Follow Us @soratemplates

30/03/2009

Sindrom Lazititis

March 30, 2009 6 Komen


Salam.
Lamak dah sik berblog.
Nak ngabas pun malas.
En. Suami yang rajin moderate komen.
Kedong nya mok jadi moderator sik berbayar bah.
Aku? Malas gilak nak online di umah.
Bagus ku tido.
Ahaks.


Minggu ya tek terasa gago gilak.
Ri Senin gi travelling, ada kursus ngan meeting.
Sine? Langkawi agik.
Baruk jak balit honeymoon dah pegi sia gik hal kerja.
So sik heran gilak lah.
Nang sik kuar hotel pun.
Lagikpun tentaif nang sampei malam.
Balit bilit, tido jak lah.



Then bila balit, adoh.. terasa cam banyak gilak kerja nak dipolah di Kolej.
Dah la kemalasan melanda.
Nak ngator aktiviti miak, sukan, P&P gik.
Malas rasa nak mikir semua.
Ku rasa P&P ku sem tok yang paling kucar-kacir.
Nang malas gilak.
FRP sik hapdet pun koh.
(Mun cikgu gago hapdet buku rancangan mengajar, mek rang hapdet FRP)


Hari tok tek meeting gik, meeting kewangan.
Dari kol 9 sampei kol 1.15 baruk abis.
Pergh... kensel agik kelas.
Nak alah-alah jak meeting.
Kerja ku last week lom beragak gik.
Adohhhh....


post signature

25/03/2009

Alhamdulillah

March 25, 2009 13 Komen


Alhamdulillah
$$ dah masuk
Aku kat Langkawi lagi
Hari ni balik
Minggu ni dah masuk 8 minggu

Alhamdulillah


post signature

20/03/2009

Gambar Penyeri Entri?

March 20, 2009 13 Komen


Dulu masa aku mula-mula blogging aku tak pernah letak gambar aku sendiri. Selalunya aku cuma akan letak gambar yang berkaitan dengan entri yang aku publish jer. Kenapa ye?


Kerana.... dulu. Tahun 2004 - blog belum lagi terkenal. Dan blogger pun ala-ala 'menyembunyikan diri' lagi. Malu-malu nak interframekan diri di dalam alam siber nih. Sebab dulu ramai blogger yang aku kenal memang aku tak kenal pun muka diorang. Sampai sekarang ada yang dah lost contact pun dan masih belum tau lagi sama ada blogger tu wujud ke tak di atas muka bumi ni.


Sekarang? Tak sah publish entri tanpa gambar. Termasuklah blog aku ni. Aku pun dah terikut-ikut dengan trend blogging sekarang. Orang cakap kalo banyak gambar orang suka masuk blog kita. Kekadang orang tengok gambar jer bukan nak baca entri.


Hmmm... terpulang ler kan? Setiap orang ada objektif dan nawaitu tersendiri kenapa nak blogging. Kalo dia nak blogging sebab nak jaja muka, jaja apa yang dia makan, yang dia beli, mana dia pergi, itu kan hak individu. Kita tak boleh nak larang pun. Dah namanya personal blog kan? Dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pun tak pernah menyebut pasal penyiaran gambar-gambar peribadi di blog kan? Maknanya memang tak haram la nak publish apa-apapun hak milik peribadi di blog.


Tapi risiko tu sendiri mau hengat la. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Lu pikir la sendiri.


post signature


18/03/2009

Ga-Go

March 18, 2009 4 Komen


Sangat sibuk, banyak yang nak kena setelkan.

Aktiviti kolej - yang terdekat Hari Terbuka bulan depan, majlis konvo
Aktiviti pelajar - perancangan dan pengurusan aktiviti pelajar
Sukan - perancangan dan perlaksaan sukan setiap bulan
Mengajar lagi - kelas Selasa, Rabu, Khamis

Semester ni terasa memang tak prepare untuk mengajar
Nota entah ke mana.
Kuiz entah bila.
Ujian tak tau nak buat bila.

Ada FRP pun dah malas nak isi sekarang.
Attendance? Belum key-in.
Haiya...


Blog ni pun malas nak mengadap.
Balik umah just untuk tido.

Masak? Malas.
Basuh baju? Malas.
Kemas bilik? Malas.



post signature

16/03/2009

Just wondering

March 16, 2009 8 Komen


Just wondering la KENAK mun:

  1. Ari senin semua urang macam malas jak masuk opis
  2. Ari senin susah gilak nak bangun pagi
  3. Ari senin sikda mood nak molah kerja
  4. Ari senin awal pagi dah ngantok di opis
  5. Ari senin terasa lambat gilak masa berlalu
  6. Ari senin Big Boss suka molah meeting


Nasib bait ku sikda kelas ari senin.


So kesimpulannya... ari senin iboh makei baju kaler MERAH
Hot gilak kelak di opis
Emosi membara
Aku k baju rona BIRU ri tok
Cool nak?
Tapi tetap malas
Mesti best mun dapat berendam lam pool di tengah ari terit


Kes belalak berendam di Langkawi dolokla tok.. ari ujan indah


Palak ngah penin tok
Ada jerawat besar di pipi
Perut sik nyaman
Rasa nak mutah pun ada
Mun di rumah dah lamak dah ku gurin...

ZzzzzZZZzzzzzzzz...
Terasa macam rindu ngan katil, ngan bantal, ngan gulin
Ish, best eh



post signature

14/03/2009

Sensitism

March 14, 2009 7 Komen


Semua famili dah pergi Sarikei - kenduri.
Tapi aku tak gi memandangkan Encik Suami on shift.
So aku dan dia kembali berhoneymoon. Lagi?
Di umah yang kosong dan besar ini.


Hari ni Encik Suami masuk kerja 9 am.
Aku dengan semangatnya bangun awal pagi buat breakfast.
Malam tadi aku dah rebus kentang.
So pagi ni tinggal nak potong dan tumis dengan suun dan telur.
Dan jadilah 'kentang loyang'.
Tak tau lah orang buat ke tak makanan macam ni.
Tapi ni memang favourite recipe famili aku.


Bila dah siap-siap aku ajak Encik Suami breakfast.
Memandangkan cuma aku dan dia, kentang yang 4 biji pun jadi banyak.
Ye la sebab dah dipotong dadu.
Aku cadangkan agar dia bawak ofis leh makan waktu lunch ke.
Tapi dia takmo!
Kecik hati aku la wei.. penat aku bangun pagi buat breakfast.
Dah ler sekarang ni aku makin malas.
Nasib baik pagi ni aku diserang virus rajin nak masak.


Pastu aku diam je la, rasa nak marah pun ada gak tapi takkan aku nak paksa.
Aku rasa nak humban jer kentang tu dalam tong sampah.
Benci aku nengok kentang tu!
Benci!
Aarghh...!

post signature