Follow Us @soratemplates

02/10/2008

Syawal-1

October 02, 2008 14 Komen

1 Syawal dah berlalu dah. Bila dah raya, berlalu macam tu jer tapi sebelum raya tuh, mak oi.. sibuknya teramat. Hari ni pun sibuk. Kaki macam nak patah jer, mata lak kuyu sebab berapa malam dah tido lambat.

Raya tahun ni 1st raya sebagai tunangan orang dan last raya sebagai anak gadis. Hehehe. Insya Allah tahun depan raya dah tukar status dah. Amin.


Tahun ni memang semangat nak raya tu macam pudar jek walaupun sebelum cuti asyik menghitung hari nak cuti jer. Baju raya pun malam raya baru amik kat tailor. Memang tak pernah dibuat pun sebelum ni. Dah la baju tu tak reti-reti nak siap. Lepas payday terus amik baju tapi macam-macam alasan jer belum siap, at last malam raya jugak baru dapat. Tu pun aku jugak yang bersusah payah tolong mencari di sebalik timbunan baju-baju kat kedai tu. Bengang sangat, membuatkan moodku merudum jek.

Pagi raya tahun ni semua famili berkumpul di rumah kitorang. So memang tak keluar langsung on the 1st day. Nenek pun ada kat umah dan of course bila dah ada orang tua di umah sememangnya semua saudara-mara akan berkumpul di umah. Sangat la meriah, biskut pun dah nak abis dah. Nampak gaya kena cari kat kedai untuk back-up.

Bercerita pasal kuih, hampa sangat. Hari tu masa beli butter lupa bawak naik ofis, tinggalkan dalam kereta jer dan bila balik umah butter tu semuanya mencair. Rasa nak nangis. Dah ler butter mahal, beli plak 4 tin. Uwaa waa waaa. Nak tak nak terpaksa gak buat guna butter tu. Takkan nak membazir kot. Jadi tak jadi, memang tawakal jer masa buat. Tapi alhamdulillah, semuanya ok walaupun meragam jugak la.

Seperti biasa raya pertama memang tak sempat nak amik gambar famili. Selalunya bila dah akhir-akhir raya baru ler kitorang 1 famili tutup umah, pakai baju sedondon masa raya pertama tu dan snap famili photo. Tak guna jurugambar profesional pun cuma perlukan bantuan tripod jer. Tahun ni masa bersalam-salaman tu bapak aku suh amik video. Apa lagi, macam-macam karenah la. Bila dah siap bersalam, masa untuk makan then aku terus view video kat tv dan gelak gelak gelak. Melihatkan macam-macam karenah adik-adik dan sepupu-sepupu aku. Alhamdulillah, aku sayang famili aku.
To all, selamat berhari raya, Maaf zahir dan batin. Maaf yer kalo aku dah lama tak menjenguk blog korang. Malas sangat nak online kat umah lagipun I busy you. Ahaha. Ooops.. jangan jeles tau aku start keja on 13.10.2008. Surat lantikan pun dah dapat hari Jumaat hari tu. Yeay!


Daaaa :cinonet_04:



26/09/2008

Menjelang hari raya

September 26, 2008 8 Komen




Hari ni ramai yang last day kerja kan?
Termasuk saye
Hehehehe
Seronoknya
:pandaGeli_05:

Adik-adik pun semuanya akan balik hari ni
Pasti rumah akan kembali meriah
Dan hoo-haa-hoo-haa
Baru ada semangat nak raya
Baru ada semangat nak buat kuih
Yeay!

:pandaGeli_27:

Sempena kesempatan yang ada ini
Saye, Cik Mira, nak mintak maaf sekiranya ada tersilap kata
Atau tersilap taip
Ayat-ayat atau perkataan
Yang telah menyentuh atau menyinggung
Perasaan saudara dan saudari
Yang selalu berkunjung di sini

:puteh_23:

Maafkanlah yek
0-0 lah hendaknya
Saye ni pun manusia biasa jer
Yang tak lari dari khilaf
Semoga saudara saudari
Diberkati dan dirahmati olehNYA
Amin

:pandaGeli_08:

Kepada blogger yang berada di sekitar Kuching
(Zie and the gang)
Dijemput untuk datang ke rumah
Umah mek sentiasa terbuka
Tapi call lok lah takut mek sikda di umah

:pandaGeli_32:

Lagu raya untuk korang :pandacloud_08:
Selamat Hari Raya......!



25/09/2008

53 produk susu China disita

September 25, 2008 3 Komen
PUTRAJAYA 24 Sept. - Kementerian Kesihatan menyita 53 barangan makanan berasaskan susu yang diimport dari China kerana disyaki tercemar dengan melamin melalui pemeriksaan bersepadu di seluruh negara sejak semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, produk yang mem- babitkan coklat, biskut gula-gula dan yogurt dari China itu dikenakan pemeriksaan tahap lima.

Pemeriksaan tahap itu menyebabkan sesuatu produk disita bagi tujuan ujian sebelum dilepaskan semula di pasaran bagi memastikan ia selamat untuk pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebanyak 13 syarikat yang mengeluarkan 324 produk berasaskan susu bukan dari China, disahkan tidak tercemar dengan melamin.

Katanya, kementerian telah mengeluarkan senarai yang dikemas kini membabitkan produk-produk tersebut hari ini.

''Aktiviti pemantauan produk- pro- duk makanan tersebut akan dijalankan berterusan di pintu masuk negara dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diarahkan membuat pemeriksaan tahap enam iaitu tidak membenarkan masuk sama sekali produk susu formula dari China.

''Bagaimanapun jika pengguna telah mengambil sebarang produk makanan yang disyaki tercemar dengan melamin, mereka dinasihatkan supaya tidak bimbang. Ini kerana kesannya sangat sedikit memandangkan paras kandungan melamin pada produk berkenaan tidak tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, Suruhanjaya Eropah (EC) telah menetapkan tahap migrasi melamin yang selamat daripada bekas atau pembungkus makanan ialah 30 miligram (mg) bagi setiap sekilogram.

''Dalam konteks ini, melamin telah dikesan di dalam minuman kopi, jus oren dan susu fermentasi dalam julat 0.54 sehingga 2.2mg bagi setiap kilogram makanan.

''Jika pengguna masih ragu-ragu mengenai tanda-tanda kegagalan ginjal, mereka hendaklah segera berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mendapatkan sebarang nasihat dan rawatan berkaitan," katanya.

Beliau menjelaskan, tindakan menyita produk-produk makanan dari China itu akan dilaksanakan sehingga notis baru dikeluarkan oleh kementerian.

''Namun setakat ini tiada produk susu formula dibenarkan masuk ke negara ini dan tiada sebarang lesen mengimport susu dari China di keluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan," katanya.

Beliau berkata, isu pencemaran melamin dalam susu dari China mendapat perhatian Kabinet dan kementerian-kementerian terbabit diarah memberi kerjasama bagi menangani masalah tersebut.

''Kementerian Kesihatan juga telah mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran untuk memastikan semua kantin sekolah tidak menjual produk makanan yang disyaki tercemar oleh melamin dari China," katanya.



Sumber: Utusan Online

Cinta Yang Sempurna - 6ixth Sense feat. Noe (Letto)

September 25, 2008 0 Komen
Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**
Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasih tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

* Repeat 1
** Repeat 2

24/09/2008

Kurang seminggu lagi

September 24, 2008 5 Komen
Minggu ni kemaruk meeting
Ntah apa-apa la BB meeting hari Jumaat 2.30 petang
Semua orang dah semangat nak bercuti
Dia plak sibuk nak buat meeting pengurusan
Kalo meeting 2.30 mestinya habis after 5
Biasa la BB tu
Bukannya reti nak bajet masa
Cakap main suka dia jer

:cinonet_48:

Hari ni dah 24 Ramadhan
Kurang seminggu lagi umat Islam nak berhari Raya

:pandaGeli_27:

Semalam dah payday
Bonus pun dah masuk
Tapi aku tak beli bahan untuk buat kuih lagi
Baju kat tailor tak amik lagi
Mak lom bagi
Bapak lom bagi
Persiapan kawen lagi?

:cinonet_47:

Nasib baik kasut raya adik-adik aku dah siap beli dah
Kalo tak, gerenti susah nak pilih lagi dah sekarang
Lain dengan orangnya yang ramai
Lain dengan dah takde saiz
Aku sendiri plak
Dah berapa kali survey dah
Handbag, kasut
Ingat nak buat appreciation untuk diri sendiri
At last beli yang 50% jek
Sebab si dia sibuk sangat dah nak belikan
Aku tak sampai hati lak nak demand mahal-mahal
Janji aku berkenan
Macam best dipakai
Dan harga pulak berpatutan
Aku on jer
Thanks, Yang :pandacloud_08:

:puteh_2:
Tak sabar tunggu adik-adik aku balik
Yeay!

:pandaGeli_02:

Tahun ni my grandpa & grandma
Nak berhari raya di umah kitorang
Harap-harap
Diorang tak berubah fikiran