Follow Us @soratemplates

29/04/2009

Update

April 29, 2009 6 Komen


Saya miss gilak saat-saat macam hari tok.
Saat bos sik ada. (Cuti rehat nya oi! Mun terus pindah gik bagus)
Saat sik ada meeting.
Saat dah abis kelas.
Saat dapat berYM ngan member-member lamak.
Saat dapat mengupdatekan diri dengan YahooGroup.
Isk... lamak eh sik rilek-rilek macam tok.


Tapi nak?
Perut saya lapar tok.
Boring rah Bauk tok sik ada makanan best-best.
Fastfood yang ada kat sitok jak Mary Brown.
Sik best lalu jak.
Mun kerja di Kuching dapat juak nak jalan-jalan carik makan.
Macam-macam ada.
Lamak tok saya dah berbekal ajak dah kerja.
Apa tek nyawa dah lejuk makan di kedei depan Kolej.


Kedong ada member masuk lambat.
Nya tek dari Kuching.
Saya pun dari Kuching juak, saya sikmok ngakuk eh urang Bauk.
Sebelum kerja di Bauk sik pernah nak nyenguk Bauk pun.
Aok.. member tek dari Kuching nak.
Alu la sempat napau KFC ngna nya.
Bauk sekda KFC koh.
Tedah.
Ya lah nunggu tok.
Rasa ati nak makan Big Apple tapi apakan daya.
The Spring rasa di negeri lain jak.
Kotan nya jauh gilak rasa.


Aok.
Ari Senin tek ada staff baru report duty.
Bukan lecturer, PT jak, N17.
Tapi ngegeh!
First impression mek rang dah rasa rempuan tok ngegeh.
Cara nya kelakar.
Cara nya kena introduce.
Rasa bagus gilak la tek.
Mun lecturer tek, ko nak ngegeh sik juak kesah koh.
Tapi selamak saya kerja sik pernah nemu lecturer ngegeh.
Lecturer ngan staf sama palak, sikda mek rang nak meza-meza.


Masa meeting pagi, nya introduce dirik nya pun.
"Nama saya ........., berasal dari Kuching"
Kedong tek kamek orang semua bukan urang Kuching.
Alu lah bos saya nanyak Kuching di sine.
Jawab gik nya, di Satok.
Kedong tek mek rang sik tauk sine Satok.
Tang padah jak sia diam di sine, sikda susah.
Apa nak malu-malu madah tempat diam nak.
Alu lah pakei main staf urang laki.
Sapa nyuruh nebut 'R' lawa gilak bunyi.
Tauk nak perbezaan sebutan 'R' urang Serawak ngan urang Melaya?


Pasya gik tek nya diembak raon ke bilit-bilit staf.
Ya nang wajib la bila ada urang baru masuk.
Mesti diembak raon & introduce dirik seklai gik.
Sampei la ke bilit lecturer.
Kotan nya tek rasa nya kacak kali.
Sikda pun berjarah koh.
Saya tek nang dah sik berapa malas juak nak melayan.
Selalunya saya la suka nanyak itu-ini ngan urang baru.


Ya jak lah.
KFC saya sudah sampai.
Mamam lok.


post signature

Lama Sudah

April 29, 2009 5 Komen


Oh, sangat lamak saya tidak menghapdet blog.
Kesian blog saya.
Tedah nya.
Saya bukan sik suka nya agik tapi saya rasa masa siang saya sik cukup nak ngagak blog.
Ya juak kelas, aktiviti kolej gik, handle miak gik.
Balit rumah, dah kepak, terus peng.
Nasib bait masih diam ngan famili.
Balit jak umah adik dah masak, minak makan jak la.
Pasya lamak saya berbadan 2, adik saya pun makin terer masak.
Mun dipuji, mesti la makin suk urang nak masak nak?
Kekadang tanyak saya lok nak makan apa.
Lak nya masak.
Order jak.
Hehehehe.
Sayang nak adik saya ngan saya?
Nya pun dah terekot-rekot ngan saya.
Mun saya makan, nya makan.
Besar nak pengaruh saya?
Sik sabar nunggu adik saya yang sorang gik balit.
Mesti agik riuh umah.
Sik lamak gik.... meriah lah umah.


post signature

21/04/2009

Private Blog

April 21, 2009 27 Komen


Kawan-kawan,
Kepada yang berminat untuk terus follow cerita di blog ni
Sila tinggalkan email anda di komen kerana saya akan mengprivatekan blog saya

Sekian, terima kasih.

post signature

17/04/2009

Anda dan Kehamilan

April 17, 2009 4 Komen


Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2


Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )



Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.


Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.



Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.


Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.



Petua orang tua2
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.



Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.



Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.



Banyakkan :-
1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.



Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.


post signature

13/04/2009

Takkanlah..

April 13, 2009 10 Komen


Takkanlah semuanya nak dicerita kat blog
Sekarang kan aku lebih berhati-hati
Tapi before ni pun tak semua yang aku cerita kat sini
Yang aku rasa boleh nak share, aku share
Sekarang?
Aku nak kena fikir 2-3x sebelum nak update
Aku dah tak ghairah dah dengan blog ni
Nak tutup, sayang...

post signature


12/04/2009

Hadapi dengan senyuman

April 12, 2009 7 Komen


Sekarang aku menjadi terlalu berhati-hati
Di FB dah banyak dah requested friends yang belum diapprove
Malahan di FS jugak?
Hairan.. masih ada yang masih bergelumang dengan FS
Aku terlalu berhati-hati untuk menyambut sebuah salam perkenalan
Aku fobia
Siapa yang ingin berkawan?
Atau cuma ingin menjadi plastik
Untuk menjadi lawan di sebalik label seorang teman?


Sekarang aku terfikir sendiri
Siapa teman?
Siapa lawan?
Aku menjadi takut, gusar, risau
Siapa yang menikam di belakang
Dia? Dia? Atau dia?


Ah, mungkin aku terlalu prejudis
Tidak baik berburuk sangka
Tidak baik syak wasangka
Tapi?
Kenapa begini?


Aku sebolehnya tidak mahu berperasaan negatif
Berfikiran seperti manusia yang tidak berTuhan
Tidak beriman
Berdosa!
Tapi?
Kenapa ada tapi lagi?


Bukan aku yang memulakan
Tetapi mereka yang digelar TEMAN
Teman yang prihatin
Mereka yang bergelar KELUARGA
Keluarga yang penyayang
Tanpa MEREKA aku mungkin tertewas
Dan pasti akan ada MEREKA yang tertawa
Pabila melihat aku jatuh dan tersungkur
Ah, mengapa perlu negatif lagi?
Jangan la..
Aku merayu


Ada hikmah semua ini terjadi
Terima kasih di atas dugaanNYA
Di sini aku dapat kenal siapa teman
Siapa lawan



Cukuplah hati
Usah berprasangka lagi
Allah lebih MENGETAHUI
Semua yang berlaku bersebab
Mungkin
Dia Tuhanku
Mahu aku menjadi yang lebih baik
Lebih baik daripada hari ini
Dan benar!
Semua ada hikmahnya


Terima kasih semuanya
Senyumlah wahai hati
Buktikan pada mereka
Kau belum tertewas
Buktikan pada mereka
Kau tak akan mengalah
Buktikan pada mereka
Kau punya orang-orang yang kau cinta


Mungkin aku bersalah
Ya! Ku akui
Aku cuma manusia biasa
Hamba Allah
Seperti kau jua
Kau hamba Allah kan?
Ingatlah kau juga hamba Allah
Cuma ingat itu sahaja
Kau juga hamba Allah
Cuma Dia yang berhak ke atas kau
Aku cuma berserah


Aku ingin mengukir senyuman sekarang
Akan ku hadapi dengan senyuman
Terima kasih atas segalanya


post signature