Follow Us @soratemplates

29/08/2010

'Ditembak' di Bazaar Ramadhan Satok

August 29, 2010 6 Komen
First time aku pergi Bazaar Ramadhan Satok ari marek.
Seperti biasa aku nang sik berapa nak teruja bila pergi ke sine² bazaar.
Maybe faktor umur kali.
Oh, sedar dirik dah tua juak rupanya aku tok.


Marek pergi sia pun sik tauk nak beli apa juak.
Sebab ya mun nak pergi bazaar atau PaRam, aku mesti tetapkan target lok nak meli apa.
Mun sik, alu lah, window shopping makanan ajak.


Kebetulan masa pegi ke sia ada geng photograper molah photoshooting di sia.
Kebetulan juak ada juak member yang join.
Alu lah kamek orang 3 beranak kena 'tembak' juak.


 
  Kredit to Putat (http://www.kakigambar.com/)


Iman muka menjus kali beliang nangga urang rami gilak.
Dan panas jauk.
Bila amsuk lam keta, baruklah muka ada senyum.
Baruklah mulut start bisin balit.
Iman, Imann...


27/08/2010

Mandi Wajib

August 27, 2010 2 Komen
Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”


Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…



Kredit to Azarudin Bocheh (dicopy-paste dari FB)

26/08/2010

Mini shopping di booth blogger

August 26, 2010 13 Komen
Malam tadik seperti biasa pergi bank, bayar utang-piutang semua.
Before ya tek pergi Super Mall lok encarik susu anak kawan ku.
Nak ngepos ke KK sebab di KK sikda berisik susu ya.
Tapi sik ketemuan di Mall.


Terus lah tek ku ngajak Encik Suami aka Ayah si Iman pergi ke eMart.
Walaupun dah kira ahir juak lah time ya, tapi urang gik melobo.
Kedong tek nak urang baruk payday.
Nak encarik baju melayu Ayah Iman lah tek.
Sesambil encarik susu juak.
Sesambil juak survei-survei barang k molah kueh.
Tapi nak..
Nama jak survei tapi terbeli shawl.
Kih kih kihh...
Ada baju lom ada shawl bah, tudung ada tapi nektok kan I prefer k shawl.
Hahaha... nang ngegeh.


Nak dijadikan cerita tek.
Masa nangga-nangga shawl di sigek booth tok.
Nang up-to-date lah barang di booth ya.
Salesgirl nya chubby tapi cute gilak.
Tokey nya tek tersenyum-senyum.
Nang ada daya penarik lah booth ya tek.
Muka ada senyum mestilah manis nak?
Hehehe.


Aku tek tengah nak encoba ngator shawl rah palak.
Si adik salesgirl yang cute ya macam ikhlas jak melayan aku.
Suk lah aku mun gia koh.
Hahaha... nang dasar rempuan juak aku tok.


Tiba-tiba tauke datang...


Tauke: Kitak Mira nak?
Aku: Aok. Kitak sapa oh? (Senyum-senyum lah aku tek)


Bukan apa, ku takut juak member sekolah lamak ka, lak madah kita lawa.
Aku nang sikda idea sine ku pernah jumpa rempuan ya.


Tauke: Kitak blogger nak?
Aku: Aok.
Tauke: Hmm... kenal lah kamek.
Aku: Kitak sapa ooh?
Tauke: Kamek blogger juak. Ngegeh Babe.
Aku: Ohhhh... paduhal
(Dalam ati, sik sangka juak ada juak urang kenal ngan aku)


Kecik jak sora nya madah nickname nya tek koh. Hahaha.


Alu la tek terus nya melayan aku meli shawl di booth nya.
Kacak-kacak bah.
Tudung syria ada juak.
Kelak mun ada rasa nak beli shawl agik harus embak baju terus ke sia.
Senang nak matching-matching.
Kih kih kih...
Dasar rempuan oh...
Sib bait lah Ayah Iman seorang yang bait, understanding, gentleman, loving man.
Nya layan jak kerenah aku mun nak berbeli ya, berbeli tok.
Sayang Ayah Iman eh.


Thanks for everything, Yang!
Haih, melelat indah aku lok..


Sik sangka.
Walaupun sik rapat ngan  Ngegeh Babe, jarang komen di blog nya, tapi nya rapih.
Camya lah kita berjual, mulut sik boleh berat ooh.
Hehehehe...
Lak raya gi umah.


Kecik juak dunia blogger di Kuching tok padu....
Eh, lak mun ada blogger lain tertemu di pasar, jangan lupak negur ah.



25/08/2010

Serikin ada roti jala kah?

August 25, 2010 2 Komen
Sapa suka pergi Serikin? Angkat tangan lok!


Aku eh.. sik pian nak pergi Serikin.
Bukan bunyi nak lawa, tapi tiap-tiap ari jak makei jeraya nak pergi ke Serikin.
Biuk nyawa ku.
Ada juak rasa nak pergi tapi dah ngenang ari Senin sampei Jemat dah ke Bauk.
Sikkan ari Sabtu, Minggu nak ke Bauk agik.


Entri tok bukan berkaitan Serikin.
Tapi berkaitan tempat kerja aku yang jauh dari tempat manusia bersosial.
Boring aih.
Mun ari Jemat sik dapat nak ngerayo sine-sine.
Mun keja di area Kuching ajak, dah jak panjang kaki.
Duit pun kempis juak alu.


Bila time macam tok, ngenang lah tek nak berbeli barang di India Street.
Nak meli perkakas pakei molah kueh.
Mun keja di Kuching nak kah dapat nyelepat mun sikda kelas.
Mun di sitok, mun nak nyelepat ya terus ngular balit umah lah jawabnya.
Nak pergi ari Sabtu, Minggu, kompom manusia bersesakan di sia.


Aku terasa ingin jak nak molah roti jala.
Tapi sikda berisik cuan pakei molahnya.
Mun dapat nyelepat sine-sine nak kah best.
Polah kari ayam, polah roti jala, nak kah nyums.
Walaupun aku sik pernah molah, tapi aku kompiden senang jak molah nya.


Di Serikin ada ka cuan lubang-lubang pakei molah roti jala?
Edeh, kedong Serikin tek bukak ari urang bekerja time tok.


Sian ngan dirik pun eh.
Sampei tua kah aku di sitok?