Follow Us @soratemplates

15/10/2009

Makan sebelum pantang

October 15, 2009 0 Komen

Aku dan Encik Suami tak sedar pun yang kami sebenarnya penggemar makanan Jepun. Sepanjang pregnant memang aku tak sentuh pun sushi. Kalo tak, pegi jer The Spring mesti terasa nak makan sushi. Sebenarnya kan aku nak sangat makan Golden Ball kat Sushi King tu tapi Encik Suami tak bagi. Golden Ball tu telur jer tapi dah suami tak bagi, ikut jer la cakap dia kan.

Malam tadi jalan-jalan cari breast pump. Bila misi dah berjaya harus la mengisi perut pulak kan? Hehehe. Aku takde plak rasa nak makan apa. Nak makan tauhu jepun yang kat Restoren RasaMas yang kat Boulevard tu jer tapi aku berada di The Spring. Tak mungkin akan dapat tauhu jepun tu. So pergi la jalan-jalan cari makan. Memula pergi The Chicken Rice Shop tapi takde set meal yang menarik perhatian pun. Beberapa kali dah try nak pergi situ tapi masih jugak takde perasaaan. Tetiba teringin nak makan teppanyaki. Hmm.. last makan tahun bila ntah kat food court KLCC. Aku gitau Encik Suami rasa nak makan teppanyaki dan Encik Suami pun on. Green light!

Yeay...! Seronoknya. Suka suka.

:minimo_41:

Aku order teppanyaki chicken set meal. Ada green tea sekali tapi aku tak reti minum green tea. Aku order apple juice dari kiosk lain je.

Encik Suami plak order sukiyaki beef + fragrant rice. Nasi putih la. Hehehe. Tapi tak berapa sedap la sukiyaki beef ni. Aku tak suka. Tapi telur tu aku suka malangnya Encik Suami tak bagi aku makan sebab telur tu half-cooked. Takpe lah, demi baby.

Hmm... sedapnya. Tapi kalo teppanyaki tu dia tukar taugeh instead of kobis lagi sedap. Nyum nyum. Nanti bila baby dah keluar baru bleh makan kat Sushi King. Sabar sabar. Hehehe.

post signature

14/10/2009

37

October 14, 2009 6 Komen
Minggu ni minggu ke-37. Teringin nak snap pic masa sarat tapi tak reti la. Pastu segan pun ada gak. Huhu.

Pic tanpa muka boleh kan? Hehehe. Mr. Hubby yang snap masa tengah baring.

post signature

13/10/2009

Ikat Perut

October 13, 2009 2 Komen

Bagi yang kerja gomen (under federal) bulan ni (bulan 10) dah gaji dah. Huhuhu. Khamis lepas dah pay day dah. Dan nak tunggu gaji untuk November ada sebulan lebih lagi.


Auwww... lama tu. :minimo_23:


Nampak gayanya kena la ikat perut kan? Dah ler bulan depan birthday si kelisa biru. Ayo yo..


post signature

12/10/2009

Ubat

October 12, 2009 2 Komen

Bilik dah bau ubat. Mak cakap keluarkan ubat dari bilik tapi bau ubat tu sedap. Dah keluarkan ubat dari bilik tapi rumah plak yang bau ubat. Belum apa-apa dah wangi semerbak.

Ubat apa? Ubat untuk berpantang nanti la. Sedap tak sedap kena makan jugak. Tapi baunya sedap, rasa pun sedap jugak ler kot (hopefully). Hehehe.


post signature

09/10/2009

36

October 09, 2009 5 Komen

Sekarang aku sibuk mencari info mengenai caesarian kerana baby ku masih breech. Dulu masa scan 7 bulan baby memang breech tapi ingatkan baby akan turun. Lepas tu cek MCH 8 bulan JM cakap kepala baby dah kat bawah, bila scan kat private plak Doktor cakap baby breech. Masa tu dah start risau dah. Sekarang Doktor bagi masa seminggu lagi untuk baby berpusing, kalo tak memang confirm aku kena caesar. Walaupun aku mengidamkan untuk bersalin secara normal tapi kalo dah baby breech aku takmo nak tanggung risiko. Caesar pun caesar lah, yang penting baby selamat. Mr. Hubby sebolehnya nak aku deliver normal sebab dia risaukan aku tapi aku cakap baby pun penting jugak, takpe la, insya Allah takde apa-apa.

Di kesempatan ini aku nak minta maaf kepada semua blogger yang ada singgah di sini dan juga tak lupa juga kepada rakan-rakan dan silent reader sekalian. Doakan yang terbaik untuk aku dan baby ye.

post signature

04/10/2009

Salam Eid Mubarak 1430

October 04, 2009 1 Komen
Rasanya belum terlalu lambat untuk aku mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua rakan blogger dan silent reader sekalian. Kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada tersilap taip sehingga mengguris segelintir perasaan kalian, aku minta maaf yer. 0-0 la hendakNya. Biasa la aku ni hamba biasa jer. Menaip pun kekadang emosional, tak fikir hati orang lain. Maaf yer.

Raya tahun ni aku kan Mak Buyung, tak dapek la nak buat baju banyak-banyak. Aku cuma buat sepasang jer. Encik Suami pun sepasang, baju nikah ari tu pun dia dah ada 2 pasang. Cuma aku jer tak dapat nak pakai baju nikah. Huhu. Dulu lain, sekarang lain. Takpe nanti aku akan pastikan aku leh jugak pakai baju hari nikah tu. Hehehe. Insya Allah.


Dan tahun ni tema famili aku hijau lumut, sebelah IL plak kuning-gold. Tapi aku ada baju kaler hijau jek. Apa bleh buat, baju nikah ari tu dah gold, takkan nak buat lagi kaler yang sama. Hehehe.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430, Maaf Zahir Batin dari aku dan keluarga di Kuching, Sarawak.


post signature