Follow Us @soratemplates

17/04/2009

Anda dan Kehamilan

April 17, 2009 4 Komen


Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2


Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )



Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.


Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.



Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.


Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.



Petua orang tua2
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.



Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.



Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.



Banyakkan :-
1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.



Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.


post signature

13/04/2009

Takkanlah..

April 13, 2009 10 Komen


Takkanlah semuanya nak dicerita kat blog
Sekarang kan aku lebih berhati-hati
Tapi before ni pun tak semua yang aku cerita kat sini
Yang aku rasa boleh nak share, aku share
Sekarang?
Aku nak kena fikir 2-3x sebelum nak update
Aku dah tak ghairah dah dengan blog ni
Nak tutup, sayang...

post signature


12/04/2009

Hadapi dengan senyuman

April 12, 2009 7 Komen


Sekarang aku menjadi terlalu berhati-hati
Di FB dah banyak dah requested friends yang belum diapprove
Malahan di FS jugak?
Hairan.. masih ada yang masih bergelumang dengan FS
Aku terlalu berhati-hati untuk menyambut sebuah salam perkenalan
Aku fobia
Siapa yang ingin berkawan?
Atau cuma ingin menjadi plastik
Untuk menjadi lawan di sebalik label seorang teman?


Sekarang aku terfikir sendiri
Siapa teman?
Siapa lawan?
Aku menjadi takut, gusar, risau
Siapa yang menikam di belakang
Dia? Dia? Atau dia?


Ah, mungkin aku terlalu prejudis
Tidak baik berburuk sangka
Tidak baik syak wasangka
Tapi?
Kenapa begini?


Aku sebolehnya tidak mahu berperasaan negatif
Berfikiran seperti manusia yang tidak berTuhan
Tidak beriman
Berdosa!
Tapi?
Kenapa ada tapi lagi?


Bukan aku yang memulakan
Tetapi mereka yang digelar TEMAN
Teman yang prihatin
Mereka yang bergelar KELUARGA
Keluarga yang penyayang
Tanpa MEREKA aku mungkin tertewas
Dan pasti akan ada MEREKA yang tertawa
Pabila melihat aku jatuh dan tersungkur
Ah, mengapa perlu negatif lagi?
Jangan la..
Aku merayu


Ada hikmah semua ini terjadi
Terima kasih di atas dugaanNYA
Di sini aku dapat kenal siapa teman
Siapa lawan



Cukuplah hati
Usah berprasangka lagi
Allah lebih MENGETAHUI
Semua yang berlaku bersebab
Mungkin
Dia Tuhanku
Mahu aku menjadi yang lebih baik
Lebih baik daripada hari ini
Dan benar!
Semua ada hikmahnya


Terima kasih semuanya
Senyumlah wahai hati
Buktikan pada mereka
Kau belum tertewas
Buktikan pada mereka
Kau tak akan mengalah
Buktikan pada mereka
Kau punya orang-orang yang kau cinta


Mungkin aku bersalah
Ya! Ku akui
Aku cuma manusia biasa
Hamba Allah
Seperti kau jua
Kau hamba Allah kan?
Ingatlah kau juga hamba Allah
Cuma ingat itu sahaja
Kau juga hamba Allah
Cuma Dia yang berhak ke atas kau
Aku cuma berserah


Aku ingin mengukir senyuman sekarang
Akan ku hadapi dengan senyuman
Terima kasih atas segalanya


post signature


06/04/2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

April 06, 2009 8 Komen


1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu
Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin..

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca
surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah..


Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


Sumber: Dari email

post signature


Amoxicilin sebab nak sembuh

April 06, 2009 9 Komen


Masa pergi GH last week, Doc tu nak bagi aku MC tapi aku takmo. Pastu balik umah aku rasa nak demam. Malam tu jugak aku pergi berubat cara tradisional. Aku nak baik, aku nak sembuh. Aku dah tak tahan dah menanggung semua tu. Aku berubat jugak cara tradisional. Mun kitak orang familiar dengan Aji Jini di Kpg Lintang, ha.. ngan nya lah aku berubat. Mun sapa pernah berubat ngan nya tauklah gine cara nya ngubat. He.. he.


Disebabkan takmo MC dari GH so terpaksa la aku pergi private clinic tapi aku memang nak pendapat Doc jugak. Aku memang tak puas hati dengan specialist di skin clinic GH tu. Buat aku down jer. Ada ke paksa aku makan steroid. Benci aku mengenangkan tu balik.


Bila ke Dominic Songan Clinic, aku mention aku pregnant 2 month. So dia cakap aku kena ambik antibiotik sebab takleh nak ambik steroid. Aku tanya la bahaya ke tak? Effect kat baby ke tak. Takut la kalo jadi apa-apa ngan baby. Tapi dia cakap it's ok. Not dangerous. Safe for baby.


Bila dah dapat ubat, aku tanya nurse nama antibiotik yang aku dapat tu. Ok, I get that name. Dan kat pembungkus tablet tu pun ada nama antibiotiok tu, so aku memang takkan lupa. Balik umah aku tak makan antibiotik tu dulu. Aku ragu-ragu lagi. Aku tanya Pakcik Google, sehari semalam aku bermesraan dengan Pakcik Google, tentang Amoxicilin, tentang Eczema, then aku suh lagi Encik Suami tanya member-member dia kat GH, dan bila dah sure baru aku berani telan antibiotik tu. Dan berserah je la dengan Allah.


Sedikit info yang aku dapat mengenai antibiotik yang selamat diambil ketika pregnant.


In general, every medication is assigned to a category (B, C, D, or X) based on how safe or risky it is to use during pregnancy.


Category A
Only a few medications fall into category A, which means that human studies have shown no evidence of fetal harm in the first trimester or later in the pregnancy.

Nystatin vaginal (Mycostatin)


Category B
Most antibiotics are Category B, which means that there is no known association with birth defects or other pregnancy-related complication and the drug is probably safe. These include:

Amoxicillin
Ampicillin
Augmentin (amoxicillin-clavulanate)
Dicloxicillin
Macrobid (nitrofurantoin)
Flagyl (metronidazole) (although there is some controversy about taking it by mouth in the first trimester)
Cephalosporins including: Keflex (cephalexin), Ceclor (cefaclor), Duricef (cefadroxil)
Cleocin (clindamycin)
Erythromycin (all forms)
Zithromax (azithromycin)
Sulfa drugs (until near term)
Famvir (famciclovir)
Zovirax (acyclovir)
Valtrex (valacyclovir)
Clotrimazole-vaginal (Mycelex, Lotrimin)


Category C
Others are Category C, meaning that either there isn't enough information or there are some concerns arising from animal studies, but no confirmation of problems like birth defects in humans. These include:

Bactrim
Trimethoprim
Biaxin (clarithromycin)
Cipro (ciprofloxacin)
Diflucan (fluconazole)
Monistat (miconazole)
Terazol (terconazole)
Isoniazid
Rifampin
Vermox (mebendazole)
Tetanus booster (tetanus toxoid)
Vaccines: hepatitis A, hepatitis B, influenza, meningococcus, pneumonia (pneumococcus), polio
Vaccines: Measles, Mumps, Rubella (in this category because there is no proof that the MMR vaccine causes birth defects, but it is never purposefully used during pregnancy because there is some fear that the rubella component could adversely affect an unborn child)


Category D
Category D medications have clear-cut problems in pregnancy and should not be used unless there are no better alternatives. Category D includes:

Tetracycline derivatives, which can cause discoloration of teeth: tetracycline, doxycycline (Vibramycin), Minocin (minocycline)
Sulfa drugs - if near delivery (because they can increase the chance of serious newborn jaundice)


Semuanya dari Allah, kita cuma berusaha. Semoga tiada penyesalan. Amin.


post signature

04/04/2009

DugaanNYA

April 04, 2009 21 Komen


Saya ada 2 berita.
Gembira. Dan tak gembira.
Kita cerita kisah gembira dulu la yek.


Ya. I'm pregnant.
2 bulan.
Alhamdulillah.
1st scan di GH masa 7 week.
Even belum besar sangat tapi dah nampak dah perkembangan baby.
Dan pergerakan baby!
Dari seorang doktor sampai 3 orang doktor yang buat scan.
Dan for sure 1 department tau yang Encik Suami bakal bergelar bapa.
Siapa suruh buat scan masa office hour?
Kan dah heboh.


Cerita tak gembira.
Saya menderita penyakit kulit lagi.
Serius daripada bulan 1 dulu.
Ada yang cakap kayap.
Ada yang cakap gelatak.
Tapi doktor cakap eczema.
Dan payahnya lagi treatment terbatas sebab saya pregnant.
Pegi GH doktor tu macam paksa saya ambik steroid.
Dia explain la kalo ambik memang ada risiko.
Have to take the risk la, bibir baby akan sumbing.
Mun urang Serawak madah 'bisang'.
Siapa yang nak baby yang bakal dilahirkan tak sihat kan?
Biarlah.
Saya takmo bersalah pada bakal cahayamata yang dilahirkan.
Biar saja saya yang menderita asalkan bukan 'dia'.


Balik dari GH memang saya agak tertekan.
Saya rasa macam dah takde cara lain nak mengubati penyakit saya ini.
Saya nekad.
Saya akan berubat cara Melayu pulak.
Saya memang tersiksa semenjak diserang penyakit ini.
Luaran saya nampak happy tapi hati di dalam cuma saya yang tau.
Betapa saya sukar nak tido malam.
Betapa.. betapa...



DugaanNYA amat berat sekali.
Mungkin penyucian suci terhadap dosa-dosa kecil saya terhadapNYA.
Saya memang hamba yang lemah.


Saya amat berterima kasih kerana adanya Encik Suami yang memahami.
Yang banyak memberi sokongan, kata-kata semangat dan nasihat untuk saya.
Juga adik saya, Mijot, yang banyak membantu saya.
Dan tak lupa semua famili saya.
Terima kasih CINTA.


Saya CINTA semuanya.


post signature