Follow Us @soratemplates

15/04/2010

Kisah sedih baby Hana

April 15, 2010 1 Komen
Lagi kisah sedih seorang ibu. Demi kasih seorang ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan, seorang ibu memohon belas daripada kita semua agar mendoakan kesihatan anaknya supaya pulih dan sihat seperti bayi normal yang lain. Saya cukup tersentuh pabila melihat gambar-gamabr baby Hana. Semoga baby Hana dan keluarganya tabah menerima dugaan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bersama-samalah kita mendoakan agar baby Hana sihat dan dapat menjalani hidup seperti bayi normal yang lain.

*
*
*
*
*
*
 
"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. 

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat,baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.

Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Di kesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. 

Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak diotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.



post signature

13/04/2010

JK Publisiti

April 13, 2010 0 Komen
Banner untuk promo konvokesyen.

Fishtail

Malasnya nak mengadap Firaun. Selagi tak mengadap kerja ni takkan selesai. Lepas mengadap confirm ada yang tak puas hati. Pas edit sikit baru dapat buat LPO. Cuti pun nak kerja. Boringlah Kuching - Bau -Kuching.

post signature

12/04/2010

Muka Garang Si Kecil Contest

April 12, 2010 3 Komen
2nd time Iman join contest yang dianjurkan oleh blogger. Kali ni "Muka Garang Si Kecil Contest". Iman kalo bergambar memang selalu serius dan garang pun, memang tak susah nak carik gambar untuk dipertandingkan. Hehehe. Tapi yang paling garang gambar bertudung hitam ni la kot. Chewahh.

Nama penuh anak: Iman Madihah binti Abdul Nizam
Nama manja: Iman
Tarikh lahir: 30 Oktober 2009
Nama ibu/ayah: Mira Faizura / Abdul Nizam
Email untuk dihubungi: mfaizura@gmail.com

Tak mengharap pun untuk menang. Join sekadar suka-suka di samping dapat menambah kenalan di blogsphere ni. Salam kenal ye Puan Lina.

Kepada blogger lain yang nak join contest anjuran Puan Lina ni, sila ke my.little.one : My First Ever Contest : Muka Garang Si Kecil


post signature

09/04/2010

Kepak

April 09, 2010 6 Komen
Kepak. Dalam bahasa Serawaknya ialah letih atau tired bahasa omputihnya.

Dah. Berik masa kit nak blogging lok. Hari Jumaat jak ada boleh curi masa kit.

Yup. Ari tok ari Jumaat, sok lusak sik keja. Minggu depan pun sik keja, cuti. Mid sem break. Semua staf akademik DIARAHKAN oleh si Firaun untuk bercuti. So, cuti lah nak? Tapi... sebenarnya kerja banyak! Ah, malas nak mikir. Mun nak ngerepak pasal kerja lak alu sik terpolah kerja-kerja ya. Kerja boring tapi perlu RM, RM, RM. 

Ri marek ada meeting  konvo. Mala jak nangga jam, kol 4 lom juak dapat molah laporan pakei jawatankuasa ku. Panjang gilak huraian Firaun eh. Dah la posa, bingong balit aher. Cek-cek menar juak, 5 sengah baru abis. Dah sunyi-sepi dah kolej. Ari dah la petang cam mok ujan. Pas Asar baru bertolak ke Kuching. Sempat la tek sungkei, sungkei lam keta jak, dekat Normah. Sekpa, dah prepare awal beli air tin jak mek orang. Ya la k sungkei.

Sampei jak di umah, bukak pintu, terus nunggah Iman. Adik ku tengah embak nya time ya Yang menghilangkan semua penat-lelah, Iman tetak, suk-suk jak nya nangga Ibu nya, melonjat-lonjat mintak ambik. Yarabbi, suk ada jak. Mesti lamak nya nunggu Ibu nya balit. Semua muka di umah ya dah ditangga nya kecuali Ibu, apa Ibu balit aher ya. Hii.. geramnya ngan Iman juak. Makin lebih nya kinek tok.


Dalam keta pun dah berpusin-pusin dah. Mok berdiri nangga depan juak, sikmok diduduk.  Digurin apatah agik, sekda nya nak diam, mesti nak angkat, bukan cam nya gik sebulan 2 bulan dolok. Tauk reti juak nak nangga permandangan. Iman.. Iman..

Tang tuija jak nya berdiri. Sik tauk bila masa adik ku mrojek nya berposing camtok. Nang jadi model sik berbayar ajak lah Iman tok. Tedah nya.

Ari tok result contest kuar eh. Hehehe. Rindok ati ajak antar gambar Iman.


post signature

06/04/2010

Allah lebih sayangkan dia

April 06, 2010 10 Komen
Sejak menjadi seorang Ibu hati saya memang amat mudah tersentuh. Pernah semasa pantang saya menonton drama tv di mana seorang perempuan yang derhaka kepada ibunya sukar untuk melahirkan, sukar sangat, berjam-jam meneran tak jugak baby keluar. At last Ibunya datang dan mengampunkan perempuan tu barulah baby keluar. Sungguh tragis. Memang merah-merah la air mata bila nengok drama tu.

Dan sekejap tadi, saya bloghopping sana sini mencuci mata dengan dress-dress untuk Iman, secara tak sengaja terbaca entri yang amat menyentuh hati ni di SINI. Air mata memang tak dapat ditahan-tahan. Saya tak boleh nak imagine kalau benda ni terjadi kepada saya. Ya Allah, selamatkanlah suami dan anakku. Sukar rasanya nak menjalani hidup tanpa mereka. 

Comelnya muka arwah tetapi Allah ternyata lebih sayangkan dia. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Dzafri Hisyam bin Khairulanwar. Al-Fatihah.


post signature

05/04/2010

Untukmu Sayang

April 05, 2010 0 Komen
Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Saya pun begitu. Saya mengimpikan anak yang solehah, cerdas, sopan-santun, menghormati orang tua dan semua yang baik-baik. Saya rasa semua ibu-bapa pun macam saya dan suami. Sejak Iman dalam kandungan lagi saya selalu mendoakan agar anak yang bakal dilahirkan sempurna dan cerdas fikiran.

 Sejak dalam kandungan lagi Iman dah berjalan hampir ke seluruh Malaysia ikut Ibu bekerja.

Sejak disahkan pregnant saya juga gemar membaca artikel yang berkaitan dengan perkembangan janin sehinggalah dilahirkan. Bila Iman dah lahir, makinlah galak saya memerhati perkembangan pembesarannya. 2 tahun pertama adalah masa yang sangat penting untuk pembentukan diri seorang bayi. Sebab itulah seawal Iman berusia 30 hari lagi saya telah membawanya untuk keluar ke shopping complex. Bukan saya tidak takut akan virus-virus jahat yang mudah menjangkiti bayi di luar sana. Bukan. Saya cuma ingin mendedahkan Iman dengan persekitaran yang bising dengan harapan Iman akan biasa dengan suasana hiruk-pikuk orang ramai. Saya bersyukur kerana mak saya juga sangat sporting, dia tidak menegah malahan menggalakkan pabila saya menyatakan saya ingin membawa Iman ke shopping complex. Orang kata bayi yang lahir secara ceasarian lambat pertumbuhan antibodinya. Benar, tapi saya yakin selagi bayi masih menerima susu ibu selagi itulah bond antara ibu dan anak kuat dan bond itulah yang meransang pertumbuhan antibodi bayi. Alhamdulillah, Iman baru sekali demam, tu pun cuma sehari dan saya berjaya menurunkan panasnya tanpa perlu memberi ubat, cuma susu ibu sahaja. Pergi klinik memang pergi tanpa Ayah Iman menasihatkan agar cuba tidak memberi ubat dan antibiotik kepada Iman. Biarkan antibodinya bertindak sendiri dan alhamdulillah berhasil.

 Wajah sugul Iman semasa demam. Nasib baik sehari je.

Semasa Iman berusia 3 bulan, saya mula memberikan Iman buku yang meransang fokus bayi. Sepanjang pemerhatian saya, semasa Iman berusia 2-3 bulan dia amat gemar memerhati rambut saya dan menurut pembacaan memang sah bayi ketika umur tu sangat gemar melihat sesuatu yang ada kontras. Maka, saya telah menemui buku ini untuk Iman saya. Dan Iman amat suka melihat helaian-helaian buku ini.


Mungkin Iman suka melihat bentuk-bentuk yang pelbagai dengan warna hitam dan kuning. Semasa Iman 4 bulan, saya dan Ayah Iman membelikannya pula dengan flash card dan glitter book. Walaupun masih terlalu awal tetapi saya suka melihat Iman excited pabila dibelek-belekkan buku tersebut di depannya.


Walaupun suka tapi Iman ni pantang diberikan barang, semuanya nak dimasukkan ke dalam mulut.Ingatkan nak belikan soft book sebab hard cover ni takut pulak dia ketuk kepala sendiri dengan buku tapi soft book mahal la. Hehehe. Buku-buku kat atas ni pun ok dah, bukan harga jadi ukuran, yang penting usaha tu. Dengar tu Iman, usaha tangga kejayaan.

Ha.. dengar tu Ayah sebut, Iman ikut ye. Anak Ibu rajin-rajin belajar ye. Jangan malas-malas. Insya Allah Ibu dan Ayah akan jaga dan didik Iman Madihah jadi anak yang berguna. Ibu nak yang terbaik hanya untuk anak Ibu.

Panduan untuk Ayah dan Ibu. Tak rugi membaca. Membaca menambahkan pengetahuan.

Sayangnya anak Ibu. Ibu akan pastikan anak Ibu mendapat didikan yang sempurna. Nanti dah besar sikit Ibu sendiri yang akan mengajar anak Ibu mengaji. Jangan degil ok sayang.


post signature