Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Blogsphere. Show all posts
Showing posts with label Blogsphere. Show all posts

22/12/2020

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

December 22, 2020 13 Komen

Ramai yang dah cuti kat ofis. Biasalah hujung tahun kan? Budak pun cuti so semua free & easy. Kakmim pulak cuti 2 hari jer minggu depan sebelum new year. Kiranya nak tutup tahun 2020 ni la. Korang pulak ada plan bercuti ke? Ke masih WFH?

Sunyi-sunyi macam ni memang banyak idea nak buat tapi mengenangkan tahun depan bulan 1 kena hantar dokumen untuk audit makanya kita setelkan yang hakiki dulu. Setel 1 kita rest dulu layan blog ni sekejap.

Sebenarnya awal lagi dah baca pasal Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom ni. Plannya nak buat last day 27 Disember tu tapi memandangkan tengah free ni kan better setelkan awal. Tapi ramai yang dah join dan submit link kat blog Ezza kan? Lepas ni turn Kakmim nak submit link pulak. Hihi!

Orait, macam biasa kita baca dulu syarat-syarat dari Eza Boom Boom.

= = = = =

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Follow blog Eza Boom Boom. (DONE)
  2. Letak tajuk post, "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM" (DONE)
  3. Letak banner yang tertera di atas dan letak backlink entry ini. (DONE)
  4. Nyatakan SEBAB (REASON) ingin disenarai dalam bloglist Eza. (RUJUK PARA DI BAWAH)
  5. Tinggalkan link entry penyertaan di ENTRY ini.(DONE)
  6. Blogger mestilah beralamat di Malaysia. (DONE)
  7. Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam. (DONE)
  8. Siap!


= = = = =


KENAPA KAKMIM INGIN DISENARAIKAN DALAM BLOGLIST EZA?

  • Eza ni member blog yang baharu Kakmim kenal yang senegeri dengan Kakmim. So far hanya ada Eza Boom Boom, Fizacrochet dan SunahSukaSakura jer member blog yang berasal dari Sarawak, yang boleh nak kecek² Serawak. Hehehe. So kita support member dari Bumi Kenyalang. Nak jadi blogger JDT yang padu tak mampu plak kan? Diorang ramai. Gempaq kan?
  • Kakmim nak jadi sebahagian daripada warga blogsphere terkini sesambil merapatkan ukhwah silaturrahim warga alam maya.
  • Last but not least, saja je, tak boleh ke? Hihihi.

Diharap Eza okay jer baca sebab-sebab Kakmim tok. Iboh ingga indah. Kah kah! Harapan nak jadi bertuah takdelah, tapi kalau ada rezeki kita terima jer.


Apapun, selamat berblogging Eza!! Tahniah sebab anjurkan segmen tok. All the best!!






18/12/2020

Dari Blogsphere ke Realiti

December 18, 2020 14 Komen

Naik di Memories FB gambar bersama seorang kawan blogger ni 12 tahun yang lepas. Time ni Mizzamy hantar Kakmim di KLIA nak balik Kuching. Sebelum tu Kakmim setel jer kursus terus 'merempat' semalam di bilik sewa Mizzamy. Masa ni lah yang Kakmim 'heret' set cadar Jakel untuk bilik pengantin idaman tu dari LRT Masjid Jamek ke mana entah, tak ingat pulak Mizzamy tunggu di stesen LRT mana. Kenangan sungguh!

Time ni baru jer berjinak-jinak berFB dan rupanya inilah gambar pertama Kakmim tag kawan di gambar FB.

Alhamdulillah dari kawan blog bersambung pulak di FB dan sekarang masih lagi kawan walaupun dah lama giler tak jumpa Mizzamy.

Dan bukan Mizzamy sorang jer yang berkekalan hingga sekarang, ada ramai jugak la. Walaupun mereka dah pencen daripada blogsphere ni alhamdulillah masih juga selalu berbalas komen di medsos FB dan IG.


05/12/2020

Digital Arts Giveaway

December 05, 2020 16 Komen

Jom la kita join giveaway dari pemblog Cuya ni. Support rakan-rakan pemblog yang lain di samping memeriahkan blogsphere kita ni.



Kalau nak join ada syarat-syaratnya.. senang jer, cuba baca dulu pastu boleh lah join sekali.


Syarat-syarat dari Cuya:

1) Copy banner, backlink dan tulis entri blog bertajuk " Digital Arts Giveaway"
2)Follow setiap sosial media di bawah. Satu follow akan dapat  satu nama untuk undi.

*Follow blog ni  https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/ (satu cabutan undi)
@prelovebukubycuya (satu cabutan undi)
@artsbycuya  (satu cabutan undi)
@ _suhxj  (satu cabutan undi)
*  Subscribe Youtube La Dolce Ame (satu cabutan undi)

Ini bermakna,kalau follow ketiga2 instagram,blog dan youtube di atas, nama anda berpeluang dicabut sebanyak lima (5) kali.
Satu ig mewakili satu nama untuk dicabut undi.Begitu juga sekiranya anda subscribe channel saya.

3) Copy gambar dan ayat di bawah ke dalam entri anda.



 Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?

Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!






 

Senang je kan? Jangan risau tempoh nak join giveaway ni lama lagi iaitu dari 5 Disember 2020 - 5 Januari 2021. Sempat lagi tu.


notakakmim: bakat yang tak ada pada kakmim ialah melukis! 

03/12/2020

Top Commentator - November 2020

December 03, 2020 10 Komen

Bismillahirrahmanirrahim..


Buat pertama kalinya Kakmim nak announce top commentator untuk blog Monolog Kakmim sejak Kakmim mula aktif berblog balik sejak Julai/Ogos hari tu. Alhamdulillah, ada jugak kawan-kawan baru yang sudi baca blog Kakmim yang tak seberapa ni. Terharu!


Pada mulanya Kakmim nak update blog saja-saja je sebab memang dah azam awal tahun 2020 ni untuk aktifkan blog balik. Tapi tak terjangka pulak sejak aktif dan dapat ramai kawan-kawan baru terus excited pulak nak update blog setiap hari. Setiap hari Kakmim akan tertunggu-tunggu update terbaru dari blog kawan-kawan lain. Tambahan lagi ada jugak siri cerpen yang terkait dari 1 entri ke entri yang lain. Seronok! FB personal sekarang memang dah jarang dah nak scroll kecuali nak tengok gambar-gambar dari Memories je. IG tu masih jugak la scroll tengok-tengok gambar.


Oleh itu buat pertama kalinya Kakmim nak bagi sedikit penghargaan kepada pemblog yang selalu komen bertalu-talu di sini. Nanti emailkan address korang kat Kakmim ye. Email kat mfaizura@gmail.com tau!


Jeng jeng jeng!! Tak surprise pun sebab boleh jer tengok kat kiri side bar tu kan. Hehe! Mereka yang bertuah untuk julung-julung kalinya pada tahun 2020 ni ialah pemblog seperti di bawah ni. Jangan lupa tau email alamat postage ke email Kakmim. Wajib!



Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik Blog Sihatimerahjambu atau Fiza si graphic designer ni yang telah berjaya mengungguli carta top 5 kerana rajin spam komen di setiap entri Kakmim. Setiap entri Kakmim dia baca dan komen kot. Terharu sangat. Auwch! Thank you Fiza.


Senarai nama pemblog di atas ni wajib email Kakmim ya!!


Kepada kawan-kawan pemblog yang lain juga Kakmim nak ucapkan terima kasih jugak kerana sudi bertandang di blog Kakmim ni dan juga bagi respon walaupun takde review, takde resepi, takde contest, takde apa pun... cuma cerita peribadi dan anak-anak je. Terima kasih banyak-banyak tau. Semoga ukhwah kita tidak akan terhenti di sini sahaja.


Walaupun kita jauh di mata tapi tetap dekat di alam blog kan? Doakan Kakmim akan terus istiqamah untuk terus berblog sehingga tahun-tahun yang mendatang dan sentiasa istiqamah blogwalking ke blogsphere ni untuk meneruskan ukhwah maya yang telah terjalin. Insya Allah.. aminnn.

24/11/2020

Review daripada Blogger Misya

November 24, 2020 5 Komen

Terlebih dahulu nak ucap terima kasih kat Misya. Terima kasih, Misya cantik.

.

Sini ada sedikit trivia untuk nama Misya. Misya ni adalah nama watak kepada anak Zainal Arief dan Kamalia Najwa dalam teledrama Sehangat Asmara hari tu. Hihihi. Takde kaitan pun dengan blogger Misya sebenarnya cuma Kakmim teringat nama watak dalam cerita tu je. Ok closed case.

.

Semalam kan blogger Misya dah review blog Kakmim dah. Malunya. Hihihi. Kenapa pulak kena review? Alaa.. sebab dulu Kakmim join contest Misya, alaaa yang berkenaan no 10 sempena bulan Oktober tu.

.

Tak pernah baca ek? Baca sini ye Segmen 10 Blogger Terpantas

.

Nak baca review dari Misya? Haa.. sini tau. Ada jugak review untuk blog blogger yang lain. So marilah menerjah blog Misya dan menambah ahli kenalan alam maya yang lain.


Betullah Misya, Kakmim menulis dari hati je. Terasa macam bercakap dengan blog ni sebab tu lah tagline blog Monolog Kakmim ni suatu masa dulu ialah ngerepak dalam hati. Ngerepak dalam bahasa Sarawak maksudnya membebel. Yes, membebel dalam hati. Sekarang dah malas dah nak membebel, baik tulis yang baik-baik je. Iyer dok? Biasalah dulu muda-muda dulu emosional sikit. Sekarang dah nak senior dah malas dah nak membebel. Dalam socmed pun jarang dah nak update status.

.

Manusia berubah. Kan? Insaf tak? Hahahaha.

.

Tapi.. lucu pulak baca nota kaki Misya tu, ada ke penulisan ganas? Macam-macam je. Hehehe.



19/11/2020

Terkaitnya Kita Telah Mendarat Di Kuching!

November 19, 2020 5 Komen




Terima kasih Syaz. Terkaitnya Kita dah selamat landing di Kuching, Sarawak. Tahniah tau di atas kelahiran karya sulung Syaz!! Happy for you. Semoga dimurahkan idea untuk terus berkarya.

Kakmim pun ada grab sebuah lagi Terkaitnya Kita untuk dihadiahkan kepada colleague yang juga seorang penulis. Tak sabarnya nak tunggu buku tu sampai sebab Kakmim pos kat alamat ofis. Saja nak buat surprise. Hehehe. Nak say thanks kat dia sebab selalu bagi semangat untuk Kakmim menulis walaupun Kakmim bukannya reti sangat pun. Sekadar menaip kat blog ni boleh la. Yang karya yang bakal publish tu pun belum ada bunyi lagi ni. Hehehe.

Semoga malam ni Kakmim boleh tidur awal lah ye. Seram jugak ni dapat buku ni takut tak dapat tidur sebab nak khatamkan malam ni jugak.

Oops, siapa ada perangai macam ni boleh la kita geng. Hihihi. Orang Sarawak cakap, kejeron! Tak menyabau, kata orang Melaka.

Ismat.. Akalili.. Khalis. Familiar tak nama ni? Hihihi.


14/11/2020

Menang Hadiah Misteri Dari Misya

November 14, 2020 10 Komen

Ingat tak Kakmim pernah join 1 segmen ni bulan 10 yang lalu? Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya. Ingat tak? Ingat tak? Tak ingat takpe, Kakmim okay je.

Rupa-rupanya kan, Kakmim dapat hadiah misteri daripada blogger Misya! Memang tak sangka Kakmim berjaya jadi orang ke-2 terpantas yang join segmen yang telah dianjurkan oleh Misya yang cantik ni. Masa tu kebetulan syarat yang Misya buat macam best je untuk Kakmim story kat blog tu yang terus join. Rupanya memang rezeki Kakmim untuk direview blog Monolog Kakmim ni dan dapat hadiah misteri pulak tu. 

Nak tau hadiah misteri yang bakal Kakmim dapat? Pi lah usha blog Misya. Hehehe. Thanks tau  Misya. Tak sangka sangat.  Sorry sangat Kakmim baru jer dm Misya kat IG tadi.

Untuk Misya - Semoga ukhwah kita berpanjangan , insya Allah. Semoga Misya dipermudahkan urusan jugak dalam apa jua yang Misya buat.

Kepada yang suka shopping handbag tu, boleh la follow IG Misya. Manalah tau kot-kot ada yang berkenan, PKPB sekarang ni memang sesuai sangat nak online shopping kan? Hehehe.

Apalagi.. terjah la IG Misya untuk online shopping di @ftimber_putrajaya 



Coretan Old School Blogger

November 14, 2020 3 Komen


Hai! Selamat berhujung minggu semua yang singgah di sini. Apa aktiviti korang hujung minggu di musim PKPB ni ek?  

Ohh.. Ok.. ok. 

Kakmim? Kakmim kat umah jer sesambil general cleaning, basuh baju, lipat baju. Petangnya lepak-lepak minum petang sambil bergosip kat umah adik. Ala.. kat hujung lorong jer. Tak perlu start kereta kita jalan kaki je sebab selang 7 buah rumah dengan umah Kakmim. Hehehe. Gosip tentang apa? Gosip tentang ABPBH malam tadi la. Orang pempuan kan? Macam tu lah topiknya. Hihihi.

Kakmim kalau Khamis, Jumaat tu giliran WFH so bila dah WFH memang liat sikit nak update blog. Kalau ada entri tu kekadang rajin jugaklah nak buat schedule post. Itu pun kalau rajin. Hihi. 

Pagi tadi sebenarnya Kakmim dah save gambar yang keluar di memori FB pada tarikh ini, 5 tahun yang lalu. Gambar ni haa..

Masa ni Alan si #anakno4 baru je 3 bulan lebih. Time ni kitorang pergi concert taska diorang 3 beradik. Biasalah hujung tahun kan ada mini graduation & concert. Tapi.. Kakmim tak ingat pulak nak tulis tentang apa. Haha! Maafkan penunggu gua tau. Dah cantik dah save gambar, pagi tadi dalam kepala memang ada nak tulis something tentang gambar ni tapi sekarang dah lupa. Maklumlah dah nak masuk 4 series ni macam tu lah.

Korang pulak macam mana caranya nak cari ‘modal’ untuk update blog? Cer share sket.

Awal tahun 2020 ni Kakmim memang ada self-KPI nak aktif balik berblog so memang ada set kategori untuk update tentang apa setiap hari. Tapi sejak PKP terus tak update. Pelik kan? Padahal time PKP banyak jer masa free tapi malas nak on PC. So tak jalanlah target tu.

Bila dah habis PKP barulah ada semangat nak blogging balik. Sekarang makin seronok pulak sebab dah bertambah dah geng blogger. Seronok baca entri-entri blogger sekarang. Kreatif sangat. Kakmim ni masih kategori blogger old school - yang update entri macam update online diary. Hihihi. Iklan-iklan pun takde kat blog. Memang itu pun sebenarnya tujuan Kakmim berblog dulu, update kisah famili, kisah anak-anak supaya nanti ada kenangan untuk #theIMANs baca bila diorang dah besar nanti.

Tapi.. dulu pernah jugaklah dapat payment daripada Nuffnang. Sekali je lah. Tak sangka jugak dapat cek dari Nuffnang. Bukan buat apa pun. Memang pasif income betul. Eh. Itu cerita zaman dahulu lah. Tinggal kenangan jer.

So.... apakata korang pulak share kenangan pahit manis masam wangi korang sejak menjadi blogger. Tak kisahlah blogger tegar ke blogger sendu ke, mesti ada kenangan yang best dan tak best kan?

Bah.. jom lah share kat komen. 

Nak share di entri kat blog korang pun okay jer tapi tinggal link kat komen tau, Kakmim nak baca jugak. Seronok baca kisah orang lain. Heee...




 

21/10/2020

Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

October 21, 2020 13 Komen

Lama dah tak bersosial dengan warga blogger seantero alam. Hari ni macam ada mood jer nak join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. Actually blog Misya ni Kakmim pun baru jumpa sekejap tadi selepas blogreading di blog Dunia Sebenar Syida. Memang sesuai sangatlah nak join kan sebab baru jer jadi follower dia yang ke-2269. So mari kita teruskan.

 1. Wajib follow my blog www.aimisyahirah.com - Done! Kakmim follower ke-2269. Hihihi.


2. Wajib follow my instagram @marvelousmisya dan @ftimber_putrajaya - Done! Kakmim dah follow tau, nak follow balik, silakan search @mfaizura 

3. Copy dan paste banner di atas dalam entry anda bertajuk 
"Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya". - Ini pun done!!

4. Extra syarat dari Misya - berkaitan no 10.

Baiklah, 10 ye. Ada apa dengan 10 bagi Kakmim.



Kenapa no 10 special buat Kakmim? Bulan 10 ni lah Kakmim dengan rasminya telah mendapat gelaran keramat seorang IBU. Yes, anak sulung Kakmim telah dilahirkan secara ceaserean pada 30 Oktober 2009, iaitu 11 tahun yang lalu. Minggu depan genaplah 11 tahun perut Kakmim telah dibelah 7 lapisan. Ouch, ngilu pulak rasanya.

Dan kerana anak sulung inilah Kakmim mencurah semua rasa di sini. Sepatutnya EDD Kakmim ialah pada bulan 11 tapi oleh kerana si kakak ni dulu breech, maka Kakmim terpaksa dijadualkan bersalin awal secara ceaserean. Sepanjang tempoh nak 'dibelah' perut semuanya Kakmim dah coretkan di SINI.

Dan kerana anak sulung yang dilahirkan pada bulan 10 inilah muncul akronim IMAN bagi keempat-empat anak Kakmim. Semuanya tak dirancang tapi memandangkan yang sulungnya IMAN (Iman Madihah Abdul Nizam) maka yang lain pun terIMAN jugak. Sebab tu suka guna hashtag #theIMANs

Kenapa 10 ni special? Kerana bulan 10 juga bulan kelahiran Encik Suami, which is birthdaynya ialah esok, 22 Oktober. Masa tahun 2009 dulu, seminggu selepas birthday Encik Suami barulah 'special gift' dia keluar. Syukur sangat.

Pendek kata, bulan 10 ni memang banyak throw back lah. Suka cerita dengan #theIMANs kisah-kisah semasa mengandungkan mereka dan cerita di sebalik kelahiran mereka. Benarlah setiap anak punya 1001 cerita, 1001 pengalaman.

Harap-harap sharing mengenai no 10 ni menepati syarat dari blogger Misya ye. Salam kenal ya, Misya. Bagi yang baru pertama kali membaca blog Kakmim ni juga salam kenal dari Kakmim di Bumi Kenyalang. Jenguk-jenguklah selalu Kakmim di sini. Walaupun Sarawak jauh di seberang Laut Cina Selatan tapi di alam blog kita bertemu jua.

So kengkawan yang lain yang nak join segmen by Misya ni bolehlah join di http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html ye.



20/07/2020

Tiber

July 20, 2020 1 Komen
Tiber. 

Term budak² hipster zaman sekarang.

Terasa lama jugak tak bukak blog ni. Hari ni buka tetiba nampak banyak pulak orang selongkar post-post lama.


Siapakah gerangannya? Hahaha. Nantilah Kakmim update lagi. Jenguk sekejap je ni. Sekejap lagi ada sharing knowledge session. Kalau free adalah entri hari ni. Kalau senyap je, paham² je lah. See ya. Selamat hari Isnin.

17/01/2020

BLOGLIST 2020 BY NASIHATTERMASYHUR

January 17, 2020 1 Komen

Hai.. assalamualaikum
Salam Jumaat
Semalam tak update, sebab semalam cuti ganti
Kan hari tu dah kerja Sabtu & Ahad
Dan..
Bila cuti, mode pun bertukar ke surirumahtangga
Macam takde masa nak belek henpon ke apatah lagi nak on pc
So hari ni Jumaat belum ada review lagi
Kalau ada masa nantilah saya review k

Bila bloghopping blog blogger yang lain, ramai yang join segmen ni
BLOGLIST 2020
Actually saya, kalau jumpa blog yang aktif selalu je add terus ke bloglist
Ye lah saya tak ramai dah member blog dah sekarang
So follow je mana yang aktif
Kekadang rajin saya komen, kekadang jadi silent reader je

Ni usaha nak menambahkan kenalan blog, so kita join ikut trending
Ok ke idok?
Caranya mudah saje, tuan blog pun dah letak camne cara nak join dia punya segmen.


Cara nak join mudah sahaja. 

  1. Follow blog ni : nasihattermasyhur.blogspot.my 
  1. Make a post in your blog, title: BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur 
  1. Place banner segment ini sekali dengan backlink ke entry ni
  1. Comment di backlink kat no. 3 tu.

Ok, done!!

06/01/2020

Tips Teknik Flat Lay For Beginner

January 06, 2020 5 Komen


Semuanya gara-gara gambar yang diupdate di status Whatsapp seperti di atas ni. Gambar ni diambil dari angle atas. Mesti korang selalu jumpa gambar macam ni kan? Sebenarnya teknik ambik gambar dari angle atas ni namanya teknik flat lay atau Flat Lay Photography. Teknik ni bukannya baru sangat pun, kalau tengok di IG memang seller online suka guna teknik ni untuk ambik gambar produk diorang. Saya pun suka tengok gambar guna teknik flat lay ni. Mula-mula jatuh hati tengok konsep flatlay ni bila selalu download vektor di Freepik dulu. Dari situlah mulanya, tapi nak ambik sendiri tak reti sangat lah pulak.

Sekarang semenjak 2 menjak ni suka pulak nak apply teknik flat lay sebelum makan. Tambah-tambah lagi bila dah jumpa geng-geng yang sporting yang suka jugak nak bergambar dulu sebelum nak makan. Haha. Asal sabar je. Lepas order sampai, sabar, tembak dulu sedas 2 atau sampai puas hati lah. Hehehe.

Antara koleksi sarapan pagi bersama Maggi. Hehehe.

Cubaan.. cubaan

Agak-agaknya macam mana saya ambik gamba lauk makan tengah hari ni? 

Banana cheese anyone?

Lauk makan malam pulak

Basic lunch

Kebanyakkan saya buat amali flatlay sebelum makan. Semua makanan kan? Biasalah beginner kan. Sebab kalau nak ambik subjek lain kena ada props pulak. So kebanyakkan gambar yang saya ambil tak ada props. Kalau betul-betul nak apply kena ada props supaya storyline dia ada.

Kalau nak baca lebih lanjut tentang teknik flatlay ni google jer. Ada baca blog yang cerita pasal ni. Saya nak cerita lebih pun tak reti sangat sebab bukan pro pun. Cuma apa yang saya boleh simpulkan:
  1. Subjek yang nak ditonjolkan kenalah jelas
  2. Background kenalah sesuai.. selalunya putih atau plain, tapi nak cuba jaya latar lain tak salah
  3. Pencahayaan kena on point sebab gambar yang cantik tak memerlukan flash camera
  4. Props, kalau boleh cari props yang bersesuaian dengan tema subjek
  5. Capture dari sudut pandangan atas paling tinggi

Saya pun masih belajar, bukan pro. Cuma apa yang penting, nak ambik gambar ni kena muka tebal sikit. Kalau jenis pemalu memang tak jadi lah gambar. Jadi cameraman memang macam tu. Kalau malu memang tak dapatlah nak capture momen yang best² kalau asik tertinggal di belakang jek.

Pernah kami segeng nak apply tips yang no 5, ada lelaki meja sebelah offer diri nak tangkapkan gambar kami sebab dia ingat kami nak ambik gambar. Kami gelak jer say thanks sebab sebenarnya kami cuma nak tangkap gambar makanan kami yang atas meja tu! 🤣🤣

04/01/2020

Koleksi Banner Blog

January 04, 2020 0 Komen
Tiap tahun mesti tukar banner lah kan. Walaupun sebenarnya tukar kaler jek. Yang penting, tukar. Hahahaha. Tahun ni kita tukar font jugak. Hihihi.

2018

2019

2020


Koleksi banner untuk Monolog Kakmim dari 2018 hingga 2020. Sama jer. Jangan marah ye. Hihihi. Takde mood nak design, skill dah lama menghilang. 

Design untuk banner ni sebenarnya didesign pada tahun 2015. Masa tu kat ofis lain, bukan ofis sekarang. Hihihi. Tak caya ini haaa.

Ini original design pada tahun 2015. Ok, bye.

01/01/2020

Perancangan Untuk Blog Monolog Kakmim

January 01, 2020 0 Komen
Hai 2020 😍

Alhamdulillah... dipanjangkan usia sempat jugak bertemu dengan tahun keramat 2020. Tahun yang digembar-gembur semasa zaman kanak-kanak dengan Wawasan 2020 dulu.

Tidak seperti tahun-tahun baru sebelum ini, tiada staycation bagi keluarga kami. Parents pulak bercuti nun di Melaya sana. So tinggallah kami adik beradik saja. Tak complete rasanya tanpa mak dan bapak. 

So malam baru 2020 ni hanya lepak di rumah mertua ipar saja yang baru kahwin 3 hari lepas. Macam tu jer lah malam tahun baru 2020. Balik rumah jahit nametag kat baju sekolah dan tudung si kakak dan abang. Haa... macam tu je lah. Hahaha.

Agaklah mendatar & a bit boring. Lagipun kat sini hujan jer sepanjang hari. Nak keluar rumah memang rasa malas.

Apapun semoga segala perancangan pada tahun 2020 ni akan dipermudahkan. Perancangan untuk blog pulak diharap macam ni lah.

  • Isnin - Tips (apa-apa tips)
  • Selasa - Diari Kakmim
  • Rabu - Wordless Wednesday (gambar sahaja)
  • Khamis - Diari Kakmim
  • Jumaat - Review (apa-apa review)
  • Sabtu - Diari Kakmim
  • Ahad - Kisah Dalam Lagu


Ini perancangan untuk penulisan di blog. Kita try ye. Insya Allah.

Terimalah seketul kami di ambang tahun baru malam tadi

16/12/2019

Segmen Bloglist Safirul Amar.Com

December 16, 2019 4 Komen
Hai.. korang dah lunch? Masa lunch korang buat apa ye? Eh, mestilah makan kan? Alaa.. jangan la marah, tanya jer.  Kakmim dah makan awal tadi so sekarang bolehlah meronda-ronda di alam maya. Hehe. 

Masa bloghopping tetiba Kakmim terjumpa entri pasal Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com ni. Why not kan Kakmim memeriahkan penyertaan segmen anjuran Encik Safirul Amar ni kan? Lagipun tak susah pun. Follow IG dia pun dah. Follow kat sini je instagram.com/safirulamar_ Sesiapa yang terbaca entri ni, ada blog, boleh lah join sekali k. 


Kalau nak follow IG Kakmim pulak boleh klik link ni je IG/kakmim 😜 Kah kah.. nak jugak. Lariikkk!!!

24/11/2019

Terima kasih silent reader

November 24, 2019 0 Komen

Tetiba si adik tagged saya di status FB. Ingatkan apa lah. Rupanya cerita pasal silent reader blog Kakmim yang juga bos dia. Apuu!!

Tak sangka pulak masih ada orang view blog ni. Ye lah updatenya on off. Lainlah yang jenis update hari-hari atau follower ribu raban. Itu memang kes lain.

Apapun terima kasih kepada silent reader yang tersinggah dan membaca coretan merapu di sini. Maaflah dah lama tak menulis entri yang bermanfaat. Mood mengarang hilang entah ke mana. Impian tu memang ada tapi ....

Insya Allah.. ada rezeki mengarang terupdatelah blog ni. Terima kasih ya!!

02/05/2019

Senang ke tak nak komen guna Disqus ni?

May 02, 2019 3 Komen
Biasalah nak balik ni blogwalking dulu so saya singgah di blog Mizan ni. Macam best pulak widget komen yang dia pakai. Saya try lah. Hihihi. 

Perasan tak ni??? Disqus ada kat bawah post ni. Haa.. macam ni lah rupanya.


So far tak tau lagi menyusahkan kawan² nak komen atau menyenangkan. Apapun, kita try dulu la yek. Apa kata kawan² try komen guna Disqus ni??

OK ke KO???

Kalo KO pasni saya remove widget ni. Hehehehe.

25/04/2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019

April 25, 2019 3 Komen

Segmen Bloglist yang ke-3 saya join untuk bulan ni. Jangan tertipu dengan banner tu sebab segmen bloglist TWJ ini telah dilanjutkan sehingga 30 April 2019. So kepada blogger yang belom join tu meh la kita sama-sama memeriahkan segmen sahabat blogger kita di samping menambah kenalan di alam maya. 

Jom la singgah di blog The Wonderful Jannah!!


Segmen dilanjutkan sehingga 30 April 2019

Tapi lepak lah jugak di Monolog Kakmim ni tau. Tapi kan kat sini takdelah apa yang menarik sangat cuma Kakmim ada 4 orang anak yang comel je. Sebab Kakmim selalu cerita pasal diorang je. Hehehe. Kalau tak cerita pasal #theimans cerita pasal aktiviti dengan diorang je. Biasalah blog mak-mak macam tu lah. Hehehe.

Asalnya blog ni dulu pun sebab nak cerita pasal kerjaya, pasal persiapan kahwin, pasal pengalaman mengandung tapi sekarang ni dah nak masuk kategori mak-mak mestilah cerita pasal anak-anak pulak. Ye dok? Hehehe.

Ok tak? Kalau ok, follow lah Kakmim, k. Daaaa~

24/04/2019

Segmen Bloglist Fizacrochet

April 24, 2019 6 Komen

Ini kali kedua saya join Segmen Bloglist untuk bulan April ni. Bulan lain tak tau lagi sebab tak tau boleh aktif sentiasa atau tak. Hihihi.

Best jugak sebenarnya ada segmen macam ni, at least dapat jugak kenal geng blogger baru. Geng-geng lama semua dah pencen (kot). Hehehehe.

Bila first time baca blog Fiza ni excited sungguh saya. Ye lah jumpa orang kampung, walaupun tak berkenalan dari kampung mana. Hahaha. Tapi jarang jumpa blogger Sarawakian ni tu yang excited tu.

Sesiapa lagi yang nak join, jom la. Kita kenal-kenal geng blogger yang lain. T&C nya senang jer. Klik sini untuk join k.





18/04/2019

Idea!

April 18, 2019 2 Komen
Tetiba. Masa basuh pinggan lepas dinner tadi terpacul satu 'term' melimpas di fikiran. Macam ting! Jer idea tu menerjah di kepala ni.

Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan.



Paham tak? Tak paham?

Tetiba je kan idea tu. Nak dijadikan tajuk buku!!

Hahaha. Haruslah saya gelak. Ada hati nak buat buku. Aah lah, memang dari dulu lagi nak buat dan terbitkan buku. Impian yang tak tau boleh ke idak nak direalisasikan.

Ideanya.. Oklah sinopsisnya nk bukukan kisah² si ibu atau si bini yang ditinggalkalkan kerana amanah tugas. Kisah PJJ ok. Bukan betul² bini yang ditinggalkan bergantung tidak bertali.

Macam tulah alkisahnya cetusan idea tadi. Excited sangat tau smpai Bab 1 pun dah ada idea ni. Tinggal nak taip je lagi ni 😂😂 tu pun kalo rajin 😅

Kita tengoklah nanti sama ada impian ni kosong atau impian kaya. Tak salah berangan-angan kan? Percuma jer tak kena bayar pun 🤣