Follow Us @soratemplates

28/08/2009

Ramadhan 6

August 28, 2009 1 Komen

Semalam, hari Khamis, hari ke-6 berpuasa. Aku kelas direct, 8 am - 12.45 pm. Tak larat. Kepala dah pening, perut tak selesa, terasa mual. Boleh ke aku ni?

YM member-member. Hari tu ada operasi mamam di bulan puasa bagi wanita yang di'cuti'kan puasa. Siap beli Marry Brown lagi.

Aku: Posa sik?

Member: Sik. Kenak?

Aku: Macam sik larat jak tok.

Member: Aih, pecah lah. Mek orang dah order dari Siti Cafe tek. He he.

Aku: Eh, kamek mok juak lah, jus epal.

Member: Kamek rang tunggu nak ambik gik. Order nun lak ambik sama. Ah Moi ambik lak.

Aku: Oh, oklah. Lak madah ngan Ah Moi suruh ambik ngan kamek sekali.

Hmmm... boleh agak tak? Aku jahat kan. Tapi aku tak larat, kesian mengenangkan yang kat dalam tu.

post signature

26/08/2009

Oh, my baby, please...

August 26, 2009 5 Komen

Ri marek dah 4 ari dah kita posa. So far, ari 1, 2 dan 3 ok. Baby aktif, masih juak bergerak tapi marek nervousnya bila baby sik aktif sebelah petangnya. Masa on the way balit kerja kaki gik krem, palak angol rasa nak mutah... nang dugaan lah. Dah la ati ngah bingong ngan baby.

Bila sampei umah terus call Encik Suami. Nya belom dapat balit gik. Sedih eh. Sikmok madah nya lok, lak nya bingong tapi bila dah ditunggah-tunggah baby, diembak kelakar, sik juak baby respon. Nitis air mata eh. Kenak baby sikmok respon. Terus call Encik Suami agik, sik tahan. Sora tertahan-tahan jak kelakar takut nya tauk aku nangis. Nang bingong eh.

Alhamdulillah pas sungkei baby dah mula bergerak. Mungkin baby lapar gilak kali. Mak ku madah nya tido. Adik ku madah aku ya sik makan banyak time sahur. Ya lah, menarlah kali. Aku makan sikit jak masa sahur. Masa sungkei ri dolok pun aku sik makan banyak, aku minum jak banyak.

Baby, sorry sayang ah. Bukan Ibu sengaja nak nyuruh baby lapar tapi tok kan bulan Ramadhan. Kan Ibu dah madah kita berposa bulan tok. Mesti baby sik ingat ya. Baby try posa juak k. Tapi mun baby sik tahan padah juak ngan Ibu, k? Ibu sayang baby.


post signature

25/08/2009

Caravansary

August 25, 2009 2 Komen

Sekarang hati tidak gumbira. Sebab? Entah. Malas nak pergi kerja. Mungkin? Sekarang tengah dengar Caravansary (Kitaro). Mendayu-dayu jer. Aduyai... cepat la masa berlalu.


post signature

24/08/2009

Salam Ramadhan, Salam 1 Malaysia

August 24, 2009 4 Komen

Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam seluruh dunia menunaikan rukun Islam ketiga. Alhamdulillah aku dan baby juga tidak ketinggalan menunaikan ibadat puasa walaupun belum berpeluang lagi menunaikan solat terawih. Niat tinggal niat nak berterawih. Asal jer lepas maghrib mesti aku jadi letih yang teramat sangat dan mengantok yang teramat sangat. Terus kensel niat nak ke masjid. Nampaknya aku memang tak kuat lagi untuk menepis godaan-godaan syaitan yang direjam tu.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai isteri dan juga pengalaman pertama berpuasa dengan membawa baby di dalam tummyku yang cute ini. Perasaan? Bimbang, gusar, takut, semuanya bercampur baur. Ye lah kalo seorang aku tak kisah, ni yang kat dalam ni, kesian. Tapi aku dah awal-awal lagi bagitau baby yang aku dan dia akan menunaikan ibadat puasa. Ayah dia pun siap bagitau awal-awal kat baby. Pada sebelah malamnya, waktu bersahur, aku asyik bagitau benda yang sama kat baby. Alhamdulillah baby takde la meragam sangat cuma 1st day hari tu memang terasa jugak la baby memberontak, dia lapar kot, especially pukul 3-5 petang. Kesian baby. Tapi hari ke-2 baby dah mula ok cuma aku memang agak dahaga bila masa berbuka. Aku tak makan banyak pun cuma minum air yang banyak. Memang tak pernah dibuat sebelum ni pun. Habit aku dari dulu-dulu memang lepas habis makan barulah aku minum air tapi sejak pregnant ni aku belasah jer minum air sebelum, semasa dan selepas makan. Dahaga sangat.

Untuk berpuasa dengan baby aku takde tips lain, aku cuma amalkan makan kurma dan minum soya bean atau kelapa muda masa berbuka. Nasik dan kuih-muih of course la makan jugak. Pada sebelah malamnya aku banyakkan minum Ribena dan minum air suam. Masa sahur pulak aku minum susu Anmum dan makan kurma lagi. Risau jugak kalo berat menurun. Rata-rata member yang berpuasa semasa pregnant mengalami penurunan berat badan semasa bulan puasa. Tapi, kalo turun pun tak kisah lah, janji baby sihat, dan yang penting mesti ada hikmah. Baby pun dapat belajar bersabar. Aku selalu ingatkan baby, banyak pahala kalo baby dapat bagi kerjasama dengan Ibu untuk menunaikan ibadat puasa ni. Yang lain-lain aku cuma tawakal denganNYA.

Dengan kesempatan ini, aku ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa berblogging dan menyinggung perasaan kalian yang sering mengunjungi blog ni.

:minimo_12:Salam Ramadhan dan salam 1 Malaysia. :minimo_05:


post signature

14/08/2009

Kembali ke pangkal jalan?

August 14, 2009 4 Komen


Perasan tak www.mimyara.com sudah bertukar semula ke mimyara.blogspot.com?
Aku sebenarnya tak puas hati dengan admin tu
Benda dah expired baru nak email suh renew
Baik takyah remind
Orang remind la before expired kan?
Ntah camne la buat keja
Malas dah aku nak renew
Semalam aku beria-iya nak renew tapi macam susah jer ikut link yang email tu bagi
So hari ni aku tukar balik setting guna blogspot balik
Huh.. padan muka
Kalo buat camtu ramai ar customer larik
YM pun cam malas nak layan jer
Aku senang jer.. takyah renew!
So back to basic... OK?


:minimo_41:


post signature