Follow Us @soratemplates

25/11/2010

Pengorbanan seorang Ayah

November 25, 2010 7 Komen
Bagus tak bagus punya isteri?
Suami disuruh cuti, sebab anak demam.
Haa.. aku lah tu.
Sedih tau.


Nasib baiklah Encik Suami jenis yang tak berkira.
Bukannya aku takmo cuti.
Risau tau tengok anak demam.
Tak sedap hati nak gi kerja.
Tapi minggu ni turn aku driving.
Takkan nak ponteng sehari plak.
Dah ler bulan lepas aku ada ponteng gak.
Kesian lah kawan.


Mudah-mudahan Iman Madihah cepat sembuh.
Malam tadi, kol 9 macam tu, suhu dah sampai 39 dah.
Terus aku mandikan air sejuk.
Masa tu Encik Suami tak balik kerja lagi.
Nak gitau dia, takut dia risau pulak.
Masa tu dia tengah entertain Pengarah-pengarah datang ke jabatan.
Pengarah ni pun satu, datang tu biarlah time kerja.
Nasib baik lepas tu, panas pun semakin turun dan dia berselera makan.


Tapi kol 4 pagi, aku bangun, badan Iman panas lagi.
Rasa nak nangis jer.
Terus aku dan Encik Suami tuamkan badan dan kepala dia dengan tuala basah.
Alahai anak Ibu.
Ibu cuba balik awal hari ni yer, sayang.

Gambar yang diupload Ayah di FB tadi

Yang, sorry and thanks for everything!
Love u so much!



Panas! Panas! Entri ke-500

November 25, 2010 8 Komen
Well, marek lagik aku dah madah, nektok aku tengah mode final exam untuk amali.
Ari tok ari ke-4.


Pagi tok, awal-awal pagi agik, aku dah sik tahan!
Mesti dilepas juak marah tok!
Dan aku baruk lepas ngerepak miak.


Ada 3 orang miak bongok yang aku geram, tapi aku paling panas ngan sorang.
So aku nunggah nya lam bilit, aku nanyak, apa yang nya polah masa exam.


Eh, berani nya jawab aku, ada molah ya, ada molah tok.
Aok, ada.
Tapi, jawapan ko salah!!!!
Dan jawapan ko seciput lah gilak!
Arum bulak banyak gik taik Iman.
Dah la nang sikda dalam skema pemarkahan!
Sikit pun sik ada!!!!!!!!
Ko tauk sikkkkk???!


Alasan ko agik tek, ko sik sempat save jawapan yang ko polah lam folder.
Nak drag dalam folder pun bertahun kah????
Lu pikir lah sendirik.
Mun adik aku sekolah rendah madah nya sik pandei save lam folder dapat juak tek ku terimak.


Lepas ya, soalan senang nak mampus.
Berik alamat URL Maxis ngan Politeknik.
Ko sik tauk kah camne nak makei browser.?
Ok, ko sik tauk browser ya apa.
Search engine?
Ok lah, sik tauk.
Google? Yahoo?


Eh, hello!
Apa yang ko belajar lam kelas????
Masa aku ngajar ko nangga muka aku tang menar jak.
Muka ku kacak sikda jerawat kah?
Atau shawl ku kacak kah?
Atau gigi ku ada cabik kah?
Sampei menar gilak macam paham jak nenung muka aku.


Aaarghhh...
Nang nyuruh aku panas.
Jantng ku masih berdegup kencang tok!!


Sabar... sabar...


**ooops... sik perasan tok entri ke-500 rupanya!



24/11/2010

Saya bukan seperti dulu!

November 24, 2010 7 Komen
Oh, ini entri saya yang ke-2.
Saya baru jer habis jaga exam, so dah free.


Kadang-kadang kan saya hairan jugak, orang boleh publish lebih dari 1 entri dalam sehari.
Diorang ni takde kerja ke asyik nak update entri jer?
Ker diorang dah siap taip banyak-banyak entri kemudian auto-publish?
Kalau saya buat yang auto-publish pun cuma entri yang saya copy-paste jer.


Hmmm... camne ek?


Kalau saya di umah, lagilah saya takkan update.
Kalau kat ofis, ada masa jer baru leh nak mengarang.


Saya masih memikirkan ni.
Ye lah, saya bukan blogger tegar.
Saya bukan seperti dulu lagi.


Banyak benda nak dishare tapi...

November 24, 2010 0 Komen
Bila bukak jer Blogger Dashboard, tangan terus kaku, terus taktau nak mula dari mana, nak cerita part mana. Terkena sumpahan agaknya.

Nak bloghopping pun malas. Mungkin banyak kerja jugak kot. Tak larat nak fikir bab kerja so bila balik umah memang tak pandang pun Mozilla, cuma FB jer lah, tu pun guna cik BB, kalau takde cik BB, malas jugak la kot nak online. Baik layan Iman Madihah jer.

Sekarang memang tengah musim final exam. Entahlah tak sabar nak habiskan semester ni. Taktau sem depan macam mana. Rasa nak resign 1 post tu pun ada jugak. Entahlah....



22/11/2010

Kenapa menyepi ni?

November 22, 2010 1 Komen
Wow wow wow!
Rupanya dah hampir seminggu saya tak update blog ni.
Sibuk sangat ke?
Jap.. nak ingat balik apa yang saya dah buat minggu lepas.

Oh,ya!
Rabu tu hari raya haji.
Padan ler tak online pun.
Gambar pun takde amik.
1 ni jer yang ada.
Tu pun guna BB jek.


Kenapa takde mood?
Saket gigi!
Adui!

Hari Khamis.
Aha... memang sebok.
Dok siapkan proposal dan menguruskan permohonan LPO.
Lepas tu petang ada meeting ALK 2010.
Patut la takde mengadap lappy.

Hari Jumaat.
MC cabut gigi.
Cukup la sekali tu jer merasa sakit gigi.
Lepas on antibiotik, dah tak sakit terus cabut hari tu.

Sabtu, Ahad.
Kenduri dan kenduri.

2x hujung minggu dah bermalam di umah baru.
Walaupun belum bergrill dan kosong!
Ah, tak sabarnya!


16/11/2010

Bukan mudah nak menjadi jurugambar profesional 3

November 16, 2010 7 Komen
Hai Auntie-auntie dan Uncle,

Pernah  tak Ibu cerita Iman pergi photoshoot untuk baby contest hari tu?
Hmm... Ibu cerita kat sini.


Hari tu kan Ayah yang pilih gambar untuk Iman masuk  Baby Cuties Photo Contest anjuran Mummycare, Kuching.  Ibu kan kerja jauh. Ayah yang dekat je lah pergi studio untuk pilih gambar. Masa pilih gambar tu Ayah ada beli pakej gambar-gambar Iman.


Auntie-auntie dan Uncle tengoklah, ni sebahagian daripada gambar tu. Gambar yang dihantar untuk masuk contest tu biarlah rahsia. (Ibu  yang cakap). Nanti kalau dah publish untuk divote, Auntie-auntie dan Uncle tengok lah sendiri k. Mungkin publish kat FB kot.

 Heee... Iman ada lollipop giant


Nanti jangan lupa vote untuk Iman ye.



Ini kesayangan Iman, Ayah dan Ibu.


Kredit  untuk Michael Photography, semua gambar di atas diambil oleh beliau.


Yang benar,
Iman Madihah