblah sebelum puasa hari tu beli lebih daripada 1 novel boleh jugak cover untuk bulan Mei. 

Sekarang terpaksa baca novel lama dulu sementara order novel baru di Shopee. First time saya beli novel dari Shopee ni. Kalau di kedai, saya akan belek-belek dan baca semua sinopsis novel dulu baru decide nak beli yang mana. Nasib baiklah di Shopee pun ada sinopsis. Boleh baca-baca dulu semua baru add to cart. Dari malam tadi asyik add to cart baru pagi ni confirm order.

Untuk julung kalinya beli buku di Shopee saya beli 3 buah novel. Cukuplah kot. Usha-usha jugak di FB, tapi entah kenapa terasa lebih dekat dengan Shopee. Hahaha! Lepas ni nak cari novel prelovedlah pulak. Angan-angan dah ada dah tu.


Saya try jugak baca e-book tapi tak feel pulak. Mengada sungguh lahai.


 

15/06/2021

Vaccination Journey - 2nd Dose

June 15, 2021 23 Komen


Hai. Saya nak sambung kisah saya pergi vaksin dos ke-2 semalam. Pengalaman nak pergi cucuk 2nd dose memang tak sama langsung dengan pengalaman pergi cucuk 1st dose. Bukannya kerana vaksin tapi kerana faktor-faktor persekitaran. Nak dijadikan cerita, bermula semalam PPV di Stadium Perpaduan ni telah dinaikkan KPInya untuk 4000 dos sehari. Sebelum ni 2000 je, tapi bila dah dinaik ke 4000 maka kebanjiran manusia pun berlaku di PPV. 

Gambar ni diambil pada jam 3.30 petang semasa saya dalam perjalanan untuk ke tempat parking. Ini bahagian belakang stadium ye. Tengoklah manusia beratur sambil berpayung menuju ke entrance.


Ini pula di view jalan masuk ke stadium pada jam yang sama saya menuju ke kereta dalam 3.30 petang macam tu. 

View ketika saya sampai di PPV pada jam 11.30 pagi. Appointment saya ialah pada jam 12 tengah hari. Dalam media sosial dan radio telah dimaklumkan orang ramai perlu hadir di PPV setengah jam lebih awal, kalau tersampai awal akan diarahkan balik untuk mengelakkan kesesakan di PPV. So saya yang skema pun menurut arahan tapi bila sampai je, Allahu kenapa ramai sangat manusia ni. Barisan pun dah tak tau mula dan berakhir di mana.


Kat bahu-bahu jalan pun orang park kereta.

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke kaunter pendaftaran. Saya beratur dari 11.30 sehingga pukul 1.00 petang. Memang stuck di sini je. Rupa-rupanya black out di area pendaftaran. Huhuhu! Kemudian terdengar sukarelawan MyVAC bagitau mereka yang appointment pukul 12, 12.30 dan pukul 1 beratur di khemah di luar. Saya pun terus je ke khemah sebab kalau diikutkan appointment saya memang dah lepas. Kemudian mereka semak MySejahtera kita untuk make sure masa appointment. Bila confirm mereka bukak laluan terus ke waiting area.

Bila di waiting area, kena tunggu lagi row kita dipanggil untuk buat pendaftaran. Sesiapa yang baru dapat 1st dose sukarelawan edarkan consent letter untuk diisi dan disign di sini. So jangan lupa bawa pen sendiri ye. Selesai saja di kaunter pendaftaran, saya terus diarahkan masuk untuk vaksin.


Di sini kita menunggu lagi. Haha! Masa 1st dose dulu memang tak sempat menunggu, di lorong ni kerusi kosong je tapi semalam semuanya not available. Di sini petugas (RELA) memang make sure kita duduk sebab dia taknak kita merayau-rayau di area ni. Tak lama di sini, saya dipanggil ke vaccination area pulak. 


Di sini pun menunggu lagi. Setiap 'bilik' tu 2 orang yang akan dicucuk sekali. Mana yang available kita pun diarahkan ke situ. Sekejap je prosesnya semasa dicucuk.


Macam biasa selepas dicucuk, kita akan diobserve dulu dalam 15-20 minit. Selepas tu petugas akan memanggil nama kita dan barulah MySejahtera kita dikemaskini dan diberi konsultasi sekiranya ada side effect post-vaccination.

Akhirnya, setelah 4 jam barulah setel dos ke-2 saya untuk Sinovac. Memang mencabar sangat harinya. Bawak air tapi tak berani minum sebab malas nak ke toilet. Memang exhausted sangat bila sampai di rumah semalam. Bukan sakit divaksin tapi sakit mental kerana waiting game yang terlalu lama. Tak macam 1st dose dulu, tak sampai 30 minit semuanya dah setel.


Baca pengalaman dos pertama di sini: https://www.kakmim.com/2021/05/vaccin-journey.html


4 jam ditinggalkan di dalam kereta, beginilah rupanya pisang yang saya bawak untuk bekalan selepas divaksin. Plannya lepas habis vaksin bolehlah makan 2 biji pisang ni untuk instant energy tapi tengok warna pun tak lalu nak makan. Hahaha! 4 jam beb, 4 jam, rentung habis pisang dalam kereta. Saya pun terlupa nak sembunyikan di dashboard ke, memang main letak je atas seat passenger depan tu. Confident sangat tak lama macam 1st dose dulu. Hihihi.

Selepas Vaksin

Selepas dos kedua ni, memang badan rasa tak selesa, rasa panas macam nak demam tapi tak demam lah. Lengan memang ada rasa kebas yang lama daripada dos pertama dulu. Sampai jer rumah saya terus mandi. Badan dah rasa melekit sangat dengan peluh. Perut tak rasa lapar walaupun last makan sebelum pergi ke PPV. Tu pun makan beberapa suap nasi goreng je. Bila dah lepas mandi, dah segar, barulah terasa lapar. Lunch #theIMANs saya order Grabfood semasa dalam Q di PPV untuk dihantar ke rumah. Memang tak expect kan lama sangat untuk dicucuk. Nasiblah diorang tak habis makan, ada balance sebungkus nasik ayam, boleh jugak makan untuk alas perut. 

Fuhh!! Penatnya semalam. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Nak dapatkan vaksin pun penat. Pagi tadi dapat berita dari member yang husbandnya ada bertugas di PPV Stadium Perpaduan, diorang setel pada 11 malam tadi. Kesiannya semua petugas di situ, polis, RELA, PBSM, staf Jabatan Kesihatan Negeri, sukarelawan MyVAC, staff nurse KKM, doktor, technician, semualah. Banyak fungsi setiap petugas di PPV. Semoga mereka dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan mereka dalam menghabiskan vaksin-vaksin untuk rakyat negeri ni.

Dengar cerita PPV yang berhampiran untuk vaksin Astrazeneca macam smooth jer prosesnya. PPV di BCCK tu udah la besar, memang lah selesa, tak macam di PPV Stadium Perpaduan ni yang KPInya 4000 dos sehari! Alahai.





 

14/06/2021

Officially Bangsa Sinovac

June 14, 2021 17 Komen

Alhamdulillah.. hari ini saya telah lengkap 2 dos Sinovac. Pengalaman hari ni sangat mencabar berbanding masa dos pertama dulu. Penatnya nak bercerita. Lengan kebas, kaki penat, muka pun pijar je rasanya ni. Besoklah saya cerita k.

Mak berkali-kali pesan jangan lupa ambik gambar. Kenangan tu nanti. Baiklah mak. Lagipun HQ pun mintak laporan bergambar jugak.

MySejahtera pun sudah bertukar status. Now dah boleh view e-cert vaksin dah.

Kad vaksin korang biarlah simpan sebagai kenangan zaman pandemik yang melanda seluruh dunia ni.

Pendek sangat rasanya hari ni kerana masa banyak dihabiskan di PPV. Nanti besok saya cerita lagi k.


 

13/06/2021

Kacang Peas Sedapnya

June 13, 2021 15 Komen


Kalau orang bagi salam lepas Asar ni tak lain tak bukan mesti anak buah 2 orang yang datang nak bermain dengan sepupu diorang  #theIMANs. Tersengeh-sengeh je bila saya bukakkan pintu.

Ibu bagi, kata si kakak, Aya.
Si kakak yang senior ni pulak bukaklah tupperware yang dibawak Aya tadi. Wah, kacang peas! Dah la lama tak makan di Sushi King. Ye la selalunya kat SK je jumpa kacang peas dalam bento. Hihi.

Apalagi saya dan Encik Suami je yang meratah kacang peas ni sesambil Encik Suami berkursus online. Layan jugak.

12/06/2021

Masak Nasik Arab Guna Pes Yemeni Mendhi

June 12, 2021 8 Komen



Dari malam tadi terfikir-fikir nak masak apalah hari ni. Bangun pagi tiba-tiba tercetus idea nak masak nasik arab. Kebetulan ada lagi stok ayam dalam freezer. Ah, boleh la. Terus whatsapp dengan jiran, oder pes Yemeni Mendhi nasi arab. Haha! Senang je masak nasik arab guna pes, boleh la sambung lepak di Law School lagi bila semuanya setel awal. Hihihi.

Pes ni ada yang beras 500g ada yg 1kg. Saya ambik yang 1kg beras. Masak sekali makan lah puas-puas dari siang ke malam.

Mula-mula basuh beras dan rendam dulu dalam setengah jam.

Sesambil tunggu beras direndam, kita masukkan pes dalam 1.3L air dan letak atas dapur. Saya masukkan sekali 1 bahagian ayam. Rebus je sampai mendidih.

Sementara tunggu pes mendidih, kita marinade dulu 2 lagi bahagian ayam. Plan nak letak atas pemanggang ajaib je malas pulak nak masuk oven.

Sebelum masukkan beras dalam air rebusan pes tadi, tapis dulu beras yang dah direndam tadi.

Bila nasik dah kering baru masukkan pewarna, biarkan. Tutup api dan biarkan 15 minit.

Bila nak makan kacau-kacau nasi supaya warna nasik arab kita mengancam. Haha! Mengancamlah sangat.


Pastu biarkan ayam yang dah dimarinade tadi atas pemanggang ajaib. Ni untuk makan malam.

Aksesori lain takde, cukuplah nasik dan ayam. Ibu malas ni. 

Petangnya pegi ambik buku si kakak dan abang di sekolah. Almaklumlah Isnin ni kan dah mula balik PDPR.

Kena tengok box satu-satu takut silap kelas pulak ๐Ÿ˜‚