Follow Us @soratemplates

16/02/2009

Taktik

February 16, 2009 9 Komen

Dia: Yang, kitak eja ayam lok.
Saya: Hmm..
Dia: Yang, eja itik lok.
Saya: Hmm..

Hmmm... itu bermakna saya sudah tido!

Sekarang dia suka 'interviu' saya guna taktik kurang bersih ini.
Dan keesokkan paginya dia cerita balik kat saya dan gelakkan saya.

Nakal ye.

Tapi tetap sayang Dia.

post signature

14/02/2009

Tag dari Mijot di FB

February 14, 2009 8 Komen


Haiya.. aku sik suka sebenarnya kena tag.

:mKorek:

Rah blog, urang main tag, rah FB tok pun dah main tag juak.
Apuuuu....
Tapi oleh kerna aku sik tauk nak molah apa so aku jawab tag rah FB tok.
Ya pun kena tag oleh adik ku mpun.
Ada juak la kawan ku ngetag tapi aku molah bodo jak ignore.
Hahahaha.. sungguh jahat diri ku ini.
Dah sikda kerja baruk mok jawab.

Aok eh.. tag nya tag berkenaan 25 random tentang dirik kita.
Gia kali kehendak tag.
Aku pun kabur-kabur juak tapi encang lah.
Ku rasa betol.
Ku nangga urang lain pun molah tentang dirik nya juak.

Bah... kita stat jum! :mBerangan:

1. Nama diberi Mira Faizura (ekot style Mijot juak), bini kepada Abdul Nizam, anak sulung kepada Narawi & Dayang Hamdiah, mak kepada ........... (belom beranak gik)

2. Aku kurus jak urangnya tapi aku berazam mok berisik kit, sik lah baju longgar gilak nak? Masa sekolah berat aku sik pernah mencecah 40kg, masa kat U baruklah mencecah 40 then baruk timbang tadik aku dah 46kg. Tok molah aku senyum sorang dirik :)

3. Aku berkulit putih pucat. Mun ku nangga dirik ku mpun mesti ku rasa ku biasa jak tapi urang lain la salu negur keputihan aku. Yang ku tauk aku bersyukur jak lah aku ekot mak aku. Tidak ku pinta lahir sebegini...

4. Aku suka gilak ngan ikan. Apa jak jenis ikan aku suka sampei adik aku si Mijot ngelar aku 'Meow' tapi aku sik suka gilak ngan udang. Mun ada urang mok ngupak kulit udang ya mungkin aku akan makan la tapi sik semestinya ku makan. Hehehe.

5. Aku suka masak, mun dah lamak sik masak mesti aku rasa gian bila gik nak masak. Aku akan puas bila urang makan barang yang aku masak alu bertambah-tambah.

6. Aku suka tomyam. Kuahnya yang penting, isinya aku sik kesah gilak.

7. Aku suka cauliflower atau nama glamernya bunga kobis.

8. Aku juak suka broccoli atau nama glamer diberik laki ku 'gerek Mat'.

9. Kesimpulan dari no 7. ngan 8. aku suka mix vege atau sayur campur!

10. Sebabnya aku suka chinese style food..! Titik.

11. Dolok aku sik pandei makan sushi. Tapi nektok aku suka gilak ngan Sushi King. Aku suka Golden Ball juak tapi aku sik suka green tea!

12. Aku antu double cheese burger McD.

13. Aku anti kueh-mueh/makanan yang bernior.

14. Aku sik makan tempoyak tapi aku makan durian.

15. Aku sik akan minum air selagik nasik/brg makan lam tapak ku sik abis. Dah clear semua baruk aku minum. Mun ku minum juak masa makan, gerenti barang makan ku sik abis.

16. Aku suka tido. Lam motor pun aku leh tido mun dah ngantok gilak.

17. Aku sik pandei bertandak. Nang fail..! Tapi sebenarnya jauh di suduh ati aku teringin menar nak bertandak. Suk nangga urang pandei bertandak.

18. Aku dapat idup tanpa tv tapi aku sik dapat idup tanpa Streamyx/Celcom broadband ku.

19. Aku addicted to blogging, aku dah start blogging dari tahun 2005 gik. First posting aku di blogdrive on 26.12.2005.

20. Aku suka gilak window shopping di Ikea. Rasa sikmok balit jak mun dah ada di sia. Rasa mok angkut semua barang-barang di sia.

21. Aku suka pakei tudung hitam atau putih jak mun berjalan ke pasar. Tudung warna-warni aku akan makei mun makei baju kurung bila gi kerja jak.

22. Aku jarang makei kebaya sebab aku sedar aku kurus lak ada urang ngumpat-ngumpat aku.

23. Aku makei kelisa rona biru tua. Dah 3 tahun dah nya berbakti ngan aku.

24. Paduhal tok 1st time aku molah notes dalam FB tok...! Hahaha. Notes aku yang banyak-banyak lam tok ya dari blog aku sebenarnya.

25. Dah abis molah bendalah tok baruk la aku tauk rules tag tok padu:

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

Dan aku tag jak lah sapa-sapa. Mun nak jawab, jawab. Mun malas, ignore jak. Aku paham bah sebab aku pun sik suka bila kena tag. Hahahaha.

Daaaa~

psst... entri tok copy-paste dari FB jak. Aku malas. :mWekk:


post signature

11/02/2009

Cuti

February 11, 2009 12 Komen

Set Induksi

Pagi tadik aku turun cam biasa walaupun aku bangun aher.
Dan macam biasa juak sebelum turun sedia lok semua barang Encik Suami.
Kelak nya bangun minak mandik jak, lelain dah ready.
Selalunya Encik Suami akan terus mandik bila aku turun.
Tapi ri tok tek aku pun sik tauk kenak.
Masa ku turun nya madah kelak kit nya bangun.
On the way aku ke Bau mak sms.

[Nzm keja x?]

Aih, apa kes? Mesti lom bangun gik.
Terus ku call nya.
Sik angkat. Sik dengar kah?
Call agik.
Sik angkat juak. Mandik kali.
Terus reply sms mak.

[keja.call x angkat]

[dh mandik]

Chess.. nyuruh urang berliang ati jak.
Ahir li jak bangun.
Dah sampei di opis teringat nak call agik.

"Kitak sik sedar kah?"

"Sedar. Mek bangun cam biasa."

Bla bla bla.

"K lah. Mek ada kelas."

"Kamek ada something nak discuss ngan kitak. Balit kelak jak lah"

Aih, apa oh.
Tok nyuruh nervous tok.
Sms agik kotan sik puas ati tek.

Isi

[apa tek Yang?]

[Kmk dh diperkenankan dr 6-10]

Oh, cutinya dah approve.
Bermakna ya nya nyuruh aku apply cuti juak.
Masalahnya mun nak apply cuti lebih dari 3 hari terpaksa la mengadap.
Mengadap Bos la.
Tok la malas bersoal-jawab.
Cuak juak rasa.
Bulan 3 ya aku dah apply juak dan dah approve tapi 13 & 16.

Penutup

Gine toh oh?
Serba salah juak nyawa ku.

Diluah mati laki.
Ditelan mati bos.

post signature

Sik Best

February 11, 2009 5 Komen


Malam tadik awal da jak ku tido.
Pas maghrib mata ku dah garfield dah.
Pas urang bang Isyak aku dah leput.
Ku nengar urang bang, ku dengar Encik Suami nyuruh semayang.
Tapi setan berjaya ngatup mata ku sampei ku terbangun kol 2.30 pagi!
Gila tido ya eh.
Sian Encik Suami nya mintak polah air Ribena tapi aku mala jak "tunggu lok".
Bila ku sedar nya dah nyaman tido dah.
Ne ndak jam dah kol berapa.
Alu sik minum air Ribena urang tua ya.
Tulah juak ku eh.
Mun beli petais kecik k simpan air engkah lam bilit bagus juak ooh?
Sik lelah turun ke dibah molah air.
Keh keh keh.

:mJahat:

Nang dasar pemalas.
Kol 3 turun lah ku dibah tek.
Aku baru teringat aku ada nyesah baju pas balit kerja.
Mesti renyuk baju lom berjemur.
Bila ku gi dibah, ku nangga dah berjemur dah.
Mesti mak ku jemur tok.
Tedah mak ku.
Terok juak ku eh.
Dah berlaki mun mak masih jemur baju aku ngan laki ku.
Rasa bersalah da jak.
Gine nak molah oh.
Dah la pagi tadik aku terakhir bangun agik.
Macam biasa kol 5 sengah nang aku akan sedar.
Tapi apakah jadahnya ku tido balit.
Pasya bangun nangga jam kol 5.59.
Gila!
Turun kerja 6.30, baju laki belom beriron gik.
Sib juak bait aku bukan jenis bermekap.
Mun sik lambat juak la ku turun.
Haiyaa... terok aku ri tok eh.
Sik best da jak rasa.


:mCubit:

post signature

10/02/2009

Menjadi Efektif?

February 10, 2009 5 Komen

Hari ni pergi Kolej setelah seminggu meninggalkan Kolej
Sesampai jer kat meja dah penuh dengan memo dalaman la, pekeliling la, borang la
Pastu terbang ke dalam tong sampah
Membazir kertas sungguh

Dan yang bestnya yang ditunggu-tunggu dari awal tahun dulu baru tiba
Naz yang tolong amikkan minggu lepas
Dah pertengahan bulan 2 baru la dapat almanac dan diari rasmi nih
Chess


Aku dah beli dah management diary kat Popular
Kalendar plak dah dapat dari Silky Girl... beli earing dapat kalendar Silky Girl
See...?
Kuar duit sendiri lagi cepat dapat
Kan?

:mGuilty:

Hari ni aku macam tak prepare nak masuk kelas
Walaupun slaid semua dah ada but I need MORE
Maklum la nak jadi effective lecturer
Penangan daripada workshop dengan Dr. Ranjit minggu lepas
Hahaha
So sampai jer kat ofis 7.45 aku terus nengok slaid
Hmm... topik hari ni aku leh apply guna kaedah "Think, Pair & Share"
Ok ler tuh
Lagipun dah selamat suruh budak present lepas fikir dan bincang
Tapi perut lapor

:mSad:

Apakah sebenarnya kaedah "Think, Pair & Share"?

Kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan pembelajaran aktif (active learning) di dalam kelas. Sesiapa di luar sana yang tugas hakikinya ialah mengajar, tak kira la mengajar orang tua ke orang muda ke, remaja ke, kanak-kanak ke, tempoh masa mengajar (duration lecture) mestilah dalam masa 15-20 minit sahaja. Kalo lebih daripada duration ni, pelajar dah hilang tumpuan. Maka, salah satu cara untuk mewujudkan suasana yang aktif dan tidak membosankan di dalam kelas ialah dengan menggunakan kaedah "Think, Pair & Share" ini.

Caranya, untuk 15-20 minit masa pertama, huraikan serba-sedikit tentang sesuatu topik itu. Pastikan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), nyatakan objektif pembelajaran (learning outcomes) sebagai 'pegangan' kepada kita sendiri supaya tidak terjerumus dan terkeluar daripada topik.

Setelah dijelaskan objektif tadi, barulah kita memberi intro kepada topik tersebut. Set induksi yang digunakan haruslah dapat dikaitkan dengan topik pengajaran supaya pelajar mudah untuk menangkap apakah yang ingin disampaikan dan senang untuk memahami konsep topik tersebut.

Gunakan 15-20 minit masa yang pertama untuk memberi syarahan (lecture) dan selepas itu bolehlah digunakan kaedah "Think, Pair & Share".

Beri 1 tajuk atau konsep, kemudian suruh setiap pelajar fikirkan mengenai topik/konsep tersebut. Setelah itu, barulah pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan membincang dan mengembangkan idea yang ada. Setelah beberapa minit, suruh pelajar present apa yang telah dibincangkan dalam kumpulan tadi.

Semasa sesi persembahan pastikan semua pelajar menumpukan perhatian dan galakkan percambahan idea dan pendapat daripada seluruh kelas.

Tips: Bagi kata-kata galakan dan pujian selepas pelajar selesai membuat presentation. Jangan malukan pelajar di hadapan kelas dengan menyatakan apa yang dipersembahkan salah sebaliknya guna kata-kata yang lebih manis dan membina.

Selepas selesai persembahan, jelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai topik yang telah dibincangkan semasa persembahan tadi. Tekankan main point dan fakta-fakta yang penting dalam topik tersebut. Akhir sekali buat kuiz untuk menilai tahap pemahaman pelajar di akhir setiap topik dan ujian untuk menilai pemahaman untuk keseluruhan topik.

Tips: Jangan percaya kata-kata pelajar sekiranya kita menanyakan, "Faham kelas?". Sudah tentu mereka akan menjawab faham, tetapi hakikatnya sebaliknya yang berlaku. Cuma penilaian individu saja yang dapat menentukan tahap pemahaman pelajar di dalam kelas.

Sebelum mengakhiri kelas, tanya balik isi-isi penting (main point) topik tersebut kepada pelajar untuk memastikan objektif pengajaran tercapai.

post signature