Follow Us @soratemplates

07/01/2010

Khamis, Jumaat..... cepatlah Sabtu

January 07, 2010 2 Komen
Adoi. Sakit sungguh mata guna notebook Ayah Iman ni. Tapi nak hilangkan buhsan, Ibu Iman gagahkan jugak mata ni untuk stay online. Takde la teringat si kecik yang jauh di mata. Hmm...

Biasa la kalo meeting semuanya sendiri, bayar bilik sendiri, makan pun sendiri. Dalam bilik pun sendiri sebab tak jumpa pun pegawai pempuan lain yang attend meeting ni. Kalo kursus, asyik, semuanya dipakejkan, tak riso pun bab-bab makan. Menyesal Ibu Iman tak bawak stok makanan dari umah. Malas punya pasal ler ni. Malas nak kuar dari bilik untuk makan.

Tapi dengan tak semena-mena, tetiba perut Ibu Iman terasa lapar ler pulok. Dalam flight tengah hari tadi pun makan sikit jer. Nak tak nak Ibu Iman harus jugak keluar dari bilik untuk mencari bahan santapan. Huhu. Sib baik sebelah Mutiara ni ada Parkson, tak kurang mesti ada KFC. Makanya Ibu Iman pun membetis ke bangunan sebelah. Ala.. tak sampai 5 minit dah sampai dah. Saje jer Ibu Iman masuk dalam Parkson. Entah kenapa kaki terus jer ke baby department. Ku turutkan jugak langkah kaki ku ini. Chewah.. apalagi. Aktiviti sambar-menyambar secara solo la gamaknya. Hasilnya...


Stokin kuning dan pink. Yeay!


Topi kaler krim ada bunga kicik.



Baju blouse, leh pakai dengan jeans untuk jenjalan.


Baju seksi tak tau nak cakap pesen ape.


Dan baju tidur.

Semuanya hanya untuk memenuhkan almari anak Ibu. Hihi.
Semuanya jenama Pigeon. Nak buat koleksi yek?
Semuanya murah. Ibu jumpa yang berlonggok-longgok murah. Hehehe.
Semuanya melekakan. Pilih jangan tak pilih, Ibu selongkar habis tau.
Semuanya sebab Ibu takmo ingat Iman sangat tapi beli semua ni mesti la tetap ingat.

Kenapa Ibu takmo ingat Iman?
Orang cakap kalo diingatkan sangat, dikenangkan sangat nanti yang diingat tu meragam lak.



Takmo tanya lebih-lebih pasal Iman bila call umah tapi mintak MMS gambar jer. Tengok, Iman tido diselimuti baju Ibu. Rindunya nak gomol-gomol Iman. Tak sabarnya nak tunggu malam besok dan pagi lusa. Leh terus ke airport dan terbang jumpa Iman.

Ibu rindu Ayah Iman jugak. Lama sangat dah tak berjauhan camni. Sabar.. sabar..


post signature

Mutiara JB

January 07, 2010 0 Komen
Rupa-rupanya Ibu Iman berada di JB. Meetingnya di Pasir Gudang so Ibu ingatkan stay kat hotel area situ la. (Pasir Gudang). Huhu. Macam rusa masuk kampung plak, dengan airportnya yang tengah renovation. Last time sampai ke JB pun 3 tahun lepas kot. Psst.. Pasir Gudang tu memang dalam JB kan? Hahaha. Failed Geografi nih. Jangan marah ek orang Johor.

1st time travelling dengan Big Boss. Bosan. Dah la ahli-ahli meeting confirm ramai lelaki, bapak-bapak orang dan pengarah-pengarah kolej. Isk.. Stay kat bilik pun sengsorang. Rasanya takdenya orang nak share bilik sebabnya full claim. Agaknya bosan ke tak ek? Kalo kat KL, tadi dah aku gagahkan diri naik LRT ke Masjid Jamek terus ke Jalan TAR. Ahaks.


post signature

06/01/2010

Indahnya..

January 06, 2010 5 Komen
Sesungguhnya bila dah bergelar Ibu, bond di antara anak dan Ibu tu memang sukar nak dinafikan. Iman, walaupun baru berusia 2 bulan tapi dia dah tahu merasa tangan Ibu. Bila Ibu jer dukung Iman, Iman automatically akan pusingkan kepalanya ke arah dada means dia nak mengulat ler tu. Kalo Iman nangis masa Ayah atau nenek dia dukung tapi bila Ibu ambik, Iman mesti diam. Perasaan tu sangat terharu bila mengenangkan saat-saat tu.

Sekarang Ibu dah start kerja dah. Tempat kerja Ibu dari umah agak jauh so Ibu terpaksa gerak dari umah before kol 7. Selalunya 6.30 Ibu dah ready nak gerak dah. Dan masa tu kekadang Iman masih tido atau baru jer tido lepas mengulat tapi ada jugak hari dia dah bangun. Bila nenek bawak Iman ke muka pintu untuk hantar Ibu, Iman tunjuk muka sedih. Alahai, sedihnya. Pernah Iman cebik muka dan nangis bila Ibu tinggalkan dia dengan nenek. Kalo masa Ibu tengah siap dan Iman bangun mesti dia perhatikan jer pergerakan dan perbuatan Ibu, dan at last mesti dia gelisah mintak ambik. Comel sangat kalo Iman dah boring mintak dukung. Sekarang ni Iman dah tak suka sangat baring, kalo baring pun sekejap jer pastu dia akan gelisah dan boring, gerakkan kaki dan tangan macam kayuh basikal 180km/jam. Ha.. tu tandanya Iman nak mintak dukung ler tuh. Hehe.


Iman ngomel dalam hati, buhsannya dok dalam ni.

Iman sekarang dah selalu pi jalan-jalan kat shopping complex. Tapi masalahnya bila Iman bukak jer mulut, nangis, Ibu mesti bawak Ayah balik. Tak aman rasanya kalo Iman nangis kat tempat awam. Iman ni rasanya jenis yang cepat boring. Rasanyalah. Kalo dia tido jer dalam stroller, ok, tak kisah, selamat. Boleh lagi nak shopping sikit-sikit. Tapi kalo dia dah bangun tu, sekejap jer mesti dia gelisah. Dia boring baring dalam stroller, pastu dia tak suka jugak pakai hairband masa baring. Mesti dia gelisah dan gosok-gosok kepala dia sampai hairband jadi spec jatuh kat mata dan nangis la. Alasan nak nangis ler tu. Huhu. Iman.. Iman.


Iman buat muka bengang if dok dalam stroller lelama.

First time bawak Iman jalan-jalan pakai stroller. Perasaan tu berdebar-debar, teruja pun ada, malu pun ada. Haha. Macam-macam. Yang paling kelakar tak reti camne nak bawak Iman dalam stroller turun naik eskalator. Ya ampun, takutnya. Ayah peratikan dulu camne orang lain sorong stroller anak diorang naik eskalator, pastu barulah kitorang naik. Naik ok sikit tapi bila bab nak turunnya, takutnya mak oi. Sampai Ibu pun tolong pegang stroller kat depan. Takutnya Iman jatuh. Huhuhu. kalo orang perasan dan tengok mesti tau first time tolak stroller tuh. Hahaha. Ye la,, baru jer beranak sulung, manade pengalaman lagi.


Iman gelisah dalam stroller.

Pernah sekali tu, beli PC baru, so lama la nak tunggu orang kedai tu install itu ini. Nak jenjalan window shopping kat kedai lain, Iman gelisah dalam stroller. Kena hiburkan dan bawak dia berbual-bual baru dia ok. Tapi tak lama, pastu dia merengek, susu botol dah abis. Nak buat malas walaupun dah bawak semua air panas segala, at last mengulat la Iman di khalayak ramai. Sib baik masa tu pakai shawl. Leh gak sorok-sorok sket. Isk.. terus malam tu melepak kat depan kedai komputer tu jer ngulatkan Iman. Pastu balik. Pergi Spring semata-mata Iman nak mengulat. Huhuhu. Pengalaman tu.


Susukan Iman.



Tak cukup, mengulat lagi.

Dan sekarang, kalo nak jenjalan susah tol tanpa assistant. Kalo Ibu, Ayah dan Iman jer mesti kacau-bilau jer rasanya. At least ada Mak Usu, ok sket. Kalo berdua jer dengan Iman, gerenti takleh nak itu ini. Masih tak dapat sesuaikan diri lagi kot. Atau Iman masih terlalu kecil untuk dibawa berjalan-jalan.

Tapi. Takkan nak tinggalkan Iman. Nenek Iman pun suka jenjalan gak. Better bawak Iman explore benda baru kat luar. Iman kalo dalam keta mesti diam, dia suka peratikan lampu jalan, pokok-pokok dan traffic light. Hehehe.


Seronoknya tengok Iman membesar di depan mata sendiri.



post signature

05/01/2010

Kerja pun bermula..

January 05, 2010 3 Komen
Semalam Ibu Iman dapat email jemputan mesyuarat di Pasir Gudang, Johor. Lepas tu Ibu Iman terus cek di pigeon hole manalah tau faks telah diterima dan surat telah diminitkan. Harap-harap Big Boss tak kasi pergi memandangkan duit dah abis, hujung tahun, dah tutup akaun ler katakan. Risau la kalo terpaksa meninggalkan Iman. Sedih.

Hari ni. Colleague gitau surat dah diminitkan dan Ibu Iman akan pergi ke mesyuarat tersebut bersama-sama Big Boss. Glurp. Iman! Itu jer yang terlintas di fikiran Ibu.

Ibu Iman pun pergi jumpa cik puan yang menempah tiket flight. Ibu nak pergi pagi dan balik malam tu jugak. Tapi...

Cik puan si pengebook tiket: Kitak gi ari Khamis balit ari Sabtu

Ibu Iman: Aih, sikpat ka balit ari?

Cik puan si pengebook tiket: Sekda flight. Sehari sigek flight jak. Makei MAS. Mun kitak maok, abis meeting kol 5 ya kitak gi KL ambik flight dari KL.

Ibu Iman: Isk.. menyusahkan gia eh.

So Ibu Iman dengan kecewanya pergi menelefon Ayah Iman. Ayah Iman lak kerja EOH ari Jumaat tu. Kalo boleh dia nak jugak pergi. Sedih lagi.

Sekarang Ibu Iman tengah prepare dokumen yang perlu dibawak ke mesyuarat. Lupakan dulu Iman dan Ayah Iman. Takwim 2010 dah setel. Cuma nak tambah aktiviti baru, dah call Unimas tunggu follow-up jer. Laporan 2010 pun separuh jalan lagi nak siap. Nasib baik dah buat awal-awal dulu, tinggal nak tambah aktiviti hujung tahun jer. Tapi gambar-gambar aktiviti belum edit lagi. Takpe takpe, slowly.

Jangan stress yer Ibu Iman. Hmm....


post signature

04/01/2010

Reformat

January 04, 2010 4 Komen
Hari pertama kerja di tahun baru.
Dah masuk kerja baru nak reformat semua pendrive masuk ke dalam external.
Dok cuti 2 bulan kat umah takde masa langsung nak buat keja leceh ni.
Huhu.
Takde masa kunun.
Leh cayer ke?
Lama tol menunggu semua folder kat dalam pendrive 8GB transfer ke external.
Buhsan.
Ni yang buat rindu Iman ni.



Tadi.
Iman tak bangun lagi masa Ibu pergi kerja.
Tapi Iman dah bangun kol 4 pagi untuk 'ulat time'.
Bagus betol anak Ibu ni kejutkan Ibu pergi kerja yer.
Nanti 6 petang baru Ibu sampai umah yer sayang.
Baru boleh mengulat lagi.


post signature