Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Blogsphere. Show all posts
Showing posts with label Blogsphere. Show all posts

29/07/2021

Baru Dapat AdSense

July 29, 2021 35 Komen


Mungkin ada yang perasan kot kat sini dah ada AdSense. Hahaha!
Baru je godek² semalam.
Sebelum ni AdSense ni tak connected pun dengan kakmim.com sebab masih site yang lama dulu.
Mulanya memang tak kisah sangat pun dengan bendalah Adsense ni.
 Tapi jadi seronok juga bila baca entri blogger² tegar share tentang AdSense diorang.

Kakmim ni..
Nak mengharapkan income yang banyak tu memang taklah sebab memang tak fokus pun serious sharing.
Content ala² diari mak-mak jer.

Walau bagaimanapun...
Kakmim kagum dengan blogger yang memang dapat banyak passive income daripada blog.
Kakmim tumpang gembira tengok adik² semua berjaya dalam bidang yang diminati.

All the best semua!
Selamat Hari Khamis.
Esok Kakmim BDR balik.. hehehe.


nota kakmim: menulis apa terlintas di hati
 

04/07/2021

Puff For Hi-Tea 6 Beranak

July 04, 2021 14 Komen

Risau bila pc rosak, nak print belum dapat. Malas nak install driver kat laptop. Malas nak on laptop. Kesudahannya main masak-masak je lah untuk lupakan kerja-kerja hakiki di ofis yang tertangguh.

Petang ni buat puff je. Guna pastry frozen jenama Kawan. 1 bungkus ada 10 sheet. Boleh la sekali makan. Selalu kalau buat memang akan buat habis sebungkus. 

Tuna puff 6 ketul.. seketul sorang jadilah

Balance ada 4 sheet lagi bubuh nutella kat dalam. Buat small size dapat lah 8 ketul.

Tadi scrol-scrol timeline FB saya terjumpa orang share status ni. Setuju sangat. Tak tau lah betul ke tidak Ustaz Ebit Lew yang cakap tapi saya memang setuju. Sekarang saya jarang update di status FB. Selalu di story FB atau pos di IG je. Sekarang tambah lagi content untuk blog pulak. Mungkin sifat mak-mak, saya suka tengok menu apa yang sahabat saya share di blog mereka atau di IG. Kadang-kadang memang buntu jugak nak masak apa tapi bila merayau-rayau di media sosial adalah idea tu datang hasil dari perkongsian sahabat-sahabat di blog, IG atau FB. 

Kadang-kadang saya sengaja taip di Google macam ni, "menu masakan ayam". Haa.. berderetlah nanti idea akan datang.

Siapa perangai macam ni, komen - Saya! -
Hahaha!!



 

03/07/2021

Dapat Kad Raya Dari Blogger Shida Radzuan

July 03, 2021 12 Komen

Cerita Isnin lepas, penghujung Jun. Kita dapat kad raya!

Macam biasalah dah petang baru menjenguk ke dunia luar. Baru bukak pintu menunggu ketibaan si Ayah balik dari mencari rezeki.

Tiba-tiba.. eh macam banyak je benda kat dalam post box. Mintak tolong si Abang tengokkan dan dia pun ambillah semua benda yang ada dalam post box.

Saya belek satu per satu. Ada surat dari insurans, bil air dan eh, sampul personal dari Perak!! 

Baru saya teringat dulu Shida pernah mintak alamat saya. Selalunya memang saya guna alamat rumah mak sebab kat situ memang ada je manusia di rumah masa orang bekerja. Tapi memandangkan situasi sekarang yang masih BDR, saya guna je alamat rumah untuk semua urusan pos mengepos termasuklah urusan Shopee. Hiks! Kalau dulu takde rahsia, kalau ada beli barang wajib bapak tau sebab dia yang ada kat rumah untuk accept semua tu. Nasiblah tak kena marah. Cuma masih ada soalan, beli apa lagi tu? Hihihi.

Begitulah bapak-bapak kan? Walaupun anak-anak dah tua beranak-pinak masih lagi mengambil berat urusan anak-anak. Kadang-kadang kalau tengok apa yang kita beli macam best dia akan mintak beli jugak. Hehehe. Bapak saya pun suka tengok barang di Shopee. Nanti kalau ada yang berkenan dia akan suruh adik bongsu saya belikan. 

By the way, terima kasih Shida pos kad raya jauh ke Bumi Kenyalang. Lamaaaaa sangat dah tak dapat kad raya tau. Walaupun hari raya Adil Fitri dah lama melabuhkan tirai, Kakmim ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Shida sekeluarga. Nanti dah clear pandemik jemput-jemputlah cuti-cuti di Kuching ye semua.

Shida mana yang bagi kad raya ni? Jom jenguk blog beliau di sini https://www.shidaradzuan.com/?m=1

 

02/07/2021

Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com

July 02, 2021 11 Komen

 


Salam Jumaat semua!!

Entri pertama untuk bulan Julai kita rasmikan dengan join segmen dari Mia Liana. Korang dah join ke? Kalau baca post ni sebelum 10.30 pagi sempat lagi tu. Jom! Syaratnya senang je.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Bila nak follow blog Mia ni, rupanya dah follow dah tapi jarang pulak saya lepak kat sana. Insya Allah lepas ni selalu lah lepak sana, IG pun rupanya dah follow. Ai.. begitulah, bila jarang blogwalking ni rasa bersalah pulak main follow kemudian tinggal je. Maaf ye semua! Saya jenis tak feel baca guna henfon, kena baca bukak pc jugak baru puas mata memandang.

Hmmm... Ini kisah saya pulak. Semalam saya seharian berwebinar, straight 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Kalau webinar kitorang ni bukak program lain di pc memang dikira tak hadir, rugi je kalau attend sambil buat kerja lain nanti dikira tak hadir. So kenalah bukak Webex tu je sehari-hari. Kena fokus betul-betul. Bukan menyelam sambil minum air. Lepas tu malam ada baca Yassin jugak secara GM tapi guna henfon je. Bila nak buat keja guna pc ah sudah, pc tak boleh on.

So hari ni kita bersiaran langsung dari ofis!! Sebab ada bengkel online lagi hari ni. Sebelum tunggu bengkel mula tu dapat la menaip sepatah 2 kata di blog ni. Yahoo!!


05/06/2021

Hari Dapur Tak Berasap

June 05, 2021 14 Komen

Dapur tak berasap? Mesti tak masak kan? Tak masak, tak makan ke? Eh, makan tetap makan. Baca dulu kenapa saya tak masak.

Alkisah semalam dah gatal tangan dah nak cat baru blog ni. Semalam cuba tu cuba ni tapi belom ada yang berkenan. Ditakdirkan pulak hari ni Encik Suami kita tu kerja. Yahoo! Boleh lah sambung duduk mengadap pc. Sarapan dah order awal dah semalam, so setel untuk makan pagi.

Bila Encik Suami dah turun keja, saya setelkan rumah, baju-baju dulu.. alaaa bagi arahan komando je kat #theIMANs untuk setelkan. Hihi! Lepas tu saya mulalah.

Ditakdirkan lagi adik selang beberapa buah rumah whatsapp bagitau nak bagi asam pedas ikan pari. Okay on, saya masak nasik je. Setel untuk makan tengah hari.

Cukup untuk 6 beranak.

Encik Suami balik kerja dia tapau pulak Subway. Okay setel untuk minum petang. Haha!

Yang lelaki kecik 3 orang bukan makan pun Subway ni, kami 3 orang je makan. Untung untung.

Malam pulak adik kat umah mak pulak hantar soto. Setel lagi untuk dinner. Tapi biasalah budak laki 3 orang nak kena makan nasik jugak, kari dalam tin lah jawabnya. Ibu alang-alang nak habiskan keja mengecat blog. Tak dan nak ambik gambar dah. Dan akhirnya setel jugak. Berhenti untuk solat dan makan je. Selebihnya memang depan pc je.

Hari ni memang hari malas masak. Tapi blog dah cat baru dah. Okay boleh tido. Good night!




03/06/2021

GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

June 03, 2021 26 Komen

Kali ini kita support produk yang dijual oleh blogger Fairus dan wife pulak iaitu GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious. Semoga semakin berkembang bisnes sambal bilis pedas kalian di zaman pandemik ni. Insya Allah kalau dah tembus di pasaran Shopee tu memang boleh pergi jauh.

Macam mana nak join GA by saudara Fairus ni? Ikuti langkah-langkah di bawah ni ye. 

  • Membuat posting bertajuk GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious dengan memuatnaik gambar banner dan membuat pautan ke entri ini,
  • Like halaman Facebook d' SAMBAL licious (pilihan tanpa paksaan), dan
  • Tinggalkan pautan blog anda mengenai giveaway ini di ruangan komen.

Kan? Kacang je kan? Apa tunggu lagi, moh ler kiter! Kopipes jer.

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah

June 03, 2021 10 Komen

 


Macam banyak jer giveaway yang sahabat blogger anjurkan sekarang ni. Ada yang saya tak sempat nak join. Plannya nak join last minute tapi terus tak terjoin. 

So now saya join GA yang dianjurkan oleh adik dari Ganu kite ni, Atiqah Najihah. Apapun, tahniah kepada dik Tiqah sebab dah berjaya anjurkan GA ni. Bagi yang tak join lagi bolehlah join kalau free sekarang. Buat je daripada duduk tercangok macam tu je kan? Lagipun syarat-syaratnya senang je.


SYARAT SYARAT PENYERTAAN:

  • Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah"
  • Backlink entri anda ke entri giveaway ini
  • Tinggalkan link entri giveaway anda ke ruangan komen entri ini
  • Siap!


Kan dah cakap senang je. Berjaya atau tak, itu belakang kira. Mana yang mampu kita join je sekarang. Jangan lupa tau! GA ni akan berakhir pada 20 Jun nanti. Daaa~

10/05/2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

May 10, 2021 18 Komen

Assalamualaikum! Hari ni saya BDR tapi tetap ke ofis.. ada task yang melibatkan #budakkaran yang harus diselesaikan. So mode stand by on. Malas nak punch-in in case keja setel awal boleh terus balik rumah dan bercuti kan?


Rupanya 2 hari lagi nak raya! Bila dah semakin 'senja' ni perasaaan nak beraya tu takdelah excited sangat. Cuma excited nak readykan persiapan untuk anak-anak jer. Padahal bukan dapat ke mana-mana pun tapi hari raya pertama tu wajib la semua baru untuk mereka. Budan-budak la yang paling excited nak beraya, dah la puasa pun penuh, mana tak happy bila makcik-makcik diorang semua dah mention akan bagi 'bonus' kalau puasa penuh sebulan. Best kan jadi budak-budak.


Sementara masih fresh lagi ni, tak start keja saya ambil peluang BW ke blog sahabat blogger semua. Tetiba nampak kak SA ni ada buat GA sempena birthday dia 6 Jun nanti. Apalagi, join lah, kalau delay entah-entah tak terbuat nanti.


Sonang je syarat-syarat GA kak SA ni. Semunya saya sudah comply. Haha! Apakata korang pulak buat langkah 1-6 ni. Yok!!



Syarat-syarat penyertaan :


  1. Follow blog Suriaamanda 
  2. Subscribe Youtube channel Suriaamanda (klik Sini)
  3. Follow Instagram SA ( Klik Sini)
  4. Follow Facebook SA ( Klik Sini
  5. Copy and paste banner di atas. Buat entri "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"
  6. Komen link penyertaan di komen di bawah.

Senang kan? Apa lagi buat la sekarang. Hahaha!



12/04/2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

April 12, 2021 10 Komen


Fuh!! Ingatkan tak sempat nak join GA by Fiza ni. Rupanya hari ini last day. Sekarang ni dah jarang dah join GA yang dianjurkan sahabat blogger. Masa tak berapa nak mengizinkan dah. Pagi ni sebelum fokus tugas hakiki menyempat lah sekejap ke sana ke sini baca komen blog kawan-kawan.


Oh, ya mudah jer nak join GA Fiza ni. Baca ni.


1. Buat satu entry bertajuk : Giveaway Sampul Raya Hipster
2. Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini
3. Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam entry ini.



Kakmim kalau dapat ni memang simpan atau bagi kepada orang special je. Selalunya Kakmim macam tu lah. Suka simpan benda-benda yang customised. Mungkin rare kot so sayang nak bagi orang, apatah lagi kalau orang bagi kita, lagilah sayang. Hehehe.


Tapi musim raya macam ni kalau beli online selalu je dapat sampul raya percuma. Hehehe. So far belum dapat 1 pun lagi. 
 

15/03/2021

Appreciation Post to Blog Sal & Tangan Gebu

March 15, 2021 12 Komen

Terlebih dahulu Kakmim nak mohon ampun dan maaf kerana delay nak update pasal hadiah-hadiah dari 2 orang blogger ni. Memang ingat nak buat tapi tak sempat nak bukak blogger di pc. Kebanyakan posting yang Kakmim buat semuanya dari henfon. Mohon ampun maaf ye Sal & Tangan Gebu.


Sebenarnya parcel-parcel dari blogger Sal & Tangan Gebu ni sampai di Kuching pada 21 Februari yang lalu! Dah hampir sebulan dah. Sampainya di hari Sabtu, di rumah Mak. 

Mulanya macam blur jugak bila adik bagitau ada parcel datang sebab seingat saya masa tu takde shopping online pun. Bikin suspen jer. Bila adik & Mak hantar ke rumah barulah ingat hadiah GA dari Tangan Gebu dan Sal. Terima kasih ye!


Ini hadiah daripada Tangan Gebu. Homemade Pure Vanilla Extract gitu. Wangi!!


Dan FM comel-lote ni semua daripada Sal! Terima kasih Sal walaupun takde ke mana-mana setahun ni dapat jugak la FM dari oversea. Hihihi. Dan juga ada mouse pad. Terus kena cop kakak Iman dah. Hihi.


Kepada Tangan Gebu dan Sal... jazakallahu khairan... semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan.. aameen yarabbal 'alamin. Terima kasih kerana sudi pos hadiah-hadiah comel ni merentas Laut Cina Selatan. Syukran jazillan ya.


Kepada yang belum lagi follow blog Sal & Tangan Gebu, silakan ye!


 

13/02/2021

Rezeki Sejak Aktif Blogging

February 13, 2021 19 Komen




Kisah Januari 2021. Pembuka tahun 2021.




Cuya dah whatsapp awal dah dia akan buat digital art tu selepas dia selesai final exam. 
Kakmim tak kisah pun. 
Semalam Cuya send kat whatsapp & telegram.


Sekejap je Cuya buat. Tadaaaaa!


Terima kasih Cuya!! 


Tengah malam tadi masa marathon Start Up saja je check blog kat henpon. 
Terkejut bila baca notification ni.


Tak sangka pulak dapat tempat ketiga di blog Tangan Gebu.
Alhamdulillah.


Ini pulak cerita penghujung tahun 2020.



Rezeki di blog Eza Boom Boom penghujung Disember 2020 yang lalu.
Tak sangka jugak.




Terima kasih Eza.. terus transfer malam tu jugak.



Alhamdulillah. Niat nak support kawan-kawan je tapi boleh termenang.
Rezeki terpijak.
Setiap bulan dapat hadiah dari sahabat blogger.
Sebelum ni bulan November 2020 pernah jugak dapat dari Misya. 





Alhamdulliah.
Speechless. Rezeki kenal orang baik-baik.
Maafkan Kakmim ye kalau tenggelam timbul tinggalkan jejak di blog kawan-kawan.
Biasalah bila dah sibuk dengan tugas hakiki.



 

28/01/2021

Throwback Thursday: Blog Wordpress 2008

January 28, 2021 13 Komen

Blog lama dah jumpa balik!!!! 


Rindunya blog Miss Chrome aka MC nih!!! 


Rasa nak melompat jer depan pc bila dapat track balik blog zaman BBNU ni. Poyo ah! Hahaha!


Warna hijau rupanya. Sampai warna template pun dah lupa.


Nak letak sini jugaklah screen shot Wordpress ni. Manalah tau suatu hari nanti Kakmim 'MIA' lagi di alam blog ni. Kalau tetiba muncul balik at least dapat jugak track dekat sini. Insya Allah


Tapi, Wordpress ni bukan blog pertama Kakmim. Blog pertama Kakmim dulu guna Blogdrive. Linknya nagacute.blogdrive.com sebab masa tu memang guna nick nagacute. Tapi email yang guna masa tu pun dah lupa, memang tak dapat nak login. Rasanya bila dah move on dengan 'sesuatu' dulu Kakmim delete kot blog pertama ni. Lepas tu bila orang dah ramai guna Blogspot barulah wujudnya kelisabiru.blogspot.com pulak.


Tapi....

Bila nak bukak blog tu, tak boleh pulak. Lupa dah username & password apa nak login. 


Itulah pengajarannya bila suka 'curang'. Sekejap di blogdrive, sekejap di blogspot, sekejap lagi di wordpress. Haaa.... ambik kau, padan muka.


Bila baca lagi di previous page wordpress tu kan, rupanya dulu kita ada Multiply jugak ye. Kalau tak silap memang lebih kepada untuk post gambar je. Bila klik je link http://sukmaville.multiply.com/ tu dah tak boleh access dah. Tak ingat pun ada akaun Multiply ni. Kalau Friendster tu ingatlah jugak. Ada 1 lagi tu yang seangkatan dengan Friendster, glamer jugak tu, lupa pulak namanya.


Apa ek? Adoi la... memang tak ingat ni. Ada sesapa yang ingat ke?

25/01/2021

My First Giveaway by Blog Sal

January 25, 2021 17 Komen

Alkisahnya lamaaaaa dah tau pasal GA yang Sal anjurkan ni tapi tak jugak terbuat-buat. Tambah-tambah lagi tengok dute datenya Februari. "Eh, lambat lagi nak due". Memang suka kan buat keja last minute.


Sebenarnya lately ni Kakmim banyak update guna henpon tu yang susah sikit nak buat entri GA. Nak insert link tu semua leceh sikit kalau pakai henpon. Ye lah jari ni gebu melampau, susah! Kah! Kah!


Sebelum due baik Kakmim buat terus GA Sal ni. Semoga bertambah-tambah meriah penyertaan dan follower di blog cik adik manis Sal ni. Er, kitak dah join tek kah? Hehe! Takmo translate, boleh paham kan? Kecek Serawak yang paling simple dah tu.




Baiklah, macam ni caranya nak join. Tutup mata pun boleh lah nak buat. Kecuali kalau malas memang tak terbuatlah. Macam mak adik-beradik si IMAN tu la. Kah! Kah! 


Cara menyertai 'My First Giveaway by Blog Sal' ni senang je:

1. Follow Blog Sal.

2. Buat entry ' My First Giveaway by Blog Sal' .

3. Copy & paste poster di bawah. Letakkan dalam entry dan backlink ke entry ini.

4. Letakkan link giveaway blog kalian di ruangan komen


Apa macam? Senang kan? Apalagi, buatlah! Hahaha!



 

24/01/2021

Giveaway by Blog Tangan Gebu

January 24, 2021 9 Komen

Dah lama nak join GA yang dianjurkan rakan-rakan pemblog, tapi tak berkesempatan nak menaip entri GA. Insya Allah Kakmim cuba habiskan satu per satu. Bolehlah memeriahkan GA rakan-rakan lain kan?


Bila join GA, mestilah ada T & C kan? Insya Allah semuanya dah dipenuhi. Kakmim nak join GA ni pun sebab nak support rakan-rakan pemblog je. Tapi bila diteliti dan dibaca balik, eh menariknyalah pulak hadiahnya. Terus mata berpinar-pinar. Wow wee!


Kakmim dah ada 1 customised bag macam hadiah utama tu tapi kalau dapat hadiah daripada seseorang mesti lagi seronok kan? Haha! Memang dasar perempuan. Cheh!


Ye lah, perempuan ni memang ada spesis yang:

  • Tak boleh nampak benda free
  • Gila handbag
  • Gila shopping

Betul tak? betul tak? 


Eh, melalut pulak. Tak lama lagi nak close dah penyertaan GA ni. Yang belom join, jom lah support Cik Puan Tangan Gebu ni.




Untuk menyertai contest ni, anda mestilah ada BLOG dan akaun Instagram. Syaratnya senang je;

  1. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway by Blog Tangan Gebu" (jangan lupa masukkan link http://tangangebu27.blogspot.com)
  2. Tulis ayat ringkas/perenggan kenapa anda join giveaway ni dan copy paste gambar pertama dalam post ini.
  3. Baca salah satu artikel dalam blog ini dan tinggalkan komen.
  4. Follow Blog Tangan Gebu, Instagram (@ms_lan27 atau cari tangangebu27) dan subscribe blog (contoh dalam gambar untuk subscribe blog). https://www.instagram.com/ms_lan27/


Cantik kan? Kalau ada rezeki dapat beg ni mesti iols gumbira.  Hihihi! 


08/01/2021

Rezeki Menang Digital Arts Giveaway by Cuya

January 08, 2021 12 Komen


Alhamdulillah!! Rezeki di awal tahun agaknya kan? Kakmim menang lagi! Kali ke-3 dah ni bertuah dalam penyertaan segmen-segmen yang sahabat blogger anjurkan. Sungguh tak sangka.




Join pun sebab suka-suka je, support sahabat blogger. Tapi dah rezeki tertulis jadi pemenang tempat ketiga, syukur alhamdulillah.

Masih tak percaya tau! 





Terima kasih kepada sis Nasuha @ Cuya atas penganjuran give away yang lalu. 
Tahniah kerana telah berjaya menganjurkan segmen Digital Arts Giveaway ni dengan jayanya!
Tahniah! Tahniah! Tahniah!!



Semoga dipermudahkan urusan final exam. Study smart ye!!
Good Luck!!

Happy Weekend!

January 08, 2021 7 Komen


Hari Jumaat hari yang ditunggu-tunggu oleh kami-kami yang makan gaji. 
Sementara SYMA di hujung minggu belum bermula lagi, maka kita nikmatilah dulu masa berehat di hujung minggu!!



I am always happy to meet my friend, and my friend is my weekend. ~ Debasish Mridha



Selamat Berhujung Minggu semua!!!

07/01/2021

Giveaway by ejulz & anakdenesor

January 07, 2021 12 Komen
Hari ni kita join GA by Ejulz & Anakdenesor ni. Senang sangat syaratnya ni. 
Follow blog & IG diorang je. 
Lepas tu.. DONE!!





 Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & anakdenesor


1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & anakdenesor". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan anakdenesor;
4. Follow IG ejulz dan anakdenesor;
5. Tinggalkan penyertaan dan nama  diIG korang post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.



Tarikh Tamat : 15 JANUARI 2021



notakakmim: teringin nak anjurkan segmen ke GA ke, ada yang nak berkolaborasi ke? berdua lebih baik. meriah sikit ye dak?

04/01/2021

Blog Archieve 2016-2020

January 04, 2021 20 Komen

Nampaknya sejak 3 tahun ni ada peningkatan rupanya entri di Monolog Kakmim. Tahniah kepada diri sendiri 🤭🤭👍🏻👍🏻


Pencapaian 2020 sebanyak 180 entri! Jauh sangat pencapaian daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Siapa sangka kan? Sekali air bah, sekali pantai berubah. Eh!

2016 - kesiannya ada 4 entri je sepanjang 12 bulan yang panjang tu. 2016 ialah tahun pertama Kakmim dan Encik Suami PJJ. Pada mulanya memang Kakmim ingat nak buat PJJ log sempena Kakmim jadi 'ibu tinggal' tapi apakan daya, memang tak tercapai hasrat tu. Sibuk sangat kot dengan tugas hakiki lepas tu dengan urusan persekolahan #theIMANs lagi. Memang benarlah 2016 me time hanya masa di ofis je dan kalau travelling ke tanah Melaya.

2017 - ada 7 je. Nantilah nak tengok balik apa yang Kakmim publish tahun tu. 

2018 - ada peningkatan ke 2 angka. Ni antara permulaan tahun-tahun yang sukar dalam kerjaya. Politik pejabat yang menjijikkan dalam sejarah perkhidmatan. Masa ni Kakmim banyak meluah di FB. Biasalah nak cepat, tak perlu taip panjang-panjang. Upload gambar letak caption dengan sedikit 'kemarahan' dalam sindiran. Post! 

2019 - ok sikit daripada tahun sebelumnya. Tahun terakhir PJJ. Hujung tahun kami dah bersama semula sebab tu ada masa sikit kot nak update blog. Hujung tahun juga penamat segala kebusukan politik pejabat tapi kesannya terasa dan kekal sampai bila-bila.

2020 - PKP tapi masih takde perasaan nak aktif semula sehinggalah sukuan ke-3 2020 barulah serius untuk aktif semula. Sehinggalah berkenalan dengan sahabat maya yang membaca entri ini. 

Terima kasih awak kerana sudi hadir menceriakan dunia blogging Kakmim.



01/01/2021

Hello 2021

January 01, 2021 14 Komen


 Malam tahun baru 2021 kami bbq santai-santai je di umah. Dah lama tak tunggu detik 12 tengah malam bersama-sama famili besar kami untuk tengok bunga api. 


Untuk permulaan tahun baru ni Kakmim saja je buat 1 akaun IG untuk Monolog Kakmim ni. Feel free to follow ye di https://www.instagram.com/kakmimdotcom/

29/12/2020

Lucky Number 21

December 29, 2020 7 Komen

Scroll kat Reading List ternampak entri baru di blog Eza Boom Boom. Dan bila klik dan baca.. ada nombor yang bertuah di situ rupanya!!!! 


Entri Kakmim dengan kod no 21 dapat tempat kedua!!! 


No ke-2 apa? KATEGORI 1: ENTRY YANG POSITIF & KREATIF ! 


Nang sik cayak kamek koh Eza! Berapa kali check link kat no 21 ya takut salah urang. Hahaha!


Auww! Tak sangka tak sangka. Macam tak percaya. Hari tu pun bertuah jugak join di segmen yang dianjurkan oleh blogger Misya. Eh, rupanya tak publish lagi gambar hadiah special dari Misya hari tu. Letak dalam draf tapi tak tertaip entrinya. Terima kasih Misya bagi tasbih ni. Terharu sangat, baru beberapa bulan aktif balik blogging dah dapat hadiah dari sahabat blogger.


 
Dan sempena penutup akhir tahun 2020 ni, sekali lagi Kakmim bertuah, dapat hadiah daripada sahabat blogger senegeri pulak. Terima kasih Eza Boom Boom Cak. Semoga mojor joros semua urusan kitak.


Tak lupa kepada semua yang membaca entri ni, semoga dimurahkan rezeki semuanya,  Kakmim doakan semuanya dipermudahkan di setiap urusan yang korang lakukan.


Dan akhir kata, semoga ukhwah alam maya kita berkekalan hendakNya. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada semua blogger yang bertuah di blog Eza. Senyum sokmo ya semua!!