Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

15/11/2020

Anniversary ke-40

November 15, 2020 3 Komen

Tadaaa!! Family photo pasca PKP. (November 2020). Mak, bapak dan adik-beradik Kakmim. 6 orang semuanya. 5 perempuan, sorang jer lelaki. Hihihi.


2 November 2020 genap ulang tahun perkahwinan yang ke-40 tahun bagi mak & bapak 😍 Alhamdulillah.. syukur atas nikmatNya yang memberi rezeki kami sekeluarga bahagia bersama sampai ke detik ini.

Kalau tahun lepas kami sekeluarga makan-makan di seafood, tahun sebelum pun sama, tahun ni makan-makan kat umah jer. Almaklumlah musim pandemik kan? Dalam PKPB pulak tu.

Memandangkan tahun ni takde seafood so kami adik-beradik buat steamboat jer kat umah. Dan paling penting mesti ada sesi bergambar jugak. Hihihi.

Ni jer yang sempat disnap. Lepas tu sibuk makan jah. Haha.

Dah nak balik baru sibuk bergambar. Missing sorang dalam frame sebab BIL PJJ dengan adik no 2.

Mak, bapak dan cucu-cucunya. Alhamdulillah 4 + 3 dah cucu diorang. ada 4 orang lagi yang belum kahwin. Hihi.

Bila dah adik-beradik Kakmim ramai pempuan, tengok pulak cucu-cucu mak dan bapak pulak ramai lelaki. Cucu sulung pempuan dan anak sulung adik pun pempuan. Bawah yang sulung tu semua lelaki. Sama tak kebetulannya? Sebab tu lah Kakmim fobia nak tambah lagi sorang sebab takut keluar lagi hero! πŸ€­πŸ˜‚

Ehem! Bulan Disember nanti ada lagi anniversary! Woohoo!! 





07/09/2020

Playing Tourist Di Hometown Sendiri

September 07, 2020 0 Komen

Sabtu lepas sehari suntuk tak duduk rumah. Itulah selalunya kalau tak plan memang menjadi. Plan hari tu nak makan sea food jer sebelah petang dengan mak, bapak dan adik² semua. Sekali bangun pagi Encik Suami ajak bekfes kat luar. Okay ajeng, on! Sebab baju² memang dah basuh & sidai siap² sebelah malam nya so takde lah risau sangat 😁😁 rumah? Takpe, hari Ahad masih ada untuk berjuang πŸ˜‚

Paginya lepas bekfes kitorang jalan² di mall yang dulunya hot sekarang dah hidup segan mti tak mahu di bandaraya Kuching ni. Sebelum tu dah bekfes di Teh Tarik Cafeteria. Kalau orang yang dok di Petra Jaya, Kuching tak tau Teh Tarik memang bukan orang PJ lah kot 🀣🀣 saya memang tak prefer sangatlah tempat ni tapi En Suami nak ke situ. Honestly pilihan memang banyak sebab ada banyak stall tapi sorry not my taste la πŸ˜‚ so takde gambar 😏 menu biasa jer kitorang order, saya Laksa Sarawak, anak² Mee Kolok, si ayah nasi dagang. Kalau saya tak habis makan tu memang potong selera betollah. Saya ni jarang tak habiskan makanan, sayang rezeki.

Sebelah petangnya kami ke Beach Seafood di Buntal, dah on the way nak ke Santubong. Gambar makanan takde pulak ambik sebab semua dah lapar πŸ˜‚ awal pulak ye lapar.. Haha!  

Lauk pilihan kami ialah siakap sweet & sour, sotong goreng tepung, ambal masak kari, sweet corn soup, butter prawn, midin belacan, cangkuk manis tumis telor & oyster omelette. Gambar memang takde. Tapi gambar view ada πŸ˜…

Belakang tu laut. Tenang jer pemandangan. Sebab tu lah saya geram nak bawak famili makan kat sini, boleh tengok sunset selepas selesai makan.

Bersama si bongsu kami si #anakno4 πŸ˜πŸ’– dia cakap kalau bergambar dia tak boleh senyum nampak gigi sebab gigi dia putus tapi putus sikit jer 🀣🀣 baiklah nak, whatever πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Malamnya pulak sambung jadi tourist jalan² di Waterfront pulak. Hehehehe..


Saya belanja gambar je lah yek.. Takde idea pulak dah ni πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

1, 2, 3 dan 4 πŸ’–

Di belakang sana, seberang sungai tu bangunan DUN Sarawak.

Belakang sana Jambatan Darul Hana.. Time ni tengah lepak tunggu Ayah beli aiskrim gulapong viral πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ehem.. Tu dia.. Milk Tea Boba Ice Cream Gulapong.. Hambek kau panjang nau namanya πŸ˜‚πŸ˜‚
Next??? Rasa nak jenjalan lagi laaa πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š







04/09/2020

Rindu Nak Jalan-Jalan

September 04, 2020 0 Komen


Bak kata pepatah dulu-dulu, jauh berjalan luas pengalaman 😊 bijak kan orang tua dulu²? Buat pepatah pun dah sama standard dengan pakar psikologi.

Sejak pandemik Covid-19 ni pergerakan kita agak terbatas, nak bawak anak² jalan² pun susah. Nak naik flight apatah lagi, memang takkkklah untuk tahun ni.

Si #anakno3 dan #anakno4 pun selalu bagi hint, rindu naik belon lah, rindu rumah pangsapurilah 🀣 rumah pangsapuri tu apartment kat Putrajaya. Macam²lah diorang ni.

Sekarang ni nak ke shopping mall pun masih takut² πŸ™Š bawak memang bawak tapi takdelah selalu. Walaupun dah takde kes, tapi masih kena #kitajagakita 😍

Korang ada plan nak bercuti ke mana-mana ke tu? πŸ™Š antara yang selalu #theIMANs ulang² cerita sesama diorang, pegi kat sini laa πŸ˜…

Time main kat Times Square ni la paling berbaloi rasanya.. Dari pagi sampai ke malam di situ jer. Setiap game repeat 2x punyalah diorang takmo balik 🀣🀣 rindu nak jalan² cuti Malaysia lagi.

Pergi Kidzania juga antara pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi #theIMANs 😍

Mandi-manda di PD dan bagi makan penyu 😊 best jugak πŸ˜…

Aquaria pun 2x jugak lalu terowong ikan tu 🀣🀣🀣

Siapa cakap Malaysia tak best? Banyak jer tempat² menarik nak bawak anak² jalan² even kat Sarawak ni pun tak abis jalan lagi πŸ˜…πŸ˜…

Lama dah tak jalan² Jambatan Darul Hana tengok musical fountain menghadap bangunan DUN Sarawak

Hmm... Rindunya nak jalan² #familybonding bersama #theIMANs ni πŸ˜…














17/08/2020

Step 2, 2nd Home

August 17, 2020 0 Komen

 

Terasa cepat sangat proses kali ke-2 ni berbanding pembelian rumah pertama tahun 2009 dulu. Nak kata sebab guna pinjaman perumahan kerajaan tak jugak sebab adik yang mohon pinjaman bank pun cepat jugak urusannya. Rezeki jugaklah kot, dipermudahkan urusan kami adik-beradik sejak booking dulu lagi.

Untuk rumah yang kami beli sekarang kami guna loan bank sebab masa tu saya baru jugak la keja, tak confirm lagi. Sekarang dah tahun ke-12 baru nak guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan. Better late than never kan? Dah ada kemudahan kita guna je lah.

15 Ogos hari tu dah siap sign dokumen S & P. Ada 4 copy yang kena sign, LPPSA, lawyer, developer & copy kita as a buyer. Dulu masa rumah yang dulu, kami sign dalam kereta je sebab time tu sarat pregnant, diorang kata tak payah lah naik ofis, diorang hantar ke kereta je. Tapi kali ni tak semudah tu. Staf tu siap explain & elaborate lagi paragraph demi paragraph, pages demi pages. Insya Allah, faham jugak  hak² kita sebagai buyer.

So sekarang ni tunggu approval LPPSA jer lagi. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan seterusnya. Aameenn...

Setel jumpa lawyer kita dating dulu lah.. hihihi

Walaupun hujan lebat di awal pagi, gigih kami menguruskan urusan duniawi. 

Roti tisu & roti telor bawang jer



14/08/2020

Lauk Simple Yang Menyelerakan

August 14, 2020 0 Komen

Lauk simple jer tapi sangat menyelerakan. Dah la sonang jer tak ambik masa pun nak berperang di dapur. Siapa suka lauk macam ni? πŸ˜‹

Sayur terung asam rebus belacan, ikan goreng untuk anak-anak, telor dadar pelengkap hidangan & si cencaluk perah limau yang mabeles πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Ini ha.. terung asam atau terung emas. Bentuknya bulat berwarna oren. Rasanya masam. Rebus jer. So senang. Ni masa demam takde selera makan memang sedap menghirup kuah sayur rebus ni, ada masam-masam, pedas gitu. Kalau tumbuk cili banyak memang la pedas kan? Tak pedas tak kick la.

#theIMANs panggil telor dadar ni telor pizza. Diorang takmo letak bawang, ikut je la

Cincaluk yang diperah limau.. nyum nyum

Jangan marah ye, ikan goreng bersusun-susun hora-horey πŸ˜‚
 

04/08/2020

#theIMANs di Hari Raya Qurban

August 04, 2020 0 Komen

Hari Raya Haji bertemakan hitam

Sebenarnya tak suka kaler hitam. Beli baju ni pun sebab sepatutnya pakai tahun lepas masa majlis kahwin adik ipar. Tapi ada masalah pulak parcel hilang ke camne terus pos lambat sampai. So baru rasmi masa raya haji hari tu.

Ibu dan kakak sedondon baju beli untuk hari raya hari tu tapi Ibu dah pakai pi keja sekali πŸ˜‚

Dan si Ayah layan dengan jubah jer takmo pakai baju Melayu si hitam manis tu 😁

Dan hari raya haji hari tu kami baca doa selamat sikit untuk birthday atok Kakmim yang ke-77. Kebetulan kan jatuh pada 31 Julai so selepas solat Jumaat baru kami sekeluarga ke umah tok aki.

Adik beradik mak Kakmim. Kurang sorang sebab yang bongsu tinggal di Tawau, Sabah. Boleh teka tak yang mana sorang Mak Kakmim? 😎









03/08/2020

2 Ogos 2020 & Aqiqah Online

August 03, 2020 0 Komen
2 Ogos 2020

Tahun ke-5 berkongsi birthday dengan si bongsu, Idlan Muhaimin. Alhamdulillah... masih lagi dapat menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida walaupun tahun 2020 ni ialah tahun pandemik. Terima kasih Allah kerana masih memelihara keluarga besar kami.

Kebetulan tahun 2020 ni 2 Ogos jatuh pada hari Ahad, maka kami celebrate di rumah saja. Kebetulan jugak tahun ni baru nak buat aqiqah si bongsu masa hari raya haji hari tu tapi buat online jer di aqiqahcentre.com. Sebelum ni tak terdetik hati nak buat aqiqah secara online, nak tunggu nak buat majlis atau nak tumpang majlis adik kawen macam lama jer lagi. Hari tu iklan aqiqah online ni asik lalu-lalang jer di timeline FB dan IG last² pm jugak tanya prosedur dan harga, dan alhamdulillah telah dipermudahkan.

Tak lama selepas buat pendaftaran, terus admin aqiqahcentre.com pm video qurban Idlan Muhaimin di Mekah. Memang slang Pak Arab lah sebut nama penuh si bongsu hari tu. Sekarang tengah tunggu sijil jer lagi.

Inilah dia birthday boy, Idlan Muhaimin yang ke-5 tahun. Dapat 2 kek, 1 kek dari Ibu yang merangkak kek Ibu jugak.. ahaks.. dan 1 lagi puding cake yang disponsor Nenek. Blur je muka si bongsu bila disuruh bergambar. Hahaha. So far plan untuk birthday di sekolah belum tau lagi nak buat bila.

Birthday boy & birthday girl πŸ’• nice tak? nice tak? Hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚

Last but not least πŸ˜€ walaupun berpuluh-puluh kali burst snap gambar, yang terbaiknya memang tak banyak, susah sangat nak ambik gambar yang perfect. Si hero 3 orang ni bila nak bergambar automatically muka bertukar jadi serius πŸ™‰ tak faham pulak kenapa jadi macam tu.

Ini pulak kekasih awal dan akhir 😁 wajib la kan nak posing berdua πŸ™ˆ

Alhamdulillah, semua gembira semalam. Bak kata si kakak, lama rumah kita tak ada orang ramai² macam ni. Ye lah, raya hari tu kan PKPB memang takde orang pun ke rumah. Memang tak terlayan handphone semalam, dah malam baru dapat tengok handphone, layan socmed. Memang rasa macam open house jugak. 11 sengah malam jugak habis setel basuh periuk, tupperware bagai. Si kakak pulak sapu rumah. Mop tak sempat lagi πŸ˜„

Main menu semalam memang tak teringat langsung nak ambik gambar. Semalam Mak buat sup daging korban. Birthday girl pulak order saja... mee jawa dari jiran sama lorong. Hahaha. Berbaloi² semua habis, tak perlu nak simpan fridge banyak². Family yang datang pun dapat bawa tapau jugak. Puas hati, syukur alhamdulillah.

Tadaa.. homemade cake tapi tempah dari bff, Russian Black & White Cake. Topper buat sendiri sebab tu dapat tema sama dengan baju semalam jugak πŸ˜†

Keratan rentas si RBW.. sedappp.. pernah tempah dari baker lain tak sesedap yang ni

Puding cake sponsor by Nenek 

Mini Chicken Burger

Cheese Tart

Dan satu lagi menu kuih tradisional orang Serawak, kuih bongkol yang tak ada dalam gambar. Hehehe. Cari² di galeri henpon pun memang takde jugak gambar lama, dah delete la tu. Hehehe.

Sekian saja birthday entry untuk memori tahun² mendatang 😊






10/07/2020

Di Mana Mask Extenderku?

July 10, 2020 3 Komen
2 minggu dah kot aku carik mask extender bunga-bunga ku itu. Rasanya memang ada simpan tapi kenapa tak jumpa pun bunganya.

Nak dijadikan cerita minggu lepas minggu yang banyak jugaklah kerja nak setel. Sempat memang sempat print keja sekolah #theIMANs tapi balik tetap tak bawak. So kenalah print kat umah kan. Makanya ceritanya bermula begini..

Aku pun on printer macam biasa. Tetiba dia terus printing. Haih haih. Rupanya dia detect kertas yang discan sebelum ni terus jer dia printing 🀦🀦🀦

Tengah printing, kertas jem pulak. Haih eh. So jadilah technician jap nak mengeluarkan kertas yang jem itu. Okay.. Berjaya jugak aku menarik kertas tu. Sehelai je pun yang buat printer jadi error. Setel semua terus resume printing sebelum ni. Masalah pulak bila printer asyik bagitau paper jem takmo proceed print. Pelikkkk... dah jenguk kat dalam tu tapi takde pun kertas yang lekat. Adeh... mati kutu dibuatnya. Terus badmood malam tu, Encik Suami pun tolong jugak, manual dah bukak, tengok kat Youtube pun dah masih jugak takmo print. So hantar servis jer lah jawabnya. 

Tak lama pun hantar servis dalam 2 hari dia dah call balik dah printer dah siap. Tapi masa dia call tak tanya pulak betul ke memang ada dalam tu. Janji ok jer kan.

Bila Encik Suami dah ambik, dia hantar gambar ni.

Gelak jer technician di servis center tu. Huhuhu

Rupanya mask extender yang ku cari itulah penyebab roller printer tu stuck πŸ™ˆ Bukannya ada paper jem pun dalam tu.

06/07/2020

Isterimu Seorang Barber

July 06, 2020 2 Komen
What?? 😱😱 tajuk jer gempaq tu. Itulah salah satu hikmah PKP yang merapatkan bonding famili kita. Siapa setuju PKP makin merapatkan bonding antara kita dan famili??
Biasalah PKP dulu semua lelaki kat umah ni terpaksa berambut panjang. Last² Encik Suami tak tahan dimintanya khidmat Kakmim untuk setel habis rambutnya. Tapi terpaksalah beli shaver rambut tu dulu. Mulanya tak konpiden jugaklah tapi dah try alaaaa senang jer πŸ˜‚πŸ˜‚



#theIMANs yang lelaki ayahnya pulaklah yang projek rambut diorang. Tapi sekarang takdelah rambut berfesyen² semua sepesen je pendek macam polis di pusat latihan πŸ™ŠπŸ˜‚ janji tak ke barber. Encik Suami masih tak berani nak gunting rambut di kedai. Setakat rambut ala polis training ni okay jer Kakmim yang setelkan. Jimatlah bajet gunting rambut setiap bulan πŸ‘

02/07/2020

Hari pertama persekolahan norma baharu PKPP

July 02, 2020 4 Komen


Akhirnya... setelah 3 bulan bercuti dikawal pergerakan di rumah, budak² prasekolah seluruh Malaysia kembali ke sekolah semalam, 1 Julai 2020 dengan norma baharu.

Pagi² memang agak liat sikit nak bangun awal almaklumlah dah 3 bulan bangun tido sesuka hati diorang nak kecuali masa bulan puasa hari tu je kena bangun bersahur awal.

Tak ready jugak sebenarnya nak hantar sebab terlupa nak prepare barang² yang cikgu suh bawak. Terlupa nak beli beg bawak bekal, towel kecik, nasiblah ada towel kecik kat umah. Yang ada kaler hijau dan pink, nasib takde yang komplen Ibu bagi towel kaler pink. Hihi.

Face shield pun sama. Tak perasan beli yang kaler pink. Ye lah beli main order tengok gambar je bila cikgu bagi gambar masa di PASTI baru tengok budak lain ada yang pakai kaler biru, hihihi. 

So far semalam semuanya berjalan lancar. Siap dapat hadiah lagi sebab dah siapkan homework masa PKP.

Bertahan jugak rupanya dia berfaceshield di sekolah.


Unboxing hadiah dari cikgu.


Semalam

Hari ini

Hari ini semangat dah sekolah sebab minggu depan kakak pun akan ke sekolah jugak. Hihihi. 


27/06/2020

Tuk Tuk For First Timer

June 27, 2020 0 Komen
Dari PKP sampailah PKPP ni #TheIMANs 4 beradik belum lagi ke shopping mall. Last mereka ke shopping mall ialah sebelum PKP ari tu, 15 Mac 2020, tu pun sekejap je ke Aeon untuk beli baju raya lepas tu terus jer balik. Nasib baik jugak kami shopping terus baju untuk diorang raya walaupun tak dapat beraya at least adalah jugak baju raya kan? 

So sejak PKP ni memang kami laki bini jer lah keluar. Masa PKP1 dulu masa tu tak boleh berdua dalam 1 kereta tapi Encik Suami benarkan Puan Bini ni keluar top up stok dapur seminggu sekali. Dia takut bini dia stress tak keluar umah kalau dia pegi shopping barang dapaur. Pastu si bini pulak memang tak harap laki dia nak beli barang barang, kalau sikit jer takpe lagi, kalau banyak heeee baik Kakmim sendiri pegi.

Kami selalu dating sejak selepas raya... haha! Masa sebelum raya tu jarang jugaklah nak ke shopping mall, mungkin sebab puasa jugak kot. Tapi lepas raya, hampir setiap minggu kami dating. Hihihi. Baru lah merasa dating lagi. #theIMANs pun dah tak kisah dah kami dating sebab kalau balik jer mesti ada habuan untuk diorang. Ye lah sebelum dating tu macam² dah diorang pesan.

So hari ni kira 1st time jugaklah dating siap makan². Selalunya shopping jer pastu tapau makanan then balik umah makan dengan #theIMANs. Hari ni special sikit, kitorang lunch kat Tuk Tuk. Lama dah rasa nak makan kat sini tapi barulah hari ni berpeluang nak try.

Kami try set A tu yang ada Tilapia sup tomyam sebagai main course nya

First time makan kan taktau lagi set mana yang sedap & berbaloi. So pilih set A tu sebab dapat makan ikan, dapat makan tom yam jugak. 2 in 1. Kakmim ni kan hantu ikan, wajiblah makan ikan, lagipun setiap set tu memang ada chic wing goreng.

Sementara tunggu order.. hihihi


Bila menu sampai. Berdebar jugak, agak-agaknya habis tak tomyam tu? Haha


Banyak jugak portion nasiknya, beras wangi pulak tu. Kangkung goreng belacan tu pun sedap. Chic wing pun sedap cicah pulak dengan sos thai.Yummy!!


Setiap set tu memang termasuk 2 air, milk tea & green tea. Milk tea tu biasa jer, green tea pulak memang rasa green tea la.. hahaha... Kakmim memang bukan peminat green tea so green tea biar je Encik Suami uruskan. Kah kah.


Makan time!! Kita selfie dulu πŸ˜€

So lepas ni boleh dah bawak #theIMANs makan kat sini sebab dah tau dah nak order apa. Boleh jer set A tu makan untuk 6 beranak, just top up nasi je.  Berbaloi-baloi. Tapi entah bilalah ada keberanian nak bawak diorang 4 beradik tu ke shopping mall.