Follow Us @soratemplates

29/07/2021

Kuasa Sedekah & Kisah Bingka Durian


Selalu kita dengar sharing berkenaan power of sedekah kan?
Jomlah kita baca sekali lagi.

1. MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Baqarah: 271)

Tak rugi untuk kita mengamalkan amalan ini dalam kehidupan. Apa yang dikeluarkan itu walaupon sedikit tapi ganjaran yang kita akan dapat sangatlah besar.


2. MENDAPAT GANJARAN PAHALA

Siapa yang tak suka mendapat pahala dengan amalan yang kita lakukan? Semua orang nak kan ? Kalau pahala tu limited , mesti setiap orang ada sifat kedekut dalam diri kan?  Besarnya ganjaran sedekah itu walaupun sedikit , pahala milik kita.

Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman:

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa:114)


3. MENDAPAT BALASAN YANG MENGUNTUNGKAN

Kadang kita risau dengan ekonomi kita yang darurat sekarang ni nak keluar seringgit pon takut. Tapi sebenarnya di sebalik seringgit tu ada keuntungan besar yang menunggu. Ingat dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain.

Firman Allah SWT:

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki.

Surah Saba’ (39)


4. BERSIFAT KEKAL walaupun sudah meninggal dunia

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Antara amalan yang tidak putus walaupun sudah meninggal dunia adalah sedekah kita ketika di dunia. Jadi elakkan untuk rasa berat bersedekah di dunia ini. Banyak keuntungannya di akhirat kelak.


5. MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.

(Surah Ali-Imran: 92)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dari kalangan mereka lebih cintakan kehidupan akhirat, serta menjadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa bersemangat untuk melakukan infaq dan mengeluarkan sedekah jariah yang akhirnya dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi ummah dalam skala yang besar.

Kredit: https://beanahomequran.com/5-kuasa-sedekah-ramai-tak-tahu-no-3-paling-power/

Ada kisah di sebalik sedekah ni.
Saya memang perasan lepas kita sedekah memang ada something pulak terjadi.
Ini kisah semalam.
Yang boleh dimemorikan sebagai Hari Ini Dalam Sejarah jugak lah.

Semalam saya order durian crepe ni.
Si bantal gebu montok berwarna kuning ni.
Dalamnya ada isi durian dan cream.
Cream tu saya tak tau lah whipping cream ke fresh cream ke.
Tak ambil tau pun.
Tau makan je.



Tetapi...
Sebenarnya saya tak makan pun durian crepe ni.
Tak pandai!
Saya cuma makan durian sahaja, buah durian.
Yang lain tu macam tempoyak, kuih, aiskrim, semua yang berasaskan durian saya tak makan.
Korang kecam saya rugi, kecam je lah.
Hahaha!

Balik kerja.. saya singgahlah umah BFF saya yang pembuat durian crepe ni.
Memang niat nak sedekah je dengan sorang akak ni.
Anaknya dah lama nak makan durian crepe.
2 pax hantar kat umah akak ni.
2 pax lagi hantar kat umah kazen saya yang tak jauh daripada umah saya.
Walaupun hanya ada 4 pax je dalam kereta, ya Allah bau durian macam apa dah.

On the way nak balik rumah tu tengok mak ada whatsapp.
Tapi fokus driving sebab nak cepat, hari dah nak beransur maghrib.
Sampai jer di rumah baru bukak whatsapp dari mak.

Rupanya ada bingka durian!!
Mak pesan takut si kakak lupa nak bagitau Ibu.
Semalam Ayah yang ambik #theIMANs di rumah nenek.


Bau macam sedap je.
Masih suam-suam kuku.
Saya try 1.
(Tak pernah-pernah ni rasa nak makan bingka durian)
Suspen tak?

Fuh!! Sedapnya lahai!
Terus makan lagi dan lagi.
3 potong terus saya makan.
Hahaha!

Sedap rupanya bingka durian ni ye.
Tapi takdelah rasa rugi sangat sebab dah nak 40 tahun baru pandai makan.
Sebab saya bukanlah peminat tegar durian sangat.
Kalau ada, makan.
Kalau tak ada, tak apa.

Begitulah kisah si bingka durian.
Mulanya sedekah durian crepe, lepas tu dapat pulak bingka durian.
Bingka durian ni pun bff mak yang sedekah 1 acuan.
Saya pulak daripada tak pandai makan terus pandai.
Berpanjangan pulak kisah sedekahnya.

Apapun..
Syukur alhamdulillah.
Makanan sedap-sedap ni memang rezeki daripada Allah kan?

Dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain.
Dan vice versa.
Benar kan?




 

20 comments:

  1. Tak kira...nak cakap juga...
    Rugi tak makan durian crepe!!!!
    Ok...minta maaf..
    Hihihi lepas ngata minta maaf...boleh gitu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimaafkan.. hahaha..
      hari ni masak lauk based tempoyak lg ke kak? hehehe

      Delete
  2. bila musim durian mcm2. menu durian
    ciknor baru plan nak buat durian crepe tu he he

    ReplyDelete
  3. alaaaaa sayang nya durian crepe tu sodap hahaha
    tp kan k ret sllalu x pasan, klu kita buat baik (bersedekah ke hape) tak pernah notis klu ada balasan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. sy mkn milo crepe je kak ret.. haha
      kdg2 bila ada sst yg baik terus terfikir apa yg aku dh buat ek.. macam tu lah selalunya

      Delete
  4. terliur tengok bingka durian tu. nampak sedap. biasa makan bingka ubi je. 1st time tengok bingka durian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke shima? cer buat sendiri durian kn tgh musim skrg kn? hehehe

      Delete
  5. Mesti sedap sangat bingka durian tu.. tapi kalau Iman, dia suka sgt durian crepe dari buah durian.

    Cakap psl sedekah, sy pernah baca, orang yg telah mati ni minta sangat supaya boleh dihidupkan kembali untuk bersedekah..begitu besarnya ganjaran sedekah ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah setiap org x sama kan? ada jugak org x mkn durian tp mkn tempoyak.. camana tu? hehe

      kan? jom la kita sama² berdoa spy dibukakan hati utk agar selalu bersedekah

      Delete
  6. Yo bih kak, syang eh sik pande makan durian crepe.. Haha Nyaman eh. Mak Tang telan aek lior kederik jak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. cannot brain sbnrnya.. durian campur cream ya bah.. hahaha.. tedah dlm amben kh? Boleh jak cuit sikit buah durian ya.. milk booster kata urg

      Delete
  7. Sama lah kak Min.. Naniey pun tak reti makan durian crepe tu. Durian boleh la makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!! Kita geng.. ramai jugak rupanya yg hanya pandai mkn buah durian je.. hihihi

      Delete
  8. Wak kalau bubur kacang durian ke, bubur pulut hitam durian ke sukalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur pulut hitam fav tu wak.. sedapnyeee

      Delete
  9. Dulu saya pun macam tu kakmim. Makan durian fresh juga. Tapi sejak mencuba macam macam makanan berasaskan durian boleh lah telan juga. Eh rare tu bingk durian. Tak pernah jumpa pulak. Tu dia dalam tak suka yang ada durian terus sedap. hihi...

    Alhamdulillah, bersedekah ni pasti ada ganjarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. ada geng rupanya.. skrg ni fiza dh pandailah ye mkn tempoyak tu semua??

      Delete
  10. betul tu, lagi banyak kita bersedekah, lagi murah rezeki. seronok baca cerita positif macam ni time malaysia kemurungan akibat kes covid. salam Jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat sal.. kita ceriakan diri kita dan org di sekeliling kita k 💪🏻💪🏻

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥