Follow Us @soratemplates

06/09/2011

Kita hanya merancang

September 06, 2011 7 Komen
Di pagi 8 Syawal ni barulah ada masa nak update 'sesuatu' kat sini
Tu pun sebab hari ni saya dah masuk kerja
Kalau tak, berkulat la jawab nya blog ni
Apapun, selamat menyambut Aidil Fitri dan selamat berpuasa 6 ye!

Sedih dan terkilan
Bila dapat tau saudara yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ni
Terpaksa menangguhkan majlisnya
Gara-gara pihak lelaki buat hal
Bayangkan semua persiapan dah siap
Tiba-tiba pihak lelaki bagitau nak menangguhkan perkahwinan mereka
Tangguh pada tahun 2013 pulak tu
Tak masuk akal langsung!
Macam-macam boleh jadi dalam masa 2 tahun tu
Entah apa-apalah lelaki macam
Entah spesis apa
Geram!

Bayangkan...
Kad dah siap... cuma belum diedarkan
Hantaran dah siap
Baju kawen dah siap
Bilik pengantin dah siap
Dewan dah tempah

Semuanya 'burn'!
Macam s**l jer lelaki macam tu

Tapi
Kita hanya merancang
Allah jua yang menentukan

What you give, you get back
Trust me!


23/08/2011

Nabila Huda tuntut cerai?

August 23, 2011 3 Komen

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.


Kredit to: Lulu Pages 


Tak sangka kan? Macam bahagia jer artis-artis kita ni, tapi sebaliknya? Mesti dah tak tahan lagi dah nak tunggu habis bulan Ramadhan tu.




22/08/2011

22 Ramadhan

August 22, 2011 3 Komen
Hari ni dah masuk 22 hari kita di bulan Ramadhan al-Mubarak
Ibu dan baby masih dalam keadaan terkawal, masih berpuasa
Alhamdulillah... baby sangat baik
Semoga dapat ler tamat hendakNya tahun ni
Amin..

Ramadhan kali ni bersahur berdua jer
Kekadang jer bertiga sekali dengan Iman Madihah
Dan Ramadhan kali ni dah 3x dah tak sedar bersahur
2x sebelum ni sempat minum air jer
Tapi pagi tadi, dah tak sempat apa-apa
Sedar jer dah 6.20 pagi!
Selalunya time tu dah gerak nak ke ofis
Memang gabra
Ketakutan - kelambatan semua orang (sebab car pool)
Mintak tolong member drive hari ni
Adeh, kebetulan minggu ni memang giliran saya
So saya pergi kerja lone ranger lah hari ni
Sampai ofis pun jam 8
Sepatutnya bulan ni masuk 7.30
Hmm... nak buat camne, bukannya dirancang pun

Sori la Ibu sik sengaja bah

Sian Ibu aher alu turun kerja, Iman ya tido aher malam tadi, nangis-nangis nak nengok yoyo (video)



16/08/2011

Semangat Raya

August 16, 2011 3 Komen
Phew!
Dah tak semangat dah nak mengajar
Ada seminggu lagi kelas sebelum bercuti
Tahun ni raya tak seperti sebelum ni
Baju tak buat pun, beli jer
Ala kadar jer
Tapi tahun ni beraya di rumah sendiri
Macam manalah agaknya ek
Walaupun dekat jer dengan umah mak
Tapi takkan nak melepak umah mak
Mesti nak kena tunggu orang datang beraya di umah
Hmm...

Aidil Fitri 2010

Tahun ni Iman dah nak dekat 2 tahun
Dah tauk reti, kata orang Serawak
Dah pandai berlari, bermain dengan jiran-jiran, main mercun bawang
Mesti seronok
Popia untuk sampel pun dia makan
Rambut pulak makin golong-golong
Tak macam raya tahun lepas, belum curly sangat
Apapun sekarang dah terasa ketuaannya
Fikir anak yang lebih