Follow Us @soratemplates

05/09/2008

Taggie-maggie

September 05, 2008 3 Komen
Pejam celik pejam celik dah 5 hari kita berpuasa. Mencabar jugak puasa kali ni sebab kelas kebanyakkannya di tengah hari dan petang. Biasa la time-time macam ni sememangnya saat-saat yang genting. Huhuhu. Sukar woo nak tarik perhatian budak. Tapi aku cuba jugak la walaupun tekak kering asik bercakap dan bercakap.

Hari ni last day kerja untuk minggu ni.
Yabedabedooo! :pompom:Weekend ni rasanya nak masak nasik tomato. Teringin sangat nak makan. Kalo beli kat PaRam mesti ada kot tapi biasa la yang orang jual kat PaRam bukannya sedap pun. Nanti bila dah berbuka mesti membebel sana-sini tak puas hati. Baik try buat jer. Tak pernah buat pun sebenarnya. Tanya Naz, dia cakap senang jer, bagi resepi itu-ini main cakap ikut mulut dan ingat, dan diharap boley la try besok. Insya Allah. Wish me luck then. Hahaha.

Hari Jumaat hari merdeka sebab takde kelas. Aku cuma berusaha nak habiskan soalan-soalan untuk diupload ke bank soalan jer. Break tengah hari aku balik umah, buat dadih coklat. Sebab nak pulangkan tupperware jiran aku kat belakang umah. Dah berapa hari dah tak dipulangkan lagi. Hehehe. Al-maklum la weekdays manade sempat nak masak itu-ini. Hehehe.

Oh, ya, dapat tag dar Adik Amer. Layan jer la sementara tak sibuk sangat. Hehehe.

Bagaimana caranya:


1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim
yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka

4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag





Dan tag ini diteruskan kepada blogger-blogger di bawah:
  1. Naz
  2. Emma
  3. Kak Risanur
  4. Katiedokie
  5. Abg. Fadli
Done! Selamat menunaikan ibadah puasa! :pandacloud_33: Daaa~



04/09/2008

Tips Membeli-belah di PaRam

September 04, 2008 4 Komen
Bulan Ramadhan ni kekadang dah jadi macam pesta makanan pulak ye. Pasar Ramadhan atau PaRam ada di mana-mana. Bak di mana ada semut di situ ada gula, di mana ada taman perumahan di situ ada pasar atau bazaar ramadhan. Sekarang cuba korang kira berapa PaRam yang ada di sekitar tempat tinggal korang? Hehehe.

Biasa lah kan, puasa-puasa camni nafsu nak makan macam-macam memang agak luar biasa. Tengok murtabak, nak beli, tengok kebab, nak beli, tengok sirap bandung, nak beli, tengok tepung pelita, nak beli. Kalo boleh semuanya nak beli. Semuanya sedap. Macam sedap jer sebenarnya. Hehehehe. Bila dah berbuka nanti, larat ke nak melantak?

Untuk mengelakkan pembaziran semasa membeli-belah di PaRam, aku ada sedikit tips untuk diri aku sendiri. Hehehe. Famili aku kalo berbuka makan nasi jer, kuih-muih makan kemudian, yang pentingnya nasik la. Nasik tu penting beb, makanan ruji. Hehehe. Walaupun famili aku slim-mlim orangnya tapi boleh tahan kalo bab beli beras. Ahaks.

Tips aku:
  1. Pergi semasa peak-hours, semasa orang tengah bersesak-sesak kat bazaar tu, so korang takleh nak study kuih-muih dan lauk-pauk kat PaRam tuh satu persatu
  2. Pergi berseorangan. Elakkan berteman sebabnya kalo ada teman senang jer geng tu nak goda kita beli itu-ini. Lagipun jalan sorang-sorang ni laju sket daripada berteman.
  3. Target apa yang nak dibeli hari ini dan setkan apa yang nak dibeli pada hari esok pada hari ini. Bermakna hari ni survey, besok beli. Dan begitu seterusnya sehingga ke penghujung Ramadhan.
  4. Jangan bawak RM banyak-banyak semasa ke PaRam. Kalo dah pecahkan not RM10 jangan simpan dalam wallet. Gunakan apa yang ada tu jer.
  5. Kalo beli lauk ayam atau ikan contohnya, kira bilangan ahli dalam keluarga. Kalo ada 8 orang dalam keluarga, jangan la beli 8 ketul ayam beb. Membazir tu. Sebabnya tak semua orang nak makan ayam. Beli ala-kadar jer atau tanya dulu berapa orang yang nak makan sebelum pergi beli.
  6. Park kereta jauh-jauh agar macam malas jer nak kendong plastik makanan nak bawak balik umah. So beringat-ingat la bila nak membeli kalo dah malas yer.
  7. Jangan terlalu menurutkan nafsu makan dan membeli tu. Ingatlah yang anda sedang berpuasa, tahan diri tu sikit. Esok masih ada, tak perlu memborong semua hari ini.
  8. Nak beli kuih, beli yang seringgit = 3 ketul jer. Jangan beli 1 jenis kuih sampai RM2. Nanti tak habis, membazir lagi.
  9. Pergi masa dah nak berbuka, setengah jam lagi nak berbuka ke, masa ni peniaga-peniaga selalu bagi diskaun sebab nak habiskan juadah jualan. Hehehe.
  10. Kalo nak beli air tu, beli 1 bungkus cukup la. Hehehe. Sedap lagi buat air kordial sendiri kat rumah, terjamin lagi kebersihannya beb. Hehehe.
Last but not least, jangan tamak! Jangan haloba! Ingat-ingatlah ramai lagi yang tak mampu bermewah-mewah semasa berbuka macam kita. Cuba hayati mereka-mereka yang hidup susah, yang makan apa yang ada jer semasa berbuka. Mesti korang insaf kan?

Lagi satu, membazir tu amalan syaitan. Tak rugi berbelanja berpada-pada beb. Tapi kalo dah nak rasa makan sangat tu, makan jer la. Sukati korang la. Hehehehe.

Atau kalo nak masak tu, sedekah ler sikit kat jiran-tetangga. Dapat jugak barakah ramadhan. Takde la melantak sorang-sorang. Huhuhu.

Selamat menunaikan ibadah puasa yer! :pandaGeli_26:




02/09/2008

C.I.N.T.A

September 02, 2008 4 Komen
VERSI 1: CINTA = MENUNGGU BAS..?

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond...cuaca pulak panas.
Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?. Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!



VERSI 2 : TIME NEVER GOES BACK

Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,

Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me?

Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question.

Student : (Thinking hard) Huh???

Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.

Student : Well, ok then... wait for me... (walked straight ahead to the grass field).

A few minutes later...

Student : I'm back.

Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand.

Student : On my journey, I found few beautiful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.

Teacher : That's what happened in real life.

What is the message of this story?

* Grass - is people around you
* Beautiful Grass - is people that attract you
* Grass Field - is time

* In looking for your soulmate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back".

It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time!


:pandaGeli_08::kiss::pandaGeli_09:

Kawan-kawan, cinta itu terlalu abstrak dan subjektif untuk ditafsirkan. Kita tidak tahu kenapa kita boleh jatuh sayang kepada seseorang tu. Seseorang yang bukan dari ahli keluarga kita, seseorang yang baru kita kenal dan jumpa tetapi akhirnya bercinta dan dinikahkan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah bercinta? Adakah jika kita selalu menghabiskan masa lapang kita bersama seseorang tu kita dianggap bercinta? Atau apabila kita selalu bergayut dengan seseorang di tengah-tengah malam sebelum tidur, kita diangga bercinta? Sukar kan nak menakrifkan istilah percintaan ni. Tau tak kenapa? Kerana perasaan cinta ni dilahirkan tulus, suci, ikhlas oleh Maha Pencipta kepada kita yang bergelar manusia kerana kita hidup di atas muka bumi ni berpasang-pasangan. Perasaan cinta itu sesuatu yang murni, bukan untuk dicemarkan atau disalahgunakan dengan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita.

Sekarang aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Mendapat seseorang yang begitu menyayangi, memahami dan menerima kita seadanya, itu sudah memadai. Kawan-kawan, cinta kadang-kadang tidak perlu diluahkan. Hanya dengan lirikan mata, bahasa badan, memek muka, sudah cukup untuk kita menilai kejujuran dan keikhlasan seseorang kepada kita. Keikhlasan datangnya dari hati yang bersih yang kita sendiri dapat merasai aura ketulusannya dalam mencintai kita.

Bersyukurlah sekiranya kita dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, yang penyayang. Kasih sayang merupakan aset utama untuk kita menjalani hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Hanya dengan kebahagiaan kita dapat berbakti kepada makhlu-makhluk lain yang menumpang di bumi Allah ini.



Teringat-ingat

September 02, 2008 2 Komen
Sebenarnya aku ada banyak kerja yang tak siap. Aku kena siapkan soalan untuk 2 modul untuk diuploadkan ke bank soalan. Tapi aku baru buat 1 modul je. Apa nak jadi dengan aku ni yang sangat malas. Kalo on jer laptop bukannya reti nak buat kerja, bloghopping sana-sini. Dan bila dah muak berbloghopping aku akan baca entri-entri aku terdahulu di blog aku yang pertama dulu-dulu tu.

Hmm.. teringat lagi kisah-kisah lama. Rasa nak balik ke zaman dulu-dulu je. Aku dapat rasakan berbezanya cara penulisan aku dulu dan sekarang. Mungkin masa merubah segalanya. Mungkin juga usia telah mematangkan penulisan aku. Apabila diteliti penulisan aku dahulu, lebih kurang jer dengan penulisan di blog adik aku. Tapi penulisan aku dahulu banyak moral of the storynya. Aku pun tak tau kenapa aku rasa sekarang ni aku dah semakin tumpul padahal umur dah semakin bertambah. Sepatutnya kalo umur bertambah, manusia semakin matang, takkan aku jadi sebaliknya pulak? Tak logik.

Bila aku baca entri-entri aku dulu, aku tengok juga komen. Tak ramai yang komen tapi regular commentor jugak la. Ada jugak yang blogger. Bila aku klik link blogger ni diorang pun dah tak update lagi dah blog diorang. Terasa rindu pulak kat diorang ni. Ada yang dah berstatus Puan. Eii... teringat lagi. Menci la..

Kenapa ek? Aku selalu teringat kisah-kisah lama sekarang? Memang macam tu ke orang yang nak kahwin? Teringat kisah-kisah zaman dahulu sebelum melangkah ke dunia baru bergelar isteri kepada seorang suami?



Gambar ni kes teringat lagi. Hehehe. Dulu masa aku study, diorang ni kecik-kecik lagi. Masa tu si Adli yang bongsu takde lagi. Kalo weekend ataupun cuti aku balik umah cousin aku ni aku ler yang tukang bancuh susu diorang. Bulan 7 hari tu aku bertandang lagi ke umah cousin aku ni tapi bukan sebagai student lagi dan anak-anak buah aku ni semuanya dah besar-besar. Si Aisyah siap leh kenakan aku lagi bila aku asik sms jer dengan tunang aku. Nengok tu buat tanduk lagi kat aku masa amik gambar. Hai, cepatnya masa berlalu. Dulu asik merengek jer mintak susu sekarang diorang plak yang bercerita berteka-teki itu ini dengan aku.

Dan Ramadhan kali ni jugak Ramadhan terakhir aku sebagai anak gadis. Insya Allah kalo dipanjangkan umur, dipermudahkan jodoh, Ramadhan berikutnya aku akan berpuasa sebagai seorang isteri pulak. Rasa syahdu pun ada. Nak tau 1 rahsia? Aku ni liat sikit nak bangun bersahur. Mak selalu marah sebab aku makan nasik lagi sikit daripada adik bongsu aku semasa bersahur. Macam mana ler agaknya aku nak kejutkan hubby aku nanti kalo aku pun dah liat nak bangun sahur? Huhuhu.



Simple but nice

September 02, 2008 2 Komen
Sorry aku sedang bertukar layout
Link list blogger pun banyak yang tak masuk lagi
Tapi besok nak kerja
So paham-paham jer ek
Nanti aku sambung lagi

Aku sedang mencari kelainan
Nak sesuatu yang simple but nice



Gambar takde kaitan dengan entri ok
Tapi
Aku suka gambar ni

Aku snap semasa pergi umah nenek saudara hari Sabtu tu
Sangat mendamaikan
Macam best jer kalo lepak sorang-sorang kat dalam perahu tu
Dan lupakan semua masalah dunia

01/09/2008

Rindu-rinduan

September 01, 2008 2 Komen


Sangat rindu sama ini budak
Azim, Filzah, Nana
Semuanya sekali!
Usu juak

Tak sabar nak tunggu hari raya haji
Baru la diorang balik ke Kuching

Selamat menunaikan ibadah puasa ya kawan-kawan

p.s: malasnya nak kerja besok :pandacloud_10: