Follow Us @soratemplates

22/12/2011

SBPA oh SBPA

December 22, 2011 0 Komen
Sana-sini orang sibuk dengan SBPA. Saya baru jer dapat borang tu semalam tapi tak sign lagi. Taklimat jabatan pada 29hb nanti di Politeknik Kuching. 30 tarikh last hantar, 29 baru nak taklimat. Hmm...

Kalau ditengokkan kenaikan gaji confirm memang sign tapi bila part pencen 60 tu, erkk... tu yang tak berani nak sign tu. Tunggu pas taklimat nanti lah... hehehe.


Best kan kalo jadi budak. Tengok gambar Iman, masa demam hari tu seharian taknak pakai baju, baju dia terkena muntah katanya. Macamlah ada 1 baju tu jer. Pastu petang-petang sebok nak main basikal kat luar rumah, tanpa baju! Bila auntie (jiran) tanya kenapa Iman tak pakai baju. Sebok bagitau Auntie baju Iman terkena muntah. Memang lah muka tembok, ringan mulut anak Ibu sorang ni.

Iman tak sebok pun nak sign option SBPA. Jeles. Kalau sign bebuta macam tu jer, boleh tak ek? Hihi...



21/12/2011

Penghujung tahun 2011

December 21, 2011 0 Komen
Sekali rasa nak update, update jer la. Takde maknanya nak Wordless Wednesday hari ni. Hihihi.

Bila nak menutup tahun ni, biasalah mesti bebudak cuti semester. Baru jer rasa nak rileks sikit tapi memandangkan tahun depan nak ambik cuti 3 bulan so terpaksa bekerja keras sikit hujung-hujung ni. Masa kritikal dan kecederaan. Tapi? Macam tak cuti jer, kerja sememangnya berlambak. Aduuu...

Semalam sepatutnya kena handle meeting untuk Unit tapi princess kat umah pulak demam. Tak sampai hati nak tinggalkan dengan Nek Wa so ambik la EL. Meeting pun terpaksa ditangguhkan. Kalau lepas cuti krismas ada staff yang masih cuti, terpaksa la dianjak ke tahun depan meetingnya. Huhuhu.

Dan pagi ni bila masuk ofis balik, bukak fail bengkel minggu lepas, rupanya ada 1 meeting lagi nak kena handle. Adehh... bila fikir pasal agenda meeting ni, bermakna kena buat kerja dulu baru leh bawa masuk meeting. 

Bila nak buat fail perancangan mengajar sem depan?

Yang penerbitan laporan tahunannya? Takutnya tak terbuat laporan tu. Dah ler 1st time ni. Mesti nak yang terbaik. Mesti.

3rd Trimester

December 21, 2011 2 Komen
Berapa hari lagi kita nak meninggalkan 2011. Cepatkan masa berlalu? Dan minggu ni Adek dah minggu ke-31, nak masuk 8 bulan dah. Ada sebulan lebih lagi Iman Madihah nak bergelar Kakak.

31 minggu baby bump baru nampak. Kesian cleaner kat ofis, terkejut beruk diorang tengok baby bump saya tiba-tiba membesar. Bila ditanya, "Dah 7 bulan, kak". Hahaha. Itulah saya, masa pregnant Iman dulu pun masa 7 bulan barulah nampak macam perempuan pregnant. Sebab tu jugak orang macam tak percaya. "Eh, sekejapnya dah nak bersalin." Nak buat macam mana. Sebab mak saya pun macam tu jugak.

Untuk kali yang ke-2 ni, tak banyak persiapan yang perlu dibuat macam Iman dulu. Masa Iman dulu memang zero. 1 benda pun tak ada so semuanya kena beli. Sekarang, bolehlah bajet sikit sebab barang-barang Iman yang masih boleh diguna tu, Adek boleh pakai. Kesian kan jadi anak ke-2. Ha, sebab tu lah saya invest sikit masa beli barang-barang Iman dulu. Biar kata orang, alah membeli, menang memakai. Mana yang boleh tahan lama tu, belilah yang berkualiti dan mahal sikit pun takpe, kata nak pakai lama. Huhu. Macam barang yang pakai buang tu, takpe lah beli yang murah-murah, sebab pasni mesti tak boleh nak pakai lama. Boleh terus buang.

Bila dah dikenang-kenang dah nak 8 bulan, tapi persiapan 1 apa pun tak ada lagi. Cuma:

Ibu care:

Confinement lady - Dah booking
Toileteries - Belum
Nursing bra - Belum
Disposal panties - Belum
Ubat-ubatan - Belum
Maternity Pad - Belum
Stokin - Belum

Feeding

Breast Pump - Belum
Termos - Belum
Feeding Bottle 2 oz - Belum
Bottle and Teat Brush - Belum

Clothing:

Baju lengan panjang - 1
Baju lengan pendek - 1
Seluar panjang + socks - 2
Mittens and booties - 2
Handkerchief - 3
Hat - 2 (Kakak Iman punya)
Baju lengan panjang Kakak Iman - 2
Baju lengan pendek Kakak Iman - 3
Seluar panjang Kakak Iman - 2
Seluar pendek Kakak Iman - 2

Nursery:

Baby cot - Kakak Iman
Tilam - Kakak Iman
Baby Pillow + Bolster -Kakak Iman
Baby Pillow + Bolster Case - Kakak Iman
Bumper - Kakak Iman
Kelambu - Kakak Iman
Receiving blanket - Kakak Iman
Cadar - 1
Feeding pillow -1
Baby blanket - Belum

Bathing

Bath tub - Belum
Toileteries - Belum
Towel - 2

Diapering

Changing Mat - Belum
Baby wipes - Belum
Disposable Diaper (Newborn) - Belum
Diaper Rash Cream - Belum
Napkins -1 pack

MISC

Bakul baju Adek - Belum
Pelbagai jenis minyak - Kakak Iman
Hanger - 2 


*Minyak pel_r jer belum ada, in case Adek yang keluar nanti boy.

See? Banyaknya benda yang belum beli. Bukannya apa, masih blur taktau nak beli apa. Sekarang dah bolehlah beli sebab dah ada checklist ni. Nak sangat beli romper tapi tak sure lagi baby girl ke boy. Hari tu dah scan maybe boy, tapi tak sure. Pasni nak ke private clinik pulak nak scan untuk kepastian lagi. Hari tu Sister tu dah tunjuk 'telur' Adek tapi tak berani lak nak confident sangat. Nanti mengharap lebih, susah pulak. Yang penting Adek sihat dan sempurna. Jantina, tak kisahlah, mana-mana. Memang la nak baby boy, tapi kalau takde rezeki mesti Allah suruh usaha lagi tu. Hehe..


13/12/2011

Aku terima nikahnya

December 13, 2011 5 Komen
13 Disember 2008
Aku terima nikahnya....
Maka bertukarlah status daripada 'Cik' ke 'Puan'
Dan bermulalah kehidupan berumah tangga

Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Allah SWT
Hari ini 13 Disember 2011
Genap 3 tahun kami melayari bahtera rumah tangga bersama
Susah senang dilalui bersama
Semoga dipermudahkan segalanya sehingga ke akhir hayat kami

Oktober 2009 lahirnya Iman Madihah penyeri hidup kami
Dan kini kami menunggu kelahiran cahaya mata kami yang ke-2 pula bulan Februari nanti

Semoga kehidupan kami dirahmati dan dilindungiNya selalu
Amin..amin...ya rabbal alamin...



12/12/2011

Iman 2 tahun

December 12, 2011 2 Komen
Iman dan makcik-makciknya
Rasanya ini ialah 1st entri tentang Iman Madihah sejak dia berusia 2 tahun
Hmm... Iman sememangnya peminat tegar Upin Ipin
Tapi sekarang kegilaan Iman telah bertambah kepada Angry Bird
Pagi petang siang malam nak pakai baju 'dame' (Angry Bird)
Pergi mana-mana kalau nampak Angry Bird, seboklah dia "ih, dame"
Mulut dah ngerenyang, makin lebih, kata urang Serawak
Tapi tutur kata belum fluent
Kekadang bila kita tak faham apa yang dia cakap, dia marah
Mulalah jeling orang sana-sini
Kalau kita marah, sebok nak mintak maaf, "ap.. ap"
Kalau tak layan, dia nangis...
Kalau nak something, mesti ada "lisss..." (please) kat belakang
Kalau kita cakap, 'NO', dia akan balas "last..last"
Nak marah pun tak jadi..

Sekarang Iman dah ada kawan kat umah nek atok, iaitu cousin (anak Usu)
Mereka yang stay di Tawau balik Kuching bercuti
Entah kenapa Iman sangat obses dengan Azim (anak Usu yang sulung)
Iman... Imann...

Azim, Nana, Iman & Filzah



03/12/2011

Warkah untuk Adik

December 03, 2011 3 Komen
Sebak. Tiba-tiba terasa sayu. Ibu rindukan Adik yang masih dalam rahim Ibu. Ibu harap Adik 'membesar' dengan sempurna dan sihat. Amin.

Ibu dah tak sabar nak 'jumpa' Adik.