Follow Us @soratemplates

18/09/2021

Review Perencah Rendang Asian Taste: Mudah & Sedap

Nak makan rendang? 
Tapi busy nak prepare itu ini?
Ala.. guna je perencah rendang Asian Taste ni
Mudah dan yang paling penting, sedap!

Brand ni so far yang terbaik dan tersedap saya pernah cuba.
Tak perlu kerisik
Tak perlu daun limau purut
Rasanya memang semua dah cukup
Yang penting nak membuatnya pun mudah
Gaul-gaul dan tinggal je atas dapur
Kalau guna periuk Shogun tu lagilah cepat empuk dagingnya

Daging dalam 400g, dicuci bersih
Kalau saya memang kena perap halia & serai yang dikisar

Lepas tu masukkan je perencah rendang Asian Taste ni
Gaul-gaul sampai rata dan masukkan air untuk merebus daging rendang kita

Tips nak empukkan daging dengan cepat, saya masukkan ais 
Saya guna ais kiub tu je
Lepas tu tutup periuk tu biar daging melembutkan dirinya
Api sederhana je
Bila daging dah agak empuk, bolehlah masukkan pati santan
Kalau nak rendang basah-basah, tambah air sikit
Biarkan daging rendang kita masak dan lembut
Boleh je masukkan daun limau purut
Saya yang ni memang wajib letak
Sebab aromanya tu terangkat satu rumah bau rendang

Daun kunyit jangan lupa
Kadang-kadang saya letak yang selembar tu je
Sebab #theIMANs tak suka 'sampah-sampah' ni
Kadang saya letak jugak, hiris halus


Boleh la makan dengan lemang
Acah-acah di hari raya gitu





 

12 comments:

  1. Wah perlu cuba brand tok. Hehe. Sebab kmk sik pass gik molah rendang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recomended tok.. boleh carik ya sbb x semua supermarket ada jual brand AT tok

      Delete
  2. Belum gik coba pes tok. Nok nyonya ada kamek coba. Tapi rasanya kurenggg. Kelak mok juak carik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus cuba brand tok.. kmk jrg cuba brand lain selalu adabi jak tp bila dh nemu brand AT tok alu lekat.. tp boleh jak mun combine adabi dgn AT penah juak kmk molah gia

      Delete
  3. Mudah sangat ni masak rendang guna pes. Tengok kejadian dia menawan betul.

    ReplyDelete
  4. cantik pulak kejadian rendang kak mim guna paste rendang tu, macam masak secara tradisional plak. rendang makan dengan lemang mmg sedap sangat.. rindu plak nak raya, dah la raya lepas x dpt rasa lemang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kejadian cantik rasa pn sedap.. try lah carik paste ni utk mkn2 sendiri

      Delete
  5. review dan resepi yang menarik. boleh la ni buat-buat lepas craving

    ReplyDelete
  6. lagi mudah ni , even kalau terlambat nak masak guna je paste rendang ni ,campak-campak dah siap

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥