Follow Us @soratemplates

04/12/2008

Mengular lagi?

December 04, 2008 14 Komen
Paginya awal-awal dah gerak ke ofis.
Sampai awal bukannya nak buat kerja.
Tapi sambung tulis kad jemputan lagi.
Lepas tu baru la siapkan sedikit kerja.
Sedikit je tau.
At least markah final amali dah boleh key-in.
Hehehe.

Lepas tu, layan jer la piccas di bawah yek.

















Hahaha.
Sekali lagi aktiviti mengular sambil memanjakan perut.

:mSmoking:

Semalam mengular bersama Shirley.
Hari ni plak bersama Naz dan Shirley.
Hari ni baru la cukup korum.

:mGelak:

Bila balik hujan pun turun dengan lebatnya.
Nasib la.. semakin kronik la lazititis ku.
Wakakaka.

03/12/2008

Tak Berkat

December 03, 2008 4 Komen
Sangat bosan nak pegi keja.
Sangat bosan nak buat keja.
Sangat bosan bekerja.

Hari ni keluar sambil mengular lagi.
:mSmoking:

Mula-mula.. setelkan kerja dulu.
Pergi ke Freeway Design.
Backdrop aku tak setel-setel.
Ada jer konflik.
Bila tanya pendapat BB terus kena marah.
Kalo aku main buat jer, lagi la teruk kena marah kalo silap.
At last.
Aku call protokol JKM lagi nak confirmkan.

Buku program pun sama.
Grammar ayat banyak yang tak betul.
Terpaksa la aku dan member betulkan.
Dan.
Kena buat proof-read lagi.
Sangat leceh.

Tapi nak.
Deha sangat cool ok.
Walau nya sik tido sebab banyak projek masuk.
Sik macam kamek 2 Shirley.
Kamboh lalu jak ke opis urang molah proof-read.
Mun urang lain, mok dibom nya kali mek 2 Shirley.
Dah la mala jak hold, pause, on.
Sik pandei muktamad.
:mBom:
Siapa Deha? Freeway Design ya bah.
Member ai juak, sib bait nak.

Pas rasa macam ok, proceed to printing.
Kemudian mengular la apa lagi kan.

Menyumpah, mengumpat dan mengular!
Hari ni kerja aku memang tak berkat.

Nasib la..
Aku bosan....!


:mNo:

02/12/2008

BEST BLOG OF THE YEAR....?

December 02, 2008 2 Komen
Minggu lepas memang aku takde masa nak bloghopping.
Menyempat sign in blogger just nak approve komen jer.
Dan tak sangka minggu lepas ada hamba Allah ni, Encik Meo.
Berbaik hati bagi award kat aku.
Tak sangka plak dapat award nih.
Aku menulis untuk kepuasan diri jer.
Bukan nak menang award.

:mHurm:

Bila dapat tau aku dapat title BEST BLOG OF THE YEAR 2008,
Aku jadi speechless kejap.
Tak sangka sangat.
Terima kasih kepada Encik Meo kerana rajin memantau di sini.
Saya amat terharu sekali.

:mLove:

Terima kasih sekali lagi ye.
Tanpa anda semua siapalah saya.
(Ayat skema la pulak)
Huhuhu.

Di mana nak ku cari?

December 02, 2008 4 Komen
Sekarang kan musim sibuk.
Kat ofis, sibuk.
Kat umah, pun sibuk.

Setiap petang.
On the way balik dari ofis ke umah.
Automatically otak dah terswing fikir hal persiapan kawen.
Kerja dah takde erti dah bawak balik umah.
Memang takkan sentuh pun.

Sebelah malamnya aku kena tulis kad jemputan.
Aku memang dah tak kuasa fikir hal kerja lagi dah!




Baju sanding dah hampir siap.



Tapi kan.
Tetiba tengkolok pulak tak cukup dah.
Hancus gila mood aku.
Nak carik katne songket tu di Kuching nih?
Aku dah carik di India Street tadi.
Haa... tadi aku kuar jap carik quotation.
Pastu pepandai la.
Kalo tak memang takde masa.

Kat India Street tadi aku terus gi kedai Jasmine.
Kat situ jer ada jual songket tabur.
Ke hulu ke hilir la aku bawak beg plastik Jakel.



Dekat Jasmine aku terus naik tingkat atas.
Pegi tempat songket tabur tuh.
Aku penah nengok kat situ dulu sebab tu aku tau.
Tapi bila nengok kaler, tone yang ada kat kedai tu,
Tak sama dengan tone songket tunang aku.
Pastu aku keluar masuk kedai-kedai India kat situ.
Semuanya tak ada.
Yang ada pun bukan songket tabur.

Aku tak tau camne nih?
Jaket dah siap, cuma tengkolok dan sampin jer belum.
Kalo buat sampin, tengkolok takde.
Kalo buat tengkolok, sampin takde.


:mPening:

Bikin pusing kepala saja.
Sesiapa yang boleh bagi idea kat aku?

p.s:
kad akan menyusul kepada blogger di sekitar kuching.
set 1 masa boleh mek pass kad ngan kitak orang
tinggal no hp kitak orang lam komen
mek sik akan approve
TQ

Bee to the Zee

December 02, 2008 2 Komen
Kebizian melanda.
Kerja bertimpa-timpa.

Di ofis, di rumah.
Akan update bila free nanti.


:mHantuk:

01/12/2008

Kronologi Bee to the Zee

December 01, 2008 0 Komen
Bee to the zee
Ho... yeah!

:mHantuk:

Minggu lepas minggu yang sangat sibuk.

Masa untuk bersosial di alam maya juga terbatas.


:mPening:


Final exam amali bermula pada hari Isnin.

Dan bermula pada saat itulah masa makan minum tidak terurus.

Bayangkan.

Exam bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.

Lepas jam 3 baru berpeluang untuk mengisi perut.


Lepas tu hari Rabu pakcik plak meninggal.

Makanya masa pada sebelah malam memang tak free.

Kena berjemaah di umah arwah.

Tapi bila dah terlalu penat aku escape jugak dari berjemaah.


Khamis, Jumaat, ada kursus.




Aku kena jaga exam so aku pergi on Jumaat jek.

Tapi pagi jer.

Petangnya sibuk nak uruskan persiapan untuk program hari Sabtu.


Hari Sabtu, program berlangsung.



Agak kelam-kabut disebabkan kursus pendek memasak nasi beriani.

Dah jadi macam rewang orang kawen pulak.

Agak keciwa.

Walaupun bukan aku yang uruskan kursus pendek.

Tapi kursus tu termasuk dalam sebahagian daripada program hari tu.

Tapi apa nak buat, memang kesuntukan masa.

Aku keciwa jugak.

Dengan pelajar-pelajar.

Sangat pemalas ok.

Cuma beberapa kerat yang bertungkus-lumus bekerja.

Marah pun bukan diorang makan saman.

Apa la nasib diorang pun cuma pelajar kolej komuniti.

Kalo rajin, takkan la masuk kolej komuniti.


Ahad, kenduri kawen sepupu.



My sepupu is pengantin perempuan.

Tapi masa akad dan bertunang aku tak attend pun.

Masa hari sanding pun aku datang masa pengantin dah bersanding dah.

Minggu yang sangat penat.

Sebelah malam, letak jer kepala atas bantal, terus ZzzzZzz...

Oh, minggu yang meletihkan.

Masa on the way balik ke umah.

Kepala automatically dah fikir persiapan kawen.

Tak larat dah nak fikir hal kerja di umah.


Oooo Bos, saya mintak mahap la kalo kerja tak berkualiti.

Saya dah bosan dengan bebanan tugas.

Saya bukan gila kerja.

Saya pun ada personal life.

Dan personal life saya sama penting dengan kerja.

Kalo asik kerja, boleh jadi gila Bos.


Eh.

Macam lah Zul baca blog aku tok.

Isk... berangan.