Follow Us @soratemplates

29/04/2011

Hero atau Kaki Ampu?

April 29, 2011 2 Komen
Bos baru report duty
Dan anda, seorang yang sangat berani bersuara
Memberitahu kepada Bos Baru semua masalah & konflik yang berlaku di ofis
Siap bagi cadangan itu ini

Anda nak jadi hero ke nak jadi kaki ampu?


Ibu Iman: pikir-pikirlah juak urang lain...


Bangga tak dengan bangsa sendiri?

April 29, 2011 2 Komen
Tak kiralah bangsa anda di luar sana
Saya ada sedikit tinjauan:
  1. Anda bangga tak dengan bangsa anda?
  2. Sekiranya anda Melayu, pernah tak anda menyesal kerana dilahirkan berbangsa Melayu?
  3. Melayu ni bangsa yang hina ke? Down-graded sangat ke?

Ibu Iman: ada urang besar dirik, sik bangga ngan bangsa Melayu, cuma bangga jadi umat Islam jak..



Bukan senang nak memimpin

April 29, 2011 4 Komen
Cuba kita lihat fenomena politik hari ini
Macam-macam isu yang 'dimainkan'
Ada yang menyokong, ada yang membangkang. ada yang atas pagar
Yang menyokong dan membangkang ni bagus, ada pendirian sendiri
Bagi yang atas pagar tu?
Itulah duri dalam daging
Mereka boleh masuk kepada penyokong atau pembangkang
Dan mereka boleh menghasut dan memfitnah di kedua-dua pihak

Aku memang jengkel dengan golongan atas pagar ni
Bajet diri tu baik, berkecuali
Tapi, mereka itu lah sebenarnya batu api


Ibu Iman: politik pejabat yang... erggghhh... fed-up



28/04/2011

KLMJ

April 28, 2011 6 Komen
Dalam kereta, nak pergi ke family dinner di luar

Adik: Apa maksud KLMJ?
Ibu Iman: Hah? Apa tu?
Adik: Ada budak update dalam FB, KLMJ
Ibu Iman : Entah, tak tau
Adik: Apa ek? Tanya E-ill lah, dia mesti tau



Sampai di tempat makan, cousin yang baru habis SPM pun ada (E-ill)

Adik: Ill, apa KLMJ?
E-ill: Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (spontan jer dia jawab)
Adik: Apa? Hahahaha

Kami yang semua 20-an pun tergelak besar
Budak-budak zaman sekarang
Kreatif betul menggunakan akronim
Tak terlintas langsung pun KLMJ tu apa


Ibu Iman: 143 jak tauk... hahaha



Sik Ada

April 28, 2011 6 Komen
Dulu masa mula² positif pregnant
Awal² lagi dah kami gitau Iman
Yang dalam perut Ibu ada 'Adek'
So, Iman pun kiss perut Ibu
'Dek' 'Dek' - kata Iman


Dalam minggu ni, masa lepak² atas katil
Tiba² Iman kiss perut Ibu
'Dek', 'Dek' - dengan excited sekali
Alahai, kesiannya anak Ibu
Dia ingat lagi rupanya

Ayah pun dengar
"Ooo tedahhhh...." - kata Ayah
Ayah pandang muka Ibu
Dan kami berpandangan

"Adek dah sikda, nak" - Ibu cuba menjelaskan kepada si anak
Kesian si anak
Sambil Ibu buat action dengan tangan, bermaksud -tak ada-

Tadi masa adik Ibu dan Iman berdua-duaan di rumah
Tiba² Iman selak baju Mak Mok (adik Ibu)
Iman usap-usap perut Mak Mok
Seolah-olah sedang buat pemeriksaan kat perut si Mak Mok
"Sekdaaaa" - kata Iman, sambil tangan buat action sik ada

Alahai Iman...  semuanya dia ingat

Zaman berpantang Iman...keciknya Iman, sekarang...? Hihihi... 30hb ni genap setahun 6 bulan



Ibu Iman: baruk malam tadik cerita ngan Mak Mok, siangnya terus Iman cek perut Mak Mok gik, anng lah sik ada papa perut Mak Mok... hehehehe



25/04/2011

Masa berlalu..

April 25, 2011 1 Komen
Dah nak masuk bulan 5, sekejap jer masa berlalu
Banyak sangat kerja nak disetelkan dalam masa terdekat ni
Rasa tak sabar plak nak habiskan bulan 5
Bulan 6, cuti semester
Boleh lah rilek-rilek goyang kaki
Ye ye o jer aku nak goyang kaki kat ofis
Jangan bermimpi lah Ibu Iman oi!!

Iman pun dah nak masuk 1 tahun 6 bulan
Tak lama lagi dah 2 tahun
Dah besar dah baby Ibu
Dulu kecik, bulat tembam jer
Bestnya picit-picit, gomol-gomol
Sekarang, kalau kita picit, dia picit kita balik
Hehehe...

Sekarang, dah pandai tolong Ibu jemur kain
Anak sulung perempuan ler katakan..
Hehehe...





Ibu Iman: Iman suka ngekot apa dipolah kita...