Follow Us @soratemplates

26/05/2010

Long long PH

May 26, 2010 0 Komen
Tak sabar nak PH. Cuti panjang 6 hari. Yeay...! 

Oops.. cuma kat sini jer PH yea. Hehehe. Leh berfoya-foya dengan Ayah dan Iman. I like. Jalan-jalan lagi macam minggu-minggu sebelumnya. Tapi tak tau nak ke mana lagi dah, yang penting kita makannnnn....! Yeay...!

Masa kat The Spring last week. Susahnya nak snap pic si kecik sekarang ni.



post signature

21/05/2010

I Love Friday

May 21, 2010 1 Komen
Pagi ni ada interviu untuk Anugerah Pelajar Cemerlang. Harap-harap ler habis awal. Leh siapkan kerja lain plak pasni. Minggu depan lagi la busy jaga exam amali. Weekend ni mesti enjoy puas-puas dulu. Iman pun dah lama tak jalan-jalan sejak dikuarantin akibat sakit mata ari tuh. Tak sabarnya nak balik kerja petang ni.

Teringat Iman kat umah. Rindu plak. Layankan ajer Iman versi specky. Hehehe.


Kat bawah ni lagi stylo, Macam-macam jer makcik-makcik Iman kat umah tu. Sesuka hati jer buat anak Ibu ni. Tapi takpe, anak Ibu tetap comel kan? Sayang Iman Madihah Ibu.



post signature

19/05/2010

17/05/2010

Day-5

May 17, 2010 2 Komen
Sekarang parents takde kat umah. Umah sangatlah sunyi, walaupun baru 4 orang takde kat umah. Dah terbiasa dengan kebisingan sejak dari lahir lagi, Iman sekarang memang susah nak kena tinggal. Sana-sini kena dukung dia. Kalo ditinggal sorang-sorang confirm nangis. Kena ada at least sorang yang entertain dia. Anak Ibu ni. Orang ramai suka, orang takde, takut.

Day 5. Ibu MC sejak ari Khamis ari tu.  Ari ni still tak keje tapi cam malas nak ke klinik, rasanya apply cuti rehat jer. Mata masih merah sikit-sikit. Masih boleh menyebarkan virus. Sejak Ibu tak keje Iman dok ngulat Ibu jer siang-malam. Kalo gelisah sikit tau la mesti nak mengulat. Mulut  plak dah makin bising. Tak tau apa yang dia bebelkan tapi still, tetap, cute. Ibu suka. Mesti tak larat  nak layan Iman bila dia mula nak belajar bercakap nanti.

Akibat tak larat mengejar Iman di dapur, Usu telah mengikat walker Iman.


post signature

15/05/2010

Conjuctivitis

May 15, 2010 3 Komen
Lama dah Ibu tak mengupdate. Masa Iman mengulat, masa tu lah kepala Ibu dok berfikir apa yang nak ditaip kat blog. Macam-macam idea datang. Tapi, apakan daya, Iman dan seluruh isi rumah telah terkena jangkitan conjuctivitis. Kesian Iman.

Day-1

Isnin - Ibu balik kerja cam biasa. Ibu sampai umah jam 6, seperti biasa Iman pun tak sampai lagi. Setiap hari nenek yang akan ambik Iman kat umah Nek Atok. Sebelum Adamaya start, loceng umah pun berbunyi, ting-tong.. Ibu pun melonjak kegembiraan sebab itu menandakan Iman dah sampai. Ibu pun cepat-cepat berlari untuk membuka pintu dan Ibu lihat Iman monyok dalam dakapan nenek. Nenek Iman pun muka takde mood.

Nenek: Cepat sediakan air mandi Iman, mata Iman dah merah sebelah. Farhan pun dah kena.

Ibu terus dapatkan Iman dulu. Tak seperti selalu, Iman tak melompat pun bila nengok Ibu. Muka memang manyak sedih. mata sebelah kiri merah. Kesiannya anak Ibu. Lepas peluk cium Iman, Ibu pun bagi Iman kat nenek sementara Ibu siapkan air mandi Iman.

Lepas mandi Iman nangis. Jarang Iman nangis lepas mandi. Nenek Iman cakap masa kat umah Nek Atok tadi Iman takmo tido. Mesti mata dia tak selesa kot. Ibu pun bagi Iman 'ulat' pastu Iman terus tido.

Lepas maghrib, Ibu dan Ayah bersiap bawak Iman pergi klinik. Risau tengok Iman macam tu. Dalam kereta on the way ke klinik Iman sugul, asyik nangis jer, takmo dibaringkan. So Ibu dukung jer sampai kepala lentok kat bahu, tertido macam tu jer. Alahai..

Sib baik masa kat klinik Iman tak banyak ragam. Masa doktor tengah check, Iman boleh senyum-senyum lagi. Alhamdulillah.

Masa ni, 3/10 daripada isi umah positif conjuctivitis.

Selasa - Ibu amik emergency leave sebab tak sampai hati tinggalkan Iman kat umah Nek Atok.

Rabu - Ibu gi kerja cam biasa. Sebelum balik kerja mata Ibu dah ada simptom-simptom conjuctivitis. Isk.. Tak sangka sebelah malamnya terus positif. Dua-dua belah mata terus merah.

Masa ni, 4/10 positif.. tambah atok Iman yang matanya dah membengkak.

Khamis- Bangun tido, mata Ibu takleh nak buka. Sah! Memang dah teruk. Tengok kat cermin mata memang dah bengkak, Ibu sms Firaun cakap Ibu amik MC, kena sakit mata. Ayah pun sama jugak, positif. Usu Iman pun sama jugak.

Masa ni, 8/10 dah positif. Termasuk Usu Iman. 

Pas mandikan Iman Ibu dan Ayak pun ke klinik. Lagak macam sepasang suami isteri yang buta jer. Kedua-duanya berspec hitam tapi nak buat camne? Takkan nak tayang kat orang mata yang merah dan bengkak kan?

Pas jumpa doktor Ibu dapat MC 2 hari. Walaupun rest jer di umah tapi Iman takmo berenggang dengan Ibu. Dah la asyik nak mengulat jer. Takmo tido lak tu. Nak main jer dia. Dia uma akan tido masa mengulat jer, lepas puas dia pun terus bangun, meniarap dan berguling-guling atas katil. Malam tu dah jatuh katil. Masa tu Iman dan Ibu jer dalam bilik. Iman seperti biasa, mengulat. Tanpa disedari ibu tertidur, Iman plak cam biasa bila dah puas terus nak main. Tetiba Ibu terdengar suara Iman menangis. Bila Ibu bukak mata, Iman takde atas katil. Rupanya Iman dah atas lantai. Alalala... Ibu rasa bersalah sangat kat Iman. Tapi Nenek Iman cakap, takpe, budak-budak mesti ada jatuh. Normal. Takpelah. Sib baik takde sesape marah Ibu sebab lalai menyebabkan Iman jatuh.

Day-5

Iman pada mulanya dah beransur baik tapi bila Ayah dan Ibu positif, mata dia pun merah balik. Hari ni alhamdulilah semuanya dah beransur ok walaupun mata masih merah. Yang penting jangan bengkak, bengkak tu yang sakit.

Dan last but not least, Nenek Iman pun akhirnya positif jugak. So 9/10 dah kena conjuctivitis. Doktor cakap selalunya orang terakhir yang kena akan lambat baik. SO, kita tengok siapa yang paling last kena. Jeng jeng jeng...

post signature

09/05/2010

Si Pinky Iman Madihah

May 09, 2010 1 Komen
Hai.

Sayalah Iman Madihah.

Atau nama glamer Iman.

Kenape? Tak percaya saya glamer?

Saya memang glamer pun kat blog Ibu ni.Phew..

Kat FB pun saya glamer jugak. Hihi.


post signature