Follow Us @soratemplates

05/01/2009

Mimpi

January 05, 2009 10 Komen
Aku baruk bangun tido!
.
.
.
.
.
.
.

Tek ku mimpi ku diam umah wa ku di Kampung Lintang.
Jot! Kita diam umah wa ji!
Apa diasak ku diam sia indah ooh.
Kali ku dah lamak sik ngabas nya kali.
Masalahnya bukan ku sorang jak diam sia.
Semua famili ku, dari mak bapak sampei ke laki ku diam sia juak.
Gago jak aku berkepung ngan panas berjemur kain.
Pagi tadik ku nyesah loar jean laki ku.
Ya la terembak-rembak sampei lam mimpi.
Tadik gago juak encarik tempat nok panas bila di luar ujan.
Terpaksa berjemur lam umah jak.

Pasya ada indah mimpi si Wayne.
Apa nya ada email aku minggu ya tek.
Nya mintak maap ngan aku semua indah.
Nya madah masa nya sik banyak gik?
Apakehal? Ngisap dadah banyak gilak ka nak mampus?
Aku mimpi nya merajuk ngan aku alu embak diriknya ke balai polis.
Nak nyerah dirik ngan polis.
Kurus da jak nya.
Tapi muka sik nampak.
Ku pun dah sik ingat juak muka urang laki ya.

Belom abis gik mimpi eh.
Mimpi hal di sekolah gik.
Aku pandei mimpi hal di kolej indah.
Belajar BM, semangat da ku tek.
Buku baru. Nang bau baru buku teks.
Bila abis masa, nak molah latihan.
Buku latihan gik sekda, baruk ku lupak lom berbeli.
Ari tok nak ka pes day sekolah tek nak.
Gago ku nanyak kawan ku Ko-Op bukak sik.
Alu ku teringat nak meli buku k molah report lab indah.
Dah ya alu ku terbangun.

Malam tadik.
Aku mimpi juak.
Pagi ari masa neman laki ku minum sebelum turun keja.
Ada ku madahnya ku mimpi.
Blister ku pecah.
Nya madah boh diingat gilak ya.
Tapi ku sik sure ada sik ku madah ngan nya.
Ku rasa ku madah ngan Mijot.
Dalam mimpi ku.
Blister ku tek pecah kuar air kotor menar.
Itam jak air ya.
Nang mengalir jak.
Yucks.

Dolok ku ada coba ngagak berubat urang Melayu.
Nya nanyak aku sebelum ku kena semua tok.
Pernah sik ku mimpi.
Mimpi? Sengeh jak ku tek oi.
Ne lah ku ingat ooh?
Selalunya mun ku mimpi nak.
Mun ku sikmok ingat, ku sikkan cerita ngan urang.
Mun ku rasa ku nak ingat mimpi ya, baruk ku cerita ngan urang.

Tok aku nak ingat mimpi ku ya.
Ya la ku cerita di sitok.


Sickleave lagi..?

January 05, 2009 13 Komen

Semalam pergi SGH so hari ni sickleave lagi. Besok appointment dengan skin specialist di SGH. Para doktor macam curious gak dengan penyakit aku ni. Macam HFMD pun ada gak. Diorang cakap tak mustahil attack orang dewasa tapi kebarangkaliannya memang kurang la. Wait & see je la besok doktor cakap apa.

Since aku tak dapat nak masak so online jer la kat umah. Sekarang bila online suka memFacebookkan diri. Friendster dah tak main dah sekarang. Budak kecik jer main Friendster. Ahaks. Dekat FB kan kita leh letak status apa yang kita ngah buat sekarang so aku letak la aku sickleave. Ada gak beberapa teman dan member yang ingat aku dah 'berisi'. Hahaha. Bunting pelamin ar. Ye ke? Takde ah. Aku belum 'berisi' apa-apa lagi ni. Hehehehe. So jangan la buat rumours ye.

Kalo lah aku ditakdirkan 'berisi', mesti aku risau sangat. Ye la, dengan penyakit aku ni, macam-macam dadah yang aku amik. Mesti effect ke baby gak nanti. Alhamdulillah, syukur sangat sebab tak 'menjadi'. Ada jugak hikmahnya kan? Jauh di sudut hati, memang ler ada sedikit kekecewaan tu tapi semuanya Allah bagi bersebab. Redha dan pasrah je la dengan ketentuannya.

Pagi tadi aku hantar sendiri sickleave ke ofis. Sempat gak ar lepak ngan member-member kat kedai bawah. Tetiba Big Boss pun datang minum kat situ. Aku gitau ar dia aku MC. Pastu dia gelak-gelak.

"Teruk sangat ke shift malam?". Boleh dia cakap macam tu? Kepala biru ler tuh.

Aku menjawab ar, aku memang pun suka menjawab dia.

"Takde kaitan langsung dengan shift malam, Encik BB".

"Dia ni kan tak paham la." Dia gelak-gelak lagi gitau technician dan PAP kitorang yang temankan dia minum. Aku pun geram la. Aku malas nak tunjuk tangan aku ni sebagai bukti.

"Takde kaitan dengan shift malam la." Aku tekankan sekali lagi sambil tunjuk tapak tangan aku kat dia. Geram tau. Nak fikir 18SX jer. Pastu dia tanya kenapa bla bla bla. Bila dia dah buka cerita dia alergik itu ini aku pun blah. BB aku ni bukannya boleh dilayan sangat. Panjang hikayat 1001 malamnya nanti.

Oh, walaupun MC kena jugak siapkan takwim Unit Kualiti untuk tahun 2009. Nanti Naz marah kalo lambat. Aku nak buat apa ek? Aarghh... otak tumpul ni.



03/01/2009

Kebosanan Terlampau

January 03, 2009 13 Komen

Aku dah rasa nak mutah dah nangga laptop jak dari pagi tadik tapi aku dah siktauk nak molah apa. Tangan aku pun sebelah jak dapat beroperasi dengan normal. Banyak benda yang senang-senang ku sik dapat molah dengan jayanya, contohnya ngikat rambut. Mun nak ikat longgar, ok lah juak tapi bila nak ikat terit bila nak makei tudung, sik dapat. Terpaksa la ku mintak tulong adikku Mijot ngikat. Tedah ku ngan ku dirik pun.

Mr. Hubby balit malam tok. Aku tek plan nak embak Mijot ke SOS lok before amik Mr Hubby di terminal bas. Apa tek Mijot dari ria dah nak meli sandal kacak idamannya di SOS ya. Mijot pun bigei urang gila juak online dari tadik. Nya memFB di bilit nya, aku di bilit ku mpun. Pasya mek 2 berkakar k FB. Mun rajin berwebcam indah mek rang k YM, aka serumah. Sekda keja gilak lah ya.

Aku rasa urang cacat jak. Tangan kanan jak pat pakei. Naip tok pun sebelah tangan jak. Dapat la juak k tangan kiri tapi sakit juak bila nya nerit. Sabar jak aku. Seksa nyawa ku oleh penyakit tok. Nang seksa. Tapi senyum jak lah ooh. Dugaan bah. Mun menar ada urang nak ngena aku, sekpa. Aku redha jak. Makseh. Makseh banyak-banyak.

Tek nak ka nak ke SOS, bila dicheck di dibah, sidak mak dah berjalan k keta aku. Yah, ne la dapat nak berjalan. Mijot bukan pandei embak keta lakiku, keta bapak lagik la nya sik pandei. Aku? 2x5 jak. Dengan tanganku yang cacat tok semua keta ku sik dapat nak embak. Mun sik cacat pun, aku pandei embak Kelisa ku ajak bah. Hahaha.

Sik sabar ku nak nunggu tangan ku tok bait eh. Tadik ku nyesah baju mek 2 laki bini. Kedong machine umah mek rang auto, senang lah nak, just masukkan baju, tekan suis tunggu nya abis spin baru nyedei. Bila part nyedei, sakit nyawaku. Nak ngebor-ngebor baju pun susah, mun sik dikebor renyuk baju nak. Nak malit baju, susah juak. Nak engkah hanger pun slow-slow jak la. Sekpa, dugaanku.

Nenek ku bingong tangan ku sik pandei bait. Nya suruh berubat ngan urang Melayu gik. Apa tek nya madah, "ne tauk ada urang dengki ngan Mira". Alu la nenek madah masa nya pas nikah dolok nya penah terkena juak. Aih, takut ku koh. Benda camtok yang ku pernah terpikir tapi ku sikmok nak mikir. Sian ngan nenek, bingong nya tam aku. Aku? Ku rasa mok ambik unpaid leave jak sebulan sampei tangan ku tok bait. Gine gaya ku nak ngajar embak tangan ku gitok klak. Adoh adoh.

Apa gik nak polah tok? Nak masak, sik dapat masak. Nak makan, gik kontrol makan lagikpun makan ngan sudu sik heaven eh. Malam tadi ngan ri dolok ku gi McD ne ada ku makan double cheese. Sik pernah-pernah ku gi McD sik makan burger. Terpaksa ku makan bubur ngan nugget jak. Mena aih, sik heaven makan burger megang sebelah tangan jak. Mena, sik ku bulak. Ku rasa nak makan Big Apple indah tok. Malam new year ria ku ngan Mr Hubby gi The Spring. Pikir tek tutup aher, paduhal sama juak tutup cam biasa. Alu frust ku sikpat makan Big Apple. Alu balit awal, alu tido awal. Sik ku sedar bunga api apa indah. Apa dah makan ubat, ubat ya nyuruh ku tidur mati jak.

Aok, ubat ku dah abis. Antibiotik dah abis. Itchiness pill yang 2nd round gik lom abis. Mun abis semua dadah ya ditelan ku tapi nang sik juak bait, sik la ku tauk agik. Ada urang suk kali nangga aku kedak tok. Sak aku sik dapat melayan laki ku. Kali nak ooh? Ada kah urang suk? Ada ka sik?? Sukati kitak orang lah sia. Janji kitak orang suk, aku menderita nak. Aku suk juak lah dapat pahala kitak orang. Kah kah kah.

Aku sik tauk apa motip entri ku tok. Aku dah angol dah tok tapi malam tok aku lom nelan dadah gik. Baru siang tadik jak dan aku dah pun bangun dari tidor yang lena pas nelan dadah. Mok ku nelan dadah awal? Mun ku telan awal, sapa nak ambik laki ku kelak? Walaupun adik ku dreb tapi aku mesti sambut kepulangan laki ku yang tercinta juak. Tulah kelak. Walaupun tangan kiri ku cacat, tangan kanan ku masih dapat salam tangan laki ku. Aku rindu nya eh.


Dah lah. Ujan ari kelak. Aku tok cungek mun kitak orang nak tauk. Berapa jam gik ya nya nak sampei Kuching. Chow lok. Bye!



Duniawi

January 03, 2009 5 Komen
Sebelum ni memang aku ada rasa semacam jerk tapi aku ignorekan perasaan itu. Aku takmo nak fikir negatif.

Mungkin kah?
:mThinking:


Aku takmo fikir tapi aku kena fikir jugak. Moden dah, tradisional?


Tapi....
Kenapa mesti aku?
ENGKAU puas ke bila aku begini..?


02/01/2009

Jiwa Kacau

January 02, 2009 16 Komen
Aku jatuh tangga pulak jap tadi.
:mPening:
Malang kan nasib aku?

Aku online dari katil jer lepas Mr Hubby pegi work.
Pastu dalam 9 sengah adik ku Zila ketuk pintu bilik.
Diorang dah nak gerak ke airport.
So aku pun bangun la nengok diorang gerak.
Masa berdiri jer aku rasa dah tak stabil dah.
Kaki kanan ku macam tak jejak ke lantai.
Cramp!
Aku cuba jalan lagi, nak jatuh.
Tapi aku redah jer jalan terus.
Terus turun tangga.

Bila dah jejak anak tangga aku dah takleh kontrol diri dah.
Kaki kanan ku terus tergelincir ke bawah dan ke bawah.
Nasib baik aku sempat berpaut di pagar.

Mak dan adik-adikku yang sibuk di bawah terkejut la.
Bunyi orang jatuh.
Pastu diorang dah nengok aku terduduk kat tengah tangga dah.
Bontot aku sakit.
Uwaaaa....!

:mSad:

Sedihnya.
Macam-macam hal jer.
Dulu pas 2-3 hari kawen dulu aku pernah jatuh gak.
Jatuh terduduk sebab mata pitam.
Masa tu awal pagi, masa Subuh.
Mr Hubby terkejut kenapa aku tiba-tiba terduduk kat lantai.
Dia tanya aku tapi aku pun blur jer.
Aku sendiri pun terkejut aku dah terduduk dan henpon ku terjatuh ke lantai.
Masa tu aku nak off alarm henpon ku yang ada kat dressing table.
Entah camne aku leh rebah dan black-out sekejap.

Bila aku gitau adik-adik aku diorang pun cakap,
"patut ar macam dengar ada benda jatuh jer pagi tu"
Malangnya nasib aku asik terjatuh jer.
Dah la dapat penyakit pelik.
:mHantuk:

Mr Hubby selalu cakap dia takkan tinggalkan aku.
Tapi dia akan tinggalkan aku malam ni.
Dia akan pergi Kapit hantar adik dia yang dapat posting cikgu ke sana.
Hati kecilku sedih sangat-sangat.
Tapi aku tak bagitau dia yang aku berat hati nak lepaskan dia.
Dia perasan kot aku macam takde mood semalam.
Dia ingat aku marahkan dia sebab dia tersalah cakap.
Tapi sebenarnya aku kecik hati dia tinggalkan aku di saat aku perlukan dia sekarang.
Ye la, siapalah aku ni.
Takpelah.
Biarlah aku bersendirian.
Aku kan masih punya famili.
Aku ada Mijot, ada Ikah.
Senyum la, senyum la.
:mThinking:
Takmo la nangis-nangis.


Aku tak tau kenapa aku sensitif sangat semenjak 2 menjak ni.
:mSurrender:


Aku tak suka jiwa yang kacau macam ni...!!!
Tak sukaaaaa.....!

Cepatlah pergi derita!

January 02, 2009 18 Komen
Warning: Read and View at your own risk!

Hari nih aku sickleave! Tak pernah-pernah aku dapat sickleave. KJ dah sms gitau hari ni ada meeting kewangan tapi what to do, pergerakan aku sekarang memang agak terbatas. Menaip ni pun aku kontrol-kontrol jer tangan kiri aku ni.

Aku dah menderita 'penyakit' ni sejak selepas Krismas yang lalu. Before krismas, pakcik aku bawak balik lobster dari Sabah. Aku yang jakun jumpa lobster memang teruja benar nak makan. Bila aku tengok jer bendalah lobster tu, aku tak berkenan tapi teringin jugak nak makan. Pastu Mr Hubby yang tau aku memang tak suka spesies-spesies udang ni, dia kopek la sikit ngan aku, bila tengok aku excited sangat nak rasa. Aku makan la sikit isi lobster yang putih, lemak, manis tu. Rasanya macam udang campur ketam. Tapi aku makan sikit jer, sebab aku memang tak suka udang dan ketam.

Pastu kebesokan harinya aku perasan jari-jari aku ada gelembung-gelembung kecil.



Aku tak hiraukan sangat sebab masa tu bibir aku kering dan dagu aku pun sama ada rashes.




Aku dah mula riso. Muka tu. Segan wei nak keluar rumah. Semua orang riso. Aku lagi la. Tak tau kenapa jadi camtu. Aku rasa maybe alergik make up masa aku kawen ari tu. So aku pergi Klinik Dr. Kon, kali kedua aku pergi dalam masa seminggu. Sebelum ni aku pergi sebab kaki aku ada infection. 2-3 hari jer aku sapu krim yang Dr. Kon bagi, semuanya dah kering dan ok. Tapi timbul plak masalah lain.


Pic ni aku snap kelmarin (31.12.2008)



Pic terkini, baru snap pagi ni.

Tensionnya aku! Sakitnya sebab blister tu menegang dan area tepinya rasa gatal-gatal. Dekat jari manis tu pun sakit semacam jer. Jari tu memang takleh pakai. Tangan kiri aku memang rest jer 2-3 hari ni. Bergantung ngan tangan kanan jer. Dulu boleh gak makan guna fork & spoon tapi sejak semalam aku guna sudu jer. Tangan kiri aku sakit sangat bila nak pegang sesuatu. Nak ikat rambut pun adik aku tolong. Nak lilit tudung pun sakit. Semuanya kena guna tangan kanan semata-mata. Aku rasa macam orang cacat jer. Sedih sangat. Kalo Mr Hubby cakap macam-macam nak pujuk aku, mulalah air mataku bergenang. Kalo diam-diam mengenangkan nasib diri, mesti air mataku berlinang. Sedih sangat-sangat.

Dulu aku ada history alergik bila makan udang tapi bila aku dah tak makan sangat udang ,alergik aku ni ok. Makan belacan pun ok je. Tapi alergik tu berulang lagi bila aku makan lobster hari tu. Aku rasa la. Memang alergik lobster. No more explaination. Pasni aku nak check darah plak nak confirmkan masalah alergik yang aku ada. Selama ni aku ingat aku takde alergik apa-apa. Cuma udang jer la suatu ketika dulu. Uwaaa...! Patut ar aku benci udang.

Sepatutnya aku kena kerja hari ni, tapi aku rasa aku takleh nak gi kerja. Hari tu aku pergi bawak mak mertua aku pergi check up di hospital, Mr Hubby takleh nak bawak sebab ada MRI emergency case, aku tahan jer sakit kat tangan kiri dan kaki masa driving. Masa tu blister belom membengkak sangat tapi jari-jari kaki aku sakit jugak la kena tekan clutch. Hari ni aku rasa memang susah sangat la driving. Sakit tu bila nak tukar gear. Nak reverse pun susah bila kena pusing stereng. So semalam Mr Hubby bawak aku gi SGH check kat situ plak dan mintak sickleave. Doktor tu bagi sickleave on 1/2 Januari 2009. Aku ingatkan dia bagi Jumaat dan Isnin. Sob sob. Tapi takpe la, ada Sabtu dan Ahad. Hopefully penderitaanku akan berakhir ASAP. Amin.

Masa di SGH semalam aku kena injection. Masa nak injection tu takutnya. Mr Hubby coolkan aku, dia pun tak sampai hati nak injection aku, so dia biarkan jer MA tu injek kat pergelangan tangan aku. Pas injection tu tangan aku takde rasa apa, ye la dah masukkan dadah so takde ar rasa sakit. Tangan kiri aku pun dah boleh diluruskan. Sebelum ni asik 'menadah tangan kiri' jer aku. Sakit wooo. Tapi efeknya tak lama. Pas 2-3 jam dah menyengat balik tangan aku. Isk.

Doktor kat SGH nasihatkan aku continue dengan ubat-ubat Dr Kon tapi stopkan krim sapu yang dia bagi. Doktor kat SGH bagi aku krim sapu ni jer.





Ubat ni plak aku kena continue sebab aku dah start makan antibiotiknya. Lagipun kalo SGH bagi pil pun mesti kategori yang sama kot. Yang suh aku mengantuk. Patut ar aku cepat jer mengantuk sejak aku start ambil pil-pil ni. Aku ingatkan efek sleepy yang doktor cakap tu malam jer. Rupanya pil siang tu pun sama.

Doakan aku cepat sembuh yer. Bosan ar hidup cam ni. Aku tak bebas nak bergerak. Jalan pun slow jer. Kalo aku kerja ri ni aku rasa memang takleh pakai kasut. Sandal yang biasa aku pakai pun susah nak masuk kat jari-jari tu, semuanya ada gelembung-gelembung kecil. Sakit. Doakan aku yer.

p.s: Selamat tahun baru 2009!