Follow Us @soratemplates

02/04/2012

Carrier baru, aset Irfan

April 02, 2012 1 Komen
Biasalah bila jadi anak kedua jarang ada aset yang dibeli memang untuk dirinya. Irfan ni nasib baiklah boy, banyak jugaklah beli baju baru untuk dia, kalau girl confirm pakai baju gaun kakak Iman jer. Stroller dan car seat confirm dah tak beli. Baby cot pun memang pakai yang Iman jer dulu. Sampaikan buai pun tak beli, pakai yang Usu punya! Ibu dan Usu kan jauh sangat jarak umur, lampin Usu pun Nenek bagi kat Iman dan Irfan. Hehe.

Rajin plak update hari ni ye. Saya kat umah Mak ni. Hehe. Boring bertiga jer kat umah. Ayah Iman balik kerja pasni kitorang balik la. Besok rutin cam biasa kot. Huru-hara mode di umah sendiri bersama 1 baby dan 1 toddler.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Iman Madihah: 2 tahun 5 bulan

April 02, 2012 4 Komen
Anak sulung penawar hati, penghibur duka lara, si Iman dan 'kawan-kawan'nya. Sekarang sangat protective, kalo orang gi umah dan dukung adik confirm dia sangat risau. Hanya Ibu jer boleh dukung Dek Pan dia.

Alhamdulilah Iman semakin mudah diberi arahan sekarang. Setakat nak mintak tolong ambik remote, buang pampers, onn/off kipas, ambik cawan sendiri kalo nak minum, dia ok jer. Tapi kalau dah konsentret sangat dengan chanel 613 dia atau sibuk 'membaca' atau 'mewarna' pasti jawapannya ialah 'gu jappp'. Kalau dah tunggu sekejap tu maknanya no lah tu. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Cerita-ceriti anak kedua

April 02, 2012 2 Komen
Lama dah tak menghapdet. Rasanya lepas 'merdeka' belom update lagi kan? Sorry ler kawan² yang ada ke sini dan tinggalkan komen, saya tak sempat pun nak reply. Irfan sekarang asyik 'bergantung' jer. Sukarnya jadi ibu cap susu gantung ni. Hehehe. Macam susah sangat nak ditinggalkan. Rasanya Iman dulu tak macam Irfan sekarang. Irfan memang lagi kuat manja daripada kakaknya. Orang² tua kata jaga baby boy memang susah time diorang kecik ni. Hmm... betul ke? Pempuan lain, masa kecik senang jaga, tapi bila dah jadi anak dara sunti masa tu la masa yang mencabar. Betul jugak ler kot.

Memandangkan Irfan masih fully bf, memang susah nak tinggalkan dia. Sebab tu saya tak shopping lagi! Uwaaa...sadisnya. Still online shopping lagi sekarang untuk meredakan 'ketagihan' tu. Hari tu bukan takde gi shopping complex, ada, cuma Irfan tak suka dok dalam stroller, tak macam kakaknya si Iman Madihah dulu. Adei, compare lagi. Kalau Irfan baca entri ni bila dah besar mesti dia kecik ati asyik comparekan dengan kakak Iman jer. Tapi itulah hakikatnya, saya pun stress bila Irfan meragam terus ajak Ayah balik. Tak sempat sambar apa² untuk diri sendiri, sempat beli baju Irfan jer tu pun tak larat nak pilih lama². Mana yang berkenan terus ambil dan bayar. Takde langsung nikmat bershopping. Huhu. 

Kali kedua bawa Irfan keluar agak ok sikit. Tapi tu pun lepak McD je. Sebelum ke McD saya dan Ayah pergi belikan carrier + car seat dulu. Dulu Iman memang tak pernah ada carrier ni, Iman cuma ada car seat yang untuk baby 6 bulan ++ jer. Iman dulu ok, senang nak ke mana-mana, dia suka tido dalam stroller. Si adik ni kena fikirkan cara lain pulak. Mula² si Ayah pergi survey dulu ada ke tak carrier yang sesuai, saya, Iman dan Irfan tunggu dalam kereta. Bila Ayah dah habis mensurvey, Ayah buat laporan pada saya. Giliran saya pulak pergi tengok. Ayah bawak Irfan dan sekali lagi Iman tunggu dalam kereta dengan Ayah. Bila saya puas hati, saya bayar dan angkat. Tu pun Ayah dah call Irfan dah nangis, kena bayar cepat². Mencabarnya, tak tenteram rasa nak membeli-belah.

Dalam carrier Irfan ok pulak. Oh, ya lupak nak cakap, Irfan dah tido dalam buai! Si kakak dulu bila dah lebih dari 3 bulan baru masuk buai. Irfan terpaksa awal dimasukkan ke dalam buai, kalau tak memang saya sengsara tak boleh nak buat kerja rumah. Dia tak nyenyak kalo tido dalam baby cot. Masa dalam carrier Irfan buat muka senyum je. Maybe carrier tu boleh ayun² terasa dalam buai so dia rasa selesa. So kurang sedikit stress bila keluar ke public untuk kali kedua.

Bercerita pasal NIP (nursing in public) so far I'm doing well & confident dengan bantuan nursing cover rembatan online shopping. FYI, di Sarawak ni, di Kuching khususnya, NIP belom menjadi trend lagi. Jarang jumpa nursing mom yang BF baby in public. Malah ada yang tak perasan pun saya tengah bf baby pun. Terjumpa jiran lama kat shopping complex. Dia tanya:

Ex jiran: Eh, cuti ke?
Saya: Aah, cuti bersalin.
Ex jiran: Oh, patut dia macam slim jer. Mana baby?
Saya: Ni haa... tengah bf. (Sambil saya tunjuk dalam nursing cover)
Ex jiran: Eh?

Kan? Mungkin dia tak tau kan? Tapi apa kejadahnya saya ber'fesyen' macam tu dengan nursing cover tu kan? Mungkin dia ingat saya pakai shawl kot.

Rasanya dah agak panjang saya menaip. Pakai desktop ni laju sikit nak menaip. Irfan mana? Ni ada kat pangkuan saya ni. Hehehe. Tadi mula² dia df saya menaip tapi bila dia dah kenyang terus jer tido di pangkuan dan saya meneruskan taipan. Pagi ni agak rajin mengeON PC dan terasa nak menaip. Maka terhapdetlah entri saya di bulan April pagi ni.

Oh, ya! Bila anak ke-2 ni kegilaan dan keterujaan untuk mengambil gambar anak sudah berkurangan lah. Teringat dulu ada seorang akak bagitau, masa 1st baby memang lah, penuh album dengan gambar baby, tapi nanti tengoklah bila 2nd baby. Ya, memang betul sis. Ambik tu memang ada jugak ambik gambar tapi tak heran pun nak upload ke mana². Nanti² lah saya upload gambar Irfan terkini ye. Saya malas nak meresize & masukkan watermark. Guna tab boleh ajer upload terus tapi tak dapat nak buat watermark, nanti orang jual gambar anak saya nanti. Takmo lah. 

Ok. I'm done. Till we meet again, entah bila agaknya. Harap lepas ni rajinlah menghapdet ye. Take care semua.


22/03/2012

Di mana dia seluar jeans saya?

March 22, 2012 7 Komen

Woot! Hari ni hari terakhir berbengkung atau bertapal dalam bahasa Sarawaknya. Dan semestinya saya sangat teruja. Esok ialah hari 'berpulang'. Woohoo!


Dah 9 bulan tak pakai jeans, saya mula terfikir di mana agaknya saya menyimpan jeans saya yang dulu. Semestinya selamat tinggal jeans mengandung. Hahaha! Sookaa!


Berat terakhir sebelum bersalin ialah 58.5 kg dan sebulan lepas bersalin 46 kg. Teringin jer nak beli jeans baru. Macam dah lama jer tak menyopping baju-baju yang berkonsep muda remaja. Ahaks. #mode perasan


Tapi bila dah jadi nursing mum ni kena plak fikirkan baju yang berjiwa muda tapi senang nak df. Oh, kena beli nursing inner ni!


Irfan dah nangis. Daa!


Published with Blogger-droid v2.0.3

15/03/2012

Cerita orang berpantang anak 2

March 15, 2012 3 Komen
Lamanya tak update. Bukan tak pernah nak update, berkali-kali jugak lah tapi bila nak publish ada jer masalahnya (saya pakai tablet so guna Blogger-droid app, memang problem bila line tak stabil). Area taman saya ni pakai Streamyx pun hampeh, wifi on off jer, apatah lagi berokband, tapi bila guna tablet berokband lagi ok daripada wifi Streamyx. Menci! Kekadang rasa baik takyah ada wifi kat umah.

Sejak saya tak menghupdate blog ni, sebelah siangnya kami 3 beranak jer 'terkurung' di rumah. Si ayah pergi mencari rezeki tinggallah saya seorang menguruskan seorang baby dan seorang toddler. Mak bidan akan datang sekali sehari untuk memandikan baby dan menguruskan saya, lain-lain saya buat sendiri seperti ibu yang tidak berpantang. Basuh baju, senang je masuk mesin, pastu sidai baju, dah tak peduli dah dengan muka berbedak sejuk, kaki berstokin, perut bertapal, ku gagahkan jua. Sapu rumah kalo malas, kalo rajin vacuum. Kalo supermalas tak sapu langsung, nanti ayah balik keja ayah akan vacuum. Masak selalunya waktu malam, terus untuk makan keesokkan harinya. Kekadang mak yang masak hantar kat umah so selamatlah tak masak. Huh, terfikir jugak, kalaulah kali ke2 ni pun ceaser, camnelah nasib ai. Dulu ceaser rilek.sikit sebab anak 1st, so leh konsentret ngan baby. Bila dah beranak sorang, kena pandai bagi-bagikan masa. Camnelah agaknya yang dah beranak ramai tu. #mode kagum, tetiba.

Tapi saya rasa bukan saya sorang yang senasib macam saya. Bagi yang berpantang di rumah sendiri mesti merasa pengalaman macam saya, malah mungkin ada yang lagi mencabar kan? Bukannya mak saya dok jauh, tapi mak masih bekerja, so takde chance ler nak bermanja-manja time berpantang camni. Malam-malam tu riuh jugak ler rumah kalo ahli keluarga besar berkumpul, kalo tak, macam gambar kat atas tu la kami 4 beranak. Saya akan melipat baju, Iman akan tolong bukakan hanger dan si adik tidur di sebelah. Ayah selalunya online kat bilik belakang, nanti dah selesai kerja-kerja melipat, tugas ayah pulak mengemas hanger yang bersepah. Biasalah budak umur 2 tahun buat kerja, selebihnya dibuatnya main.

Kekadang rasa tak berpantang pun ada jugak, tapi bila dah bertapal bagai tu, ingat jugak la diri tu tengah berpantang. Dan jamu pun saya bancuh sendiri. Dulu teringat masa kecik time mak berpantang, semuanya nenek buatkan. Mak dok dalam bilik jer. Adeh! #klmj mode, pulak dah.

Masa berpantang korang camne pulak? Share lah ye.

Published with Blogger-droid v2.0.3

29/02/2012

Tidur meniarap salah satu punca SIDS?

February 29, 2012 5 Komen
Baby Irfan sangat mudah terkejut bila tidur di waktu siang. Bila akak yang menjaga kami dalam tempoh berpantang ni melihat Irfan begitu, dia pun mencadangkan supaya Irfan ditiarapkan semasa tidur. Ya, saya memang pernah mendengar dan membaca mengenai bayi yang tidur meniarap tidak akan mudah terkejut. Malah Iman dulu pun saya pernah tidurkan secara meniarap semasa masih bayi. Walau bagaimanapun, hati saya masih was-was dengan apa yang saya baca dan yang saya dengar, so saya google mengenai baby yang tidur meniarap ni. Ye la, bila dah tiarapkan Irfan, nampak dia sangat gelisah, muka pun dah merah, risau jugak rasa hati melihat anak yang sekecil itu begitu. Mata pun tak lepas memandang si kecil. Sangat tak tenteram melihat dia tidur dalam posisi sebegitu.

Google punya google, saya sangat terkejut dengan apa yang telah saya temui. Nasib baiklah saya tergerak hati untuk mengkaji daripada terus mempercayai. Kredit untuk blog Mawaddah di atas perkongsian artikel berkenaan stomach sleeping (tidur meniarap) dan kaitannya dengan SIDS.




Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP.. 

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap? 
  1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
  2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
  3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..


Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
  1. Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini) 
  2. Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
  3. Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...

Sekarang macam-macam boleh terjadi. Baik kiranya kita mencegah daripada mengubati sebelum menyesal kemudian tidak berguna. Bagi ibu-ibu di luar sana, sebelum mempercayai sesuatu, baik kiranya kita mengkaji dan study sedikit apa yang baik dan apa yang tak baik untuk anak-anak kita. Anak adalah anugerah daripada Allah, hargailah mereka dan lindungilah mereka sebaiknya.