Follow Us @soratemplates

17/01/2012

2012: Kakak dan Adek

January 17, 2012 8 Komen
Apabila hari tu semakin dekat, semakin pusing pulak bila memikirkan bila dah ber-4 nanti. 3 bulan pertama ok lah, masih cuti, bulan ke-4? Adek memang confirm ada yang nak jaga, Kakak pun sama juga, tapi takmo lah Adek dan Kakak di tempat yang sama. Kesian dengan orang yang jaga tu. Lepas tu, pusing nak memikirkan macam mana nak 'tranfer'kan Kakak dan Adek pada awal-awal pagi. Kalau orang lain maybe boleh macam ni, Ibu antar Adek, Ayah antar Kakak. Tapi.... dengan keadaan Ibu yang kerja 1 jam perjalanan dari umah ni? Memang confirm kena gerak dari umah tanpa menoleh ke mana-mana sebelum pukul 7. Kalau tak, merah ler jawabnya punch card. Nak antar Kakak atau Adek tu boleh, tapi tempat tu mestilah sehaluan dan sehala dengan tempat Ibu kerja. Adoi. Takkan semuanya Ayah. Kesian pulak dia.

Ayah pernah cakap nak ambik maid. Tapi.... banyak tapinya. Ibu tak berapa gemar la ada orang lain interframe. Biarlah semua diuruskan sendiri. Bunyi macam ego kan? Hmm... Pastu tak berapa nak percaya dengan Indon. Kalau nasib baik, ok lah dapat yang bagus. Kalau jenis yang ambik kesempatan, pemalas, sape nak jawab. Dah la nak ambik diorang ribu-raban wajib keluar, pastu belum habis kontrak dah lari pulak dari umah. Hii... risiko semua tu.

Sampai sekarang masih belum ada penyelesaian. Nak hantar Kakak sekolah, Ibu kena la hantar Kakak. Biar Ayah hantar Adik. Tapi sekolah mana yang menghala ke tempat kerja Ibu? Adoi..

Tahun ni usia meningkat lagi. Nasib baik Allah bagi rezeki untuk menambah umat tahun ni. Kalaulah makin tua baru nak beranak lagi, tak tau la larat ke tak. Dengan nak menguruskan rumah lagi. Muda-muda macam ni (consider muda lagi la) boleh la balik kerja, masak, uruskan rumah, bawa perut lagi. Alhamdulillah. Sepanjang pregnant Adek ni, Ibu dikurniakan kesihatan yang alhamdulillah, tak banyak ragam, takde morning sickness. Baru jer tadi cleaner cakap masa bersihkan bilik, cakah kitak ooh, aktif jak. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Tu semuanya kerana Allah mengizinkan.

Sampai sekarang masih tercari-cari jalan penyelesaian Kakak dan Adek. Kalaulah Ibu kerja di Kuching jer kan senang? Takde la semuanya diletak di bahu Ayah jer. Apapun, semoga semuanya dipermudahkan. Mungkin lepas ni Dia akan membuka pintu penyelesaian untuk semua ni. Insya Allah... aminnn.


12/01/2012

Botol Weego

January 12, 2012 6 Komen


Botol Weego Kakak Iman dah sampai semalam. Lupa pulak nak tunjuk kat Iman malam tadi. Balik rumah pun dah lewat, sidai baju dan tidur. Tak on tv langsung sebab takut Iman melekat depan tv tengok Jojo lah, Dibo lah, Timmy lah.

Hari tu masa booking nak beli, ingat nak beli 1 jer. Pastu teringat lak kat Adek, baik beli 2 terus. So takde la rugi sangat bayar kos posting. Hehehe. Ni untuk Adek yer. Preparation awal. Hehehe.


Kenapa Weego? First time ni beli Weego. Iman pun dah jadi pengguna setia Avent dah so kali ni nak try pulak botol kaca ni. Weego memang confirm BPA FREE sebab kaca. Alah membeli menang memakai. Untuk anak-anak, takpe.


11/01/2012

Kerja

January 11, 2012 0 Komen
Seronok bila kerja yang dirancang untuk disiapkan, siap, tapi kerja yang belum siap-siap? Adeh. Risau pun ada jugak memandangkan masa 'bercuti' semakin menghampiri. Apapun nak interframe gambar masa lawatan menyelia budak praktikal beberapa bulan yang lepas. Baru hari ni 'terjumpa' di FB kolej. Tak pernah pulak pergi menyelia diajak majikan untuk bergambar. Hihihi.




04/01/2012

Mee Maggie Kari

January 04, 2012 2 Komen
Sumber: Google
Siapa yang sik kenal mee Maggi? Terngiang-ngiang sayup-sayup di telinga iklan zaman kita gik kecik dolok koh, mee maggie, cepat dimasak sedap dimakan. Isk, nang nyaman mee maggi koh. Cabikk datukkk...

Arum bulak dah dekat nak 9 bulan saya tok nak makan mee maggi tapi ditahan-tahan jak sa nyawa tok. Ngenang tek nak, dirik ngembak sorang gik manusia. Dah la mee segera kedak mee maggi tok banyak MSG. Sik sampei ati juak nak 'jual ikan' atau selfish kata Kak Lehot nak makan barang sik berkhasiat kedak tok. Ya la nangga gambar ajak dah nelan air liur rasa. Ada la juak encerik sesudu bila adik di rumah nun makan, ya pun sesuduk kerin sik berkuah. Ooo tedah, kotan tek nak makan mee maggi gilak.

Bah nong, coba kitak orang endiat gambar mee maggi dibah tok:

Sumber: Google
Nyaman sik? Maggi kedak tok lah nang suka saya makan, bertelor ngan berlimo. Perghh... nang nyams sekals. Tapi, ya lah, nangga gambar jak lah lok. Sabarrrrr.....

Tangga kitak orang, maggi goreng pun sodappppp.

Sumber: Google
Walaupun lauk nya telor ngan sayor besar taik ogek jak, pun nyaman apatah gik diperah limo. Adeh. Dapat ndak kah saya tahan rasa nak makan maggi tok oh???


03/01/2012

Logo baru KPT

January 03, 2012 0 Komen
Biasalah, tahun baru ada ajer yang berubah. Saya pun baru tau logo Kementerian tempat saya cari makan ni pun dah berubah. Dah transform, bak kata superhero dalam cerita kartun, bertukar!. Sana-sini transformasi sejak tahun lepas. Dan yang belum pasti lagi ura-ura logo Kolej Komuniti pun akan transform ke logo baru gara-gara pertukaran Ketua Pengarah yang baru. Mana-mana jer lah. Ego seorang pemimpin kan, mesti taknak pakai idea orang lain, tukar KP tukar logo jugak. Setakat ni dah 3-4 kali dah tukar logo.

Inilah dia logo Kementerian Pengajian Tinggi yang baru.


Penuh la dada baju korporat dengan logo kalau font yang besar gedabak macam ni. Ooops...




2012 nama saya 'ka . ka . mim'

January 03, 2012 2 Komen
Cuti tahun baru hanya duduk di rumah je. Mengemas, membasuh baju, melipat baju. Selesai membasuh, menjemur, selesai menjemur, melipat pulak yang sebelum ni tak terlipat. Agak banyak jugaklah stok baju-baju yang belum dilipat. Sebelum ni hujan lebat memanjang di Kuching. Baju-baju pun tak berapa nak kering. Bila matahari dah memunculkan dirinya, berebut-rebut keluarkan 'stok-stok' baju lama yang tak berapa nak kering tu, jemur lagi biar terkena pancaran sang mentari, baru puas hati. Nasib baiklah pakai Downie, kalau tak confirm berbau mashem baju-baju yang tak berapa nak kering tu.

Bila dah habis aktiviti melipat, boring-boring layan tab. Sambil layan tab, boleh tengok tv, sekarang dah rasa tak puas pulan layan BB sebab tab lagi luas pemandangannya.Sangat mengada kan? Tahun baru ni rasa nak jer tukar henpon baru jugak. Tapi sayang jugak dengan BBM. Setakat ni masih terkawal lagi nafsu nak menukar henpon tu. Sabar, tunggu Adek keluar dulu baru decide. Aha, bercerita layan tab tadi, dah tak tau dah nak buat apa lagi dengan tab, main game pun sudah, anak yang seorang pulak tido so takde geng nak berebut layan game, saya pun googling la "ibu iman" di Google. Boring tahap gaban ler tu. Maka terkeluarlah senarai yang berkaitan dengan 'ibu iman'. Adeh, ada 1 blog tu ownernya pun guna nickname 'Ibu Iman'. Ibu kepada 2 orang putera yang bernama Iman. Macam tak best pulak bila tau ada duplicate macam ni. Rasa macam nak tukar jer nickname kat blogsphere ni. Hmm...

Bila fikir punya fikir, nama blog mim . ya . ra . alif memang taknak tukar, sayang. Suka sangat. So saya decide nak tukar 'Ibu Iman' kepada 'ka . ka . mim' jer. Mesti takde orang pakai nama 'ka . ka . mim' tu kan? Saya dah google dah, tak percaya pergilah mengoogle sana. So secara rasminya di tahun baru 2012 ni saya akan guna nama 'ka . ka . mim'. 

Dan nama saya Mira, (kepada mereka yang masih tak mengenali saya tu). Er, hai! Hehe..

Ayah, Iman Madihah, Ibu

Salam tahun baru 2012 buat semua yang singgah di sini.