Sementara takde mood nak siapkan kerja, baiknya saya siapkan tag dari Makcik
Astina ni. Ooops... muda jelita ai panggil makcik, oh, jahatnya ai. Tapi sebenarnya Makcik
Astina bukan lah makcik seperti makcik-makcik di pasar basah sana. Beliau muda belia lagi jelita. Ini adalah fakta. Harap maklum.
Kalau saya tak buat sekarang, bila lagi? Kang tak terjawab ler gamaknya tag yang senang lagi mudah ini. Biasalah saya. Jarang kan saya buat tag. Hihihi. Kalau ada tu, kira nasib baiklah, itu maknanya saya ada perasaan time tu.
Marilah kita bersama-sama membaca soalan dan jawapan tag. Ayuh, mula!
Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Iman dan Ayah Iman
Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
Minyak kereta kat Shell Bau pagi tadi
Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Dah selamat pun.. di Sukmaville
Temanya maroon membara seperti cintaku... (poyo nya ai)
Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Sudah tentu! Selamanya saya akan bercinta
Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Hingga hujung nyawa... tettt (statement tak boleh blah)
Insya Allah (lagu Maher Zain)
Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
Majalah ANJUNG SERI
Apakah nama penuh korang?
Mira Faizura binti Narawi
Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Sebelum kawen, bapak
Selepas kawen, mak
Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
IMAN + Ayah Iman
Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Tak, washing machine yang tolong basuh
Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Tembok Besar China & Piramid
5 lagu yang paling suka dan selalu dengar ?
- Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
- Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
- Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
- Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
- Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
Lagu tu jer yang terlintas sekarang, nampak sangat selalu sangat dengar kan?
5 blogger yang korang nak tag?
Tak nak tag sesiapa, boleh kan? Sebab saya faham situasi bila ditag, rasa berhutang jer dengan seseorang. Tapi, kalau sesiapa yang rela hati nak buat tu, DIPERSILAKAN. Sila tinggalkan di komen menyatakan yang anda telah rela hati menaip dan mempublish entri berkenaan tag di atas.
Sekian, itu sahaja untuk kali ini. Kelas bersurai. Oops..
Ibu Iman: sik sabar dah nak bukak bekal... hik hik hik