Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

18/02/2011

Renovation in progress part 2

February 18, 2011 4 Komen
Ari tok Chap Goh Mei so sidak sikda datang kerja ari tok.
Tok ialah progress umah ari marek (Rabu).

Belakang udah didindin dan dipasang penjan.

Penjan dalam umah udah didindin juak.

Sok sik tauk lah sidak nya molah apa gik.
Mun aku ada di Kuching, cepat giklah sidak molah.
Ada juak terpaksa dipostpone lok nunggu aku balit.
Ayah Iman sikmok molah keputusan sorang-sorang.

Ya jak lah.. dah ngantok, line berokband ijo.
Bongok!


Ibu Iman: percayaklah Ema, banyak RM diperlu nak masuk umah baru..



16/02/2011

Renovation in progress

February 16, 2011 6 Komen
Alhamdullilah.
Kerja-kerja renovation untuk wet kitchen di rumah baru dah start 8.2.2011


First day dia datang, dia tebuk-tebuk dinding ni sebab dinding ni akan ditile lepas ni.
Sila abaikan towel merah itu ye.


Ini ialah batu-bata yang mengamboran.
Gambar ni jer diambil pada waktu siang sebaik sahaja balik kerja.
Gambar yang lain tu malam sebab malam jer lah ada kesempatan nak memantau.


Ini ialah worktop untuk meletak gas stove.
Oh, macam ni rupanya cara mereka buat yek.


Ini pula ialah sinki.
Nahh... terserlah kesempitan wet kitchen kami kan?
Nasib baik ler badan comel.
Ini fakta ok, berat saya tak cecah pun 45kg. Ahaks. Melidinya saya.
Nampak gaya kalau macam ni memang saya akan main masak-masak, sorang-sorang jer.
Best tu.
Hehehe.

Agaknya balik dari course nanti,
Dah nak siap, atau dah siap pun kerja-kerja renovation ni.
Ni yang buat makin tak keruan nih.
Huh, kejeron!


Ibu Iman: bukan entri nak show-off (ngeso) tapi untuk catatan dirik pun bab-bab penting dalam hidup.. penting semua tok.. macam nangga perkembangan Iman juak



04/02/2011

Beraya di rumah baru

February 04, 2011 6 Komen
Siapakah yang beraya?
Cina kah melayu kah?
Raya cina, raya melayu, raya dayak..
Sama jer
Kita kan 1 Malaysia??
Ooops... raya india lupa sebut
Abaikan jer lah... dekat Meow City berapa kerat jer India
Tapi still the same, kami ini warganegara Malaysia
Dan terpahat tegur jiwa 1 Malaysia

Bercerita pasal raya
Ya! Kami beraya cina di umah baru
2 malam sudah tidur di rumah baru
Tiada langsir baru, tiada baju baru
Tapi perabot masih baru lah.. hehe
Dapur baru belum siap
Tapi kami ada dapur mudah alih yang baru!
Hihihi..
Silalah jangan gelak ok.. nanti saya malu

Eh..
Nantilah saya cerita lagi
Dapur mudah alih saya yang baru itu
Ahaks

Daaaa...

Ibu Iman: mun dah kejeron camya lah jadinya...


07/01/2011

Tips menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang sempit

January 07, 2011 2 Komen
Sekarang saya sedang mencari idea untuk menghias dan membeli perabot-perabot untuk rumah baru kami. Kekadang saya berasa tertekan jugak kerana apa yang saya suka, semuanya mahal. Saya takmo pisang berbuah 2x. Sebulan yang lepas, kami terlalu ecxited nak memasang grill dan sekarang saya berasa menyesal dengan design grill yang telah kami pilih. Memang saya nak grill berwarna putih, design moden tanpa bunga-bunga, tapi entah kenapa saya agak tidak puas hati dengan design tu.

Grill tingkap

Entah, saya jadi tak berapa berkenan dengan grill pintu ni
Takpe lah, nak buat macam mana kan? Benda dah pasang pun kan? So sekarang kita kena plan betul-betul. Kalau boleh, saya prefer built-in cabinet yang customize untuk semua ruang, tapi saya rasa sekarang, better carik yang berpatutan dengan bajet sekarang jer. Nanti kalo ada rezeki, baru la buat build-in cabinet ye. Sabar ye, hati. Jangan diturut sangat rasa tu. Kontrol.. kontrol. Ukur baju kenalah di badan sendiri.

So sekarang tengah dilemma nak mencari perabot bilik tidur. Dulu masa kawen, saya customize wardrobe dalam bilik tidur. Sekarang bila masuk umah baru, yang dapat dibawak katil je. Yang lain-lain kena lah beli. Di samping tu bilik-bilik lain pun kena lah diisi perabot jugak, kan? Cabaran tu, nak memilih dan membeli. Saat memilih tu lah yang paling sukar.

Di saat saya kebuntuan, di saat meng-googling sana-sini, saya telah terjumpa 1 website yang menjual e-book panduan untuk mendekorasi rumah. Apalagi, seperti orang yang batuk disorongkan bantal, saya terus subscribe email designer tu tapi belom beli lagi. Tengah 2-3 nak beli ke tak sekarang sebab kalau e-book, kena print lagi, kalau tak print, tak seronok la baca guna lappy jer, tak boleh nak belek-belek sambil berangan sampai tidur. Ahaks.

Oklah, ni antara artikel yang saya dapat melalui email. Bagaimana menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang sempit.

Menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang kecil merupakan satu cabaran bagi sesiapa sahaja. Anda memerlukan ruang untuk meletakkan katil, almari pakaian dan beberapa perabot peribadi tanpa membuatkan ruang nampak sempit.

Ini adalah beberapa cadangan saya:-

  1. Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik . Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih single bed  daripada king size bed.
  2. Pilih perabot yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang.
  3. Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu sahaja meja sisi dan lagi sebelah letak lampu lantai atau kerusi baca
  4. Jika ruang bilik anda bersegi empat tidak sama sisi atau dinding yang panjang, cuba gunakan untuk membina (built-in) seperti almari pakaian atau meja solek. Ini memberikan lebih ruang perstoran.
  5. Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat perstoran (built-in) atau kotak simpanan yang bertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.
  6. Buangkan segala perabot atau barangan dekorasi yang tidak membantu memberikan anda sebuah ruang yang nampak kemas dan teratur.
 Sumber: Panduan Dekorasi

    Rumah baru kami, sila rujuk di sini.



    12/11/2010

    Mencari idea untuk rumah baru

    November 12, 2010 6 Komen
    Kunci rumah dah dapat.
    So sekarang masa untuk mencari perabot dan kabinet yang sesuai.
    Konsep?
    Modern design, of course.
    Bersesuaian dengan rumah kami yang tidak terlalu besar.
    Tema warna masih dipertimbangkan lagi.
    Kalau boleh nak merah dan hitam.
    Tapi tak confirm lagi.

    Lepas tu nak cari idea untuk kabinet dapur.
    Pun nak yang simple dan praktikal.
    Kalau boleh lebih kurang macam gambar kat bawah ni.
    Tema putih so nampak bersih.



    Kalau mampu, nak buat macam ni jugak, takde la nampak berselerak dapur.
    Kalau lah Kuhing ni ada Ikea.
    Semuanya DIY.
    Best.


    Kalaulah semua yang kita impikan menjadi kenyataan.
    Bahagianya...

    Nanti nak study lagi kat sini Senihias.com



    09/11/2010