Follow Us @soratemplates

04/01/2012

Mee Maggie Kari

January 04, 2012 2 Komen
Sumber: Google
Siapa yang sik kenal mee Maggi? Terngiang-ngiang sayup-sayup di telinga iklan zaman kita gik kecik dolok koh, mee maggie, cepat dimasak sedap dimakan. Isk, nang nyaman mee maggi koh. Cabikk datukkk...

Arum bulak dah dekat nak 9 bulan saya tok nak makan mee maggi tapi ditahan-tahan jak sa nyawa tok. Ngenang tek nak, dirik ngembak sorang gik manusia. Dah la mee segera kedak mee maggi tok banyak MSG. Sik sampei ati juak nak 'jual ikan' atau selfish kata Kak Lehot nak makan barang sik berkhasiat kedak tok. Ya la nangga gambar ajak dah nelan air liur rasa. Ada la juak encerik sesudu bila adik di rumah nun makan, ya pun sesuduk kerin sik berkuah. Ooo tedah, kotan tek nak makan mee maggi gilak.

Bah nong, coba kitak orang endiat gambar mee maggi dibah tok:

Sumber: Google
Nyaman sik? Maggi kedak tok lah nang suka saya makan, bertelor ngan berlimo. Perghh... nang nyams sekals. Tapi, ya lah, nangga gambar jak lah lok. Sabarrrrr.....

Tangga kitak orang, maggi goreng pun sodappppp.

Sumber: Google
Walaupun lauk nya telor ngan sayor besar taik ogek jak, pun nyaman apatah gik diperah limo. Adeh. Dapat ndak kah saya tahan rasa nak makan maggi tok oh???


03/01/2012

Logo baru KPT

January 03, 2012 0 Komen
Biasalah, tahun baru ada ajer yang berubah. Saya pun baru tau logo Kementerian tempat saya cari makan ni pun dah berubah. Dah transform, bak kata superhero dalam cerita kartun, bertukar!. Sana-sini transformasi sejak tahun lepas. Dan yang belum pasti lagi ura-ura logo Kolej Komuniti pun akan transform ke logo baru gara-gara pertukaran Ketua Pengarah yang baru. Mana-mana jer lah. Ego seorang pemimpin kan, mesti taknak pakai idea orang lain, tukar KP tukar logo jugak. Setakat ni dah 3-4 kali dah tukar logo.

Inilah dia logo Kementerian Pengajian Tinggi yang baru.


Penuh la dada baju korporat dengan logo kalau font yang besar gedabak macam ni. Ooops...




2012 nama saya 'ka . ka . mim'

January 03, 2012 2 Komen
Cuti tahun baru hanya duduk di rumah je. Mengemas, membasuh baju, melipat baju. Selesai membasuh, menjemur, selesai menjemur, melipat pulak yang sebelum ni tak terlipat. Agak banyak jugaklah stok baju-baju yang belum dilipat. Sebelum ni hujan lebat memanjang di Kuching. Baju-baju pun tak berapa nak kering. Bila matahari dah memunculkan dirinya, berebut-rebut keluarkan 'stok-stok' baju lama yang tak berapa nak kering tu, jemur lagi biar terkena pancaran sang mentari, baru puas hati. Nasib baiklah pakai Downie, kalau tak confirm berbau mashem baju-baju yang tak berapa nak kering tu.

Bila dah habis aktiviti melipat, boring-boring layan tab. Sambil layan tab, boleh tengok tv, sekarang dah rasa tak puas pulan layan BB sebab tab lagi luas pemandangannya.Sangat mengada kan? Tahun baru ni rasa nak jer tukar henpon baru jugak. Tapi sayang jugak dengan BBM. Setakat ni masih terkawal lagi nafsu nak menukar henpon tu. Sabar, tunggu Adek keluar dulu baru decide. Aha, bercerita layan tab tadi, dah tak tau dah nak buat apa lagi dengan tab, main game pun sudah, anak yang seorang pulak tido so takde geng nak berebut layan game, saya pun googling la "ibu iman" di Google. Boring tahap gaban ler tu. Maka terkeluarlah senarai yang berkaitan dengan 'ibu iman'. Adeh, ada 1 blog tu ownernya pun guna nickname 'Ibu Iman'. Ibu kepada 2 orang putera yang bernama Iman. Macam tak best pulak bila tau ada duplicate macam ni. Rasa macam nak tukar jer nickname kat blogsphere ni. Hmm...

Bila fikir punya fikir, nama blog mim . ya . ra . alif memang taknak tukar, sayang. Suka sangat. So saya decide nak tukar 'Ibu Iman' kepada 'ka . ka . mim' jer. Mesti takde orang pakai nama 'ka . ka . mim' tu kan? Saya dah google dah, tak percaya pergilah mengoogle sana. So secara rasminya di tahun baru 2012 ni saya akan guna nama 'ka . ka . mim'. 

Dan nama saya Mira, (kepada mereka yang masih tak mengenali saya tu). Er, hai! Hehe..

Ayah, Iman Madihah, Ibu

Salam tahun baru 2012 buat semua yang singgah di sini.



29/12/2011

Saya pilih 60..!

December 29, 2011 3 Komen

Alhamdulilah, pagi tadi dah selamat mendengat taklimat SBPA di Politeknik Kuching. Sebelum ni dengar cakap-cakap orang jer. Bila dah dengar sendiri, nampaknya SBPA ni not bad jugak. Banyak jugak kebaikannya. So far so good la sebab ada 3 fasa, nanti fasa ke-2 2014 JPA akan revise lagi.

Kalau nak difikirkan famili, mesti nak pencen awal, tapi dulu dah sign pencen 58, sekarang tukar fikiran lagi, pilih pencen 60 tahun. Insya Allah kalau dipanjangkan umur, mungkin masa tu dah tak mengajar lagi, mungkin dah jadi Pengarah ke. Siapa tau kan? Atau tukar ke skim lain ke, yang ofis lebih dekat dengan rumah? Siapa tau kan? 

Apa pun kita hanya merancang, Dia juga yang menentukan. Rugi sesiapa yang tak pilih SBPA ni sebab syarat-syarat perkhidmatan tetap ikut SBPA, gaji jer yang masih SSM. Insya Allah SBPA ni ada la jugak kenaikan gaji tahun depan.


28/12/2011

Menjadi Ibu dan mempraktis potty training

December 28, 2011 6 Komen
Perasaan bila pertama kali bergelar 'Ibu' memang satu perasaan yang indah, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik saja terpandang wajah si anak yang masih merah, hilang dan lupa semua kesakitan ketika melahirkan. Syukur sujud kepada Allah kerana mengurniakan rasa ini kepada ku. Mungkin tak semua wanita berpeluang untuk merasai 'rasa' ini tetapi percayalah setiap yang berlaku bersebab. Allah Maha Mengetahui.

Mempunyai seorang anak seperti Iman Madihah adalah satu anugerah yang  tidak ternilai. Semakin hari, Iman Madihah berkembang menjadi seorang kanak-kanak yang cerdik dan pintar. Alhamdulillah, Ya Allah. Iman Madihah anak yang tidak banyak ragam sejak dari bayi lagi, walaupun dilahirkan songsang. 

Sekarang Iman Madihah telah berusia 2 tahun, sudah boleh diajak bersembang walaupun masih pelat. Boleh disuruh, walaupun kadang-kadang masih blur. Mudah minta maaf apabila dimarahi. Oh, alhamdulillah, mudahnya menjaga Iman Madihah.

Cuma, sukarnya nak praktis potty training untuk Iman Madihah. Memang perlukan kesabaran. Potty yang colorful dan bermuzik disangkanya toy. Tapi dia tau pulak potty tu untuk 'yak'. Boleh tak kawan-kawan kongsi pengalaman nak praktis potty training buat anak-anak sebaya Iman Madihah?



27/12/2011

Perbezaan Rhesus darah antara si ibu dan anak

December 27, 2011 2 Komen
Baru² ini kenalan kepada kenalan telah mati syahid selepas berjuang melahirkan anak dan saya difahamkan (melalui komen di FB) ianya berkaitan dengan si ibu mempunyai Rh negatif. Bila jer terbaca pasal Rh negatif, saya terus belek kad pink saya untuk menyemak sama ada saya tergolong dalam golongan Rh negatif atau positif. Mujur alhamdulillah, saya berdarah AB (+ve). Apa sebenarnya Rh (-ve) ni? Jom kita baca info yang saya dapat daripada Berita Harian Online.

MEMAHAMI komplikasi dan alahan sepanjang kehamilan mungkin tidak terlalu sukar buat bakal ibu, suami, ahli keluarga dan rakan, tetapi apabila timbul isu perbezaan rhesus darah (Rh - faktor resus) antara si ibu dan anak, tidak ramai yang tahu jauh sekali memahaminya.

Mungkin sebahagian daripada puncanya kerana komplikasi perbezaan faktor Rh jarang berlaku. Ini kerana hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.

Umumnya faktor Rh yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan tidak menjadi persoalan untuk kehamilan yang pertama. Bagaimanapun apabila ibu hamil kali kedua atau ketiga dan seterusnya, perbezaan faktor Rh mula mendatangkan komplikasi kepada bayi, contohnya masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.

Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor, berkata faktor rhesus merujuk protein khusus yang ditemui pada permukaan sel darah merah.

Jika darah anda memiliki protein, anda dikategorikan sebagai Rh positif - iaitu faktor rhesus yang sangat biasa ditemui dan jika permukaan darah kurang protein, anda dikategorikan sebagai Rh negatif. Walaupun faktor Rh tidak mengganggu kesihatan, ia menjejaskan kehamilan.

“Bagi wanita yang memiliki Rh negatif, manakala suami pula Rh positif, kehamilan memerlukan penjagaan yang khusus,” katanya.

Jelas Dr Shah Reza, jika ibu memiliki faktor Rh yang berbeza dengan anak dalam kandungan, antibodinya akan mengenal pasti protein Rh pada si anak sebagai ‘bendasing’ dan masuk ke dalam sistem aliran darah anak serta menyerangnya. Ini akan menyebabkan bengkak dan kemusnahan pada sel darah merah.

“Bakal ibu sepatutnya tahu bukan saja jenis darahnya tetapi faktor Rh darah itu. Secara umum, apabila anda hamil buat pertama kali, doktor akan menyarankan ujian faktor Rh. Ujian faktor Rh ini adalah ujian asas darah untuk mengetahui sama ada anda Rh positif atau negatif,” katanya.

Katanya lagi, faktor Rh penting sekiranya ibu hamil tidak mempunyai faktor terbabit tetapi suami pula mempunyai faktor Rh, berkemungkinan anak dalam kandungan juga akan memiliki faktor Rh positif. Kehadiran rhesus positif pada janin akan mencetuskan pembentukan antibodi oleh badan ibu.

Ketika proses melahirkan, sesetengah sel darah merah bayi akan bercampur dengan darah ibu. Masalah berlaku jika ibu memiliki Rh negatif dan bayi Rh positif. Tubuh akan menghasilkan antibodi Rh selepas terdedah kepada sel darah merah bayi.

Antibodi ini selalunya tidak mendatangkan masalah pada kehamilan pertama, namun untuk kehamilan seterusnya, antibodi Rh ibu akan menjejaskan plasenta dan menyerang sel darah merah si anak. Anak akan berhadapan penyakit berkaitan Rh seperti masalah kurang darah atau masalah serius lain.

Jika anda Rh negatif, mungkin memerlukan imbasan antibodi bagi mengesan antibodi terhadap darah Rh positif. Andai tiada antibodi dihasilkan, anda memerlukan suntikan Rh imun globulin (suntikan yang mengandungi antibodi dalam darah) bagi mencegah tubuh menghasilkan antibodi ketika hamil.

“Jika bayi anda Rh negatif, semua ini tidak diperlukan. Namun jika dia Rh positif, anda memerlukan suntikan lain sebaik bayi dilahirkan,” katanya.

Jelas Dr Shah Reza, apa yang dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan baka ayah dan ibu, badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing, membolehkan ibu mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Sistem darah ibu hamil akan mengenali sistem darah anak sebagai sistem asing dan seterusnya mencetuskan pembentukan antibodi yang akan melawan sel darah janin dan juga anak sejurus kelahiran. Akibatnya darah anak rosak serta berlaku pendarahan semasa dalam kandungan atau selepas kelahiran. Janin dalam kandungan juga mungkin gagal diselamatkan.

Sebab itulah pemeriksaan ultrasound penting semasa mengandung. Selepas kelahiran, ujian darah dilakukan pada anak.

“Menjadi amalan di Malaysia kumpulan darah serta faktor Rh ibu akan dikenal pasti semasa mereka hadir untuk pemeriksaan pertama kandungan,” katanya.

Mujur di negara kita, masalah rhesus darah bukan masalah kesihatan yang lazim dalam kalangan wanita hamil, namun ia tetap disaring serta dipantau kerana memberi kesan kepada kandungan dan juga anak yang baru dilahirkan. Penyaringan pada peringkat awal juga dibuat kerana sebarang masalah boleh diatasi pada peringkat awal pengesanan.

Jika pada peringkat awal kehamilan, si ibu dikesan berhadapan faktor Rh negatif, dia akan dipanggil untuk penyiasatan, runding cara lanjutan dan diberikan suntikan.

“Sekiranya suami mempunyai rhesus positif dan isteri rhesus negatif, kandungan pula kandungan sulung, maka pada minggu ke-28 kehamilan, ibu akan disuntik dengan ubat RhoGAM (anti D immunoglobulin).

“Jika ibu hamil untuk kali kedua dan semasa kandungan sulungnya tidak diketahui status rhesus atau tidak mendapat suntikan anti D, darahnya akan diambil dan diuji untuk kehadiran antibodi D, Anti D immunoglobulin tidak lagi diberikan. Ibu hamil itu akan diklasifikasi sebagai pesakit berisiko tinggi dan dipantau lebih teliti,” katanya.

Sebaik-baiknya jenis darah serta rhesus suami isteri perlu diketahui sebelum kehamilan. Sekiranya si isteri mempunyai rhesus negatif, perlu segera memberitahu doktor yang merawat terutama jika pernah berhadapan dengan masalah seperti berikut:

  • Pernah menerima transfusi darah.
  • Kandungan sebelum ini gagal seperti keguguran atau di luar rahim.
  • Pernah disuntik rhoGAM.
  • Rhesus darah suami positif.
  • Mendapat rawatan invasif perbidanan.

Walaupun saya tidak mengenali arwah, saya mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan mereka yang mati syahid dan tergolong dalam golongan yang dikasihi Allah. Mungkin isu seperti boleh dibendung daripada awal sekiranya doktor betul² teliti semasa di awal kehamilan, tetapi apa yang berlaku memang sudah tertulis sejak azali lagi. Perbezaan Rh antara ibu dan anak mungkin penyebab saja kerana Allah lebih sayangkan arwah. Semoga suami dan keluarga arwah redha dengan pemergian arwah untuk selama-lamanya.

Al-Fatihah..