Follow Us @soratemplates

28/05/2011

Kisah si rambut midin

May 28, 2011 8 Komen
Saya selalu merindukan budak kecik ini.
Budak berambut sayur midin.

Kredit: Flickr
Atau lebih tepatnya, paku midin sebenarnya, yang bergulung berpintal².


Dulu masa kecik senang jer dia dihias.
Dipasang hairband, ok jer dari pagi ke malam.
Sekarang? Dah lawan tokey, ok.
Kat umah langsung takmo nak ikat rambut.
Dah la rambut mengerbang.


Kalau nak berjalan, atau nak main dengan kawan² kat luar tu, nak pulak cantek².
Kalau mood ok boleh ikat 2, kalau tak,single ponytail je la.


Aktiviti sekarang pulak suka nak mengajuk orang dewasa.
Apa yang kita buat, itu la yang dia ikut.
Dok umah nek wa, tugasnya menyapu rumah, melipat kain.
Tapi.. lebih ke main je lah.
Di rumah sendiri tak berpeluang buat semua tu kan?
Nek wa yang bekas guru tadika pulak, punya cara lain untuk mengasuhnya.
Buku pun buku budak 5-6 tahun yang nek wa guna-pakai untuk dia belajar main².


Alhamdulillah, dia suka semua jenis bahan bacaan.
Buku teks usu, buku nursery rhymes, katalog tupperware, majalah PaMa, Mastika, buku wirid solat, Dara.
Semua dia ambik, renung dan belek².
Jumpa pen, terus conteng.


Terserlah kan rambut yang tersesat tanpa hala tuju, tidak tentu arah.
Golong sana, golong sini dan semakin panjang.
Ikat pun sebenarnya macam tak ikat jugak.
Rambut midin, kata nenek.


26/05/2011

Apabila apai indai berFB?

May 26, 2011 4 Komen
Cerita pasal FB lagi. Sila jangan boring ok.

Tersenyum sendiri bila  view FB jiran-jiran. 1 famili ada FB, dari apai, indai, dan seterusnya anak-anak, itu semestinyalah. Baru semalam kan aku cakap, hampir semua orang mesti ada punye akaun FB. Mak aku pun ada FB. Serius, tak tipu. Tapi sebenarnya dia tak update pun. Selalu sape yang update? Adik aku lah. Mak aku nak ada akaun FB sebab nak tengok gambar & baca status orang-orang tertentu kat ofis dia jer. Huhu. Mak poret, anak poret. Bagus kan?

Baru jap tadi view FB jiran aku. Terus aku terfikir, siapa yang mainkan  untuk dia ek? Dia main sendiri ke, atau anak-anak die? Hihihi. Ye la, berdasarkan pengalaman bondaku yang tercinta, manadanye die nak update status sendiri. Tu yang aku boleh terfikir tiba-tiba, terus tersenyum-senyum tu. Heheheh.



25/05/2011

Entri sentap pasal realiti dan dunia FB

May 25, 2011 4 Komen
Mungkin ada yang sentap dengan entri aku kali ni. Harap dimaafkan ye.

Facebook atau FB, besar kecil tua muda, semuanya tau FB. FB dah jadi macam 1 kemestian kepada pengguna-pengguna komputer, laptop, smart phone dan handphone pada zaman sekarang. Tapi ada juga yang tidak mempunyai akaun FB disebabkan kekangan masing-masing. Tak semualah ada kan?

Aku, aku ni memang agak 'bising' sedikit di ofis. Aku nak berubah jadi pendiam sikit, tak boleh. Dah cuba tapi failed. Dalam morning prayer aku mesti bercakap, tak suka pun, aku kena juga bercakap kalau ada yang perlu dimaklumkan, dalam meeting pun aku terpaksa bercakap, untuk melaporkan aktiviti dan info dari Unit aku, sebab tu lah aku cakap tak suka pun, aku terpaksa juga bercakap.  Rasanya dulu aku bukan orang yang suka bercakap di khalayak ramai. Tapi tiba-tiba sekarang aku jadi extrovert.

Bagi orang yang banyak cakap macam aku ni, mungkin orang tak hairan status FB aku. Tambah-tambah lagi bila dah pakai BB, haruslah status diupdate selalu. Kalau tak, rugi jer bayar bil. Tak kurang jugak, kalau tak puas hati kat ofis ke student ke, FB lah menjadi mangsa luahan perasaan. Bagi aku, aku tak kesah, nyah tak kesah pun nak update benda-benda macam ni, janji cerita dalam kelambu tu tak update. Haram tu war-warkan kepada semua orang. Eii, tak malu ke? Aku pelik jugak sebab ada manusia yang suka buka pekung di dada sendiri. Kesian pun ada.

Ni nak cerita pasal status di FB. Dulu, ada la ex-student aku ni, memang pasif lah dalam kelas. Tak bercakap, antisosial, slow learner dan kura-kura lah dalam kelas. Tapi bila habis jer Sijil, tiba-tiba status FB nya jadi meriah. Tak sediam atau sepasif orang nya. Semua gambar aktiviti kolej, gambar personal staf, semua dia nak komen, sampai lah aku geram sangat aku sound dia. 'Dulu masa kat kolej, kolej buat aktiviti taknak join, bila dah abis baru kecoh-kecoh nak join lah, apa lah.' Lecturer lain pun sama, sound direct kat dia. Terus diam. Adeh, terasa kejamnya diri ku. Suka nak down-downkan budak. Tapi betullah, aku ingga bah, kata orang Sarawak. Ingga. Tauk sik ingga?

Sekarang, ada sorang staff baru kami, pensyarah, tapi agak pendiam lah. Nak suruh bercakap punyalah susah. Senyum jer memanjang. Kadang-kadang masa meeting rasa macam nak jer aku tolong bukakkan mulut dia agar bercakap. Haha. Giler jahat aku ni kan? Rimas aku dengan slow-speaker macam ni. Tapi kan, yang anehnya, dia rajin benar update status FB, macam-macam pulak tu. Macam tak kena plak dengan personaliti dia di alam realiti ni. Pelik aku. Macam split identity.

Oops, adakah aku ni dalam kategori mengumpat? Er, poret jer. Hahaha. Tapi itulah kenyataan, kadang-kadang alam maya ni membuatkan kita keliru seketika. Sebab tu lah wujudnya split identity dalam diri seseorang tu.

Aku sendiri pun dah komfius ni, betul ke aku ni banyak cakap? Mungkin ke aku ni sombong? Hmm.... Hanya batu mengenal manikam. Biarlah aku jadi diri aku sendiri.


Jangan bimbang... Secret Recipe Halal

May 25, 2011 1 Komen

Bagi penggemar kek-kek di Secret Recipe, berita penemuan DNA babi dalam bahan yang digunakan untuk membuat kek di premis kek tersebut pada awal minggu ini sangatlah mengecewakan. Tetapi pihak Secret Recipe telah menyangkal dakwaan tersebut dengan menjawab email daripada pengguna yang meminta kepastian daripada mereka.Terima kasih kepada pihak 'Resepi Rahsia' kerana sanggup memberi penjelasan berhubung perkara ini.

Kredit kepada blog Mrs. Farizal

Ikuti kronologi email daripada seorang pengguna dan juga email jawapan daripada pihak Secret Recipe


Ini pula ialah email jawapan daripada pihak Secret Recipe.  



Diharap semua penggemar dan pengunjung setia Secret Recipe bertenang dan bersyukur kerana Secret Recipe sememangnya halal. Alhamdulilah.


23/05/2011

Iman Madihah dulu-dulu

May 23, 2011 3 Komen

See? Iman tahun lepas, ni gambar masa nak pergi CNY umah bos. Gelap, bulat, boyish. Serius tu memang trademark die lah. Tengok cara dia getapkan bibir tu, sampai berlekuk-lekuk dagu. Oh, rindunya Iman dulu-dulu. Iman sekarang dah makin lasak. Sebelum tidor dia yang arahkan kita untuk bacakan buku untuk dia. Kena baring sebelah dia. Kalau tak layan, mulalah dia membebel.

Tengok tang rambut pulak. Dulu rambut ala-ala baby boy. Sekarang dah panjang tapi kerinting. Nenek cakap rambut 'midin'. Kalau Sarawakian tu tau lah macam mana rupa sayur midin. Hehehe. Sekarang, Iman tengah obses dengan Marimar. Sikit-sikit nak tengok video Marimar. Kalau tengok gambar dia sendiri, 'Mar', 'Mar'. Eh, perasan pulak dia nak jadi Marimar. 

Rindunya kat Iman Madihah.



post signature