Follow Us @soratemplates

09/07/2010

Panduan berjimak bagi suami-isteri

July 09, 2010 3 Komen
Berikut adalah panduan bagi perkara-perkara yang patut dielakkan dan waktu-waktu yang sesuai untuk bersetubuh bagi suami isteri.

Jom kita surver dulu 9 perkara yang harus dielakkan oleh suami jika ingin mendatangi isteri. 
  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah.
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.
  4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar atau kakak ipar).
  7. Jangan berjimak  di atas loteng.
  8. Jangan berjimak pada malam kamu hendak keluar bermusafir.
  9. Jangan berjimak pada awal malam (sebelum isyak).

Berikut pula 7 waktu-waktu yang sesuai bagi suami isteri membuat anak. 

  1. Berjimak pada malam Isnin.
  2. Berjimak pada malam Selasa.
  3. Berjimak pada malam Khamis.
  4. Berjimak sewaktu matahari di tengah langit (Orang makan tengah hari, dia makan bini).
  5. Berjimak selepas Asar pada hari Jumaat.
  6. Berjimak selepas Isyak pada malam Jumaat.
  7. Berjimak selepas membaca doa berlindung dari syaitan.



08/07/2010

Tips cinta segar sepanjang hayat

July 08, 2010 1 Komen
1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.


2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.


3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.


4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)


5.  Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.


6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)


7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.


8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.


9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.


10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.


11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.


12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.


13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.


Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..


14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.


15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.


16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.


17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.


18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda  untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.


Kredit to ISTERI


Bahan beracun dalam lampin pakai buang

July 08, 2010 3 Komen


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA (MAC-APRIL 2007)

Dah habis ke baca artikel kat atas?
Lepas saya habis membaca artikel ni hati saya segera dirundung kesedihan.
Saya sedih kerana Iman Madihah memang pengguna Drypers sejak lahir lagi.
Sedihnya.

Saya tau keburukan lampin pakai buang ni tapi apakan daya.
Saya kerja, mak saya pun kerja, helper takde.
Kalo pakai kain lampin moden tu siapa yang nak membasuhnya?

Iman, maafkan Ibu nak..


07/07/2010

My First Fondant CC

July 07, 2010 9 Komen
Fondant cupcakes saya yang pertama.
Untuk cousin yang bertunang pada 3 April yang lalu.

Saya tau.
Tak kemas.
Saya baru belajar ni.

Setelah di'touch-up'.

Dah lama dah nak post entry ni asyik terlupa jer.
Sib baik gambar tak hilang.



Merancang jantina bayi anda

July 07, 2010 5 Komen
Boleh ke?
Dengan menggunakan table di bawah, ya, anda boleh.


Saya sendiri melahirkan Iman Madihah di usia 28 tahun.
Dan ternyata, Iman Madihah, baby girl, telah lahir pada bulan Oktober 2009.
Alhamdulillah.
Saya ingat lagi, saya disahkan pregnant pada 28 Februari 2009.
Kalau tak malas, dipersilakan merujuk di entri Detik Itu



Sekarang pula, lihat pada table di bawah.
Betul kan? It's a girl.


So sekarang, target nak dapatkan Iman Madihah seorang adik lelaki.
Tapi, bukan dalam masa terdekat.
Dan dengan adanya table ni, bolehlah kami merancang bulannya.


Kredit to Nana aka Ibu Damia sebab saya dapat table ni daripada blog beliau.
Thanks ya Nana.


Kepada ibu-ibu yang lain, selamat berusaha dan mencuba!
Tapi ingat.
Kita hanya merancang, hanya Allah jua yang menentukan.


Baby girl saya dah pun berusia 8 bulan sekarang.


Saya simpan dalam hati

July 07, 2010 0 Komen
Entahlah, rasa macam tak seronok jer.
Saya tak pernah pun marah dia.
Sebab saya bukan jenis mulut laser yang suka marah orang tak tentu pasal.
Paling marah pun saya akan jumpa KJ atau KP dan mengadu.
Lepas tu reda.
Saya tak simpan tapi saya akan tetap ingat.
Saya sukar nak melupakan.
Saya takkan lupakan di saat saya nak pergi be*ak, dia takde.
Mungkin itulah titik permulaannya.
Tapi, saya marah dalam hati kerana tanggungjawab.
Sendiri mau tau la apa itu tanggungjawab.
Janganlah sewenang-wenang buat macam opis mak bapak dia.
Ok. Cukup. Cukup Ibu Iman.


Sekarang.
Saya dapat merasakan dia macam tak layan saya bila saya bercakap dengannya.
Saya tanya, dia jawab nak tak nak.
Okay.

Mungkin dia letih nak jawab kot.
Takpe.
Maklum, busy.
Cuma dia seorang jer boleh buat.


Well, saya memang takde side effect (SE) pun.
Dia ada ke, takde ke, apa aku kesah?
Oops.. terlebey sudah.


Yang penting saya buat kerja saya.
Dia? Buat lah kerja dia ok.
Oh, siapalah saya,
Serius, garang, tak cantik, tak baik, tak gedik.
Oops..
Siapa yang cakap dia gedik?
Bukan saya ok?
Bukan saya, diulangi sekali lagi bukan saya.


Ah, sudahlah.
Sabarlah wahai hati.
Biasalah di mana-mana pun berlaku begini.


Saya dengar dia nak pergi?
Mungkin tau orang dah mula mengomel pasal dia?
Sebab dia sendiri jugak.
Disiplin? Sendiri mau jagalah kawan.


Saya masih ingat minggu peperiksaan amali itu.
Bukan saya seorang terkena.
KP dah pesan berkali-kali sebelum minggu amali.
Tapi?


Takpe Ibu Iman, cuma ingat TANGGUNGJAWAB.