Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

22/04/2019

Review The Loftplaza Hotel

April 22, 2019 2 Komen
Awal bulan 3 ari tu kan validasi di hq di Putrajaya, so time tu saya try hotel yang tak pernah kami check in. Kalo hotel wajib check in memang Tune Hotel di Depulze kalau ada keja di Putrajaya. Selalunya saya suka baca review di Agoda dulu sebelum booking. Pernah jugak booking hotel area Bangi tapi bila nak check in, hotel tu dah disita. Memang ke hulu ke hilir lah carik hotel nak check in. Hahaha. Kenangan betul. Dahlah ramai time tu, semua #theimans pun ada. Kesian diorang.

Hotel yang kami try bulan lepas ialah di The Loftplaza Hotel area Bandar Puteri Bangi. Time tu baru lepas PRK memang masih terasa bahang kempen PRK dengan poster-poster calon time tu. Ok lah kita layan gambar je lah.

Ini haa full address nya. Menurut kata cik adik hensem yang jaga kaunter check in tu hotel tu baru lagi. Dalam 9 bulan gitu kot, tak ingat plak. Hehehe. Ownernya plak Melayu.

Saya biasalah ringan mulut suka bertanya sampai ke owner pun ditanya sebab shower nya macam gambar kat atas tu. Bila dia cakap owner Melayu, hmm... no wonderlah kan?

Ni ruangan lobi. Ye lah hotel baru, masih cantik suci murni lagi tu.

Sebelah lobi, ada disediakan coffee corner ni. Memang dalam bilik takde heater tapi boleh ke lobi untuk beli hot coffee. Drinking water tu free jek.

Lif ada 1 ni jek. Dan kecik!! Hehehehe.

Siap ada warning lagi. Tak boleh buat macam rumah sendiri. Hehehe. Bagus ni biar berdisiplin sikit.

Koridor menuju ke bilik.

Ini haa bilik nya. Basic saja ye. Selimut nipis. Harap² yang tu akan ditambahbaik pasni.

Toiletnya. Ok lah kan? Setakat nak tidur semalam 2 pastu pagi² dah kuar pi keja petang baru balik.

Bawah hotel ada kedai nasi kandar. Banyak lagi kedai makan melayu area situ. Makan memang takde masalah kat sini.

Nak tengok live bola pun ada.

Last but not least, adik gebu ni lah yang rajin melayan pertanyaan saya sewaktu check out. Hihihihi.

Eh, satu lupa. Rate semalam RM70 untuk standard room. Ok lah kan? Dah lah hotel baru. Tapi nak stay sini kena ada transport lah. Susah jugak kalo asik mengharapkan grab. Tapi nak ke Aeon Nilai dekat jer ni. Hihihi. Dan 1 lagi, hotel ni takde family room. Susah lah kalau nak bawak famili ramai². Tapi setakat pegi keja balik keja tumpang tido semalam, recommended sangat.
















20/04/2019

Fastfood Wajib Pergi Jika ke Melaya.. Eh KL la

April 20, 2019 0 Komen
Kalau pegi KL, fastfood wajib pegi ialah Texas Chicken! Takde maknanya makan KFC kalau pegi KL. Ye lah, dah ke KL kita makanlah benda yang takde di Kuching ye dak? KFC tiap hari pun boleh makan kat Kuching. Texas Chicken manade!! Hahaha


Yang best kat Texas Chicken ni air boleh refill, pastu makan ayam goreng tapi ada muffin. Haaa.. Itulah yang rare. Bukan Kenny Rogers jer ada muffin.


Sementara menunggu Ayah order kita wefie lah dulu. Acara wajib anak-beranak. Pedulilah aa orang nak cakap. Ni antara aktiviti #familybonding tau 不不


Oops, Ayah dah sampailah. Jom semua sekali masuk dalam frame kita wefie!!! Yeehaaaa!!! 不不不


Tetiba jer budak rambut bawang ni suh tangkap gambo dia. Ibu layankan aje. Mood nak bergambar dia datang la tu


17/04/2019

Restoran 3 Dara dan MAPS

April 17, 2019 0 Komen
Sambungan cuti² kami hari tu... hehehe

30 Mac 2019 - Lepas check out dari i-City kami bergerak ke Ipoh pulak. Lepas lunch di Shah Alam, kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Hujan time tu so En Husband drive tak laju. Nak ke Ipoh agak jem jugak so berenti di RnR Tapah agak lama jugak.

Kat Ipoh kami stay di homestay. Cari di FB, tengok page agak ok, so terus pm owner. ALhamdulillah dapat owner dan rumah yang ok dan selesa. Plannya sampai di Ipoh terus nak masuk MAPS tapi dah exhausted sangat so kami terus je check in. Memang tak ke mana pun di Ipoh. Malamnya keluar makan di Restoran 3 Anak Dara. Itu pun google jugak. Hahaha. Nasib baiklah ada Mr Google ni kan?

Homestay kami terletak di Chepor Indah. Macam jauh jugak kot tapi tak jauh dengan MAPS. Owner sangat membantu. Saya tanya dia ok jer layan. Bolehlah usha DD Homestay di FB kalau ada yang berminat.

Simpang masuk ke perumahan homestay kami.

Recommended kedai makan ni, walaupun servis agak lambat tapi puas hati tunggu. Sedap!

Otak-otak ni pun sedap!! Habis semua sebakul kami kerjakan. Hahaha.

Ni request budak-budak tu haaa.. haha

Bukti..licin semua.. siap order lagi nasik tambah.. hahaha! Beli pakej ada set. Ada ikan, udang, sayur, tapi murahlah... no wonder orang kata makan kat Sarawak mahal sebab kat Ipoh ni makan murah.. huhuhu. Terbaiklah!!

Makan sehingga butir nasi terakhir ke? Hihihi

Sebab tunggu order lambat sampai, makanya menyempatlah to kill the time kata Pakcik Mat Salleh. Hahaha.


Keesokkan harinya kami bekfes di umah je. Lepas bekfes gerak pulak ke MAPS. Ingatkan jauh rupanya memang dekat. Memang owner tu tak tipu. Hehehehe. Sempat tau bergambar di depan homestay sebelum bergerak ke MAPS.

Pastu owner upload gambar kami ni ke page DD Homestay pulak. Hahaha


Tadaaa... kami sampai dalam 10 pagi macam tu, orang masih tak berapa ramai.


Family photo sebelum semuanya mandi peluh.

Another family photo. Kali ni Encik Husband yang snap so dia takde dalam gambar. 


Famili photo jugak tapi wefie-style. Hehehehe.


Kat sini pun ada bangunan terbalik rupanya.

Yang lelaki tengok 4D movie Boboiboy dengan Ayah, kakak pegi rumah hantu Riana. So bongsu plak tak lepas masuk 4D theater so Ibu layankan dia di Didi & Friends park. Layankan ajer ye.

Oleh sebab Deklan menjenguk Didi sorang², takde geng so dia macam blur je. Ibu pulak yang macam excited. Hihihi.











Sekian MAPS, k bai!! Hahaha. Kalau rajin saya update lagi. PD pulak ye. Hihihihi



05/04/2019

Cuti-cuti #imanfamilia

April 05, 2019 0 Komen

28 Mac 2019 - Kami sekeluarga terbang ke Melaya sana. Lambat pulak bercuti, hari Khamis baru nak start berjimba. Apa boleh buat Ayah tak dapat cuti awal, Ibu pun nak setelkan kerja sebelum nak bercuti.

Tahun ni tahun ke-3 kami menggunakan waran perjalanan untuk keluarga. Apa tu? Hehehe. Tiket flight kami ditanggung kerajaan.. kerana si Ayah berkhidmat di Semenanjung so kami keluarga boleh mengunjungi si Ayah dengan ditanggung kerajaan. Alhamdulillah, terima kasih kerajaan Malaysia. Kalau nak beli sendiri naik MAS ni memang makan RM6K kot. Hahaha.

Si bongsu Idlan Muhaimin pun dah kali ke-4 lah naik flight. Dialah yang paling win sebelum umur setahun lagi dah naik flight. Ye lah sejak Ayah bertugas di Putrajaya, dia belum setahun lagi dan sejak tu lah kami setiap tahun akan fly ke Melaya.

Dan tahun ni dia awal dah sound, dia nak duduk tepi tingkap. Nasib baik si #anakno3 boleh bekerjasama bagi chance dekat si adik. Sebelum ni memang dia jer yang duduk tepi tingkap. Layan jer si bongsu ni.

Muka puas hati dapat duduk tepi tingkap


Layan jer bosku makan nasik lemak sambil tengok movie


Akhirnya 2-2 tewas.. tertido. Mana taknya pukul 4 pagi dah bangun. Flight pukul 7 pagi.


Sampai jer KLIA terus takde line telefon. Dekat nak 1 jam jugak ler antu kuning takde coverage. Yang peliknya hepon si kakak ada pulak line. Sama jugak Digi. Huhuhu.


Lepas tu kami terus ke Putrajaya jer sebab Ayah masih kerja lagi. Sementara tunggu Ayah setelkan kerja, kami lepak di Alamanda jer.

Kebetulan ada Ultraman ni di Allamanda. Syoklah diorang. 

Sempat jugak mewarna.

Ultraman spender warna pink.. hasil imaginasi si bongsu Idlan. Hihi

Bawangman Ibu ni. 

Dan akhirya.. tertido lagi. Ayah masih jugak tak sampai². Hehehe.

Kalau rajin, adalah entri lagi pasni. Kalau tak, paham² je lah. Hehehehe. Niat hati memang semua nak share cerita kat sini tapi apakan daya, semangat nak menaip dan mengarang tu memang agak mendukacitakan. Hihihi. Jangan marah tau. Senyum