Follow Us @soratemplates

06/11/2008

Kerna Ku Sayang Kamu

November 06, 2008 7 Komen
Aku sayang dia.

:mLove:

Orang kata dia dah gemok.
Tapi bagi aku cuma berisi.
Tapi bila orang lain cakap gemok.
Aku risau jugak.
Ye la kan tak lama lagi nak tu kan.

:mHurm:

Dulu dia pernah tanya aku.
Dia gemok ke?
Aku jawab la, "gemok".
Gemok la jugak berbanding dulu.
Pastu, "iboh padah mek gemok, lak gemok mena-mena"
Dia jawab dengan sedihnya.
Dah dia tanya kan?
Pastu aku tak cakap lagi dah.
Tapi dia memang berisi lah berbanding masa aku kenal dia dulu.

Masalahnya sekarang.
Aku nak suruh dia diet.
Tapi tak sampai hati pulak.
Dah rasa nak makan kan.
Takkan nak tahan-tahan.

Dia sendiri pun ada cakap.
Jangan bagi dia makan.
Masalahnya aku pun suka makan.
Macam mana ni?
Takkan aku makan sorang-sorang?
Kalo dah tu nanti.
Orang umah aku semua makan.
Takkan aku nak halang dia makan lak.
Isteri yang kijam la aku.
Durhaka lak tu.
Tak bertanggungjawab.
Tak bagi laki makan.
Ada ke patut?

:mSad:

Aku tak sampai hati la nak larang dia makan.
Tapi bagi aku dia takde lah gemok sangat pun.
Maybe sebab aku selalu nengok dia.
Tu yang tak perasan.
Tapi akak-akak kat department dia cakap dia gemok.
Aku pun risau.
Tapi aku tak tau la dia risau ke tak.

Serba-salah jugak sebenarnya.
Kalo kuar jumpa dia mesti makan.
Tapi start bulan ni aku takmo sangat jumpa dia dah.
Tapi bila dia kata nak jumpa, aku jadi kesian.
Sedih jer.
Tak sampai hati.
Makanya..
Aku jumpa jugak si dia kesayangan.
:mRempit:

Tolong jangan marah aku ek.
Sebab aku sayang dia.
Banyak-banyak.
Pasir-pasir.
:mKening:
Phewiiiit...!

Nilai sebuah kepercayaan

November 06, 2008 5 Komen
Pukul 12 tengah hari.
Semua dah pakat pergi lunch.
Kat bawah tu jer, Aman Cafe.
Jarang kitorang makan ramai-ramai nih.
Kebetulan kan hari ni hari Khamis.
Petang memang takde kelas.
Pastu Bos Besar aka BB takde.
Merdeka!!!
Wakakaka.
Keluar tanduk, pasni nak ngular leh tak?
Kwang kwang kwang.
:pandaGeli_05:

Tau tak sebab apa kitorang pakat ramai-ramai nih?
Haa.. pasal kes Norman dan Abby tu la.
Sebok jer kan nak tau kisah dalam kelambu orang.
Nasib badan la bila dah jadi artis.
Memang orang nak tau pun cerita dalam kelambu nih.
Syiokkk!!
:puteh_1:

Sambil-sambil makan, sambil-sambil cerita.
Oleh sebab 3 orang daripada 6 orang tu dah kawen.
Timbul jugak la isu dalam kelambu nih.

Perlu ke kita percayakan pasangan kita 100%?

Sorang jawab, YA! Aku percaya.

Sorang lagi jawab, TAK! Aku tak percaya husband aku 100%.

Aku yang belum kawen ni jawab dalam hati jer. Hehehe.

YA! Aku percaya. Tapi cuba la kalo nak curang, siap!

Bagi aku, dalam sesuatu perhubungan tu, KEPERCAYAAN sangat penting.
Kalo kita tak percaya kan pasangan kita,
macam mana kita nak melayari bahtera bersama-sama?
Sebab destinasi hala tuju cuma ada 1.
Kalo kita tak percayakan orang yang mengemudi tu,
alamatnya bilanya kita nak sampai ke destinasi yang nak dituju tu.

Faham ke tak?
Tak faham?
Tapi aku faham.
Dan percaya.

Aku percaya dengan PERCAYA kita dapat menjaga hubungan kita.
Tetapi..
Yang sedihnya.
Ada pasangan yang tau pasangannya percayakan dia.
Makanya dia mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Dan selalunya kaum perempuan seperti aku ni.
Bila sekali dah kepercayaannya dikhianati,
cukup la sekali.
Lepas tu kepercayaan terhadap pasangan akan semakin berkurang.
Maka, timbulnya SYAKWASANGKA.
Ini menyebabkan hubungan yang baik pada mulanya jadi goyah.

Aku juga belajar dari pengalaman.
Dulu kalo berkawan dengan lelaki, aku suka sangat wasangka.
Aku suka think negative kat kawan lelaki aku tu.
Aku susah sangat nak percaya diorang.
Dan kerana itu juga kami setakat berkawan jer.
Tak lebih dari tu.
Kalo lebih pun akan putus di tengah jalan.
Kerana sikap syakwasangka aku.

Syakwasangka penting jugak tapi percaya itu lebih penting.
Tetapi tak boleh TERLALU percaya.

Susah kan nak menjaga ikatan suci sebuah perkahwinan?
Percaya sangat tak boleh.
Tak percaya pun tak boleh.

Nak kawen, takut.
Tak kawen, kena kutuk.

Nak beranak, takut kena tinggal laki.
Tak beranak, laki bagi alasan nak kawen lagi.

:cinonet_05:

Hot

November 06, 2008 7 Komen

Heyya! Berik can ngan aku lok nak blogging dalam bahasa Serawak.

Hari tok aku masuk kelas seperti biasa, kelas yang aku assist jak sebenarnya. Dah berik mini projek so perlu buat jak, carik bahan. Tapi before ya aku nyuruh sidak present assignment aku lok.

Hari tok aku turun awal dari biasa sebab ngantar adik ku 2 orang ke sekolah. So 7.05 dah sampei opis tapi malangnya opis masih tutup. Orang yang salu turun awal travelling. Aku pun lupak mok mintak kunci. Terpaksa jak tunggu admin datang. Sekali tek, 7.35 baru datang. Setengah jam ku lepak dalam keta. Tensen gila nyawa. Nak minum kedei dibah ya sikda mood, lagipun aku ada tapau mee, malas nak makan di kedei. Nyuruh bau asap rokok ngan bau roti canai jak pagi-pagi.

Tengah aku siap-siap nak turun ke lab, ada sms masuk.

Akum miss, saya tok timah. saya turun lambat ari tok. dah tertinggal bas, tengah tunggu transport. sorry mizz.

Rilek jak. Mun tak orang nak turun ahir aku turun agik ahir baruk tauk. Then ada gik sms masuk.

Akum miss. tok milah. saya terbangun lambat. baruk mandik. sorry miss masuk lambat.

Aku dah datang hulk. Sesuka tak orang jak nak datang ahir. Aku pun hot! Pagi-pagi dah hot. Terus bergaut turun. Embak moto laju-laju. Empas pintu motor, jalan laju gi lab.

Masuk jak dalam lab, aku kunci pintu. Pasya ngerepak. Bla bla bla. Bla bla bla.

Bencik ku aih!!!!!

Tiap-tiap ari lecturer ngerepak grup yang sama. Pemalas! Boring ku! Sak ati pun juak! Sikda daknya nyaman sikit ati ku. Mun ada daknya ya, nyakit mata jak. Mun berik kerja sikit molah muka, dah la duduk macam nak tido. Pemalas. Iboh belajar eh, ngabis duit mak bapak jak. Bergerek no 1. Kenjar! Dah la ngegeh!!!



04/11/2008

Apakah?

November 04, 2008 9 Komen
Masuk bilik bos.

Bos.
Boleh tak saya nak cuti kahwin.

Tak boleh.
Kenapa awak nak kahwin masa exam?

Aaaaa...

Takkan awak tak tau tu masa exam?

Tau.

Habis tu?

Tak boleh ke Bos?

Tak boleh.
Lepas exam kan cuti.
Tapi kena turun ofis gak pindahkan barang-barang.

OK, bos.
Terima kasih.

Imaginasi semata-mata.


Riang Ria Raya

November 04, 2008 5 Komen
Maaf.
Entri yang dah lapuk.
Tak sempat nak mengupdate masa kesibukan melanda dulu.
Layan jer la ek.
:pandaGeli_34:

Sebenarnya Riang Ria Raya ni student tourism yang handle.
Tourism memang ada modul di mana student kena handle 1 event.
Maka sempena raya, on lah 1 event di Grand Continental Hotel.
FOC untuk lecturer dan limited student.
Yeay!
Tapi kalo nak bawak orang luar kena bayar RM15.
Murah jer kan?
Makanya saya bawak la si dia kesayangan ni.
He he he.



Tadaaaa.....


Kitorang makan buffet jer. Bawah ni yang kat atas meja VIP.


Kalo nak tau, inilah BB saya, yang Melayu tu.


Selain makan-makan, ada karaoke jugak. Lihat Amira dan Danish berkaraoke.


Student duet nyanyi lagu raya tapi si Amira ni takmo mengalah. Cutenya si Amira ni.


Si Hannah ni suka sangat berposing kalo orang nak snap pic dia.


Kalo takde mereka ni, hambar la majlis.


Lihatlah student yang berbilang kaum.


Eh, saya dapat lucky draw la. Hehehe.


Dan bergambar kenangan sebelum balik. Masa ni BB dah balik dah. Student yang snap pic tak center.


Dan sekali lagi sebelum masuk lif.


Thanks Grand Conti.

02/11/2008

Kecelaruan Emosi

November 02, 2008 10 Komen
Sekarang saya merasakan 48 jam cuti di hujung minggu sangat tidak mencukupi. Saya risau sangat-sangat. Walaupun persiapan untuk hari tu dah dibuat sejak dulu-dulu lagi tapi bila sekarang, ada je benda yang tak complete, saya dah gabra semacam dah. Air mata jer tak keluar lagi. Sungguh cengeng kan? Dulu masa buat thesis final year project, pernah masa nak print thesis tu, printer plak buat hal, bolehnya saya terus nanges dan bila nanges, printer tu pun boleh print. Ajaib sungguh air mata ku ini kan?

Terasa nak jer masa cepat berlalu. Biar hari tu berlalu dengan cepat. Dah tak larat dah nak pikir segala persiapan ni lagi. Selagi hari tu tak tiba selagi tu lah persiapan tak pernah selesai.

Hari tu saya impikan semuanya perfect. Sempurna. Tapi, kita hanya merancang, DIA jua yang menentukan. Saya sangat takut memikirkan hari itu. Kita nak macam tu, plan macam tu, tetiba jadinya nanti macam ni, takutnya. Hari tu sekali jer seumur hidup, kalo boleh nak ingat hari tu sepanjang hidup kita. Takkan nak rewind balik hari tu. Tak mungkin nak kembali ke past tense. Ini bukan dunia Doraemon.

Saya merasakan emosi saya sangat tidak stabil sekarang. Saya sangat mudah terasa, kecil hati. Kadang-kadang takde mood nak layan dia. Saya dah elakkan jarang jumpa dia memandangkan dah tak lama lagi tibanya hari tu tapi siapa kata kalau tak jumpa tak boleh ada perselisihan faham? Saya jarang sekali mengamuk sebab saya selalu simpan dalam hati, tapi sakitnya simpan dalam hati ni Tuhan saje yang tau. Saya cuma akan luahkan bila saya rasa betul-betul bersedia untuk membincangkan perkara itu.

Dan nasib baik dia memahami. Dia tak mudah melenting. Dia sangat matang dalam menangani kecelaruan emosi saya ini. Terima kasih Dia.

Entahlah, sik tauk nak madah apa gik. Kamek sayang kitak.