Follow Us @soratemplates

30/05/2012

Belajar teknik marmet yang betul

May 30, 2012 2 Komen
Bila production SI agak merosot maka mulalah bimbang, mula mencari langkah-langkah untuk memperbanyakkan SI kembali. Yang penting konsep demand & supply perlu dituruti dan kerap pumping! Bila dah pumping masih jugak tak memuaskan, mesti ada sesuatu yang tak kena. Mungkin susu tak dikosongkan sepenuhnya. Melalui pembacaan cara yang terbaik untuk mengosongkan cik B ialah dengan teknik marmet. Apa itu marmet? Perah dengan tangan, lagi manual dan natural, bukan pam manual tau. So di sini kita baca, faham dan cuba.

Kredit to: http://www.mysupervitamins.com/2011/02/jom-pelajari-teknik-marmet-memerah-susu.html


Kaedah Marmet membantu mengumpul lebih banyak susu berbanding menggunakan pam bagi sesetengah orang. Ia tidak merosakkan tisu, lebam atau melecet. Sentuhan kulit ke kulit iaitu tangan dengan payudara adalah lebih efektif dalam merangsang payudara untuk pengaliran susu. Jadi, tak rugi belajar dan mencuba. Ikuti dahulu teknik mengurut sebelum melakukan teknik Marmet ini.


Mengalirkan takungan susu mengikut kaedah Marmet
1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm dari aerola. Jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola. Umpamakan payudara seperti sebuah jam, jadinya ibu jari pada no 12, dan jari lain pada no 6.


Teknik Marmet

2) Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa mengubah posisi jari-jari.

Teknik Marmet

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dr puting. Kemudian lepas dan ulang semula. Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.

Teknik Marmet

4)Ulang langkah 1 hingga 3 sampailah aliran susu berkurangan.

5)Kemudian barulah pindah posisi jari-jari itu mengikut kedudukan jarum jam. Ibu jari 11,10,9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk ke arah 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan yang sama seperi langkah 1-4 sebelum menukar posisi jari-jari itu. Ini untuk memastikan kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

Teknik Marmet

6)Susu yang diperah, disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.

7)Selepas berjaya mengosongkan payudara, beralihlah ke payudara sebelahnya.



Langkah melancarkan pengaliran susu (dilakukan semasa rutin picit-lepas)
1)Urut setiap saluran susu dengan menekan secara lembut kearah dada dengan menggunakan kelima-lima jari bermula dari bahagian atas. Lakukan gerakan memutar pada satu bahagian saluran susu selama beberapa saat sebelum beralih ke bahagian lain.

2)Usap payu dara dari arah atas ke puting dengan sentuhan geletek. Ia dapat menenangkan dan melancarkan aliran susu.




 
Aturan

Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan rutin urutan. Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.


 
JANGAN

-picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
-tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
-geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet




29/05/2012

Super Irfan!

May 29, 2012 3 Komen
Keterujaan membeli baju baby boy dan baby girl adalah berlainan. Dulu masa Iman suka pakaikan dia cantik-cantik, ayu-ayu gitu. Ye la baby girl. Bila dah dapat Irfan lain pulak citarasanya, nak jadikan Irfan macho ala-ala tough guy gitu. Semasa pantang lagi saya nak mula beli baju yang ala-ala lelaki mithali kepada Irfan, Baju kemeja, seluar slack. Romper yang smart & fancy pun dah banyak di FB sekarang. Seronok, seronok, seronok.

Baju Superman ni masa Irfan sebulan lagi saya dah beli. Tak sabar nak bagi Irfan pakai. Ahad tu Irfan dah boleh pakai masa pergi kenduri. Sukaaa!

My superIrfan
Sekarang asyik nak beli romper untuk Irfan jer. Kegilaan untuk beli baju Iman dah takde. Kesian Iman kan? Agaknya dah puas dulu beli headband dan gaun bermacam-macam dulu. Sekarang kegilaan untuk menggayakan lelaki kecil saya pulak.



Ahli keluarga dah bertambah pada tahun 2012. Dulu Ibu, Ayah dan Iman Madihah, sekarang dah tambah Irfan Mustaqim.  Alhamdulillah.




23/05/2012

Dia dah pergi selamanya

May 23, 2012 2 Komen
Akhirnya dia pergi jua, Dia telah dipanggil mengadap Yang Maha Esa awal pagi tadi. Innalillahi wainnalilla hirrajiun. Jarang saya follow blog seseorang dengan setia sekali. Walaupun saya cumalah silent reader tapi saya selalu tertanya-tanya keadaannya. Akhirnya dia tewas jua kerana kanser. Semoga roh arwah Norma dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Aminnnn...


Siapa Norma? Boleh baca di SINI.



22/05/2012

SI semakin maju

May 22, 2012 2 Komen
Semalam balik kerja terus gi ambik Irfan dan Iman.

Nek Wa: Susu dah makin maju!
Ibu: Menar?? Baguslah.

Alhamdulillah.
Minggu kedua Ibu bekerja, Irfan dah mula suka hisap SI guna botol.
Minggu lepas, balik jer kerja mesti ada balance lagi SI dalam botol.
Sayangnya, tapi nak buat cemana, buang jugak lah.

Hari Isnin, Irfan menangis takmo menyusu, hisap pun 1 oz je.
Mana tak risau dibuatnya.
Hari Selasa, Rabu, Khamis sehingga Jumaat.
Nasib baik ada perkembangan.
Sampailah semalam licin SI 3 oz dalam botol.
Alhamdulillah sekali lagi.
Risau kalau Irfan takmo menyusu guna botol.
Balik jer Ibu dari kerja terus melekat sampai ke tengah malam.
Kesian dia haus.
Ibu susuan dia ada cuma takmo nak biasakan dia terus-terusan DF.
Nanti mak ngah aka ibu susuan pun kerja jugak.

Tapi sekarang dah senang nak tinggal Irfan dengan nenek.
Dah tak risau sangat dah.
Insya Allah stok susu mesti ada.
Barulah Ibu dapat gi jalan-jalan.
Heheheee...
Irfan? Tinggal dengan nenek k??

Muka kamek macam muka sapa?


21/05/2012

Bila ibu-ibu berkumpul

May 21, 2012 0 Komen
Hari Sabtu yang lepas kami ibu-ibu lepak hi-tea di SR
Walaupun dah lama kerja sebumbung tapi...
Ini first time kami keluar bersama dengan anak masing-masing

Kecoh SR dibuatnya
Ada customer yang sampai bertukar tempat duduk gara-gara kami
Bukannya anak yang buat bising tapi ibu-ibu!


Seronok jugak outing macam ni
Para suami pula diizinkan melencong ke tempat lain
Hehehe


18/05/2012

Nursing poncho

May 18, 2012 6 Komen

Ini ialah nursing poncho dan modelnya of course bukan saya.
Poncho ni samalah jugak seperti shawl.
Tapi yang bestnya poncho ni ada butang.

Masa pantang hari tu saya beli poncho kaler grey ni.
Nak cover masa DF baby kalo gi jalan-jalan.
Tapi baru je sekali pakai pergi shopping.
Dan orang memang tak tau apa yang saya tengah buat.
Hehehe.

Dan sekarang ni poncho ni sangat berjasa bila saya mengepam di ofis.
Member sebelah duduk bawah meja, saya duduk macam biasa je.
Sebab adanya poncho ni!
Sambil boleh BW lagi.
Boleh cover dari aircond jugak.

Dan member pun terus teringin jugak.
Dan beli jugak.
Hehehe.
Semenjak 2 menjak ni saya suka skodeng accessories untuk breastfeeding.
Nasib baik dapat member yang fully BF jugak.
Kat ofis window shopping sama-sama.
Kalo sesi mengepam (kami panggil jaga kebajikan anak), tutup pintu, tutup blind.
Dan masing-masing concentrate.

Seronok jugak mengepam beramai-ramai ni.
Walaupun kami 2 orang je sebilik, syok jugak.
Hehehe.

Kesimpulannya syoknya breastfeeding.
Alhamdulillah sebab saya terbuka hati untuk bf anak kali ni.
Yang dulu-dulu tu jadikan pengajaran je.
Dah nak masuk 3 tahun pun dah Iman Madihah.
Sori Iman, Ibu sik cekal hati nak bf Iman dolok.