Follow Us @soratemplates

17/11/2011

Singkol

November 17, 2011 3 Komen
Singkol
Tau tak apa itu 'singkol'?
Singkol tu dalam bahasa Melayu standardnya ialah JANGGAL
Apa yang nak dijanggalkan?

Hari ni nak dijadikan cerita ialah hari yang paling malas dalam minggu ni
Aku rasa 20% jer aku buat kerja hari ni
Selebihnya aku berFB dan BW
Lama dah tak berBW
Lompat sana, lompat sini
Usha situ, usha sinun
Dan tetiba rasa nak klik jer entri² zaman dulu²
Erk... begitu menggelisnya diriku membaca entri zaman tak matang dulu
Gambar sana, gambar sini, semua nak di'gambar'kan
Tetiba rasa ing ke dir pulak aku wei!
Tapi apa boleh buat, dah tu zaman kejahilan aku
Sekarang takde masanya aku nak buat macam tu lagi
Gi mana² kena bergambar untuk update kat blog
No! No! No! bak kata Iman
Banyak lagi kerja aku nak buat
Tapi yang peliknya dulu aku ada jer masa nak buat semua tu
Sekarang ni jadi takde masa pulak
Kenapa ek?

Adakah kerana beban kerja semakin bertambah?
Adakah kerana sekarang aku sudah punya anak?
Adakah kerana aku sudah ada rumah tangga yang perlu diuruskan?
Adakah kerana ...?
Adakah kerana ...?
Aku sendiri pun taktau kerana apa

Tapi
Syoknya kalau aku boleh menaip lagi dan lagi
Tapi
Aku rasa aku dah malas nak menyusun ayat nak menaip kot
Haa... mungkin otak aku perlu rehat agaknya

Mungkin?

11/11/2011

Nombor binari 111111

November 11, 2011 0 Komen
Nombor binari lagi untuk tahun 2011 selepas 101111. Dan ramai yang memilih tarikh keramat ni untuk mendirikan masjid, mungkin ada yang sanggup tunggu pukul 11.11 pagi untuk disahkan sebagai suami-isteri kot. Hmm... apa sangatlah yang ada pada nombor kan? Heh.. tak kisahlah labu, janji mereka bahagia kan?

Semenjak 2 menjak ni line di ofis sangatlah down. Mungkin kerana pertukaran  leased line ke line MYREN. Kalau pakai leased line tak dapek lah nak berFB, wifi jer yang dapat sekarang tapi aku masih ada BB, selamat lagi, dapek lagi lah nak usha-usha status orang. Hihi.

Lama sangat dah tak menghasilkan entri berkualiti di sini. Kesian blog berhabuk. Saya bukan budak remaja lagi nak update cerita beli kasut, beli shawl, makan di situ, lepak di sini. Mungkin peralihan usia, entri di sini pun semakin dewasa dan berusia jugak lah kot. Nanti-nantilah story-mory lagi. Daa...

Muahs! Muahs!

05/11/2011

30 Oktober 2011 - Happy 2nd Birthday, Iman Madihah!

November 05, 2011 2 Komen
30 Oktober 2011 Iman Madihah genap 2 tahun. Bangun jer tido dia dah tersengih-sengih, macam tau² jer hari tu birthday dia.

Ibu: Happy birthday, anak Ibu!!!
Iman: *senyum nampak gigi*... day-day Man

Di antara dialog Ibu dan anak semasa anak baru terjaga dari tido. 

So adalah sikit jamuan untuk birthday Iman, masa 1st birthday memang tak buat pun, ye la apalah budak umur setahun tau. Sekarang dah masuk 2 tahun, dia dah ada demand dia sendiri. Masa nak order kek pun dia tunjuk, Pipin!! Ingatkan taknaklah kek Upin Ipin, ye la birthday girl, nak la tema Princess ke, Dora ke, Barbie ke, tapi Iman ni obses sangat dah dengan Pipin nya.

Impian Iman akhirnya menjadi kenyataan. Birthday cake Upin Ipin! Order dari member jer, senang jer EI pun dah ada di Kuching, tak payah nak order dari Semenanjung dah.

Muka birthday girl yang excited giler. Memula day-day Man. Bila kek dah sampai, bertukar pulak ke day-day Pipin. Erkk... Pipin plak yang birthday. Tak sabar² nak potong kek bila kek sampai padahal tetamu tak sampai lagi.

 Iman tiup candle tak cukup kuat la. Kena Ibu jugak yang tolong.

Birthday girl yang ceria bersama Ibu. Ceria sangat Iman hari tu bersama kawan².

Posing sengeh sebab dapat hadiah banyak. Alhamdulillah.

Mana Iman ni? Tu diaaa...

Kesayangan Ayah dan Ibu, penawar hati Ayah dan Ibu, dah besar pun Kakak Iman. Semoga anak Ayah dan Ibu membesar jadi anak yang cerdik, pandai, bijak tutur-kata, hormat orang tua dan mendoakan kesejahteraan orang tuanya. Amin amin ya rabbal alamin. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati anak Ibu, Iman Madihah (Kepercayaan Yang Terpuji).



21/10/2011

Shopping dan Aset

October 21, 2011 3 Komen
Sejak bergelar isteri dan ibu saya jarang sekali keluar shopping dengan kawan-kawan. Kalau ada pun time out station jer. Tu pun kalau ada geng yang 1 kepala. Kekadang bila keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis, saya tak teruja pun nak membeli barang, kalau tengah sengkek tu memang takkan beli lah, tapi bila boleh jer nak membeli tu pun saya fikir 2x. Kalau saya beli dengan kawan-kawan, nanti kalau keluar dengan Encik Suami nak beli apa lagi. Makanya saya tak beli apa-apa.

Bila keluar dengan Encik Suami, susah jugak nak shopping. Kekadang saya kesian kalau dia terpaksa ikut saya ke hulu ke hilir sebab nak survei yang terbaik. Pastu 1 lagi sikap saya, kalau benda tu dah mahal sangat selalunya Encik Suami volunteer nak bayar, saya dah jadi serba-salah pulak. Akibatnya saya tak beli jugak.

Kalau barang Iman, lain lah, kalau barang saya sendiri rasa tak best jer kalau selalu sangat Encik Suami nak bayarkan. 

Sebab tu lah saya prefer shopping sorang-sorang tapi selalunya perkara ni saya  hanya akan buat kalau pergi out station jer. Hehehe. Ke mana lagi? Jalan TAR, Masjid India & JJ Mid V. Oh, I like.

Sejak ada komitmen rumah sendiri, saya hanya akan membeli dengan berhemah.  Yang tak penting dibiarkan. Utamakan yang penting dahulu. 

Hidup berkeluarga di rumah sendiri memang mengajar erti kesabaran. Takpe, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang penting kami dah kumpul aset. At least dah ada 2 buah rumah, takpe... rumah tu... 1 pelaburan jangka panjang.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau permudahkan dan murahkanlah rezeki keluarga kami. Hanya kepada Engkau  tempat kami memohon.


20/10/2011

Kenapa kurang update?

October 20, 2011 0 Komen
Bukannya tak nak update tapi sebenarnya tak tau nak update pasal apa. Entahlah kenapa dulu dan sekarang dah rasa lain tapi padahal sama jer. Dulu boleh jer nak update semua benda, sekarang? Memang lain. Sebab certain benda memang taknak cerita kat blog. Kenapa yek? Kenapa tak boleh macam ibu-ibu lain update macam-macam kat blog, setiap hari? Hmm... agaknya kena buat kajian la kot. Hik hik. Perasan nak buat kajian. Tak lama lagi musim b to the z dah nak tiba. Kita tengoklah nanti, mungkin masa busy tu tangan ni rajin nak mengetik keyboard dek kerana stress ke. Wait & see k...