Follow Us @soratemplates

10/02/2011

Aladdin Iman

February 10, 2011 7 Komen
Hai auntie² sekalian alam
Lamak dah Iman sik ngereco dalam blog Ibu tok eh
Ibu gago gilak kat opis
Mun Ibu gago, baruk Ibu nyuruh Iman naip sitok
Hehehehe..

Jap lok, Iman nak nunjuk gambar Iman malam tadik..
Tadaaaa.....


Haa...
Malam tadik Kek La berik Iman pakei baju Aladdin ya
Iman pakei jak lah
Kek La madah Iman jadi Aladdin
Aladdin Iman

Auntie²..
Aladdin ya apa ho?
Iman sik tauk apa Aladdin ya?
Kenak Kek La madah Iman jadi Aladdin?


Iman: Ibu madah Iman macam boboy.. kecik ati Iman eh..


09/02/2011

Salam Takziah buat blogger KemBhoJha.

February 09, 2011 14 Komen
Bergenang air mata bila maca entri KemBhoJha.
Sedekah Al-Fatihah lok ngan lakinya.

Aku jadi sedih bila anak nya sebaya jak ngan Iman.
Sedih aih.
Sikpat nak bayangkan mun situasi ya berlaku ngan aku.
Mati nang mesti.
Setiap urang akan mati.
Tapi..

Ya lah.. mun kita berada dalam situasi ya.
Mesti susah nak adapt dengan rasa kehilangan.
Mun baruk sehari, 2 hari, 3 hari...
Nang masih terasa gilak....

Apapun, salam takziah & salam kenal ngan KemBhoJha.
Semoga kitak tabah mengharungi dugaan tok


08/02/2011

Mari ramai-ramai jawab tag

February 08, 2011 4 Komen
Sementara takde mood nak siapkan kerja, baiknya saya siapkan tag dari Makcik Astina ni. Ooops... muda jelita ai panggil makcik, oh, jahatnya ai. Tapi sebenarnya Makcik Astina bukan lah makcik seperti makcik-makcik di pasar basah sana. Beliau muda belia lagi jelita. Ini adalah fakta. Harap maklum.


Kalau saya tak buat sekarang, bila lagi? Kang tak terjawab ler gamaknya tag yang senang lagi mudah ini. Biasalah saya. Jarang kan saya buat tag. Hihihi. Kalau ada tu, kira nasib baiklah, itu maknanya saya ada perasaan time tu.


Marilah kita bersama-sama membaca soalan dan jawapan tag. Ayuh, mula!


Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Iman dan Ayah Iman


Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
Minyak kereta kat Shell Bau pagi tadi


Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Dah selamat pun.. di Sukmaville
Temanya maroon membara seperti cintaku... (poyo nya ai)


Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Sudah tentu! Selamanya saya akan bercinta


Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Hingga hujung nyawa... tettt (statement tak boleh blah)
Insya Allah (lagu Maher Zain)


Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
Majalah ANJUNG SERI


Apakah nama penuh korang?
Mira Faizura binti Narawi


Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Sebelum kawen, bapak
Selepas kawen, mak


Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
IMAN + Ayah Iman


Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Tak, washing machine yang tolong basuh


Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Tembok Besar China & Piramid


5 lagu yang paling suka dan selalu dengar ?
  • Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
  • Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
  • Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
  • Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
  • Hanya Ingin Kau Tahu (Republic)
Lagu tu jer yang terlintas sekarang, nampak sangat selalu sangat dengar kan?


5 blogger yang korang nak tag?
Tak nak tag sesiapa, boleh kan? Sebab saya faham situasi bila ditag, rasa berhutang jer dengan seseorang. Tapi, kalau sesiapa yang rela hati nak buat tu, DIPERSILAKAN. Sila tinggalkan di komen menyatakan yang anda telah rela hati menaip dan mempublish entri berkenaan tag di atas.


Sekian, itu sahaja untuk kali ini. Kelas bersurai. Oops..


Ibu Iman: sik sabar dah nak bukak bekal... hik hik hik



Aku perlukan damai

February 08, 2011 6 Komen
Kadang-kadang aku perlukan damai untuk menyiapkan kerja
Dan sekarang memang aku perlukannya!!


Ibu Iman: aku nak siapkan proposal, nak siapkan design...


07/02/2011

Busana Pengantin Elyana

February 07, 2011 6 Komen
Elyana dah nikah rupanya
Delay agaknya flight AA
Ahaks..
Kesian kan saya?

Tapi, saya bukan nak cerita pasal majlis kahwin Elyana
Nak cerita pasal baju nikah dia
Mak aii... saya sukaaaaa bangat
Kalernya memang nice, tip-top
Dalam hati, kenapa saya tak terfikir nak pakai kaler tu dulu ek?
Senang jer jawapan, saya heart merah.
Titik


Cantik kan?
Berjuta kali lah like!
Bunga-bunga putih yang timbul tu
Oh, sukanya!


Elyana pun cantik
Lama dah tak dengar cerita Elyana


Nice shot!
Ini masa majlis sanding agaknya.

Inilah suami Elyana
Ni confirm masa akad nikah

Sumber adalah dari Hatta Dolmat
Menurut Hatta, baju Elyana ni takdelah sampai berpuluh-puluh ribu
Boleh caye ke tak ek?
Tapi serius, design Hatta Dolmat memang ada class!


Ibu Iman: munlah nya mok design sigek jak baju k nikah adik ku kelak ohh... pakei kakak pengantin... haha


06/02/2011

Nurul AF2 dah selamat menjadi tunangan orang

February 06, 2011 1 Komen
Ingat lagi tak dengan Nurul AF2?
Alaaa... yang kecik-kecik, comel-comel tu..
Yang Kaer suka tuuuu..
Oops... terlebey sudah


Ingat? Tak ingat?
Takpelah..

Tapi..
Ehem.. saya memang minat dia
Dari minat terus jadi kawan
Dia pernah dinner kat umah
Nya suka gilak makan kasam koh..
Hehehe..

Lama dah tak jumpa Nurul
Tup-tup member kepada Nurul update status kat FB yang Nurul dah selamat bertunang
Dalam Utusan Sarawak pun ada berita Nurul bertunang
Alhamdulillah, dia dah menjadi tunangan kepada Mohd Munzil pada 5 Februari hari tu
Tahniah Nurul!

Menurut sumber dari Utusan Sarawak tu, Munzil yang berasal dari KL ialah pensyarah sebuah IPTA
IPTA mana tak tau ler pulak
Baru jugak diorang ni  kenal tapi jarang jumpa
FB jer lah yang mengeratkan hubungan mereka
6 bulan kenal dan berkawan then masa new year hari tu Munzil telah melamar Nurul

Munzil: Nurul, kitak mok sik kawen ngan kamek?
Nurul: Kamek? Kawen ngan kitak? Ne tauk nya..
Munzil: Mek nanyak menar tok..
Nurul: Menar lah. Mun kitak menar, tanyaklah ngan mak mek oh
Munzil: Aoklah. Lak mek nyuruh mak mek agak mak kitak. Kitak bertunang lok ah.
Nurul: Haih.. haih..
Munzil: Kamek dah madah tek nak, kamek serius.
Nurul: Baiklah (tune ala-ala Sinchan)
Munzil: Aie... jaik kitak eh. Mek cubit pipi kitak lak.
Nurul: Cubit lah, macam lah mek takut.
Munzil: Aokkk... ceredit kitak ya. Lam telepon berani lah kitak.

(Iskk.. sembang dalam telefon rupanya....)
Hahaha.. bajet macam si Munzil tu pandai speaking Serawak
Tapi dialog tu rekaan semata-mata jer
Jangan marah k.. huhu

Semoga Nurul dan tunangan tabah menghadapi dugaan darah manis semasa bertunang
Tahniah, Nurul!!

Ibu Iman: jangan ditanyak di mana ku menghilang... paham-paham jak lah cuti.. blog pun cuti.. hihi